Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya | Bagi sesiapa yang ada minat dalam bidang penulisan, blog adalah satu platfrom terbaik untuk di cuba. Mungkin ada yang akan bertanya, apakah sebenarnya fungsi blog ini? Untuk pengetahuan semua, blog adalah salah satu cabang dalam dunia media sosial yang hampir sama dengan Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Apa yang membezakan, blog ini boleh di tulis dengan lebih panjang lebar berserta gambar seakan sebuah majalah. Cuma blog adalah majalah online yang tidak boleh dipegang secara nyata. Maka dek kerana itulah blog ini sering digunakan sebagai salah satu cara untuk memberi info, menyampaikan berita, mewar-warkan iklan dan sebagainya.


Hari ni daku nak kongsikan info tentang blogging berdasarkan apa yang ku tahu. Nak kata daku ni tahap sifu memang jauh panggang dari api cuma apa yang bakal ku kongsikan ini adalah berdasarkan apa yang telah ku praktikkan selama ini.

Sebenarnya topik untuk belajar cara buat blog @ cara membuat website sendiri dengan betul hingga boleh menjadi seorang blogger yang berjaya ini adalah untuk memenuhi permintaan salah seorang pembaca blog melalui email. Permintaan beliau adalah untuk dikongsikan cara yang tepat bagi menjadi seorang blogger from zero to hero. Beliau sendiri masih belum mempunyai blog kerana tidak tahu ingin bermula dari mana. Maka dalam post ini akan diterangkan cara-cara buat blog percuma.



" Untuk si penghantar soalan, terima kasih banyak kerana sudi membaca blog ini dan terima kasih juga di atas pujian yang telah diberikan. Namun hakikatnya saya tidaklah sehebat itu. Selaku seorang blogger masih banyak yang perlu dipelajari dan untuk berjaya memang perlu terus berusaha dari masa ke semasa. "


Langkah-Langkah Yang Tepat Untuk Mula Menjadi Blogger 

Sekarang akan dikongsikan cara buat blog blogspot terutama untuk para pemula. Jika nak tau cara buat blog yang betul dan mudah hingga boleh keluar di Google apabila orang search, pastikan berjaya bina blog sendiri dulu sebelum ke tahap berikutnya. 

1. Tetapkan Matlamat Dan Niat 
Pertama sekali suka untuk diingatkan yang blog ini bukanlah sebuah medan untuk menulis secara suka hati. Blog juga bukanlah sebuah tempat yang boleh digunakan secara membabi buta untuk melepaskan perasaan. Jika di awal penubuhan blog ini, ya tidak dinafikan yang ianya sering digunakan ke arah itu namun kini masa telahpun berubah.

Maka untuk semua para bakal blogger yang ingin terjun ke dalam bidang ini, jika ingin berjaya sila pastikan yang blog tersebut digunakan dengan betul bagi menyampaikan info pada para bakal pembaca yang lain di luar sana. Blog ini juga boleh dijadikan sebagai platform untuk menyampaikan pengalaman, tips, ilmu dan sebagainya yang dirasakan boleh memberi manfaat pada orang lain.

Terbitkan minat dengan mengikut cara sendiri. Antara topik yang boleh diketengahkan adalah seperti lifestyle, kecantikan, kesihatan, resepi dan dunia masakan, keibubapaan, widget dan lain-lain lagi.



Baca Juga : BLOG - PLATFORM MEDIA YANG BERKUASA HEBAT!

2. Fikirkan Nama Yang Baik Dan Sesuai Untuk Blog
Nama untuk blog ni bukan boleh main letak je tau. Seleoknya cari nama yang mudah untuk di sebut, di ingat dan di eja. Jangan juga ada huruf bertindih takut nanti pembaca salah eja dah tak dapat nk ke blog kita.

3. Daftar Email Khusus Untuk Kegunaan Blog 
Mungkin dah ada email yang lain. Tapi jika nak nampk lebih exclusive boleh daftar email yang khusus untuk kegunaan blog tersebut saja 100%. Barulah mudah nak berhubung dengan client yang ingin beriklan di blog dan sebagainya.

4. Dapatkan Akaun Percuma Dari Blogspot 
Setelah ada nama untuk di daftarkan, dah ada email, bolehlah terus daftar akaun pemula sebagai blogger di www.blogger.com .



