Mesin Basuh Tak Boleh Spin, Jenis Dan Punca Kerosakan Mesin Basuh | Mesin basuh adalah satu perkakas elektrik yang sangat penting! Ada mesin basuh membantu kita menjimatkan waktu mencuci pakaian. Tapi sayangnya mesin basuh ini boleh menjadi rosak secara tiba-tiba.
Antara jenis kerosakan mesin basuh yang sering di hadapi adalah seperti mesin basuh tak boleh on, mesin basuh tak boleh spin, mesin basuh automatik asyik keluar air, mesin basuh air tak masuk, mesin basuh boleh rinse dan spin serta banyak lagi.
Paling kerap berlaku masalah mesin basuh auto tak boleh pusing dan mesin basuh bergegar ketika spin. Bila mesin basuh rosak begini memang boleh jadi stress!
Memang stress kan bila mesin basuh rosak! Makin geram jika kebetulan waktu itu sedang musim hujan. Oh tidakkkk...... Tapi, tertanya-tanyalah juga, apakah punca mesin basuh automatik rosak? Sebenarnya, mesin basuh automatik yang rosak ni bukan sesuatu yang luar biasa pun. Menang ramai yang mengalami masalah dan ada juga kadangkala masalah itu tidaklah seserius mana cuma apa nak buat, pengetahuan bab mesin basuh rosak ni kurang. Lagipun mana berani nak menggodek itu ini sendiri. Di sini disenaraikan beberapa punca masalah yang berlaku berserta dengan cara penyelesaian yang boleh dilakukan, jika berani untuk buat sendirilah!
Antara Jenis Masalah Dan Kerosakan Mesin Basuh
1. Air Tidak Mahu Keluar
Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat di situ atau termasuk duit syiling. Caranya, periksa getah yang berdekatan dengan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotoran atau duit syiling yang melekat di situ.
2. Air Tidak Mahu Masuk
Hidupkan mesin basuh dan periksa Volt AC menggunakan multi meter pada pam air yang mana untuk level yang biasa adalah 230 Volt. Jika ada, pam air harus diganti baru.
3. Air Keluar Secara Perlahan-lahan
Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan oleh kotoran atau duit syiling.
4. Air Masuk Perlahan-lahan
Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini kerana ianya juga sudah tersumbat.
Bila Mesin Basuh Rosak, Tidak Boleh Menjalankan Operasi Membasuh
Selalunya terdapat beberapa sebab kenapa tidak boleh membasuh antaranya:
a) Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan oleh kerosakan pada suis pintu atau magnet pada pintu sudah hilang.
b) Getah pengikat pada motor, kalau anda lihat getahnya sudah terlalu longgar. Sebaik-baiknya tukar getah baru ataupun piring bahagian dalam sudah longgar.
Kekerapan membasuh akan menyebabkan piring menjadi haus atau batang besi sudah patah. Ini kerana beban pakaian terlalu banyak.
c) Paras air tidak berfungsi dengan baik untuk menyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor.Jadi ia menyebabkan mesin basuh tidak boleh membasuh.
Getah ini selalunya terletak di bahagian atas belakang mesin basuh, ciri-cirinya terdapat dua atau tiga wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble mesin basuh bahagian bawah.
Tidak Boleh Mengeringkan Pakaian
Lihat bahagian bawah berhampiran dengan paip air yang mula-mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar.
Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah?
Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v. Tukarkan selenoid jika tiada bacaan meter ditemui. Selenoid tu rupanya macam ni ha…
Sewaktu anda menekan butang spin, alarm- nya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukannya selenoid.
Bunyi Bising Sewaktu Pengeringan
Ini berpunca dari bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble.
Ini kerana untuk membuka komponen ini adalah terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.
Basuhan Tidak Bersih Atau Kurang Kuat Daya Pusingan
Cuba periksa getah pada motor yang berkemungkinan sudah longgar. Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru.
Ataupun piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut.
