Singkatan OOTD Dan Artinya, Jom Ambil Tahu
Singkatan OOTD Dan Artinya, Jom Ambil Tahu | "#OOTD Hari Ini, Cantik Tak?" Sebagai salah seorang pengguna akaun media sosial, pasti pernah nampak seseorang upload gambar dengan meletakkan perkataan ootd ni kan?
Selalunya akan diletakkan dalam bentuk hashtag begini '#OOTD'. Lagi-lagi bila tiba time raya. Ramai betul upload gambar dengan singkatan #ootdraya
Dan tahukah kalian apa itu maksud ootd ataupun memang tak tahu dan malas nak ambil tahu? Jika malas nak ambil tahu maksud ootd ini sekalipun tak apa, sebab ianya bukanlah sesuatu perkara yang besar sebenarnya.
Cuma bagi yang belum tahu dan tertanya-tanya apakah maksud atau arti ootd ini, di sini aku kongsikan beberapa contoh ootd berserta maksud ayat singkatan (artinya) sekali.
Apakah Maksud Singkatan OOTD?
OOTD merupakan singkatan dari Outfit of The Day!
Fenomena OOTD dikatakan muncul buat pertama kali melalui medan sosial Instagram.
Almaklumlah di Instagram kan ramai yang suka upload gambar kehidupan harian, jadi pakaian yang dikenakan pada hari itu di sebut sebagai outfit of the day atau dalam bahasa singkatannya adalah OOTD.
Maksud Outfit Of The Day Dalam Bahasa Melayu
Outfit of the day in malay atau maksud outfit of the day dalam bahasa melayu boleh disebut sebagai 'gaya pakaian untuk hari ini', lebih kurang macam tu lah. Sebabnya outfit itu sendiri membawa maksud pakaian.
Jadi jangan hairanlah kalau mereka yang bergambar dengan hashtag singkatan ootd ni kadangkala dengan gaya ala-ala model. Dah namapun nak share tentang gaya pemakaian pada hari tersebut.
Walaubagaimanapun, selalunya ootd digunakan dalam bahasa Inggeris.
Mungkin kerana OOTD dalam bahasa inggeris tampak lebih catchy atau mungkin kerana maksud singkatannya tu lebih mudah untuk disebut. OOTD (Outfit of the day), hmm kan nampak lebih trendy berbanding PUHI (Pakaian untuk hari ini). Ish cam pelik je kalau guna singkatan kot bahasa melayu.
7 Contoh Pose Gambar Untuk OOTD
#1 - Pose Sakit Pinggang / Sakit Perut
#2 - Pose Renung Semut
#3 - Pose Nak Lintas Jalan
#4 - Pose Lap Peluh
#5 - Pose Merenung Masa Depan
#6 - Pose Teriknya Matahari
#7 - Pose Sakit Gigi
Tips Mendapatkan Gambar OOTD Sendiri
Read This :
Kesimpulan
Harap perkongsian ringkas ni akan dapat menerangkan maksud #ootd yang sering trending di instagram ini.
Bagi yang masih tertanya-tanya apakah makna disebalik singkatan # (hashtag / palang) ootd ini, diharap sudah mendapat jawapan yang di cari-cari.
Sekarang dah tahu Maksud OOTD, lepas ni mungkin boleh ikut guna sekali. Tak kisahlah ootd raya, ootd hari biasa atau sebagainya, yang penting janganlah dengan niat riak untuk menunjuk-nunjuk pakaian yang dikenakan dan jagalah juga aurat masing-masing
Amboi nama pose tu.. hehe pose tengok semut ni paling senang.. heheehhehe
ReplyDeleteMyra tak suka amek ootd. Tapi sekali sekala boleh la try.
ReplyDeleteMyra tak suka amek ootd. Tapi sekali sekala boleh la try.
ReplyDeleteLawak time PUHI tuu😅😅😂
ReplyDeleteKeren sekali referensi outfitnya :)
ReplyDelete