5. Ubah Rupa Blog Dengan Template Responsive 
Template yang ada di blogspot memang biasa sebab ianya hanya rupa yang basic. Jika nak template yang lebih cantik dan menawan boleh dapatkan dari mana-mana website yang menawarkan template percuma. Apa yang perlu di buat hanyalah download code dan pasang ke blog.

6. Upah Designer Blog Jika Ingin Nampak Special
Template free yang dah di download tadi tak dinafikan boleh nampak sama dengan blogger yang lain. elah bukan kita sorang je guna cara yang sama. Maka jika nak nampak lebih unik dan special bolehh upah mana-mana designer blog untuk bantu gayakan semula template tersebut hingga menepati citarasa kita yg sebenar.

7. Boleh Mula Menulis Dengan Ikhlas
Apabila semuanya sudah siap, bolehlah menulis dengan penuh minat. Tulis dengan ikhlas dan penuh isi ye. Jangan tulis sekadar ala kadar tanpa ada tujuan yang sebenar. Kan tak pasal-pasal pembaca datang tengok sekali terus tak nak datang lagi.

8. Pastikan Internet Laju Yer!
Lupa pulak, jangan lupa pastikan yang internet juga laju barulah boleh menulis dengan aman dan lancar. Macam daku sendiri, daku gunakan Unifi dan laptop setiap kali untuk menjalankan tugas sebagai seorang blogger. Kalau internet tak laju, camna nak buat kerja dengan fokus? Asyik loading je, boring la jawabnya..


Baca Juga : Aku Terkedu Saat Blog Capai 1,000 Pembaca Sekaligus Dalam Satu Masa 




5 Tips Pantas Bagaimana Menghasilkan Artikel Blog Yang Baik & Menarik

Berikut adalah 5 Tips Menulis Artikel Blog Dengan Pantas yang boleh diamalkan untuk membantu anda menyediakan artikel dengan lebih mudah dan pantas. Pendekatan mudah, ringkas dan tidak perlukan sebarang jampi.


#1 – Tulis Dalam Bentuk Senarai 
Menulis artikel blog adalah satu perkara yang sangat susah harus ditepis. Sebenarnya ia tidaklah sesusah mana cuma jangan sesekali mengikut cara yang lama seperti menulis esei sekolah menengah. Buat persediaan yang secukupnya sebelum mula menulis! Terbitkan minat mengikut cara sendiri. Buat blog yang menarik mengikut gaya masing-masing.

Seperti yang dapat lihat dalam artikel ini, daku menggunakan nombor untuk setiap isi yang cuba di kongsikan. Dengan menulis dalam bentuk nombor seperti ini, mudah bagi kita untuk kekal fokus pada sesuatu isi yang cuba disampaikan. Selain pilihan nombor, penggunaan bullet point juga boleh digunakan. Tiada format khusus dalam hal ini. Kalian sebagai seorang penulis bebas untuk menggunakannya berdasarkan topik yang di bawa.

#2 – Masukkan Nombor Pada Bahagian Tajuk Kecil
Teknik meletakkan nombor dalam tajuk artikel juga adalah antara teknik kegemaran . Apabila kita meletakkan nombor di dalam tajuk artikel, kita sebagai penulis boleh membawa fikiran kita untuk fokus kepada beberapa perkara itu sahaja untuk ditulis. Bagi pembaca pula, mereka yang melihat tajuk artikel kita akan tertanya-tanya, apakah yang ada disebalik artikel kita itu. Adakah mereka sudah tahu? Adakah mereka belum tahu? Adakah bermanfaat? Unsur suspens ini secara tidak langsung boleh menjemput mereka datang membaca artikel kita.

#3 – Tonjolkan Bahagian Penting 
Bahagian-bahagian penting dalam artikel boleh dipisahkan menggunakan sub-headline. Sebagai contoh, jika berkongsi cara menyediakan sesuatu resepi di blog, antara sub-headline yang boleh digunakan untuk memisahkan beberapa bahagian di dalam artikel adalah seperti: Bahan Yang Diperlukan dan Cara Penyediaan Cara Hidangan.


Baca Juga : PV (Pageviews) Blog Kini Cecah 3 Juta !!


#4 – Tulis Pendahuluan 
Amalkan memulakan artikel dengan pendahuluan ringkas tentang topik yang ditulis di dalam artikel. Tidak perlu terlalu panjang. 2-3 baris sudah memadai sebagai pembuka bicara dan sebagai tanda kita menghormati pembaca. Antara cadangan pendahuluan adalah: Aktiviti sendiri pada hari semalam? (sesuai untuk blog peribadi) Daripada mana anda mendapat ilham tentang topik tersebut? Kenapa mahu kongsikan topik tersebut dengan pembaca?

