Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Perbezaan Antara Air Mani, Wazi dan Wadi Yang Wajib Diketahui

Perbezaan Antara Air Mani, Wazi dan Wadi Yang Wajib Diketahui | Apakah perbezaan antara air Mani, Mazi dan Wadi bagi seseorang? Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak teruna yang sudah berada di alam remaja, aku rasa terpanggil untuk membuka topik 'air' ini. 

Bukannya air yang boleh di minum seperti sirap, milo dan sebagainya tu tapi ini adalah topik mengenai air yang boleh keluar dari kemaluan seseorang.

Mungkin ada yang beranggapan, topik ini agak sensitif untuk diperbincangkan tetapi bagi aku sendiri topik ini memang patut untuk diketahui oleh semua terutama untuk anak-anak teruna remaja di dalam kalangan usia belasan tahun seperti anak-anakku sekarang ini. Lagipun aku percaya pasti masih ada yang keliru akan maksud ketiga-tiga air ini. 


Apakah Sebenarnya Air Mani, Air Mazi dan Air Wadi Ini? 

Jom baca perkongsian kali ini berkenaan perbezaan air mazi, air mani dan air wadi. Lelaki dan perempuan yang berlum berkahwin juga perlu tahu supaya lebih kenal dengan tubuh badan masing-masing.

1. Air Mani

Maksud Air Mani 

Beza antara mazi, wadi dan mani. Ulama menjelaskan bahawa bahawa Air Wadi dan Air Mazi adalah najis. Manakala air mani itu suci dan tidak najis. Keluarnya mani menyebabkan seseorang harus mandi besar / mandi junub.

Di ulang sekali air mani bukannya najis cuma ia lebih bagus untuk dibersihkan kerana sifatnya yang tampak kotor dan melekit pada mata kasar. Air mani inilah yang boleh membuatkan seorang perempuan itu mengandung apabila mendapatnya dari mana-mana lelaki.


Bagaimana Air Mani Boleh Keluar? 

Air mani ini yang turut dikenali sebagai semen di dalam bahasa Inggeris ini merupakan sejenis cairan tubuh yang keluar dari lelaki. Ia biasanya mengandungi spermatozoa. Air mani yang berupa cecair putih pekat akan keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat.


Hukum Bila Keluar Dan Cara Menyucikannya 

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Namun Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci. Maka sebagai pengikut mazhab Syafie, air mani adalah suci bersih dan bukan najis. 

Namun, apabila keluarnya air mani maka secara automatik seseorang itu wajib untuk mandi besar / mandi junub untuk membolehkannya  menunaikan ibadat. 



[ Hukum Campur Pakaian Yang Terkena AIR MANI Ke Dalam Mesin Basuh ]
2. Air Mazi

Maksud Air Mazi 

Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika berada pada permulaan waktu syahwat. Dalam bahasa yang lebih mudah, air mazi akan keluar ketika sedang berada di permulaan waktu syahwat sebelum sampai ke tahap kemuncak. 

Air Mazi ini sering di sebut sebagai 'gel pelincir' di kalangan pasangan yang telah berkahwin dan suka untuk diingatkan yang ianya dikategorikan sebagai sejenis najis . 

Air mazi ini boleh keluar juga tatkala bersentuhan lelaki dan perempuan. Kerana tu, jangan mudah-mudah menyentuh mana-mana manusia dari jantina yang berlawanan dengan sesuka hati. Takut nanti boleh menyebabkan air mazi ini keluar hingga boleh membayangkan perkara yang tidak sepatutnya. 


Bagaimana Air Mazi Boleh Keluar?

Air mazi boleh keluar di dalam beberapa situasi. Situasi yang pertama ialah ketika membuang air besar atau kecil. Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran. Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar.

Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair akan terkeluar menerusi saluran kencing. Warnanya jernih atau kelabu kekuningan. Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit.

Seterusnya Air Mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi sesuatu yang boleh membuatkan keinginannya meningkat. Maka apabila terjaga dari mimpi seseorang itu akan terasa basah dek kerana keluarnya air mazi ketika sedang bermimpi tadi.


Hukum Bila Keluar Dan Cara Menyucikannya 

Air mazi boleh terus dibersihkan tanpa perlu melibatkan mandi wajib. Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dengan mandi hingga bersih serta berganti pakaian. Jika kebetulan ketika waktu tersebut sedang berada di luar, alaslah sesuatu kepada pakaian dalam yang telah terkena air mazi itu untuk beribadat.





3. Air Wadi

Maksud Air Wadi 

Air wadi ini ialah cecair putih pekat yang keluar pada saat permulaan kencing.


Bagaimana Air Wadi Boleh Keluar ?

Air Wadi boleh terhasil akibat rasa letih dan penat setelah berkerja keras sepanjang hari. Ia juga boleh keluar selepas mengangkat sesuatu objek yang berat hingga mengeluarkan tenaga yang banyak seperti berkerja di bawah cuaca panas yang terik. 


Hukum Bila Keluar Dan Cara Menyucikannya 

Air wadi hampir sama dengan air mazi. Cara untuk membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk kembali tatkala mahu mengerjakan solat. 

Cara paling baik adalah dengan mandi hingga bersih serta berganti pakaian. Tapi jika kebetulan ketika waktu tersebut sedang berada di luar, alaslah sesuatu kepada pakaian dalam yang telah terkena air wadi itu untuk beribadat.



Perbezaan Mudah Untuk Mengenali Air Mani, Mazi dan Wadi

1) Air Mani

  •  Air yang putih
  • Kenyal dan melekit 
  • Air yang keluar selepas mencapai tahap syahwat 
  • Memancut ketika keluar berkali-kali
  • Keluar sama ada daripada lelaki mahupun wanita.
  • Menyebabkan rasa tak bermaya atau lesu selepas keluar
  • Berbau tepung ketika ia masih basah.
  • Berbau putih telur ketika keringnya.

