Resepi Gulai Daging Dengan Petai Yang Special Dan Sedap | Kari daging yang sedap memang semua orang suka, daku pun sama! Mana taknya, kari daging ni adalah menu yang sangat famous dan digemari masyarakat kita. Kari daging ini juga sangat sesuai untuk dihidangkan bersama Sebagaimana semua orang tahu, kari atau gulai daging ni ada banyak versi. Ada gulai daging Terengganu, ada gulai daging Kelantan, ada juga gulai daging minang Negeri Sembilan, kari daging mamak dan sebagainya.

Sebelum ini daku share resepi Kari Ayam yang simple dan sedap, dan kali ini rasanya eloklah dikongsi resepi dan cara untuk menyediakan Kari Daging pula. Mungkin ramai yang dah biasa dengan kari daging yang di campur dengan ubi kentang, rebung, umbut kelapa dan umbut batang pisang, tapi kali ini lain sikit kerana daku nak kongsi resepi kari daging bersama petai.




Petai? Yes.. petai. Sambal tumis berpetai yang di masak dengan udang dan bilis itu dah selalu sangat, maka kali ini masak bersama daging sebagai kari. Jika nak masak bersama ayam juga boleh. Tak ada masalah. 

Untuk gulai ini jika dicampurkan dengan daging tetel ia lebih sedap dan berlemak. Nak guna rempah kari daging favourine masing-masing juga boleh. Resepi ni senang je, dont worry! Resepi pada kali ini memang sungguh istimewa. Daku kongsikan Resepi Gulai Daging Bersama Petai untuk di cuba dan bolehlah dinikmati bersama family. 

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Basah 

Dah,... tak nak bebel panjang-panjang, jom kita start!!

Bahan Untuk Masak Resepi Kari Daging Special Bersama Petai

3 papan petai (kikis kulit dan potong halus)
daging yang telah di potong kecil (potong lawan urat supaya mudah empuk, basuh dan toskan)
1 1/2 paket kecil rempah kari daging Baba's
1 ulas bawang merah size besar
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
4 biji cili padi *
1 batang serai * (tak nak letak pun tak apa)
1 keping asam gelugur
santan pekat secukupnya 
garam gula sebagai perasa
air secukupnya (bila perlu)
sedikit kerisik (tak nak letak pun tak apa)


Cara Memasak Resepi Gulai Daging Special Bersama Petai

1. Kisar semua bahan yang bertanda (*) sehingga halus.



2. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk rempah kari dan kerisik (jika mahu). Tumis lagi hingga semua bahan ini pecah minyak.


3. Setelah itu masukkan semua isi daging yang telah ditoskan tadi. Kacau sebati sehingga semua rempah menyeliputi daging. Masak sebentar sehingga air daging keluar. 


4. Setelah air daging keluar, masukkan sedikit santan pekat berserta dengan sedikit garam. 


5. Kacau sebati semuanya dan masak lagi hingga air daging menjadi sedikit kering. Proses ini adalah untuk masak daging sehingga agak empuk dan dalam masa yang sama untuk membiarkan daging menyerap rasa lemak dan garam supaya bahagain dalam daging turut ada rasa yang okay. Tak adalah nanti timbul masalah kuah sedap tapi daging tawar takde rasa. 


6. Setelah air daging sedikit kering dan tampak pekat, masukkan semua petai yang telah di potong tadi dan gaul sekata semuanya.


7. Sekarang masukkan sedikit lagi santan pekat bersama sedikit air dan didihkan sehingga petai dan daging masak sepenuhnya. 


8. Akhir sekali masukkan asam keping. Masa ini juga bolehlah di tambah santan pekat jika mahukan tekstur kuah yang lebih kaw dan boleh juga di tambah air jika mahukan kuah yang lebih cair. Terpulang pada citarasa masing-masing. Setelah puashati dengan tekstur kuah, masukkan garam dan gula sebagai perasa. 



9. Masak sekejap lagi hingga semua rasa sebati dan bolehlah dihidangkan.

Jom Cuba Juga : Ayam Masak Lemak Kuning Cili Api

Siapa Suka Petai Mesti Happy Dengan Menu Ni!!

Terus terang cakap, Resepi ni tak adalah sesedap resepi gulai atau kari daging kaw kat tempat kenduri yang di masak oleh orang kampung tu tapi InshaAllah jika nak di bandingkan dengan rasa dari resepi kari daging bonda, memang sama kot! Lagipun daku pun seorang bonda juga kan? Haha.... 

Daku punya style dalam buat kari daging buat dikatakan gabungan antara Kari Daging Kelantan dan juga Gulai Daging Utara. Sebabnya suami yang asal pantai timur memang perlu ada rasa pedas dan daku pula yang asal dari utara mesti kuahnya sedikit pekat. 

Jadi inilah dia hasilnya. Dua-dua ada. Pedas, sesedap rasa dan sedikit pekat kuahnya. Jika nak kuah yang lebih cair takde masalah.. korang masukkan je air lebih banyak. Settle! Jika nak makin pekat pula masukkan lagi santan. Apa susah kan? Selamat mencuba...... =D





Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.