#5 – Inspirasi & Beri Cadangan Buat Si Pembaca 
Mereka yang datang mendapatkan informasi daripada blog kita mahukan satu penyelesaian dan cadangan daripada kita. Oleh yang demikian, kita boleh sertakan cadangan dan pendapat sebagai seorang penulis di bahagian akhir artikel, yakni pada bahagian penutup atau kesimpulan.

Yang pasti, kebarangkalian untuk blog menjadi hambar adalah sangat tinggi terutama yang tidak mempunyai topik khusus. Untuk berjaya suka ataupun tidak perlu berusaha mahirkan diri dalam cara membuat blogNak wujudkan blog memang mudah tapi nak tarik perhatian orang lain untuk suka dengan blog kita agak susah.

Sumber : Bina Blog Dot Com Sendiri



12 Tips Bagaimana Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya (From Zero To Hero)

1- Hasil penulisan haruslah yang original dengan gaya tersendiri
2- Jangan sesekali meniru blog orang lain
3- Jangan terlalu tamak mahukan keuntungan
4- Tulis dari hati yang telus demi kebaikan pembaca
5- Jangan menulis sembarangan tanpa usul periksa
6- Jangan cuba-cuba berlagak pandai dalam apa jua isu
7- Berusaha berkenalan dengan blogger yang lain
8- Support blogger lain dengan ikhlas sebagai sahabat
9- Jangan penting diri dan ego (sedia untuk terima kritikan)
10 - Hargai semua pembaca yang suppot blog kalian
11 - Rajin share hasil penulisan di blog ke facebook, IG dan lain-lain
12 - Rajin singgah dan komen di blog orang lain untuk bina rangkaian dalam komuniti penulis blog


Cabaran Terbesar Untuk Setiap Blogger Adalah Trafik 

Ops, ini bukan polis trafik kat atas jalan tu ye? Ini adalah trafik yang berkaitan dengan blog. Cara paling mudah untuk faham, 'trafik' yang dimaksudkan ini adalah lalulintas yakni jumlah pengunjung yang singgah ke blog dari masa ke semasa.


Blog yang dibuat dan dikembangkan dengan baik adalah satu kejayaan. Bagaimana cara membuat blog dan berhasil menarik lebih banyak pengunjung? Ikut saja cara yang telah diberikan tadi dan jika sesebuah blog itu berjaya memperoleh pembacanya sendiri maka secara tidak langsung blog tersebut boleh digunakan sebagai salah satu medan untuk membuat income secara pasif (duduk saja goyang kaki). Income ini boleh berlaku disebabkan oleh kehadiran pihak pengiklan untuk tumpang mempromosikan produk mereka di blog kita. Antara syarikat pengiklanan yang sering dikaitkan dengan blogger adalah seperti Nuffnang, Innity dan juga Adsense. 




Nak tau cara buat blog yang betul dan mudah untuk keluar di Google apabila orang search? Ini adalah cabaran yang lain untuk para blogger. Untuk yang dah berjaya buat blog, cabaran trafik dan keinginan untuk muncul di 1st pages Google Search memang agak mencabar. Tetapi cabaran ini jugalah yang akan membuatkan seseorang blogger itu berasa puashati dengan kejayaannya dari masa ke semasa mengikut peningkatan masing-masing. Untuk hal ini kena banyak cari info tentang SEO 


Baca Juga : Akhirnya Berjaya Bersama Google Adsense Setelah Hampir Give Up!

Paling utama, jika nak cepat berjaya, buat impian yang boleh di capai dan usahalah sedikit demi sedikit. Jangan pula pasang impian yang terlalu besar secara drastik takut nanti baru sekerat jalan sudah mengalah. Bagi pendapatku sendiri, rahsia yang paling penting untuk menjadi top blogger Malaysia adalah usaha dan sanggup terus belajar demi untuk meningkatkan prestasi blog sendiri. 

Sekarang dah tahu macamana nak jadi blogger yang bagus kan? Semoga dengan adanya sebegini dapatlah dijadikan sedikit sebanyak panduan dan selamat berjuang dalam usaha untuk menjadi salah seorang blogger yang berjaya. Ameen... 






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.