Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Cepat Sembuhkan Luka Melecur, Jangan Letak Ubat Gigi

Cara Cepat Sembuhkan Luka Melecur Terkena Benda Panas | Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit / lapisan kulit akibat terdedah kepada benda panas. Kecederaan melecur akibat terkena benda panas ini sering berlaku dalam beberapa situasi seperti terkena ekzos motorsikal, terkena seterika yang masih panas, terkena minyak panas, terkena air panas dan api.

Paling merisaukan jika situasi kecederaan melecur ini berlaku pada kanak-kanak dan bayi. Boleh naik risau untuk cepat-cepat cari dan beli ubat melecur untuk bayi. 

Sebelum kita ambil tahu bagaimanakah cara cepat untuk sembuhkan luka melecur ini, ada baiknya kita ambil tahu dulu apakah fasa kecederaan untuk luka melecur akibat terkena benda panas ini. 

Cara-Cepat-Sembuhkan-Luka-Melecur

Fasa Kecederaan Luka Melecur 

Menurut Pakar Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Fadzlina Abd Aziz yang telah dikongsikan melalui artikel HMetro , luka terbakar dan melecur adalah bahaya yang berpotensi terjadi di setiap rumah. 

Melecur terkena air dan cecair panas adalah salah satu kemalangan yang paling biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Golongan bayi dan kanak-kanak kecil paling berisiko kerana mereka ada sifat ingin tahu yang tinggi pada peringkat umur tersebut. 

ubat-melecur-untuk-bayi

Menurut Dr Fadzlina lagi, pada asasnya terdapat tiga peringkat lecur atau terbakar yang perlu diberi perhatian. 

Peringkat 1 - Luka lecur/bakar tahap pertama

  • Membabitkan hanya lapisan atas kulit (epidermis) 
  • Kulit berwarna merah, kering dan biasanya berasa sakit 
  • Kawasan lecur/bakar ini boleh membengkak 
  • Selalunya sembuh dalam masa seminggu tanpa meninggalkan parut

Peringkat 2 - Lecur/bakar tahap kedua 

  • Turut membabitkan lapisan atas kulit 
  • Kulit berwarna merah, melecur dan terdapat gelembung cecair, menjadikan kulit kelihatan basah 
  • Kulit yang melecur/terbakar berubah warna 
  • Biasanya berasa sakit dan membengkak 
  • Tempoh sembuh mengambil masa tiga hingga empat minggu
  • Boleh meninggalkan parut

Peringkat 3 - Lecur/bakar penuh tahap ketiga 

  • Memusnahkan semua lapisan kulit dan boleh mencederakan struktur di bawah lapisan kulit  
  • lemak, otot, tulang dan saraf 
  • Kulit menjadi perang atau hitam (hangus) dengan tisu di bawahnya kelihatan putih 
  • Tidak berasa sakit sekiranya saraf turut terbakar
tahap-luka-melecur

Rawatan Kecemasan Untuk Kecederaan Terbakar Dan Melecur 

Jenis rawatan untuk kecederaan terbakar dan melecur terbahagi kepada dua. 
  • Kecederaan Berat / Serius 
  • Kecederaan Ringan 

1. Kecederaan Berat / Serius 

Rawatan awal di tempat kejadian membantu mengurangkan kesakitan pesakit akibat kebakaran. Sekiranya kecederaan lebih serius, rawatan perubatan segera mungkin diperlukan. 

Jadi, amat penting bagi ibu bapa mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan untuk mengenal pasti keadaan anak sekiranya berlaku (melecur). 

Sekiranya ia berlaku kepada kita, pastikan untuk tidak panik dan lakukan langkah-langkah di bawah ini sebagai rawatan awal. 

Panik kerana tidak tahu cara merawat luka melecur kulit terkena ekzos kenderaan atau api? Mungkin juga kulit terkena air panas? Jangan panik. 


Ikuti cara merawat kulit melecur ini untuk kurangkan kecederaan luka terbakar. Rawatan kecemasan awal betul adalah : 


1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Jangan panik!

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.

3. Alirkan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan. 

6. Untuk luka melecur melibatkan muka serta kemaluan perlu segera berjumpa doktor walaupun luka tersebut bersaiz kecil.

7. Lepas selesai semua step diatas anda boleh letakkan krim antiseptik atau krim luka melecur pada kawasan yang cedera.


Dapatkan bantuan perubatan segera juga tanpa berlengah jika anda mendapati :
  • Anak anda mengalami pembakaran kedua atau ketiga.
  • Kawasan yang terbakar/melecur besar (diameter dua ke tiga inci) 
  • Luka terbakar berasal disebabkan kebakaran, wayar atau soket elektrik, atau bahan kimia. 
  • Luka terbakar pada wajah, kulit kepala, tangan, permukaan sendi atau alat kelamin. 
  • Luka terbakar kelihatan dijangkiti (dengan bengkak, nanah, peningkatan kemerahan, atau kulit merah berhampiran luka)

PERINGATAN: 

Anda diingatkan bahawa 5 langkah tadi hanya sesuai dilakukan jika luka terbakar itu adalah kecil dan tidak melebihi saiz tapak tangan. 

