Cara Ukur Saiz Kasut Dengan Betul Mengikut Ukuran Tapak Kaki
Cara Ukur Saiz Kasut Dengan Betul Mengikut Ukuran Tapak Kaki | Size kasut setiap orang bergantung pada ukuran tapak kakinya. Saiz kasut Malaysia tak sama dengan saiz kasut UK. Jadi jika nak beli kasut dari luar negara, kena tahu saiz kasut euro ke Malaysia supaya tidak salah beli.
Kalau nak membeli online saiz kasut lagi tak pandai. Rasa sangat susah dan pening kepala bila libatkan urusan beli kasut pada anak. Lagi-lagi untuk kasut sekolah yang bertutup tu. Untuk tak salah beli kena tahu cara ukur kaki anak.
Kita semua memang kena tahu size kasut masing-masing termasuk cara ukur saiz kasut supaya mudah nak beli sepatu idaman. Ibubapa juga perlu tahu cara ukur saiz kaki anak supaya mudah nak beli kasut sekolah.
Di sini akan dikongsikan cara ukur tapak kaki untuk tahu saiz kasut, carta saiz kasut Malaysia dan carta saiz kasut euro ke Malaysia. Saiz kasut Malaysia ikut US ke UK juga ada. Bolehlah rujuk pada carta di dalam artikel ini untuk beli kasut online dengan mudah nanti.
Jenis Ukuran Size Kasut Ada Dalam Bentuk Malaysia, Euro, US dan UK
Sebelum buat cara ukur saiz kasut yang tepat untuk memilih saiz kasut mengikut ukuran yang betul, kita kena kenal dulu nama singkatan untuk size kasut.
- size Kasut us (US Size)
- saiz Kasut eu (EURO Size)
- saiz Kasut uk (UK Size)
Kasut Malaysia boleh dikatakan di jual dalam banyak jenis design termasuk dari luar negara. Jadi bila nak beli sesuatu design tu terpaksalah kena tahu saiz kasut euro, uk, us, Malaysia dan sebagainya.
Cara Mudah Dan Tepat Untuk Ukur Saiz Kaki
Tak kisahlah jenis ukuran mana sekalipun, perkara pertama yang wajib kita tahu adalah saiz ukuran kaki. Boleh guna cara ni untuktahu ukuran kaki sebelum beli beli kasut untuk suami, anak perempuan, anak lelaki dan sesiapa saja.
Ada banyak cara untuk tahu saiz kaki dan ini adalah salah satu cara yang mudah dan tepat untuk ukur saiz kaki.
Kaedah 1- Cara Ukur Kaki Bayi
Kaedah 2. Cara Ukur Kaki Kanak-Kanak
Kaedah 3. Cara Ukur Kaki Untuk Beli Kasut Orang Dewasa
Kaedah 4. Guna Alat Ukur Kaki Untuk Tahu Saiz Kasut
#1 - Pastikan membeli kasut yang mempunyai ukuran 0.5 sehingga 1 cm daripada ukuran saiz kaki sebenar. Ini bagi memastikan kaki berasa lebih selesa dengan aliran udara yang baik
#2 - Jika kasut tertutup jenis bertutup, pastikan juga di ambil kira tentang ketebalan stokin dan sebagainya
#3 - Ukuran hendaklah di buat menggunakan kaki kanan (jangan guna kaki sebelah kiri)
#4 - Pilih kasut berdasarkan kualiti fabrik dan keselesaan berbanding dengan gaya dan warna
Kesimpulan
Bila dah tahu semua ni, bila pergi travel ke luar negara pun mudah kan? Dengan senang kalau nak beli kasut dah tahu saiz kasut Malaysia ke europe berapa, saiz kasut UK convert Malaysia pula berapa dan sebagainya. Mudah la nak shopping bila ini macam.
Tak penah berjaya beli kasut anak dan diri sendiri guna ukur kaki. Selalunya akan fail 😣
ReplyDeleteThanks for your informative essay 😊
ReplyDelete