Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Punca Karang Gigi & Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah

Punca Karang Gigi Berlaku & Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah | Karang gigi adalah plak yang mengeras di gigi. Karang gigi ini tak hanya merosakkan penampilan malah turut mengundang pelbagai penyakit mulut yang lain. Cara membersihkan karang gigi ini juga bukannya mudah. 

Apa maksud karang gigi ini?

Apakah jenis-jenis karang gigi?

Bagaimana cara menghilangkan karang gigi?

Bagaimana mencegah karang gigi dari terus berlaku? 

Melalui artikel ini aku kongsikan beberapa info berkaitan karang gigi. Antaranya maksud karang gigi, jenis karang gigi, karang gigi puncanya kerana apa, cara menghilangkan karang gigi, cara mencegah karang gigi dan lain-lain tambahan info yang berkaitan. 

karang-gigi
Punca Karang Gigi & Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah

Karang gigi in english disebut sebagai dental calculus (kalkulus). Maksud karang gigi ini merujuk kepada plak yang melekat pada gigi. Karang gigi berlaku disebabkan oleh tahi gigi yang tidak dibersihkan dengan sempurna pada gigi. 

Tahi gigi yang melekat pada gigi ini boleh mengeras di permukaan gigi hingga terbentuknya karang. Ada karang gigi hitam warnanya dan kadangkala boleh tercabut sendiri (serpih dan tertanggal dari gigi). 

Maksud Karang Gigi 

Plak gigi ini merupakan satu lapisan biofilm lembut tanpa warna yang mengandungi pelbagai jenis bakteria. Dalam dunia perubatan pergigian terdapat beberapa penyakit gigi ini seperti plak, karang gigi  dan tartar. Plak gigi ini ada yang mengeras. 

Kedududukannya pada kawasan permukaan gigi. Karang gigi boleh menjadi sangat tebal seperti kotoran degil yang sukar untuk dihilangkan dan dibersihkan dengan mudah. 

Karang gigi jika tidak diberi perhatian akan berubah menjadi tartar dan boleh meningkatkan risiko kaviti dan penyakit gusi yang serius. Tidak hanya berlaku pada orang dewasa, karang gigi boleh berlaku pada kanak-kanak juga. 

Punca Penyebab Penyakit Karang Gigi Berlaku

Karang gigi puncanya dari penumpulan sisa makanan (tahi gigi) yang ada pada gigi dalam jangka masa yang lama. Biasanya karang gigi ini disebabkan oleh sisa makanan yang tidak dibersihkan, terutama pada kawasan yang agak sukar dicapai oleh berus ketika menggosok gigi. 

Selalunya karang gigi ini sering muncul pada bahagian gigi hadapan di bahagian sebelah dalam gigi. Tempat lain, karang gigi selalu berlaku pada bahagian gigi geraham rahang atas (sisi bahagian luar gigi atas). Pembentukan karang gigi bermula dari plak. 

Adakah gigi kelihatan seperti gambar di bawah ini? Tengok cermin sekarang! 

gambar-plak-gigi
bermula dari plak gigi, akan menjadi karang gigi

Karang gigi terbentuk disebabkan pengerasan atau mineralisasi (mineralisation) oleh plak tadi. 

Bila plak dibiarkan lama-lama tanpa sebarang rawatan, plak ini akan mengeras sebab dalam air liur kita ada kalsium. Kalsium ini bila bersatu dengan plak akan terjadilah proses mineralisasi atau pengerasan plak tadi dan terbentuklah karang gigi ini. 

Proses mineralisasi ke tahap pengerasan dalam waktu 4 hingga 8 jam. Saat bercampur plak dengan garam mineral yang ada di dalam air liur, ia dapat merosakkan tekstur gigi hingga boleh menyebabkan bintik hitam pada gigi hingga tahap mereput (karies). 

Proses berlakunya plak gigi ini bermula dari hari pertama hingga hari ke empat belas. 

Umumnya dalam waktu dua hari, 50 persen plak gigi yang mengeras akan mengalami mineralisasi. Dalam jangka masa 12 hari, 60 hingga 90% akan mengalami mineralisasi.

Secara anggaran, purata waktu yang diperlukan untuk proses mineralisasi pembentukan karang gigi sangat cepat sekitar 10 hingga 12 hari saja. Proses pembentukan karang gigi pula sekitar tempoh masa 20 hari.

Rawatan :  

Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kumur guna listerine setiap kali selepas gosok gigi. Perlu ke klinik gigi jumpa dokter dan buat proses scaling (cuci). 

Karang gigi selalunya dibersihkan di Klinik Pergigian menggunakan scaler (alat khas untuk menghancurkan karang gigi).  

