Maklumat Lengkap, Menu Diet dan Jadual Pemakanan Ibu GDM
Menu Diet Serta Jadual Pemakanan Bagi Ibu Yang Punya Masalah GDM | Apakah itu GDM? Jika anda nak tahu apa itu GDM dan apakah info-info lain yang berkaitan dengannya, jom baca dari awal hingga akhir.
Sebenarnya, GDM ini dalam bahasa saintifiknya adalah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil.
GDM merupakan diabetes yang pertama kali berlaku hanya ketika seseorang wanita itu hamil. Pendekata, GDM ini hanya muncul ketika wanita itu sedang hamil meskipun hakikatnya si ibu itu sama sekali bukan seorang yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan kencing manis sebelum ini.
GDM ini berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.
Alhamdulillah setiap kali mengandung aku tak pernah ada masalah diabetis yakni kencing manis ketika hamil ni namun kakak ipar ku sendiri seringkali mengalaminya sehinggakan terpaksa menyucuk insulin sendiri di rumah.
Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin. Kakak iparku salah seorang GDM on insulan yang perlu cucuk sendiri insulin di rumah mengikut waktu yang ditetapkan.
Ngeri pulak rasanya. Apa taknya, kena cucuk kat hospital pun aku dah berpaling ke arah lain, inikan pula terpaksa cucuk sendiri kat rumah.
Jom kita ambil tahu lebih lanjut berkaitan perkara ini.
Berapa bacaan paras gula untuk GDM?
Bacaan gula ketika mengandung perkara yang harus para ibu hamil tahu. Bacaan GDM semasa hamil dapat dikesan dengan melakukan ujian MGTT.
Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan ke atas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.
Bagaimana GDM boleh berlaku?
Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.
Ibu mengandung dengan kencing manis atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM) ini, bayi boleh lahir besar dengan berat lebih daripada 4kg.
RISIKO KEPADA IBU
Penyakit kencing manis ketika hamil sememangnya sangat bahaya jika tidak di pantau dari awal. Ia bukan hanya boleh membahayakan nyawa si ibu malah boleh memberi risiko yang tidak sepatutnya ke atas bayi yang sedang berada di dalam kandungan.
FAKTOR RISIKO
- 1. Berat badan lebih 80kg/ BMI >30
- 2. Sejarah keluarga mempunyai kencing manis
- 3. Sejarah kandungan lalu mengalami GDM
- 4. Umur >25 tahun
- 5. Mempunyai sejarah anak mati dalam kandungan, lahir mati dan keguguran berturutan (lebih 3 kali)
- 6. Sejarah berat lahir bayi > 4kg
- 7. Air ketuban banyak (aku pernah bersalin dengan masalah air ketuban kurang)
- 8. Jangkitan disaluran kencing yang berulang
- 9. Kehadiran glukos dalam air kencing sebanyak 2 kali
RISIKO KEPADA BAYI
- 1. meninggal dalam perut
- 2. Macrosomia (berat > 4kg)
- 3. bahu tersangkut
- 4. Respiratory Distress Syndrome
- 5. Jaundis (kuning)
- 6. mengalami kencing manis II di kemudian hari
- 7. lewat perkembangan dan pembesaran
RISIKO KEPADA IBU
- 1. peningkatan insiden preklampsia (sawan)
- 2. peningkatan kelahiran dengan kaedah pembedahan
- 3. kecederaan di bahagian salur peranakan
- 4. peningkatan insiden jangkitan saluran kencing (UTI)
- 5. mengalami kencing manis di kemudian hari
TANDA-TANDA KEPADA IBU YANG SEDANG MENGALAMINYA
Antara simptom GDM semasa mengandung adalah :
- 1. Sering Dahaga (senarai air boleh minum dan tidak semasa dalam pantang)
- 2. Kerap kencing
- 3. Letih lesu
- 4. Loya dan muntah
- 5. Mata kabur
- 6. Resah gelisah
MENU PEMAKANAN UNTUK IBU YANG MENGALAMI GDM
GDM on diet adalah panggilan untuk ibu hamil dengan masalah kencing manis untuk kawal pemakanan. Ibu yang mengalami masalah GDM ini mereka dinasihatkan untuk menjaga kesihatan diri dengan baik termasuklah mengamalkan diet menu sihat yang sesuai untuk masalah tersebut.
Jadual pemkanan ibu mengandung kencing manis tidak sama dengan ibu hamil biasa yang boleh makan apa saja yang diinginkan.
Di sini turut disertakan beberapa panduan pemakanan sihat sebagai panduan menu untuk pesakit GDM (Kencing Manis Ketika Hamil).
Sarapan pagi:
- 1 gelas susu rendah lemak
- 1 cawan susu + 1 cawan oat
- Sekeping thosai/capati
- 2 senduk rata nasi/beehoon/pasta
Minum pagi:
- 3 keping biskut kraker
- 1 biji kuih (tidak manis ye)
- Sekeping roti mil penuh
Makan tengah hari
- 2 senduk rata nasi
- bayam masak air
- 1 peha ayam panggang
- 1 mangkuk sup
- 1 ekor ikan selar masak asam pedas
- 1 mangkuk salad
Minum petang
- 3/4 cawan natural yogurt
- 1 gelas susu
- 1 biji kuih tidak manis
- 1 keping Roti mil penuh
Makan malam
- 2 senduk rata nasi
- seketul ikan/ayam
- sayuran hijau
Supper
- 1 keping roti mil penuh
- 3 keping biskut krim kraker
- segelas susu
MAKANAN YANG PATUT DI KURANGKAN
Ini contoh makanan yang tinggi GI (elak daripada makan banyak atau jangan makan langsung)
- Nasi
- Roti
- Ubi kentang
- Ubi keledek
- Ubi kayu
- Jus
- Kelapa
- Daging kambing
- Buah-buahan jeruk
- Bahan-bahan tenusu
MAKANAN YANG PATUT DI ELAKKAN
- Gula
- Gula melaka
- Coklat
- Jem
- Madu
- Sirap
- Aiskrim
- Biskut-biskut yang manis
- Kek yang manis
- Minuman bergas
- Susu pekat
- Minuman ringan
- Gula-gula jeli
Read This :
Kesimpulan
Hamil dengan masalah GDM jangan dipandang ringan. Jangan juga menjadikan masalah kencing manis ketika hamil ini sebagai tekanan. Ada ramai pernah mengalami pengalaman hamil dengan GDM dan berjaya mengatasinya.
Panduan pemakanan sihat perlu diberi perhatian. Menu diet untuk ibu mengandung perlu diamalkan supaya kesihatan ibu dan anak terjaga.
Jika was-was, bolehkah ibu gdm ini makan kurma? Apakah jenis buah untuk ibu gdm? Adakah buah delima sesuai untuk ibu gdm dan banyak lagi soalan lain, boleh terus cari info tambahan di internet. Nak lagi mudah, boleh tanya pada nurse atau doktor yang bertugas ketika melakukan pemeriksaan kandungan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan semoga kita sama-sama dapat menjaga kesihatan terutama untuk kesihatan bayi tersayang yang ada di dalam kandungan.
Bagi yang pernah alami masalah ni, jangan segan-segan boleh ceritakan pengalaman sendiri pada ruangan komen kat bawah.
Jemput join :
Telegram Rasmi Sis Hawa Blog
https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Tawaran Hebat Harga Jimat Amway
ini kali betul-betul boom!!
whatsapp :
Perkongsian yg bagus ni sis hawa
ReplyDeleteBmnfaat trma ka c..
ReplyDelete