Adakah ianya sudah haus?
Cara Repair Mesin Basuh Rosak Sendiri Dengan Masalah Air Slow, Jimat RM200
Sebelum ini melalui facebook ada seorang hamba Allah bernama Mazuan Lin telah mengongsikan cara beliau repair sendiri mesin basuh miliknya yang ada masalah air slow.
So, kat sini aku kongsikan semula sebagai panduan bagi mereka yang ingin cuba-cuba betulkan masalah mesin basuh dengan masalah yang sama.
Kata beliau :
Tidak perlu lagi keluar duit untuk membaiki mesin basuh anda. ... Jadi, cara paling jimat untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memperbaiki secara DIY. Tapi ... Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.
AMARAN!
JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA
1. Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah
2. Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.
3. Kadang-kadang air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus.
Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.
4. Buka skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.
5. Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan.
Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.
6. Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar.
Benda ni tak berskru pada body jadi aku tarik keluar aje. Check la dulu korang punya kot ada skru.
7. Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.
8. Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam RM30 saja.
Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.
9. Hos air jangan lupa sambung pulak.
10. Wallaa! Lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.
Video Perkongsian Berkaitan Mesin Basuh Tak Boleh Pusing
Di sini aku sertakan sekali video cara baiki mesin basuh rosak tak boleh pusing. Perkongsian ini dari Encik Hairul melalui perkongsian di Youtube.
Aku ni? Hmmm kalau rosak manalah reti nak baiki baiki.. Encik asben jer yang berani godek-godek.
Lagipun kebetulan dia memang ada sijil untuk bidang penyejukan dan penyamanan udara jadi bab mesin basuh ke, peti sejuk ke, aircond ke, beranilah untuk dia godek dan cuba baiki.
Kesimpulan :
Jika rasa berani baiki, boleh cuba-cuba baiki sendiri. Boleh ikut panduan yang diberikan tadi. Jimat kos yang banyak tu!
Untuk aku sendiri, daripada makin punah baik gi terjah beli yang baru jawabnya. Serius weh tak pandai.
kalau ray punye dulu sbb bila basuh tp x tutup plug lepas guna. so skrg mmg setiap kali lepas basuh wajib tutup n cabut plug. Alhamdulillah things are good
brg apa pun mmg wajib ttup n cabut plug lepas guna, tidak nnti leh rosak punah barg lektrik tu... huhu,, sis cukup beringat hal ni.. sbb nk jiat letrik gak..
Mesin basuh yang sebelum ni tahan gak dalam 7 tahun macam tu. Seiring bertambahnya ahli keluarga....makin banyak kerja lebih muatan dia buat. Lama lama tumpas.
Pernah mesin basuh saya rosak. Lama juga hantar baju cuci kat dob . Sekali upah adik buat dah boleh guna macam biasa adik cakap motor pada mesin dah rosak
Assalamualaikum wbt... tolong tnya cik asben jap.. nak tau gak masalah mesin basuh saya.. model LG gak. Bila running mesin basuh je, boleh dikatakan kesemua lampu dalam rumah 'on off' beberapa kali. lepas 4-5 kali 'on off' gitu, tetiba mesin basuh terpadam. kenapa yer? boleh tolong tanyakan cik asben, apa masalah mesin basuh saya yer.. just nak tau... sebab saya kalau bab electrical, insyaAllah xde masalah. tapi elektronik, sy fail..
waalaikumsalam... suami saya mmg boleh wat untuk wayaring dan mesin basuh sbbnya dia lulusan dlm bidang tu.. dn wat partime income dlm bidang ni juga... saya dh tolong tanyakan.. jawapan encik suami.. ada mcm2 faktor.. x boleh nk cakap sebab itu atau sebab ini.. masalah mcm ni kena tengok depan mata... baru boleh tahu sama ada itu disebabkan oleh mesin atau lain2....
kalau ray punye dulu sbb bila basuh tp x tutup plug lepas guna. so skrg mmg setiap kali lepas basuh wajib tutup n cabut plug. Alhamdulillah things are good
ReplyDeletebrg apa pun mmg wajib ttup n cabut plug lepas guna, tidak nnti leh rosak punah barg lektrik tu... huhu,, sis cukup beringat hal ni.. sbb nk jiat letrik gak..
