Contoh & Tips Beli Cincin Merisik Untuk Lelaki Meminang
Contoh & Tips Beli Cincin Merisik Untuk Lelaki Meminang | Cincin dan perkahwinan sudah sangat sinonim sejak dulu. Cincin kahwin, cincin merisik dan tunang sudah menjadi perkara biasa dalam adat perkahwinan melayu. Apapun mungkin ada di kalangan kita yang ingin tahu apakah tips beli cincin merisik dan bertunang untuk hari istimewa itu nanti.
Hantaran cincin merisik disediakan oleh pihak lelaki. Paling afdal letakkan dalam bekas cincin merisik yang sesuai sesuai dengan sebuah majlis rasmi. Antara cincin merisik yang sering dibeli adalah cincin merisik Habib Jewel.
Apakah yang dimaksudkan dengan merisik ini sebenarnya? Apakah juga tujuan cincin merisik diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak bakal pengantin perempuan? Di dalam artikel ini akan diterangkan lebih detail untuk pengetahuan kita bersama.
![]() |
Contoh & Tips Beli Cincin Merisik Untuk Lelaki Meminang |
Tujuan Merisik Maksud Sampaikan Hajat
Sebelum tunang, selalunya pihak lelaki akan menghantar rombongan merisik. Majlis merisik simple saja. Tujuan utama merisik maksud sampaikan hajat.
Untuk lebih mudah faham, pihak lelaki akan hantar rombongan kecil ke rumah pihak perempuan untuk memberitahu hasrat hati untuk melamar.
Adakah Merisik itu Bertunang?
Majlis Merisik Dan Meminang Dalam Islam
Majlis merisik menurut Islam ada disebutkan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A, bilamana beliau menceritakan bahawa ada seseorang telah menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa dirinya telah berkahwin dengan wanita Ansar.
Rasulullah SAW kemudian bertanya, "Adakah kamu telah melihatnya?"
Jawab pemuda itu, "Belum".
Kemudian Rasulullah SAW menyarankan, "Lihatlah calon isterimu, kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu".
(Hadis Riwayat Muslim : 3550)
Dari Hadis ini kita dapat mengetahui yang Islam tidak melarang tujuan untuk merisik ini. Lihat dan kenal dulu bakal pasangan kemudian salinglah menerima dengan ikhlas.
Merisik ini juga dapat menjadi satu acara perkenalan antara kedua-dua belah pihak kerana sesebuah perkahwinan itu tidak hanya melibatkan si pengantin malah untuk menyatukan dua buah keluarga juga.
Panduan Langkah-Langkah Merisik Untuk Pihak Lelaki
1. Hantar wakil dengan diketuai orang lama
2. Simple dan tidak membazir
3. Elak kena waktu solat
4. Maklumkan kepada ketua rombongan tentang hajat yang ingin disampaikan
5. Benarkan anak untuk melihat bakal pasangannya
6. Bawa buah tangan
Contoh Senarai Buah Tangan Untuk Merisik
Gubahan hiasan barang hantaran merisik untuk lelaki sediakan lebih simple berbanding hantaran untuk majlis bertunang dan menikah. Antara contoh senarai buah tangan untuk merisik adalah :
- tepak sirih
- buah-buahan dalam bakul
- manisan / kuih / kek
- cincin belah rotan
![]() |
Contoh Senarai Buah Tangan Untuk Merisik |
Cincin merisik harga berapa?
Perlukah cincin tunang untuk lelaki?
Bolehkah cincin merisik dan bertunang disekalikan?
Contoh Cincin Merisik Simple
Cincin merisik tunang nikah merupakan tiga jenis cincin yang berbeza sebenarnya. Tetapi, ada juga pihak lelaki yang menyatukan majlis merisik kepada majlis bertunang.
Maksudnya, ketika merisik mungkin pihak perempuan bersetuju dengan pinangan tersebut maka daripada merisik terus upgrade kepada pertunangan.
