Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kedai Repair Keyboard Laptop Murah KL

Kedai Repair Keyboard Laptop Murah KL | KEYBOARD! Bukan sebuah laptop namanya kalau tak ada keyboard, yelah macamana nak menaip sebuah laptop tanpa keyboard. Sememangnya keyboard adalah salah satu bahagian yang amat penting untuk laptop selain daripada skrin dan sebagainya. Dan, tidak dinafikan keyboard ini juga boleh rosak. Alamak!

Rosaknya keyboard memang sangat mengecewakan. Makin rasa susah hati bila mana keyboard ini gagal untuk berfungsi secara tiba-tiba. Walau hanya satu button yang rosak besar kemungkinan satu keyboard kena di tukar sepenuhnya. Kenapa? Ini kerana keyboard hanya mempunyai satu cable sahaja yang menghubungkan semua button kepada motherboard. Maka jika satu button saja yang gagal berfungsi, kemungkinan besar, satu papan keyboard rosak dan perlu diganti baru. Sedih kan?



Kerosakan Pada Keyboard Masih Boleh Dibaiki Dengan Kos Yang Menjimatkan

Walaubagaimanapun, dengan adanya kedai baiki laptop maka kita masih ada sinar untuk kembalikan laptop kepada keadaan asal. Bagi kalian yang berada di sekitar Kuala Lumpur, kalian boleh cuba dapatkan perkhidmatan dari pihak FR Laptop Service sebuah Kedai Repair Laptop Murah di KL

Kat sana bukan setakat boleh bersihkan keyboard seminggu sekali dengan menggunakan cecair khusus malah boleh juga baiki keyboard rosak untuk mana-mana laptop yang bermasalah dengan papan kekunci ini. 

Secara fizikal, keyboard terbahagi atas 4 bahagian, iaitu:
  • Keyboard Serial, biasanya digunakan pada komputer jenis AT (digunakan untuk Pentium 1 & 2, menggunakan suis manual / On-Off).

  • Keyboard PS / 2, biasanya digunakan pada komputer jenis ATX (digunakan untuk Pentium 3 ke atas, menggunakan suis Push On).

  • Keyboard Wire Less, keyboard jenis ini tidak menggunakan kabel sebagai penghubung di antara keyboard dengan komputer. Jenis sambungan yang digunakan adalah Infra Red, WiFi / Bluetooth.

  • Keyboard USB, merupakan jenis keyboard yang sudah banyak digunakan oleh umum dan USB menjamin pemindahan data yang lebih cepat.

Kedai Repair Keyboard Laptop di KL ini juga boleh memberi khidmat nasihat berkaitan dengan penjagaan keyboard. Yang penting, harga untuk servis repair laptop dari pihak FR Laptop Service ini memang sangat rendah dan berbaloi. Namapun kedai repair laptop murah di KL kan so tentu-tentu harga pun sangat masuk akal. 




Tanda-Tanda Keyboard Laptop Telah Rosak

Keyboard laptop mudah rosak jika tidak digunakan dengan cermat. Ramai yang tersilap dengan menggunakan keyboard laptop ini seperti sedang menggunakan mesin taip. 

Ditaipnya dengan menekan kuat pada button persis seperti sedang menggunakan mesin taip adalah satu amalan yang salah. Ini kerana laptop bersifat sensitif dan perlu digunakan dengan lebih perlahan dan lemah lembut. Antara tanda keyboard laptop telah mula rosak adalah :

  • bila ON, laptop akan mengeluarkan bunyi beep berulang kali.
  • laptop bunyi tetapi skrin gelap gelita
  • butang keyboard tersangkut
  • bila taip, keyboard tak keluar huruf
  • keyboard laptop tekan lain tapi keluar lain
  • sekali tekan button, berderet huruf keluar contoh FFFFFFFFFFFFF
  • butang keyboard tercabut (jika tercabut dan pasang balik, sudah tak macam asal) 



Antara Punca Mengapa Keyboard Laptop Boleh Rosak!

Punca keyboard laptop rosak ada banyak juga dan kerosakan keyboard laptop boleh dilihat dengan mata kasar seperti salah satu butang tercabut dan sebagainya. Kerosakan keyboard laptop ini ada yang biasa dan ada yang sudah teruk. Antara sebab-sebab mengapa keyboard laptop ini boleh rosak adalah :

#1 - Tertumpah Air Pada Keyboard

Selain debu dan kotoran padat, kotoran jenis cair juga sangat sering terjadi. Minuman yang tumpah merupakan punca yang sering berlaku yang membuat keyboard tersekat



#2 - Kerap Makan atau Merokok Berdekatan Dengan Laptop

Hindari makanan atau habuk rokok yang dapat masuk ke dalam keyboard. Anda perlu berhati – hati jika makan atau merokok sewaktu anda sedang menggunakan laptop kerana sisa – sisa makanan atau habuk rokok yang masuk ke dalam celah – celah keyboard dapat merosakkan komponen laptop.


#3 - Habuk-habuk, debu-debu berkumpul di bawah butang keyboard

Kerosakan lain yang sering terjadi pada keyboard adalah butang keyboard sering tersekat untuk ditekan, atau butang keyboard tertekan terus. Hal itu mungkin disebabkan oleh debu yang terkumpul di sela-sela butang keyboard sehingga menyebabkan keyboard tersekat. 



#4 - Anak-anak kecil menarik butang-butang keyboard

Jika kerosakan keyboard laptop boleh dilihat dengan mata kasar seperti salah satu butang tercabut biasanya berpunca daripada kelalaian kita sendiri seperti membiarkan anak kecil bermain dengannya.