Jenis-Jenis Karang Gigi 

Karang gigi ada yang berwarna kekuningan dan ada juga karang gigi hitam. Jenis karang gigi terbahagi kepada dua jenis iaitu : 

1. Karang Gigi Supragingival

Karang gigi supragingival ini biasanya muncul mulai dari garis gusi sampai permukaan area kunyah gigi.

2.  Karang Gigi Subgingival

Karang gigi subgingival ini terletak mulai dari garis gusi dan masuk ke dalam gusi ke arah akar gigi.

Gambar Karang Gigi 

Jika hanya berkawan di facebook tak apa, bukannya jumpa depan-depan. Bila melibatkan perlu jumpa orang sana sini, karang gigi boleh merosakkan penampilan. 

gambar-karang-gigi
gambar karang gigi


Efek Dari Karang Gigi Yang Ada

Karang gigi harus segera dibersihkan kerana plak gigi ini boleh menyebabkan beberapa efek lain pada gigi seperti :

  • mulut berbau busuk
  • gigi berlubang
  • gusi bengkak
  • gigi mereput
  • radang gusi 
  • periodontal dan periodontitis (bakteria masuk ke dalam darah)

Masalahnya karang gigi ini sukar untuk dihilangkan dengan mudah walaupun sudah dibersihkan guna berus gigi berulang-ulang kali. 

Gambar Karang Gigi Dari Tahap Moderate to Complex Calculus

Lihat sendiri gambar di bawah ini dan kalian akan faham betapa bahayanya jika tahi gigi ini tidak dibersihkan dengan baik. Tahi gigi yang melekat pada permukaan gigi kita, sangat bahaya tau!

karang-gigi-before-and-after
proses karang gigi tahap demi tahap hingga teruk 

Bagaimana cara hilangkan karang gigi dengan cepat?

Ada tak cara untuk menghilangkan karang gigi dalam 1 hari secara alami? 


9 Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah 

Berdasarkan pembacaan aku di carian internet, ada beberapa cara untuk menghilangkan karang gigi ini sendiri di rumah jika takut nak berjumpa dengan doktor gigi. 

Cara-cara ini boleh dianggap sebagai petua hilangkan karang gigi secara alami namun tahap keberkesanannya aku tak pasti. Jika rasa berani nak cuba, silakan. Jika rasa tak berani nak cuba, ada baiknya terus berjumpa dengan doktor gigi. 

1. Bersihkan dengan Benang (flossing) 

Salah satu cara membuang karang gigi adalah dengan menggunakan benang (dental floss).
Produk ini sangat efektif untuk membersihkan celah-celah gigi dan pada bahagian terdalam gigi yang susah untuk digosok dengan berus gigi. 
Harga Benang Floss : RM0.80 - RM3, boleh beli di Shopee 

2. Rajin Membersihkan Lidah 

50 peratus bakteria di dalam mulut bersarang pada permukaan lidah. Bakteria pada lidah ini apabila bercampur dengan air liur akan membentuk plak gigi di atas permukaannya. 

Untuk kurangkan risiko plak dan karang gigi, hendaklah rajin membersihkan lidah. Tak tahu nak bersihkan dengan apa, boleh beli Tongue Cleaner. Tak mahal, murah sangat-sangat. 

Harga Tongue Cleaner : RM2 boleh beli di Shopee 

3. Berhenti Merokok 

Cara berikutnya untuk mengatasi masalah karang gigi adalah dengan berhenti merokok (bagi perokok). Rokok bukan setakat boleh menganggu fungsi jantung dan payu-payu, malah dapat menyebabkan masalah mulut berbau dan plak pada gigi. 

Kandungan bahan kimia dalam rokok dapat menyebabkan pembentukan karang hitam pada gigi. 

4. Berus Gigi dengan Soda Bikarbonat 

Cara menghilangkan karang gigi dengan baking soda merupakan salah satu petua untuk hilangkan plak dan karang gigi secara alami. 

Caranya mudah saja. Hanya perlu gosok gigi seperti biasa cuma gantikan pasta ubat gigi itu dengan baking soda yang dicampur dengan garam.  

Berikut panduan langkah-langkahnya : 

i) Campurkan satu senduk kecil baking soda dan sedikit garam 

ii) Campur sebati keduanya dan celupkan berus gigi ke dalam bekas yang berisi soda bikarbonat dan garam ini.

iii) Sikat gigi seperti biasa selama selama lebih kurang 2 minit dan kumur dengan air bersih. 

bersihkan-karang-gigi-guna-soda-bikarbonat
bersihkan karang gigi dengan soda bikarbonat

5. Mamah Daun Sirih

Selain soda bikarbonat, daun sirih juga dikatakan dapat membantu menghilangkan plak dan karang gigi. Dauh sirih juga dapat membantu menghilangkan masalah bau nafas mulut yang berbau busuk. 

