Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Inilah Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar

Inilah Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar | Kenal tak daun apa ni? Rasanya mesti kenal kan. Ini daun sup. Daun sup ye bukan daun ketumbar tau! Daku masa dulu sebelum kahwin pernah tertukar antara daun sup dengan daun ketumbar. Yelah rupa daunnya nak sama. Aduhai...


khasiat daun sup
Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar


Itu dululah, sekarang memang dah cam sangat. Baunya saja dah lain. Masih pening dan tak tahu cara nak bezakan daun sup dan daun ketumbar? Inilah 5 tips untuk cara bezakan daun sup dan daun ketumbar ini.

Cara Nak Bezakan Daun Sup Dan Daun Ketumbar

1. Batang dan Daun
Daun sup lebih panjang manakala daun ketumbar lebih pendek. Bentuk daun sup pula tajam dan daun ketumbar sedikit lebar dan kecil.

2. Warna daun. 
Biasanya warna kedua-dua daun sup dan daun ketumbar adalah sama iaitu hijau. Inilah punca kenapa ramai orang terkeliru. Tapi jika di amati baik-baik, warna daun sup lebih terang daripada warna daun ketumbar.

3. Bau. 
Bau daun sup sangat wangi dan mengingatkan anda kepada bau kuah sup. Manakala bau daun ketumbar agak kuat & menusuk hidung.

4. Rasa. 
Dari segi rasa, rasa daun ketumbar lebih menyengat dari daun sup. Daun sup ada rasa nice dan mudah diterima sedangkan daun ketumbar lebih pedas.

5. Kegunaan dalam masakan. 
Biasanya daun sup lebih universal dalam masakan Melayu. Daun ketumbar ni tak berapa ramai yang pakai kecuali untuk masak beberapa jenis masakan tertentu, terutamanya tomyam.

Gambar di bawah adalah daun ketumbar dan daun sup. Tengok sekali imbas memang pening kan. Di sebelah kiri adalah daun ketumbar dan di sebelah kanan adalah daun sup.


khasiat daun sup
Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar

Suka Beli Daun Sup Sebagai Pelengkap Masakan

Daun sup daku beli bukan hanya sekadar semasa menu untuk buat sup terlintas di fikiran. Tapi daun sup ni daku suka beli sebagai penghiasa makanan juga. Kalau tiba-tiba daun bawang habis, haaa daun sup adalah penyelamat keadaan. 

Antara masakan yang ku suka letakkan daun sup sebagai penambah selera ini adalah seperti mee kuah, bihun sup ayam, ketam masak cili dan lain-lain lagi. Harga daun sup ni pun tak ada mahal mana. 


khasiat daun sup
Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar


Khasiat Daun Sup Yang Ramai Orang Tidak Sedar

Daun sup kegemaran ramaiDaun sup mempunyai daun yang lebih jarang dan bentuk daunnya juga lebih besar dari daun ketumbar. Khasiat daun sup ini mengikut apa yang dikongsikan oleh ramai orang, dikatakan yang ianya dapat mencuci buah pinggang. Dikatakan juga ada banyak lagi khasiat daun sup lain yang ada cuma ramai yang tidak sedar. 


khasiat daun sup
Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar

Antara khasiat daun sup yang juga dikenali sebagai Apium graveolens di dalam bahasa Inggeris ini adalah seperti yang berikut. 

Khasiat #1 - Menghilangkan Nafas Berbau
Suka dengan bau daun sup. Bila terbau daun ni terus rasa lapar sup serta merta. Yelah baunya sama kot! Terdetik di hati hebatnya ciptaan Ilahi.

Khasiat #2 - Banyak Vitamin
Kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

Khasiat #3 - Menurunkan Kadar Kolestrol
Individu yang mempunyai kolestrol tinggi perlu menambah daun sup dalam diet harian kerana daun ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.

Khasiat #4 - Bantu Rawat Kencing Manis
Daun sup mempunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah, ianya merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan

Khasiat #5 - Cuci Buah Pinggang
Berdasarkan bacaan yang dikongsikan oleh ramai orang di luar sana. Dikatakan yang daup sup ini turut boleh bantu cuci buah pinggang juga. Caranya adalah dengan merebus seikat daun sup lalu di tapis dan di minum.

Benarkan Daun Sup Boleh Cuci Buah Pinggang?

Namun apabila ada yang bertanyakan tentang isu ini pada seorang doktor, jawapan yang diterima adalah sebaliknya (lihat gambar)

khasiat daun sup

Maka untuk langkah yang paling bijak, ada baiknya rujuk dulu pada mana-mana doktor. Jumpa lebih ramai doktor adalah lebih baik dan tanyalah pada mereka tentang isu ini. Jika rata-rata menjawab yang ianya tidak boleh mencuci buah pinggang maka adalah lebih elok untuk cari kaedah yang lain.

Cara Mudah Untuk Tanam Daun Sup Sendiri Di Rumah

Daun sup boleh juga di tanam sendiri di rumah dalam pasu kecil yang comel. Ia bukan sekadar untuk makanan tapi juga sebagai salah satu hiasan dapur.

