TEKNIK MENERAN YANG BETUL KETIKA BERSALIN - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

22 Nov 2017

TEKNIK MENERAN YANG BETUL KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum ualls..
Hari ni aku nak share info tentang teknik meneran yang betul ketika proses bersalin normal. Moga-moga info ini dapat membantu diriku dan ualls yang lain di luar sana. Nak bersalin ni bukan boleh buka kaki tunggu anak keluar je ya, bersalin ni ada tahap kesakitannya dan semoga kita semua para ibu dapat menghadapinya dengan tenang dalam keadaan yang penuh bersedia.. InshaAllah..




TEKNIK MENERAN
  • Apabila diberitahu pembukaan os (jalan) adalah 10cm.
  • Tarik kedua kaki rapat ke punggung sambil kedua tangan hendaklah memegang kedua pergelangan kaki (keting).
  • Angkat kepala dan rapatkan dagu hingga ke dada.
  • Mata hendaklah memandang ke bawah seolah-olah melihat bayi yang akan keluar. 

TEKNIK PERNAFASAN SEMASA MENERAN
  • Dalam keadaan baring, tarik kedua kaki berdekatan dengan punggung
  • Pegang kedua-dua buku lali kaki
  • Angkat kepala sampai dagu mencecah dada, mata hendaklah memandang perut
  • Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung semasa kontraksi
  • Kemudian,tahan nafas seketika.Apabila disuruh teran, hendaklah teran sambil hembus nafas
  • Kemudian hembuskan nafas melalui mulut tanpa mengeluarkan suara.
  • Pastikan nafas hembusan lebih panjang dari nafas sedutan
APA YANG PERLU DI INGAT !!
  • Masa meneran hendaklah jangan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu kurang tenaga dan tidak kuat.
  • Tekan punggung dengan kuat ke arah graviti (tekan punggung dengan kuat ke tilam).
  • Masa meneran, jangan sekali-kali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian faraj.
  • Baca bismilah, dan...
  • Teran sekuat hati seolah-olah ibu sedang meneran berak sembelit

Aku ni dah banyak kali bersalin tapi masih juga nervous ualls... bila tiba detik tu, Ya Allah...., rasa melayang semua info yang ada dalam kepala ni..hehe.. Yang penting kita telah mencuba apa yang termampu dan moga-moga segalanya berjalan dengan lancar. InshaaAllah....Amin Ya Rabbal'Alamin...

JOM DAPATKAN ILMU YG LEBIH BANYAK TENTANG KEHAMILAN, BERSALIN DAN CAHAYAMATA >>  DI SINI  << :D

Credits : Fisioterapi.kk.usm 

13 comments:

  1. rewind semula.thanks for the info

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan sis awa bersalin ya.. ehehehe.. Ngeri la..bila teringatkan..

    ReplyDelete
  3. kena ulang balik ilmu ni, bulan 3 nak beranak. insuaAllah

    ReplyDelete
  4. sambil baca sambil meneran ni awa....hahaha....tak merasa beranak normal,semua ikut tingkap jek..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan. Tak sabar nak tunggu baby lahir.

    ReplyDelete
  6. TQ sis awa info yang menarik..
    Boleh dirujuk nanti 👍

    ReplyDelete
  7. anak first mmg xpandai teran..nurse tegur salah..hehe.. kali keberapa baru betol...letih pas anak keluar... sampai tumpah darah & buasir sebab teran salah kot.. pitam xboleh jalan keluar labour room. tapi tengok anak terus hilang rasa penat tu.

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan semuanya awa.

    ReplyDelete
  9. semoga awa dipermudahkan nanti ye..yang paling kena ingat jangan angkat punggung..risiko untuk jahit lebih banyak kalau angkat punggung..good sharing awa!

    ReplyDelete
  10. belum merasa lagi tips bagus ni

    ReplyDelete
  11. insyaallah. semoga bila saya melalui situasi ini, saya akan bersedia

    ReplyDelete