Jenis Dan Punca Kerosakan Mesin Basuh Automatik | Mesin basuh adalah satu perkakas elektrik yang sangat penting! Tapi sayangnya mesin basuh automatik ini boleh menjadi rosak secara tiba-tiba. Antara jenis kerosakan mesin basuh automatik yang sering di hadapi adalah seperti mesin basuk tak boleh on, mesin basuh automatik asyik keluar air, mesin basuh air tak masuk, mesin basuh auto tidak spin atau mesin basuh auto tak boleh pusing, mesin basuh bergegar ketika spin dan lain-lain lagi.


Memang stress kan bila mesin basuh rosak! Makin geram jika kebetulan waktu itu sedang musim hujan. Oh tidakkkk...... Tapi, tertanya-tanyalah juga, apakah punca mesin basuh automatik rosak? 

Sebenarnya, mesin basuh automatik yang rosak ni bukan sesuatu yang luar biasa pun. Menang ramai yang mengalami masalah dan ada juga kadangkala masalah itu tidaklah seserius mana cuma apa nak buat, pengetahuan bab mesin basuh rosak ni kurang. Lagipun mana berani nak menggodek itu ini sendiri. 

Di sini disenaraikan beberapa punca masalah yang berlaku berserta dengan cara penyelesaian yang boleh dilakukan, jika berani untuk buat sendirilah!

Air Tidak Mahu Keluar
Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat di situ atau termasuk duit syiling. Caranya, periksa getah yang berdekatan dengan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotoran atau duit syiling yang melekat di situ.

Air Tidak Mahu Masuk

Hidupkan mesin basuh dan periksa Volt AC menggunakan multi meter pada pam air yang mana untuk level yang biasa adalah 230 Volt. Jika ada, pam air harus diganti baru.

Air Keluar Secara Perlahan-lahan

Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan oleh kotoran atau duit syiling.

Air Masuk Perlahan-lahan

Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini kerana ianya juga sudah tersumbat.



Tidak Boleh Menjalankan Operasi Membasuh
Selalunya terdapat beberapa sebab  kenapa tidak boleh membasuh antaranya:

a) Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan oleh kerosakan pada suis pintu atau magnet pada pintu sudah hilang.

b) Getah pengikat pada motor, kalau anda lihat getahnya sudah terlalu longgar.  Sebaik-baiknya tukar getah baru ataupun piring bahagian dalam sudah longgar. Kekerapan membasuh akan menyebabkan piring menjadi haus atau batang besi sudah patah. Ini kerana beban pakaian terlalu banyak.

c) Paras air tidak berfungsi dengan baik untuk menyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor.Jadi ia menyebabkan mesin basuh tidak boleh membasuh. Getah ini selalunya terletak di bahagian atas belakang mesin basuh, ciri-cirinya terdapat dua atau tiga wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble mesin basuh bahagian bawah.

Tidak Boleh Mengeringkan Pakaian
Lihat bahagian bawah berhampiran dengan paip air yang mula-mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar. Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah? Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v. Tukarkan selenoid jika tiada bacaan meter ditemui. Selenoid tu rupanya macam ni ha…

Sewaktu anda menekan butang spin, alarm- nya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukannya selenoid.

Bunyi Bising Sewaktu Pengeringan
Ini berpunca dari  bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble. Ini kerana untuk membuka komponen ini adalah terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.

Basuhan Tidak Bersih Atau Kurang Kuat Daya Pusingan
Cuba periksa getah pada motor yang berkemungkinan sudah longgar. Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru. Ataupun piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. Adakah ianya sudah haus?





CARA REPAIR MESIN BASUH SENDIRI DENGAN MASALAH AIR SLOW - SELAMAT RM200

Sebelum ini melalui facebook ada seorang hamba Allah bernama Mazuan Lin telah mengongsikan cara beliau repair sendiri mesin basuh miliknya yang ada masalah air slow. So, kat sini daku kongsikan semula sebagai panduan bagi mereka yang ingin cuba-cuba betulkan masalah mesin basuh dengan masalah yang sama. 

Kata beliau : 
Tidak perlu lagi keluar duit untuk membaiki mesin basuh anda. ... Jadi, cara paling jimat untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memperbaiki secara DIY. Tapi ... Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak. ...




Bacaan Juga : Deko & Ideas Untuk Makeover Pejabat Soho Sendiri Di Rumah

AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!


1. Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah
2. Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.
3. Kadang-kadang air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.
4. Buka skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.
5. Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.
6. Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Check la dulu korang punya kot ada skru.
7. Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.

8. Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam rm30 saja. Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.
9. Hos air jangan lupa sambung pulak.
10. Wallaa! Lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.

Daku ni? Hmmm kalau rosak manalah reti nak baiki baiki.. cik asben je berani godek-godek. Lagipun kebetulan dia memang ada sijil untuk bidang penyejukan dan penyamanan udara so bab mesin basuh ke, peti sejuk ke, aircond ke.. bolehlah dia tolong baiki.

Baca juga : 10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah, Cepat dan Jimat! (Sesuai Untuk Bajet Yang Rendah

Untuk daku sendiri, daripada makin punah baik gi terjah beli yang baru jawabnya. Serius weh tak pandai. Bercerita tentang perkakas elektrik dalam rumah, kejap lagi nak pergi cuci mata barangan elektrik lawa-lawa dari PENSONIC la... 







Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.