Cara yang paling ramai digunakan adalah dengan membeli seikat daun sup berserta akar di mana-mana pasar atau pasaraya. Kemudian akan di kerat akar dari ikatan daun sup yang telah di beli tersebut. Pangkal yang telah di kerat bolehlah di tanam ke dalam pasu. Manakala lebihan daun dan batang tadi bolehlah terus digunakan sebagai bahan masakan.

khasiat daun sup
Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar

Tips Penanaman Yang Betul Supaya Pokok Daun Sup Tumbuh Subur

1. Pangkal ikatan daun sup yang telah di kerat pastikan terus di buang semua daun sup pada bahagian tersebut. Buang habis semua daunnya kasi gondol.

2. Tanam pada bahagian akar saja. Jangan di benam sekali dengan batang ke dalam tanah tu.

3. Spray tanah keliling pokok. Cukup sekadar beri tanah di sekelilingnya lembap. Jangan di siram kerana pokok daun sup tidak boleh terlalu banyak air nanti akarnya akan rosak dan busuk.


Cara Simpan Daun Sup Supaya Tahan Lama 

Pokok daun sup perlu disimpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais. Pokok yang disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan. Tumbuhan kalau ada akar seperti daun kesum juga boleh disimpan dengan teknik yang sama. 

Caranya mudah saja. Potong 2 botol minuman. Masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahajaAir yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.

cara tanam duan sup
Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar


Jom Cuba Resepi Sup Sayur Campur Simple Bersama Daun Sup

Tak kisahlah apa jua khasiatnya kerana apa yang diciptakan oleh Ilahi tu memang ada khasiat dan kegunaannya. Selain daripada sekadar menjadi penghias makanan, daun sup ini boleh masak sup sayur. Resepi masak sup sayur ni tak susah.

Kalian boleh cuba Resepi Sup Sayur Campur Simple ni dan yang tak payah susah hati kerana sup sayur tanpa kiub ni mudah sangat cara nak masaknya. Sup sayur simple ni boleh juga di olah sebagai sup sayur suhun dan sup sayur fishball hanya dengan menambah suhun dan fishball. Nak lagi best masukkan makanan laut untuk jadikannya sebagai sup saur seafood yang awesome!
resepi sup sayur
Jom layan resepi sup sayur simple yang mudah tetapi sangat sedap dan berkhasiat di bawah ini.

Bahan-Bahan :

  • 1/2 batang Carrot
  • sedikit Sawi
  • sedikit Kobis
  • sedikit Bunga Kobis
  • 1 biji Tomato
  • 1 biji cili besar
  • Daun sup (wajib! takde daun sup tak jadi)
  • Fish ball
  • Daging / Udang / Sotong
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 cawan air


Cara Masak Sup Sayur Simple :
1. Potong semua sayur mengikut size yang di sukai. Ketepikan.

2. Hiris halus bawang merah, bawang putih dan juga halia kemudian tumis dengan sedikit minyak hingga kelihatan sedikit garing. Sedikit garing tau bukannya hangit ye ualls.. =D

3. Masukkan air dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.

4. Apabila telah mendidih, masukkan ke semua sayur-sayuran yang telah di potong tadi, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Masa menunggu untuk mendidih bagi kali yang ke dua ni tak lama tau. Kejap je.

5. Sebaik saja telah mendidih, segera masukkan daging / udang / sotong dan fishball.

6. Kacau sekejap selama 2-3 minit atau sehingga daging / udang / sotong bertukar warna kemudian masukan garam secukup rasa.

7. Tutupkan api dan sedia untuk di makan.


Itulah dia serba ringkas mengenai khasiat daun sup berserta dengan resipi sup sayur simple yang sedap. InshaAllah jika ada masa daku akan share lagi resepi sup lain yang menarik. 



Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog πŸ‘‰  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby πŸ‘‰  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

9 comments for "Inilah Khasiat Daun Sup Yang Kita Sendiri Tak Sedar"

  1. Saya suka makan potongan batang daun sup mentah, cecahkan ke dipping atau hummus, crispy sedap...:)

    ReplyDelete
  2. ray suke makan sup pun tak tahu ni haha

    ReplyDelete
  3. blend btg cellary yg besar tu dgn epal hujau, bole rawat kncing manis n bagus untuk turunkn berat

    ReplyDelete
  4. Saya minat daun sup tapi tak minat daun ketumbar. Memang tak boleh tahan dengan bau daun ketumbarπŸ˜….

    ReplyDelete
  5. Baru bercadang nak tanam daun sup, tq bagi tips tanam tu ... Hehe.

    ReplyDelete
  6. kita lagi suka daun ketumbar dari daun sup..hihihi..cara penanaman daun ketumbar, boleh buat macam daun sup tu tak ye?

    ReplyDelete
  7. Baguih gak makan daun sup..tapi rin suka makan daun seledri tu.. buh dalam sup jugak buat sayuq yang batang seledri tu.

    ReplyDelete
  8. Daun sup ni bgus utuk penghidap gaout..

    ReplyDelete