Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mesin Basuh Tak Boleh Spin, Jenis Dan Punca Kerosakan Mesin Basuh

Mesin Basuh Tak Boleh Spin, Jenis Dan Punca Kerosakan Mesin Basuh | Mesin basuh adalah satu perkakas elektrik yang sangat penting! Ada mesin basuh membantu kita menjimatkan waktu mencuci pakaian. Tapi sayangnya mesin basuh ini boleh menjadi rosak secara tiba-tiba. 

Antara jenis kerosakan mesin basuh yang sering di hadapi adalah seperti mesin basuh tak boleh on, mesin basuh tak boleh spin, mesin basuh automatik asyik keluar air, mesin basuh air tak masuk, mesin basuh boleh rinse dan spin serta banyak lagi. 

Paling kerap berlaku masalah mesin basuh auto tak boleh pusing dan mesin basuh bergegar ketika spin. Bila mesin basuh rosak begini memang boleh jadi stress!


masalah mesin basuh

Memang stress kan bila mesin basuh rosak! Makin geram jika kebetulan waktu itu sedang musim hujan. Oh tidakkkk...... Tapi, tertanya-tanyalah juga, apakah punca mesin basuh automatik rosak? 

Sebenarnya, mesin basuh automatik yang rosak ni bukan sesuatu yang luar biasa pun. Menang ramai yang mengalami masalah dan ada juga kadangkala masalah itu tidaklah seserius mana cuma apa nak buat, pengetahuan bab mesin basuh rosak ni kurang. Lagipun mana berani nak menggodek itu ini sendiri. 

Di sini disenaraikan beberapa punca masalah yang berlaku berserta dengan cara penyelesaian yang boleh dilakukan, jika berani untuk buat sendirilah!

Antara Jenis Masalah Dan Kerosakan Mesin Basuh

1. Air Tidak Mahu Keluar

Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat di situ atau termasuk duit syiling. Caranya, periksa getah yang berdekatan dengan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotoran atau duit syiling yang melekat di situ.
 

2. Air Tidak Mahu Masuk

Hidupkan mesin basuh dan periksa Volt AC menggunakan multi meter pada pam air yang mana untuk level yang biasa adalah 230 Volt. Jika ada, pam air harus diganti baru.

3. Air Keluar Secara Perlahan-lahan

Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan oleh kotoran atau duit syiling.

4. Air Masuk Perlahan-lahan

Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini kerana ianya juga sudah tersumbat.


masalah mesin basuh

Bila Mesin Basuh Rosak, Tidak Boleh Menjalankan Operasi Membasuh

Selalunya terdapat beberapa sebab  kenapa tidak boleh membasuh antaranya:

a) Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan oleh kerosakan pada suis pintu atau magnet pada pintu sudah hilang.

b) Getah pengikat pada motor, kalau anda lihat getahnya sudah terlalu longgar.  Sebaik-baiknya tukar getah baru ataupun piring bahagian dalam sudah longgar. 

Kekerapan membasuh akan menyebabkan piring menjadi haus atau batang besi sudah patah. Ini kerana beban pakaian terlalu banyak.

c) Paras air tidak berfungsi dengan baik untuk menyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor.Jadi ia menyebabkan mesin basuh tidak boleh membasuh. 

Getah ini selalunya terletak di bahagian atas belakang mesin basuh, ciri-cirinya terdapat dua atau tiga wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble mesin basuh bahagian bawah. 

Tidak Boleh Mengeringkan Pakaian

Lihat bahagian bawah berhampiran dengan paip air yang mula-mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar. 

Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah? 

Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v. Tukarkan selenoid jika tiada bacaan meter ditemui. Selenoid tu rupanya macam ni ha…

Sewaktu anda menekan butang spin, alarm- nya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukannya selenoid. 
 

Bunyi Bising Sewaktu Pengeringan

Ini berpunca dari  bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble. 

Ini kerana untuk membuka komponen ini adalah terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.
 

Basuhan Tidak Bersih Atau Kurang Kuat Daya Pusingan

Cuba periksa getah pada motor yang berkemungkinan sudah longgar. Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru. 

Ataupun piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. 

Adakah ianya sudah haus?

masalah mesin basuh

Cara Repair Mesin Basuh Rosak Sendiri Dengan Masalah Air Slow, Jimat RM200

Sebelum ini melalui facebook ada seorang hamba Allah bernama Mazuan Lin telah mengongsikan cara beliau repair sendiri mesin basuh miliknya yang ada masalah air slow. 

So, kat sini aku kongsikan semula sebagai panduan bagi mereka yang ingin cuba-cuba betulkan masalah mesin basuh dengan masalah yang sama. 

Kata beliau : 

Tidak perlu lagi keluar duit untuk membaiki mesin basuh anda. ... Jadi, cara paling jimat untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memperbaiki secara DIY. Tapi ... Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.


AMARAN! 

JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA

 
1. Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah
masalah mesin basuh
2. Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.
masalah mesin basuh
3. Kadang-kadang air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. 
Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.
masalah mesin basuh
4. Buka skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.
masalah mesin basuh
5. Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. 
Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.
masalah mesin basuh
6. Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. 
Benda ni tak berskru pada body jadi aku tarik keluar aje. Check la dulu korang punya kot ada skru.
masalah mesin basuh
7. Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.
masalah mesin basuh
8. Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam RM30 saja. 
Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.
masalah mesin basuh
masalah mesin basuh
9. Hos air jangan lupa sambung pulak.
masalah mesin basuh
10. Wallaa! Lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.
masalah mesin basuh

Video Perkongsian Berkaitan Mesin Basuh Tak Boleh Pusing

Di sini aku sertakan sekali video cara baiki mesin basuh rosak tak boleh pusing. Perkongsian ini dari Encik Hairul melalui perkongsian di Youtube.



Aku ni? Hmmm kalau rosak manalah reti nak baiki baiki.. Encik asben jer yang berani godek-godek. 

Lagipun kebetulan dia memang ada sijil untuk bidang penyejukan dan penyamanan udara jadi bab mesin basuh ke, peti sejuk ke, aircond ke, beranilah untuk dia godek dan cuba baiki.

Kesimpulan :

Jika rasa berani baiki, boleh cuba-cuba baiki sendiri. Boleh ikut panduan yang diberikan tadi. Jimat kos yang banyak tu! 

Untuk aku sendiri, daripada makin punah baik gi terjah beli yang baru jawabnya. Serius weh tak pandai. 

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia






Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


26 comments for "Mesin Basuh Tak Boleh Spin, Jenis Dan Punca Kerosakan Mesin Basuh"

  1. kalau ray punye dulu sbb bila basuh tp x tutup plug lepas guna. so skrg mmg setiap kali lepas basuh wajib tutup n cabut plug. Alhamdulillah things are good

    ReplyDelete
    Replies
    1. brg apa pun mmg wajib ttup n cabut plug lepas guna, tidak nnti leh rosak punah barg lektrik tu... huhu,, sis cukup beringat hal ni.. sbb nk jiat letrik gak..

      Delete
  2. bagus adanya perkongsian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... kongsi untuk diri sndiri gak

      Delete
  3. kalau tgk ni mcm mudah tp entah blh ke tak nk bt sndiri nih heheeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm awa la.. tangan xde ciri2 seorang mekanik... org lain wat mudah je.. kita nk wat hmmm sampai sudah dok pening kepala

      Delete
  4. Mesin basuh yang sebelum ni tahan gak dalam 7 tahun macam tu. Seiring bertambahnya ahli keluarga....makin banyak kerja lebih muatan dia buat. Lama lama tumpas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi kalau tumpas pun tu... 7y lama gak tu!! bnyk jasa dh tu,.. mesti sayang kan

      Delete
  5. Pernah mesin basuh saya rosak. Lama juga hantar baju cuci kat dob . Sekali upah adik buat dah boleh guna macam biasa adik cakap motor pada mesin dah rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm mesin kat umah.. 2x dh asben tukar motor.. mujur la asben leh wat sndiri.. kalau upah kedai.. hmmmm mau rabak poket!

      Delete
  6. Ty takut nk buat sorg2.. Stay alone kn. Adoiii la.. Nnt ty k cr teman nk buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn wat sensorang kalau x yakin.. kan boleh buka x leh pasang balik nnti.. baik ada peneman kalau x yakin hehe

      Delete
  7. Replies
    1. hmmm dkat nk raya mesin punah plak.. habis la

      Delete
  8. Kinah punya aliran air masuk dah perlahan. Lama nak tunggu air tu penuh. Boleh mintak suami godek2 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok la kinah.. try godek2.. tgk apa pasai.. penat ha basuh cmtu.. letih nunggu

      Delete
  9. Assalamualaikum wbt... tolong tnya cik asben jap.. nak tau gak masalah mesin basuh saya.. model LG gak. Bila running mesin basuh je, boleh dikatakan kesemua lampu dalam rumah 'on off' beberapa kali. lepas 4-5 kali 'on off' gitu, tetiba mesin basuh terpadam. kenapa yer? boleh tolong tanyakan cik asben, apa masalah mesin basuh saya yer.. just nak tau... sebab saya kalau bab electrical, insyaAllah xde masalah. tapi elektronik, sy fail..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... suami saya mmg boleh wat untuk wayaring dan mesin basuh sbbnya dia lulusan dlm bidang tu.. dn wat partime income dlm bidang ni juga... saya dh tolong tanyakan.. jawapan encik suami.. ada mcm2 faktor.. x boleh nk cakap sebab itu atau sebab ini.. masalah mcm ni kena tengok depan mata... baru boleh tahu sama ada itu disebabkan oleh mesin atau lain2....

      Delete
    2. so cadangannya.. kalau boleh pergi ke mana2 kedai servis mesin basuh.. beritahu masalah dn minta org tu datang tengokkan..

      Delete
  10. Rumah saya pun mesin basuh ada masalah tak boleh rinse dan spin. Tak berani nak cuba takut makin rosak

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sebab share info. Macam kes saya mesin basuh tak berpusing, saya rasa ini disebabkan getah juga.

    ReplyDelete
  12. tq share info ni.. mesin basuh mak pun rosak , baru try repair sndiri

    ReplyDelete