#5 - Bermain permainan komputer dengan menggunakan keyboard laptop

Bermain permainan komputer dengan menggunakan keyboard laptop. Tidak kiralah permainan komputer jenis apa pun kerana semuanya akan melibatkan emosi dan secara tidak sengaja kita akan menekan butang keyboard juga dengan penuh emosi sehingga menyebabkan kerosakan. Untuk elakkan masalah ini, anda haruslah beli external keyboard untuk bermain games.



FR Laptop Service : Staff Mesra dan Harga Servis Tukar Keyboard Juga Murah

Tak kisahlah, button keyboard dah tak berfungsi ke, dah tertanggal ke, dah rasa macam bunyi patah ke, boleh minta nasihat pihak FR Laptop Service tentang bagaimana untuk membaikinya semula supaya kembali okay macam asal. 

Untuk pengetahuan kalian juga, untuk langkah penjagaan kalian boleh temui pihak FR Laptop Service selaku Kedai Repair Keyboard Laptop Murah KL ini untuk servis laptop juga. Laptop ini bagus jika boleh di servis seelok-eloknya setiap 6 bulan sekali. Haa jangan ingat kereta je kena servis, laptop pun perlu tau! 



Tujuan servis ini dilakukan adalah untuk memastikan laptop sentiasa berada dalam keadaan baik dan ia juga untuk memastikan yang keyboard tetap berfungsi seperti sediakala. Alang-alang bawa laptop untuk servis boleh juga dilakukan format laptop untuk memastikan laptop tersebut lebih lancar dan laju. 

Kiranya dengan FR Laptop Service ini, kalian sebut je nak servis repair laptop untuk masalah apa, InshaAllah FR Laptop Service akan cuba bantu. Staf juga sangat peramah semasa memberi servis laptop di sana. Ini bagi memastikan semua pelanggan berasa puashati dengan servis yang baik walaupun harga yang perlu di bayar adalah murah dan berbaloi.



 Jadi jika ada masalah dan perlukan pakar untuk baiki masalah laptop yang pelbagaikhidmat tukar skrin, repair motherboard, keyboard replacement, servis Apple MacBook dan sebagainya, jangan segan dan jangan takut untuk dapatkan khidmat dari FR Laptop Service ini di Kuala Lumpur, Malaysia ini.


Wajah Sebahagian Pelanggan FR Laptop Service Yang Happy Dan Berpuashati 





Kini, Warga KL Boleh Atasi Masalah Laptop Dengan Mudah Melalui FR Laptop Service Yang Mahir & Berpengalaman

Bila dah sebut sebagai kedai repair keyboard laptop murah di KL maka sesiapa saja boleh kunjunginya. Dalam erti kata lain, walaupun kalian sedang search untuk kedai repair laptop Ampang, kedai repair laptop Wangsa Maju, kedai repair Klang, kedai repair laptop Setia Alam dan sebagainya, asalkan kalian sedang mencari kedai repair keyboard laptop murah di area KL maka FR Laptop Service boleh bantu kalian untuk khidmat baiki laptop tersebut. 

Lagipun FR Laptop Service turut menawarkan khidmat Runner untuk memudahkan kalian yang jauh dan sukar untuk datang kedai mereka. Lepas ni kalau laptop problem tak payah lagi susah payah nak rempuh traffic jam, tak perlu juga nak pening kepala susah payah drive ke kedai bersama laptop dan tak lagi susah hati pening kepala dok fikir mana nak cari kedai laptop yang mudah untuk berurusan.


Keyboard tidak berfungsi secara keseluruhan atau ada sesetengah huruf saja yang tidak berfungsi itu semua boleh diperbaiki. Jangan laptop dah rosak tapi sengaja dilengah-lengahkan untuk segera baiki saja. Itu semua hanya akan menyebabkan kerosakan menjadi semakin teruk dan disebabkan itulah kos untuk baiki akan menjadi semakin mahal. 


Keyboard Laptop Rosak? Sedang Mencari Kedai Repair Keyboard Laptop Murah di KL? Hubungi FR Laptop Service Sekarang Sekarang! 

Walaupun zaman sekarang ramai yang dah beralih arah kepada telefon pintar atau smartphone namun laptop tetap perlu terutama untuk pekerjaan, pembelajaran dan sebagainya. Daku sendiri selaku seorang blogger memerlukan laptop saban hari. 

So, jika ada masalah berkaitan laptop jangan terus ingat perlu sediakan wang untuk beli baru! Sebaliknya kita boleh selamatkan laptop kesayangan dengan bantuan kedai repair laptop murah di KL seperti FR Laptop Service ini. 



Ingat! Laptop ada tunjuk tanda rosak terutama untuk keyboard, jangan tunggu lama-lama sebaliknya cepat-cepat hubungi FR Laptop Service untuk baiki dengan cepat sebelum kerosakan menjadi semakin merebak. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi pihak FR Laptop Service sendiri melalui detail yang tertera di bawah ini. 


FR Laptop Service | Kedai Repair Keyboard Laptop di KL
Hotline : +60172882349 | Link WhatsApp
Facebook : @FRLaptopService

Alamat Premis :

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan

Kuala Lumpur, Malaysia 55100



Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam 

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3 
Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2



4 comments for "Kedai Repair Keyboard Laptop Murah KL"

  1. habuk2 debu2 kat keyboard ni tengok memang rasa sakit hati kadang tu.. padahal da cuci selalu..

    ReplyDelete
  2. udah lama tak pakai laptop kak, kalau ada pun yang adik2 punya. masing2 kerja tak memerlukan laptop... heheheh

    ReplyDelete
  3. Hehe I lah Tu selalu tertumpah air kat keyboard. Tapi buat masa ni xrosak lagi lah hehe

    ReplyDelete
  4. bab minum memang selalu mengelak letak dekat dgn laptop takut air tertumpah..hehe

    ReplyDelete