    2) Air Mazi

    • Berwarna keputihan,jernih dan berlendir.
    • Keluar disebabkan syahwat 
    • Tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan.
    • Kadangkala ia keluar tanpa disedari.
    • Berlaku pada lelaki dan wanita.

    3) Air Wadi

    •  Air berwarna kekeruhan,tidak berbau.
    •  Keluar saat permulaan kencing.
    •  Ia boleh keluar ketika membawa (mengangkat) sesuatu yang berat.


    Air Mani Lelaki Hilangkan Jerawat?

    Jika mengikut kajian memang air mani ini boleh beri manfaat pada wanita tapi bila terbaca yang ia juga boleh bantu dari segi kecantikan, alamak... apa ni??? 

    Air mani normal bagus sebagai produk kecantikan?! Oh tidakkkk...!!! Jika benar sekalipun air mani lelaki normal boleh hilangkan jerawat sekalipun, tak kuasa nak guna gi tempek kat muka. Hmm pelik-pelik la.. 

    Sebagai contoh, memetik daripada artikel penyelidikan oleh State University of New York dan diterbitkan oleh jurnal Archives of Sexual Behaviour. Antara manfaat air mani lelaki suami terhadap isterinya adalah :
    1. Mampu meningkatkan suasana hati dan perasaan sayang (Hormon Cortisol dan oxytocin).
    2. Air mani juga mengandungi sekurang-kurangnya tiga jenis anti-depres,salah satunya adalah thyrotropin-releasing hormone.
    3. Selain itu,air mani juga mengandungi melatonin (meningkatkan kualiti tidur) hingga serotonin (salah satu jenis anti-depress neurotrasmitter terbaik).
    4.Info tambahan,ada mitos mengatakan air mani mampu merawat jerawat dengan menyapunya di muka dan dibiarkan sehingga kering.
    5.Info tambahan,ada ura-ura mengatakan air mani juga mampu membesarkan saiz payudara.

    Kesimpulan 

    Sebelum masuk ke alam perkahwinan sila jaga tiga jenis air ini dengan baik supaya tidak mendatangkan sebarang masalah baik untuk diri sendiri, keluarga mahupun sesiapa. 

    Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang apa perbezaan antara air mani, air mazi, dan air wadi dan cara untuk kenal. Kita kena tahu atas apa yang berlaku ke atas diri masing-masing supaya dapat berbual ibadat dengan lebih yakin dan baik. InshaAllah.

    Ingat ya adik-adik.... 'air' di dalam tubuh tu bukannya sembarangan terutama AIR MANI. Jangan mudah-mudah nak bercinta cintun kerana sekali air tersebut melekat pada mana-mana anak perempuan sesiapa tak kisahlah dari golongan umur yang mana, pasti akan memberi impak yang sangat dasyat! 

    Itulah serba sedikit info mengenai air mani, mazi dan juga wadi yang perlu untuk diketahui terutama untuk golongan remaja lelaki.


    Baca Juga : Cara Bagaimana Kitaran Haid Berlaku Pada Perempuan


    12 comments for "Perbezaan Antara Air Mani, Wazi dan Wadi Yang Wajib Diketahui "

    1. i like info macam ni. yes ilmu ni memang sensitif tapi kena diajar especially pada anak2 gadis yang dah mula nak remaja n dewasa. sebabnya benda2 ni melibatkan kita nak beribadah jadi kena tahu dan faham betul2. takleh hentam saja..

      ReplyDelete
    2. Bagus info ni...dapatlah bezakan antara ketiga2 air tuu agar tak keliru

      ReplyDelete
    3. nak tanya saya selepas kencing kekadang keluar cecair warna keruh dan ia meleket ..adakah itu air wadi?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Jika keluar pada waktu biasa semasa berkerja atau sebagainya, yakni cecair itu keluar tanpa sebarang rangsangan shawat sama sekali, besar kemungkinan itu adalah wadi kerana hanya wadi saja yang boleh keluar pada waktu yang tidak terlibat dengan mana-mana rangsangan shawat. Jika masa ada rasa was-was, boleh tetap lakukan mandi wajib dengan niat secara umum untuk mengangkat segala hadas besar pada tubuh. Boleh juga rujuk pada mana-mana ustaz dan ustazah untuk info yang lebih mendalam.

        Delete
    4. bagaimana hendak bezakan air mani dan'air mazi pada pakaian

      ReplyDelete
      Replies
      1. InshaAllah ada masa saya akan up post tentang ni ye

        Delete
    5. Saya ada satu kemunsyiklan jika seseorang itu merasakan ada air yg keluar dari kemaluannya ketika sedang tidur walaupun dia tiada mimpi apa2 pun.Sedar2 dari tidur dapati dah basah.Adakah itu air mazi atau air mani.Mohon pencerahan.

      ReplyDelete
      Replies
      1. wallahualam... hanya tuan empunya diri boleh cuba fikirkan andaian berdasarkan tekstur air tersebut.. yg penting perlu bersihkan diri untuk solat yg sah.. jadi cara terbaik jika tidak tahu air apa begini, ada baiknya lakukan saja mandi wajib dgn niat untuk sucikan segala hadas kerana Allah Taala.... :)

        Delete
    6. Syukran atas perkongsian yang bermanfaat

      ReplyDelete
    7. Kalau membayangkan adakah boleh keluar air mani? Atau jika terlihat scene yg tk sepatutnya di TV adakah air mani boleh keluar?

      ReplyDelete