Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Doa Khatam Quran Ringkas & Terjemahan Melayu Rumi

Doa Khatam Al-Qur'an Ringkas & Terjemahan Melayu Rumi | Amalan baca Al Quran boleh melipat gandakan pahala. Rajin baca hingga habis 30 juzuk, boleh khatam dan ulang baca semula merupakan amalan yang sangat bagus. Paling baik, baca juga doa khatam Al-Qur'an bila selesai baca 30 juzuk. 

Jika tak boleh baca doa khatam AlQuran yang panjang, boleh baca doa khatam Quran ringkas dan pendek. Tak kisah nak baca doa khatam Quran ini sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa melayu rumi. 

Di sini akan dikongsikan bacaan doa khatam Quran lengkap bersama maksud terjemahannya sekali. Bolehlah kita tahu apakah maksud untuk ayat doa khatam Quran yang di baca. Doa ini ringkas pendek dan mudah untuk difahami. Insha Allah.

Doa-Khatam-Quran

Berikut bacaan doa khatam quran

Bacaan doa khatam Al-Qur'an ini ditujukan untuk memohon rahmat, keridaan, dan syafaat di hari kiamat. Luangkan sedikit masa untuk sama sama memahami dan menulusuri maksud doa khatam Al-quran yang pasti berguna dalam hidup.

Doa Khatam Al-Quran

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِوَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.


Doa Khatam Quran Jakim (Bacaan Arab Bersama  Terjemahanan Melayu Rumi)

Selain doa khatam Quran tadi, ada juga doa khatam al-Quran lengkap yang dikongsikan oleh pihak JAKIM menerusi laman facebook. 

Doa khatam Quran jakim ini disertakan sekali dengan maksud terjemahan dalam bahasa melayu. Doa khatam Quran 30 juz ini adalah untuk versi panjang. 

doa-khatam-quran-jakim

doa-khatam-quran-jakim

doa-khatam-quran-jakim

doa-khatam-quran-jakim


Video Bacaan Doa Khatam Quran 



Amalan Adab Ketika Membaca al-Quran

Baca Quran itu amalan mulia. Sebaiknya muliakan lagi AlQuran dengan adab baca Quran yang baik. Antara adab ketika baca Quran ini adalah :

• Bersiwak atau membersihkan mulut

• Memilih tempat bersih dan utama khususnya masjid

• Mengadap kiblat sekiranya membaca di luar solat

• Membaca taawuz (meminta perlindungan daripada syaitan) dan basmallah

• Khusyuk dan merenung makna ketika membaca

• Mengulang-ulang ayat supaya dapat direnung secara mendalam

• Menangis dengan menghadirkan perasaan sedih dalam hati terutama ayat peringatan, ancaman dan janji serta dosa yang dilakukan

• Tartil, iaitu membaca dengan jelas dan tidak terburu-buru

• Memohon rahmat atau meminta jauh daripada kejahatan dan seksaan ketika membaca ayat berkaitan

• Tidak ketawa, bising dan bercakap sesuatu yang sia-sia

• Membaca dengan salah satu daripada tujuh qiraat (cara bacaan yang disepakati)

• Membaca dengan mashaf lebih utama daripada membacanya berdasarkan hafazan

• Dianjurkan membaca secara berjemaah dan diharuskan secara bersilih ganti

• Menggunakan suara yang kuat

• Sunat mengindahkan suara atau melagukan bacaan al-Quran


Read This :

Kesimpulan 

Semoga perkongsian mengenai doa khatam Quran dengan terjemahan bahasa Melayu ini dapat memudahkan anda di luar sana. Semoga yang tak pandai baca jawi pun dah boleh baca doa yang ringkas ini dengan mudah. 

Tahniah kerana berjaya habiskan bacaan Quran 30 juz. Bacaan itu boleh menjadi pahala saham akhirat. 


Kredit : 

  1. bharian.com.my 
  2.  facebook bahagian dakwah, Jakim 
  3. http://khairulkamaruddin.blogspot.com/

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

Post a Comment for "Doa Khatam Quran Ringkas & Terjemahan Melayu Rumi"