Cara merawat luka melucur ini, ianya berbeza mengikut tahap kecederaan. Tahap 1 merujuk kepada kecederaan yang paling kecil.

Sekiranya mula menggigil atau luka terbakar meliputi kawasan lebih daripada dua ke tiga inci, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Untuk luka yang agak besar ini, adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat doktor pakar.


2. Kecederaan Ringan 

Untuk kecederaan terbakar dan melecur ringan tidak memerlukan perhatian khusus dan kebanyakannya boleh dirawat sendiri di rumah. 

Antara jenis kecederaan ringan ini contohnya seperti luka melecur kecil akibat terkena ezkos motorsikal, luka melecur ringan terkena air panas, luka melecur kecil terkena api, luka melecur terkena percikan minyak panas atau luka melecur terkena seterika. 

Walaupun melecur kecil di tahap kecederaan ringan tapi rawatan tetap perlu diberikan kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan sehingga membawa kepada demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung. Komplikasi jangka panjang boleh terjadinya parut akibat luka tersebut. 

Gambar Bayi Melecur Terkena Benda Panas 

Gambar-Bayi-Melecur-Terkena-Benda-Panas

Gambar Tangan Melecur Terkena Minyak Panas 

Gambar-Tangan-Melecur-Terkena-Minyak-Panas

Gambar Tangan Melecur Kena Seterika 

Gambar-Tangan-Melecur-Kena-seterika

Gambar Kaki Melecur Kena Ekzos

Gambar-Kaki-Melecur-Kena-Ekzos



Apakah cara cepat sembuhkan luka melecur ini?

Apakah ada ubat melecur farmasi untuk bayi?

Apakah benar ubat gigi boleh baikkan luka melecur?


Perkara Yang Patut Kita Tahu Mengenai Melecur

Kebiasaan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila melecur, mereka akan menggunakan petua-petua tradisional untuk mengurangkan kesan lecur. Hakikatnya tidak semua petua itu boleh digunakan.

1. Jangan letak ubat gigi pada tangan / luka melecur

Kenapa tidak boleh meletakkan ubat gigi pada luka melecur ini? Sebabnya kerana ubat gigi jika diletakkan di atas kulit yang melecur boleh menyebabkan haba terperangkap di dalam kulit. Ini menyebabkan kesan terbakar menjadi serius. 

Jangan-letak-ubat-gigi-tangan-luka-melecur


2. Jangan letak ais, minyak gamat, kicap, ubat gigi, tepung dan lain-lain bahan yang tidak ada kaitan dengan luka melecur akibat terkena benda panas ini. 

3. Cuka juga seringkali digunakan untuk merawat luka kebakaran ringan. Cara menggunakannya adalah dengan menuangkan sedikit cuka di kain. Sebaiknya elakkan guna bahan yang tidak sepatutnya digunakan ke atas luka pada kulit. 

4. Gunakan krim khusus untuk melecur untuk sejukkan tempat luka. 

5. Pastikan sebelum diletakkan krim, luka perlulah dalam keadaan bersih 

6. Ambil tahu langkah pencegahan supaya risiko berlaku kemalangan terbakar atau melecur dapat dikurangkan. 

Antara langkah pencegahan tersebut adalah : 
  • Pastikan mancis, pemetik api, bahan kimia, dan lilin menyala daripada jangkauan kanak-kanak. - Letak perlindungan keselamatan kanak-kanak di semua punca elektrik. 
  • Selalu uji air mandi dengan siku sebelum meletakkan anak anda di dalamnya. 
  • Sentiasa hidupkan air sejuk pada awal dan sebelum menutupnya apabila mengalirkan air ke dalam tab mandi atau sinki. 
  • Letakkan pemegang periuk ke arah belakang dapur setiap kali anda memasak.
  • Sekat akses ke dapur sebanyak mungkin. 
  • Elakkan menggunakan pelapik meja besar yang boleh ditarik mereka dan membalikkan minuman panas atau pinggan makanan. 
  • Jauhkan minuman panas dan makanan daripada jangkauan kanak-kanak. 
  • Jangan memegang bayi atau anak kecil semasa memasak. 
  • Jangan sekali-kali panaskan botol bayi dalam ketuhar gelombang mikro. Cecair di dalamnya mungkin tidak panas dengan sekata hingga melecurkan mulut bayi.