Sudah semakin ramai keluarga pasangan pengantin sepakat melaksanakan adat merisik dan bertunang dalam satu majlis.
Bajet cincin merisik dan bertunang terus dapat dijimatkan jika keadaan ini berlaku. Almaklumlah, merisik dan bertunang ini hanyalah adat sebagai tanda jadi. Akad nikah ijab kabul itu merupakan perkara utama untuk menghalalkan sebuah perkahwinan.
1. Gambar Cincin Merisik Belah Rotan
Cincin Belah Rotan Untuk Merisik. Cincin belah rotan ini bermaksud cincin yang sangat simple dan ringkas. Ia dipanggil cincin belah rotan kerana design bentuk corak cincin itu sendiri yang sangat simple dan tidak sarat dengan sebarang batu hiasan pada cincin.
2. Gambar Cincin Merisik Habib Jewel
Tips Beli Cincin Merisik Untuk Lelaki
- tengok bajet sendiri
- kaji harga emas semasa
- cari promosi
- pilih cincin yang sesuai dengan saiz dan bentuk jari
- tak digalakkan beli cincin belah rotan online
- bawa emak, kakak atau ibu saudara untuk bantu pilihkan cincin
Panduan Cincin Apa yang Sesuai untuk Merisik, Bertunang dan Nikah
Suasana Keadaan Majlis Merisik Sebenar
Contoh Majlis Merisik 1
Contoh Majlis Merisik 2
- pengenalan keluarga lelaki dan perempuan
- pengenalan anak lelaki dan perempuan
- menyatakan hasrat merisik
- Persefahaman antara kedua-dua belah pihak
- Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki
- memperjelaskan hasrat dlm risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima pihak lelaki
- membaca khutbah meminang
- melakukan pinangan iaitu menyatakn hasrat oleh pihak lelaki dan penerimaan oleh pihak perempuan
- memberi hadiah atau tanda pertunangan
- membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan akad nikah dan majlis walimatul urus
- tempoh bertunang
- batas perhubungan anak lelaki dan perempuan
- jumlah mas kahwin dan hantaran
- tarikh majlis akad nikah
- tarikh majlis walimatul urus
- perkara adat istiadat yang tidak bertentangan dengan syarak
Cincin Merisik Pakai Jari Mana
Cincin merisik pakai di jari mana sering menjadi pertanyaan ramai bakal pengantin.
Cincin merisik ini akan disarungkan oleh bakal ibu mertua ke JARI MANIS sebelah KIRI atau KANAN bakal pengantin perempuan sebagai tanda jadi.
Cincin merisik boleh pakai di jari manis sebelah kiri atau kanan. Bila sudah bertunang dan bernikah maka cincin merisik ini boleh dialih pakai di jari bersama-sama cincin bertunang.
1. Cincin tunang (jari manis kanan), cincin merisik (jari manis kiri)
2. Cincin tunang, cincin merisik (jari manis kanan)
3. Cincin tunang (jari manis kanan), cincin merisik (jari tengah kanan)
4. Cincin tunang (jari manis kanan). cincin merisik (jari kelinking kanan)
Cara pakai cincin merisik dan tunang
![]() |
cara pakai cincin merisik dan tunang No1 |
![]() |
cara pakai cincin merisik dan tunang No2 |
Bila Perlu Merisik?
Merisik merupakan langkah pertama di mana pihak lelaki akan menunaikan hasrat untuk berkahwin dengan gadis pujaan hati. Rombongan dihantar lebih cepat lebih bagus agar tidak dikebas orang!
Sekiranya pihak lelaki sudah bersiap sedia untuk berjumpa dengan ibu bapa si gadis idamannya, inilah masa yang terbaik untuk masuk merisik.
Kesimpulan Tanda Lelaki Bagi Cincin Merisik
- Gempak
- Pengantin Baru
- Wanista
InsyaAllah ada lah jodoh sy
ReplyDelete