Projek DIY : Seronok Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri
Projek DIY : Seronok Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri | Daku adalah seorang yang sukakan konsep simple, minimalis dan scandinavian dalam menatarias kediaman. Nak kata mahir tu tidaklah tetapi memang ada minat untuk deko rumah sendiri ke arah tu. Dan baru-baru ni siaplah satu lagi perabot ringkas kat rumah daku ni iaitu meja jepun / meja kopi dengan konsep DIY.
Daku juga suka dengan meja kopi jepun IKEA tapi disebabkan suami punya hobi adalah membuat perabot DIY so redhakan sajalah. At least dapat juga jimat belanja. So buat masa ini semakin hari semakin bertambahlah perabot buat sendiri yang disiapkan oleh encik suami. Antaranya almari pakaian, rak baju anak, kerusi, rak dapur dan termasuk jugalah dengan meja kopi atau meja jepun kayu ini. Coming soon inshaAllah akan siap set sofa diy juga.
Pada yang ada minat bertukang bolehlah cuba-cuba buat sendiri perabot untuk kediaman masing-masing. Daku ni mujur tak reti (harap encik suami je) kalau tak mau ku hias satu rumah bagai nak rak! Hahaha... perempuan dengan perabot rumah memang ngam la. Lagi-lagi bila konsep scandinavian yang ku suka memang ada kaitan dengan perabot kayu design simple begini.
Meja kopi / meja jepun ini sebenarnya suami buat demi Kasih. Ini kerana Kasih amat gemar makan dengan duduk bersila di lantai dan untuk mudahkan Kasih nikmati makanan maka suami buatkan meja kopi/meja jepun ini untuknya.
Cara Buat Sendiri Meja Kopi / Meja Jepun Yang Simple
Meja kopi / meja jepun ni suami buat dengan menggunakan kayu terbuang je. Kebetulan ada so bolehlah gunakan untuk projek DIY yang simple begini. Barang lain yang suami guna hanyalah mesin gergaji potong kayu, paku, gam kayu dan juga kertas pasir.
Jika kalian benar-benar berminat untuk buat meja kopi / meja jepun begini, kalian boleh bina mengikut style masing-masing. Eh design untuk meja kopi / meja jepun ni banyak tau! Boleh buat ikut citarasa masing-masing. Manakala untuk ukuran size meja kopi / meja jepun buatan sendiri boleh rujuk gambarajah di bawah ni.
Untuk bimbingan cara buat meja kopi / meja jepun sendiri langkah demi langkah dari awal hingga siap, kalian boleh rujuk pada link ini : https://id.wikihow.com/Membuat-Meja
Jika kalian buat guna kayu terbuang jangan pula lupa untuk check setiap bahagian meja kopi / meja jepun yang dah siap tu takut-takut kalau masih ada lebihan paku lama.
Pastikan juga untuk gosok permukaan meja kopi / meja jepun yang disiap tu dengan kertas pasir terutama pada bahagian bucunya. Takut nanti boleh mudaratkan anak.
Seronok Bila Dapat Buat Perabot DIY Sama-Sama
Untuk projek meja kopi / meja jepun ni anak boleh juga ikut sama buat. Sebagai contoh, kali ni Kasih dan Awwal bantu abah mereka gosok meja dengan kertas pasir. Ala gosok manja cara kanak-kanak je pun. Sekadar nak beri pengalaman sedangkan suami dah bersihkan dah pun! Hehe...
Untuk ujian ketahanan memang gunakan Awwal dan Kasih sepenuhnya. Bila campur berat ke dua-dua mereka hampir 30kg jugalah. Alhamdulillah, nampaknya meja ni memang kuat dan kukuh! =D
Ohya meja kopi / meja jepun ni sengaja tak di cat kerana nak kekalkan keindahan kayu tu sendiri. Lagi satu sebab nak jadikan kenangan yang meja ini di buat daripada kayu terbuang sepenuhnya. Kalau di cat nanti kan dah tak nampak pula nilai kayu tu sendiri.
Daku ada juga skodeng harga meja jepun untuk di jual yang seperti ini. Hmmm cecah RM150 jugalah sebuah! Boleh tahan juga harganya tapi berbaloilah jika difikirkan semula untuk bahan, tenaga dan juga masa. Nak murah sangat, kenalah buat meja sendiri je kan....
5 Idea Meja Kopi (Coffee Table) / Meja Jepun Buatan Sendiri
Di sini daku kongsikan sekali beberapa idea untuk mereka yang berminat untuk membuat meja kayu dengan tangan sendiri. ... untuk memasang atas kayu atau kaca pada asas konkrit yang ringan.meja kopi. Macam-macam design ada! Lawa-lawa pulak tu. Semuanya bergantung pada kreativiti masing-masing.
Kalau di lihat pada design meja kopi / meja jepun buat sendiri di atas tu, meja kopi diy dari kayu pallet pun cantik juga. Buat je dan hasilnya tu nanti, tak kisah sama ada cantik ke, buruk ke, yang penting itu adalah hasil buat membuatnya dengan tangan sendiri.
Bacaan Seterusnya :
Bacaan Seterusnya :
Selamat mencuba....... selamat berdeko deko....
Memang lawa sangat meja kopi jepun ni. Simple, santai je 😍
ReplyDeleteTQ.. itulah simple santai cmni senang
DeleteCantik
ReplyDeleteAlhamdulillah... terima kasih :D
Deletekak ana ada satu coffee table pallet ni tempah kat sepupu. Awa varnish meja jepun nanti lagi nampak kemas dan cun hehe :)
ReplyDeletewah kita geng! varnish tu nnti dulu... tunggu free sikit haha
Deletecomelnya meja kopi
ReplyDeletecomel mcm tuannya juga si kasih sufi kecik tu kiki
Deletecantik dan simple, kalau di varnish mesti lagi menyerlah colornya
ReplyDeletenk varnish gak... coming soon... varnish tahan lama sikit kan
Deletecantikla kak hawa..berbakt betul suami isteri..dapat stu meja cantik bangat!
ReplyDeletealhamdulillah.. alang2 dia boleh buat mcm2 sis nk suruh... hahahhaa
DeleteKita suka gak bertukang tapi sekarang anak2 masih kecil susah sikit nak buat..
ReplyDeletecayalah!! awa x terror mana.. petik papan kyboard terror la.. bab tukang so so.. haha
DeleteCantiknya. Ayah saya suka buat perabot DIY macam ni. Lepas tu mak pening tak tahu nak letak mana
ReplyDeleteyg tu sungguh!! bila dh bnyk mula blur.. mana nk letak =D
Deletecantikla buat diy perabot ni :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. TQ TQ =D
Delete