Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Masak Sardin Tin Bujang Yang Mudah Dan Sedap

Cara Masak Sardin Tin Bujang Yang Mudah Dan Sedap | Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang dah tahu kerana ia antara makanan yang sedap, paling ringkas, pantas disediakan dan paling penting mudah nak di bawa ke mana-mana. Dan disebabkan kat rumah ni ada anak bujang, maka suka untuk daku kongsikan cara untuk masak sardin tin cara orang bujang.

Nak kata cara masak sardin viral, tak adalah viral mana pun, so kita fokus sebagai resepi masak sardin simple style orang bujang sebab cara masak sarding ni antara yang paling mudah dan sedap juga.

Cara-cara memasak lauk sardin ni ada banyak jenis sebenarnya. Sebab itu muncul pelbagai jenis resepi seperti cara masak sardin pedas, cara masak sardin kicap, cara masak sardin goreng dan bermacam jenis lagi. 

Itu belum di kira dengan resepi sardin berkuah, resepi sardin kentang atau resepi sardin sedap azie kitchen dan lain-lain tukang masak best yang lain lagi.

Sardin ni adalah makanan yang paling versatile, masak cara apa pun mesti menjadi dan sedap. Jika dapat menikmati masakan sardin asas ini dengan telur dadar memang umph! Pekena dengan telur mata masak kicap pun sempoi juga!

cara masak sardin tin viral bujang
Credits : Resepi Mudah 


Yang pasti, untuk anak-anak bujang di luar sana. Bolehlah ikut panduan cara masak sardin tin bujang yang akan dikongsikan ini. Tak payah nak pening-pening kepala. Bahan yang diperlukan juga sangat simple dan mudah!

Bahan-Bahan Memasak Sardin

Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk cara masak sardin paling simple dan sedap. Resepi yang digunakan masak sardin ni mudah, cepat siap, simple. Resepi ni paling cincai dan kita guna jer apa yang ada kat dapur tu.

  • 1 tin sardin (paling bagus Ayam Brand / King Cup)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis / diketuk)
  • 2 ulas bawang besar (hiris bulat)
  • 3 biji lada hidup / cili padi 
  • sedikit sos cili, kicap, garam dan gula sebagai perasa
  • sedikit air asam jawa / 1 - 2 keping asam gelugur (tak nak letak tak apa)
  • tomato, ubi kentang atau carrot (jika suka) 

Cara-Cara Memasak Lauk Sardin 

1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, tunggu sekejap hingga minyak panas.

2. Tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih. Jika nak lebih pedas masukkan sekali hirisan lada hidup (cili padi). Kalau tak nak pedas sangat, tak perlu hiris nipis dan boleh terus masukkan sebiji sebiji. Tumis semuanya hingga menjadi sedikit garing dan naik bau.

3. Setelah itu, bolehlah terus dimasukkan ikan sardin tin tadi. Masukkan juga sedikit air (anggaran separuh dari jumlah ikan sardin tin) sebagai kuah. Jangan banyak sangat air nanti tak sedap. Nak selamat, air putih ni boleh ikut sukatan tin sardin penuh.

4. Boleh juga tambah tomato, kentang atau carrot jika suka.

5. Masukkan sedikit air asam jawa atau asam gelugur untuk berikan sedikit rasa masam. Jika nak kurangkan bau 'hanyir' ikan sardin tin tersebut (kadangkala ada yang tak tahan dengan bau ni), boleh letak 1 batang serai yang diketuk atau 2 helai daun limau purut.

6. Perasakan dengan sedikit sos cili, kicap, garam dan gula. Bila sudah mendidih, kecilkan sedikit api. Biarkan ia mereneh sebentar lagi dan kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Read This :


Sedikit Info Sebelum Masak Sardin 


Di pasaran sekarang ada banyak jenis jenama sardin. Antara yang paling famous dan sedap adalah Ayam Brand. Cuma harganya agak mahal sedikit tetapi berbaloi. Sardin tin ini juga terdiri dari jenis ikan sardin Mackerel dan juga ikan sardin biasa.

Sardin mackeral ramai yang suka sebab ia tak mudah hancur ketika di masak. Saiz ada pelbagai dan kalau tak nak membazir elok beli saiz paling kecil (sesuai untuk orang bujang makan sorang atau berdua) dan juga saiz besar (untuk makan ramai-ramai dengan kawan-kawan).

cara masak sardin tin viral bujang

Petua memasak sardin ini basic je sebenarnya. Saya sendiri dari dulu sampai sekarang memang masak ikut resepi yang diberikan kat sini. Resepi masak sardin memang sedap dan mudah.

Bolehlah cuba cara masak sardin tin viral style orang bujang sebagaimana yang telah dikongsikan tadi. Dan jika nanti sudah terasa nak masak sardin tin bujang ni dengan cara yang lebih advance.

Sardin adalah makanan yang paling senang nak masak dan sedap, bagi kalian yang buntu nak masak apa, boleh ikut resepi cara memasak sardin gaya mudah ni. 

Selamat mencuba sardin masak paling simple wahai anak bujang dan yang seangkatan dengannya!!

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 


Semoga bermanfaat. 





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

3 comments for "Cara Masak Sardin Tin Bujang Yang Mudah Dan Sedap "

  1. kita pun suka masak sardin style macam ni..lagi banyak cili lagi sedap..tibe teringin pulak nak makan sardin

    ReplyDelete
  2. teringin sardin la pulak..

    kat rumah saya ni kalau masak sardin wajib ada telur dadar dengan sambal belacan.heheh

    ReplyDelete