Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Projek DIY : Seronok Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri

Projek DIY : Seronok Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri | Daku adalah seorang yang sukakan konsep simple, minimalis dan scandinavian dalam menatarias kediaman. Nak kata mahir tu tidaklah tetapi memang ada minat untuk deko rumah sendiri ke arah tu. Dan baru-baru ni siaplah satu lagi perabot ringkas kat rumah daku ni iaitu meja jepun / meja kopi dengan konsep DIY. 



Daku juga suka dengan meja kopi jepun IKEA tapi disebabkan suami punya hobi adalah membuat perabot DIY so redhakan sajalah. At least dapat juga jimat belanja. So buat masa ini semakin hari semakin bertambahlah perabot buat sendiri yang disiapkan oleh encik suami. Antaranya almari pakaian, rak baju anak, kerusi, rak dapur dan termasuk jugalah dengan meja kopi atau meja jepun kayu ini. Coming soon inshaAllah akan siap set sofa diy juga. 


Pada yang ada minat bertukang bolehlah cuba-cuba buat sendiri perabot untuk kediaman masing-masing. Daku ni mujur tak reti (harap encik suami je) kalau tak mau ku hias satu rumah bagai nak rak! Hahaha... perempuan dengan perabot rumah memang ngam la. Lagi-lagi bila konsep scandinavian yang ku suka memang ada kaitan dengan perabot kayu design simple begini. 

Meja kopi / meja jepun ini sebenarnya suami buat demi Kasih. Ini kerana Kasih amat gemar makan dengan duduk bersila di lantai dan untuk mudahkan Kasih nikmati makanan maka suami buatkan meja kopi/meja jepun ini untuknya. 



Cara Buat Sendiri Meja Kopi / Meja Jepun Yang Simple 

Meja kopi / meja jepun ni suami buat dengan menggunakan kayu terbuang je. Kebetulan ada so bolehlah gunakan untuk projek DIY yang simple begini. Barang lain yang suami guna hanyalah mesin gergaji potong kayu, paku, gam kayu dan juga kertas pasir. 


Jika kalian benar-benar berminat untuk buat meja kopi / meja jepun begini, kalian boleh bina mengikut style masing-masing. Eh design untuk meja kopi / meja jepun ni banyak tau! Boleh buat ikut citarasa masing-masing. Manakala untuk ukuran size meja kopi / meja jepun buatan sendiri boleh rujuk gambarajah di bawah ni. 


Untuk bimbingan cara buat meja kopi / meja jepun sendiri langkah demi langkah dari awal hingga siap, kalian boleh rujuk pada link ini : https://id.wikihow.com/Membuat-Meja

Jika kalian buat guna kayu terbuang jangan pula lupa untuk check setiap bahagian meja kopi / meja jepun yang dah siap tu takut-takut kalau masih ada lebihan paku lama.


Pastikan juga untuk gosok permukaan meja kopi / meja jepun yang disiap tu dengan kertas pasir terutama pada bahagian bucunya. Takut nanti boleh mudaratkan anak. 


Seronok Bila Dapat Buat Perabot DIY Sama-Sama

Untuk projek meja kopi / meja jepun ni anak boleh juga ikut sama buat. Sebagai contoh, kali ni Kasih dan Awwal bantu abah mereka gosok meja dengan kertas pasir. Ala gosok manja cara kanak-kanak je pun. Sekadar nak beri pengalaman sedangkan suami dah bersihkan dah pun! Hehe... 



Untuk ujian ketahanan memang gunakan Awwal dan Kasih sepenuhnya. Bila campur berat ke dua-dua mereka hampir 30kg jugalah. Alhamdulillah, nampaknya meja ni memang kuat dan kukuh! =D 


Ohya meja kopi / meja jepun ni sengaja tak di cat kerana nak kekalkan keindahan kayu tu sendiri. Lagi satu sebab nak jadikan kenangan yang meja ini di buat daripada kayu terbuang sepenuhnya. Kalau di cat nanti kan dah tak nampak pula nilai kayu tu sendiri. 



Itulah dia cara membuat kaki meja jepun yg mudah secara ringkas dan meja kopi / meja jepun ni boleh digunakan untuk bermacam kaedah. Boleh guna untuk makan minum di lantai dan juga boleh guna sebagai meja laptop. Yang penting meja jepun buatan tangan ni tak adalah serumit projek DIY yang lain. 

Daku ada juga skodeng harga meja jepun untuk di jual yang seperti ini. Hmmm cecah RM150 jugalah sebuah! Boleh tahan juga harganya tapi berbaloilah jika difikirkan semula untuk bahan, tenaga dan juga masa. Nak murah sangat, kenalah buat meja sendiri je kan....

5 Idea Meja Kopi (Coffee Table) / Meja Jepun Buatan Sendiri 

Di sini daku kongsikan sekali beberapa idea untuk mereka yang berminat untuk membuat meja kayu dengan tangan sendiri.  ... untuk memasang atas kayu atau kaca pada asas konkrit yang ringan.meja kopi. Macam-macam design ada! Lawa-lawa pulak tu. Semuanya bergantung pada kreativiti masing-masing. 







Kalau di lihat pada design meja kopi / meja jepun buat sendiri di atas tu, meja kopi diy dari kayu pallet pun cantik juga. Buat je dan hasilnya tu nanti, tak kisah sama ada cantik ke, buruk ke, yang penting itu adalah hasil buat membuatnya dengan tangan sendiri.


Bacaan Seterusnya : Deko & Ideas Untuk Makeover Pejabat Soho Sendiri Di Rumah

Selamat mencuba....... selamat berdeko deko.... 

18 comments for "Projek DIY : Seronok Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri "

  1. Memang lawa sangat meja kopi jepun ni. Simple, santai je 😍

    ReplyDelete
  2. kak ana ada satu coffee table pallet ni tempah kat sepupu. Awa varnish meja jepun nanti lagi nampak kemas dan cun hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kita geng! varnish tu nnti dulu... tunggu free sikit haha

      Delete
  3. Replies
    1. comel mcm tuannya juga si kasih sufi kecik tu kiki

      Delete
  4. cantik dan simple, kalau di varnish mesti lagi menyerlah colornya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk varnish gak... coming soon... varnish tahan lama sikit kan

      Delete
  5. cantikla kak hawa..berbakt betul suami isteri..dapat stu meja cantik bangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. alang2 dia boleh buat mcm2 sis nk suruh... hahahhaa

      Delete
  6. Kita suka gak bertukang tapi sekarang anak2 masih kecil susah sikit nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cayalah!! awa x terror mana.. petik papan kyboard terror la.. bab tukang so so.. haha

      Delete
  7. Cantiknya. Ayah saya suka buat perabot DIY macam ni. Lepas tu mak pening tak tahu nak letak mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu sungguh!! bila dh bnyk mula blur.. mana nk letak =D

      Delete