Antara Jenis Ubat Melecur Farmasi 

Ini antara senarai nama ubat melecur farmasi atau veseline untuk melecur yang boleh digunakan ke atas kecederaan ringan akibat terkena ekzos, air panas, percikan minyak panas, api dan seterika. 
  • Hydrocyn aqua gel 
  • Mebo ointment 
  • Poviderm ointment 
  • Hurix's Aloe Vera 
  • Dermoplex Burn Aid 
  • Cream Solcoseryl jelly

Tempoh luka melecur sembuh pula bergantung pada tahap kecederaan dan keadaan tuan empunya tubuh itu sendiri. 

Cara Cepat Sembuhkan Luka Melecur Dengan Lotion Allano Amway Yang Sejuk 

Selain ubat melecur farmasi tadi, cara cepat sembukan luka melecur lain yang boleh digunakan adalah dengan menyapu tempat luka melecur dengan Allano Amway Hand & Body Lotion. 

Ciri-ciri utama losyen ini, ia bersifat seperti buih halus yang sangat lembut dan sejuk. Losyen ini juga dalam bentuk botol spray yang mudah digunakan sebagai first aid di rumah. 

Kelebihan losyen Allano ini, ia telah dapat membantu ramai pesakit dengan masalah tangan melecur kena seterika, tangan melecur terkena minyak panas, kaki melecur kena ezkos motor dan lain-lain. 

Losyen ini digunakan sebagai salah satu cara cepat sembuhkan luka melecur bukan hanya untuk golongan dewasa tetapi juga untuk golongan kanak-kanak dan bayi. Losyen Allano juga dapat membantu pudarkan parut melecur akibat terkena benda panas. 

Kelebihan Lotion Allano Sebagai Krim Untuk Melecur 

Terdapat banyak kelebihan jika menggunakan ALLANO Hand & Body Lotion dari jenama Amway ini. Antaranya : 
  1. Allano boleh dijadikan first aid dirumah.
  2. sangat sesuai utk semua generasi umur
  3. tahan lama
  4. cara guna hanya sapu dibahagian yang terlibat
  5. mudah di bawa
  6. boleh sapu satu badan 
  7. terasa nyaman dan sejuk saat digunakan 

Sebahagian Daripada Testimoni Pengguna Dengan Masalah Melecur 

cara-cepat-sembuhkan-luka-melecur
Losyen Allano - cara cepat sembuhkan luka melecur


ubat-melecur-terkena-ekzos-air-panas-kena-api-minyak-panas-seterika


Losyen Allano Bukan Hanya Untuk Masalah Melecur 

Selain daripada kegunaannya sebagai ubat dan cara merawat luka melecur akibat terkena ekzos, minyak panas, air panas, seterika dan api, losyen Allano Amway ini turut dapat membantu untuk masalah yang lain.

cara-merawat-melecur-terkena-air-panas



Testimoni-Pengguna-ALLANO-Lotion-amway
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion


Testimoni-Pengguna-ALLANO-Lotion-amway
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion


cara-rawatan-kayap
lotion ALLANO rawat kayap 




Berminat untuk beli ALLANO Hand & Body Lotion? 

Harga : RM45 Sebotol 

Tempoh penggunaan : Tahan 1 hingga 2 bulan mengikut tahap penggunaan 

Whatsapp untuk beli di link ini - https://wa.link/r2ll26

Kesimpulan 

Kecederaan melecur boleh berlaku pada sesiapa saja baik dewasa, warga emas, kanak-kanak mahupun bayi. Kemalangan ini berlaku bukan diminta dan tak dinafikan ianya kadangkala berlaku disebabkan oleh kecuaian kita sendiri. 

Terkena api , air panas, minyak panas ataupun benda panas lain seperti ezkos dan seterika walaupun sedikit boleh mengakibatkan kecederaan melecur. Aku sendiri pernah terkena ekzos di kaki. Nak sembuh tu agak makan masa. 

Lagi teruk jika rawatan awal tak dipedulikan. Bila kulit dah mula mengelembung penuh dengan 'air bisa', Allah SWT saja tahu sakitnya bagaimana bila pecah dan bernanah. 

Semoga sedikit perkongsikan berkaitan cara cepat sembuhkan luka melecur ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak info pada semua. 

Ingatlah juga, ini baru luka melecur akibat terkena bahan panas di dunia belum lagi luka dibakar azab neraka yang pastinya jauh lebih dasyat dan memeritkan. 

Sama-sama kita berusaha untuk merawat luka akibat melecur dan sama-sama juga kita bermuhasabah diri dan berdoa semoga semuanya akan Allah SWT permudahkan. 

Aamiin. 


Sumber Rujukan : 




Jemput join channel kami di telegram:



2 comments for "Cara Cepat Sembuhkan Luka Melecur, Jangan Letak Ubat Gigi "

  1. Bagus senaraikan mcm-mcm ubatan, boleh rujuk ke farmasi nanti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Terima kasih perkongsian. Sangat-sangat bermanfaat.

    ReplyDelete