Deletebagus adanya perkongsian ini
ReplyDeletealhamdulillah... kongsi untuk diri sndiri gak
Deletekalau tgk ni mcm mudah tp entah blh ke tak nk bt sndiri nih heheeh...
ReplyDeletesama mcm awa la.. tangan xde ciri2 seorang mekanik... org lain wat mudah je.. kita nk wat hmmm sampai sudah dok pening kepala
DeleteMesin basuh yang sebelum ni tahan gak dalam 7 tahun macam tu. Seiring bertambahnya ahli keluarga....makin banyak kerja lebih muatan dia buat. Lama lama tumpas.
ReplyDeleteberbaloi kalau tumpas pun tu... 7y lama gak tu!! bnyk jasa dh tu,.. mesti sayang kan
DeletePernah mesin basuh saya rosak. Lama juga hantar baju cuci kat dob . Sekali upah adik buat dah boleh guna macam biasa adik cakap motor pada mesin dah rosak
ReplyDeletesama mcm mesin kat umah.. 2x dh asben tukar motor.. mujur la asben leh wat sndiri.. kalau upah kedai.. hmmmm mau rabak poket!
DeleteTy takut nk buat sorg2.. Stay alone kn. Adoiii la.. Nnt ty k cr teman nk buat ni
ReplyDeletejgn wat sensorang kalau x yakin.. kan boleh buka x leh pasang balik nnti.. baik ada peneman kalau x yakin hehe
Deletetq for sharing
ReplyDeletesama2.... tq gak sudi singgah kat sini
DeleteOk..mesin baru lepas rosak
ReplyDeletehmmm dkat nk raya mesin punah plak.. habis la
DeleteKinah punya aliran air masuk dah perlahan. Lama nak tunggu air tu penuh. Boleh mintak suami godek2 nanti.
ReplyDeleteelok la kinah.. try godek2.. tgk apa pasai.. penat ha basuh cmtu.. letih nunggu
DeleteAssalamualaikum wbt... tolong tnya cik asben jap.. nak tau gak masalah mesin basuh saya.. model LG gak. Bila running mesin basuh je, boleh dikatakan kesemua lampu dalam rumah 'on off' beberapa kali. lepas 4-5 kali 'on off' gitu, tetiba mesin basuh terpadam. kenapa yer? boleh tolong tanyakan cik asben, apa masalah mesin basuh saya yer.. just nak tau... sebab saya kalau bab electrical, insyaAllah xde masalah. tapi elektronik, sy fail..
ReplyDeletewaalaikumsalam... suami saya mmg boleh wat untuk wayaring dan mesin basuh sbbnya dia lulusan dlm bidang tu.. dn wat partime income dlm bidang ni juga... saya dh tolong tanyakan.. jawapan encik suami.. ada mcm2 faktor.. x boleh nk cakap sebab itu atau sebab ini.. masalah mcm ni kena tengok depan mata... baru boleh tahu sama ada itu disebabkan oleh mesin atau lain2....
Deleteso cadangannya.. kalau boleh pergi ke mana2 kedai servis mesin basuh.. beritahu masalah dn minta org tu datang tengokkan..
Deleteterima kasih info itu..
ReplyDeletesama-sama. moga bermanfaat
DeleteRumah saya pun mesin basuh ada masalah tak boleh rinse dan spin. Tak berani nak cuba takut makin rosak
ReplyDeleteTerima kasih sebab share info. Macam kes saya mesin basuh tak berpusing, saya rasa ini disebabkan getah juga.
ReplyDeletetq share info ni.. mesin basuh mak pun rosak , baru try repair sndiri
ReplyDelete