RESEPI GULAI AYAM SIMPLE TAPI SEDAP
Assalamualaikum ualls...
Hari tu aku dah share resepi NASI MINYAK PALING RINGKAS kan? Jadinya kali ni aku nak share pula resepi GULAI AYAM PALING SIMPLE. Mudah je cara nak memasaknya.
Cumanya.. aku ni dah berubah cara. Jika dulu aku masak gulai ayam ikut versi utara (aku kan orang utara). Versi utara ni ada di letakkan halba campur, daun kari, bunga lawang, kerisik , asam keping dan lain-lain la.. nak ala-ala ke mamak style sikit, pekat-pekat gitu...
- BOLEH DI MAKAN DENGAN PELBAGAI CARA - |
Maka di sebabkan itu, aku ubah style cara aku masak gulai ayam ni dengan lebih simple. Hasilnya ualls boleh tengok kat atas tu, tetap boleh di makan bersama nasi, roti jala dan roti puri. No problem at all. :D
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam yang telah dipotong dan dibersihkan
1 bungkus kecil rempah kari ayam (Alagapas / Babas)
1 inci halia *
3 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
3 biji kentang di potong dadu
1 kotak santan pekat (Ayam Brand)
3 biji cili padi (di biarkan sebiji sebiji)
1 keping asam gelugur
1/2 sudu teh halba campur
Air
CARA-CARANYA:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda (*) sehingga separuh lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali besar / periuk dan tumis semua bahan yang telah di tumbuk ini bersama halba campur sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah ke dalam tumisan bawang tadi berserta dengan 1/2 cawan air dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Sekarang masukkan ayam dan ubi kentang kemudian gaul hingga sekata dengan seluruh rempah tersebut. Terus masukkan 2 cawan air berserta dengan 1/2 kotak santan. Biarkan sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk.
4. Setelah itu, terus kecilkan api dan masukkan lagi lebihan santan yang berbaki tadi. Kacau perlahan-lahan dan tambahkan air kosong jika nak kan kuah yang lebih.. terpulanglah atas ualls sendiri untuk bab ni ye. Jangan di tambah terlalu banyak air hingga kuah tersebut menjadi terlalu 'cair' sudahlah!
5. Masukkan sekeping asam gelugur, 3 biji cili api yang sama sekali tidak di potong tadi dan perasakan dengan garam.
6. Teruskan di kacau sehingga 10 ke 15 minit lagi, kemudian bolehlah di tutupkan api.
[ Artikel Menarik Yang Lain ]
SOALAN:
* Kenapa cili tu tak di potong?
Jawapannya.. kerana tidak semua orang suka makan pedas. Jadi dengan kaedah ini, jika mahu rasa lebih pedas bolehlah di picit cili itu tadi dengan sudu kemudian nanti. Jika tidak mahu rasa yang lebih pedas abaikan je cili tu. Dengan cara ini tidak perlu masak dua kali semata-mata untuk penuhi selera anak-anak dan ibu bapa.
Jadi pada anak-anak dara yang masih tak reti-reti nak masuk ke dapur tu, sila-sila lah praktis dari sekarang ya. Lepas ni jangan lagi cakap masak ni payah okay.. Sis rotan korang ngan hanger nanti!!
SELAMAT MENCUBA......
Tawaran Hebat Harga Jimat Amway
ini kali betul-betul boom!!
whatsapp :
macam masak kari juga caranya...cuma tak letak halba campur...bolehla kak lin cuba resepi gulai ni...
ReplyDeletesedapppp
ReplyDeletesedap kari
ReplyDeletesedapnya gulai ayam ni...kena ngan lempeng pun dah ok
ReplyDeletetengah2 lapo ni nampak pulak gambar gulai ayam ni.. adehhh.. bergelegak perut den..
ReplyDeletealahai, malam-malam tengok ni, sedapnya dapat makan ni hee
ReplyDeletewow! looks delicious 😍😍
ReplyDelete