Caranya, ambil sehelai daun sireh dan sebatang bunga cengkih. Tumbuh keduanya sehingga separuh lumat dan kunyah bahan campuran tersebut sebagai rutin harian. InshaAllah masalah karang gigi berkurang dan nafas juga akan kembali berbau segar. 

hilangkan-karang-gigi-sendiri
bersihkan karang gigi dengan daun sireh dan bunga cengkih


6. Rajin Minum Air Putih

Rutin minum air putih (Air kosong) juga dapat membantu mengurangkan karang gigi. Air liur mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Permukaan lidah pula mengandungi bakteria. 

Maka, amalan rajin minum air kosong ini dapat membantu melawan bakteria penyebab jangkitan di mulut. 

7. Kumur Campuran Cuka Putih

Selain soda bikarbonat dan daun sirih, cuka putih juga boleh membantu mengurangkan masalah karang dan plak gigi. Caranya dengan mencampurkan 2 sudu cuka putih ke dalam secawan air panas. Kemudian tambahkan satu sudu garam dan daun sebati semuanya. 

Gabungan cuka bersama garam ini boleh digunakan sebagai bahan kumur. Buat sehari sekali secara teratur. InshaAllah boleh kurangkan masalah plak yang menebal pada permukaan gigi. 

8. Kumur Minyak Kelapa / Minyak Zaitun  

Minyak kelapa sangat bermanfaat untuk melindungi gigi.  Kaedah bersihkan karang gigi dengan minyak ini disebut sebagai oil pulling

Keadah ini merupakan cara membersih mulut secara tradisional yang diamalkan oleh masyarakat di negara India. 

Ini panduan cara untuk membersihkan karang gigi dengan minyak kelapa tersebut.

i) Hangatkan 1 sudu makan minyak kelapa. 

ii) Kumur minyak kelapa di sekitar mulut selama 5 hingga 10 minit. 

iii) Ludahkan minyak dari mulut lalu berkumur secara berulang kali dengan air bersih. 

Selain minyak kelapa, boleh juga gunakan minyak almond dan minyak zaitun. 

9. Amal makan buah tinggi kandungan vitamin C

Selain cara di atas, boleh juga amalkan makan vitamin c untuk tingkatkan daya tahan tubuh. Amalan makan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin c turut membantu mengurangkan masalah plak dan karang gigi. 

Gambar Before After Rawatan Doktor Gigi 

karang-gigi-before-and-after
Karang Gigi before and after 

Cara Mencegah Karang Gigi Dari Berulang Kembali 

1. Flos gigi setiap hari atau gunakan alat pembersih antara gigi untuk membuang plak dan sisa makanan daripada celah gigi. 

2. Gunakan ubat gigi fluorida untuk membantu menguatkan enamel dan melindungi gigi daripada kereputan. 

3. Berus gigi dua kali sehari selama dua minit untuk menyingkirkan sebahagian besar plak. 

4. Gunakan ubat kumur antibakteria untuk membantu mengawal penumpukan plak. 

5. Elakkan makanan dan minuman bergula untuk membantu mengelakkan asid yang mereputkan gigi daripada terbentuk pada gigi.

Selain cara membersihkan karang gigi secara alami tadi, kita juga boleh menggantikan ubat gigi yang digunakan seharian dengan ubat gigi untuk karang gigi. 

Ada beberapa ubat gigi untuk karang gigi di pasaran seperti ubat gigi herba dan Sensodyne (bagus untuk gigi sensitif dan gigi ngilu). Ubat gigi Sensodyne untuk karang gigi boleh di beli dari Shopee atau mana-mana farmasi yang berhampiran. 

Kesimpulan

Kebersihan mulut merupakan satu aspek penting yang perlu dijaga. Kawalan karang gigi merupakan salah satu bahagian penting dalam menjaga kesihatan gigi dan gusi. 

Bakteria yang berkumpul dalam mulut ini boleh menyebabkan masalah gigi berlubang termasuk pertumbuhan karang pada gigi. 

Jika takut untuk berjumpa dengan doktor gigi, boleh cuba cara bersihkan karang gigi mengikut petua yang dikongsikan tadi. Jangan dibiarkan kerana plak dan karang gigi ini boleh berubah menjadi tartar hingga dapat meningkatkan risiko kaviti dan penyakit gusi. 

Semoga bermanfaat. 


Rujukan : 

1. Klikdokter  

2. Colgate.com 

3. Doktor Gigi Fatin Blog


Jemput join  : 

2 comments for "Punca Karang Gigi & Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah"