Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apa Itu Influencer? (Inilah Ciri Seorang Influencer Dan Kepentingannya)

Apa Itu Influencer? (Inilah Tugas Influencer Dan Kepentingannya) | Jujur aku katakan dulu semasa mula menulis blog aku sendiri tidak tahu apa itu influencer. Yang aku kenal pada masa itu hanyalah gelaran blogger, instagramer, youtubers dan sebagainya. Semakin lama barulah aku mula faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Influencer ini.

Rupa-rupanya influencer adalah panggilan untuk mereka yang layak di anggap sebagai tokoh di media. Berkembangnya penggunaan media sosial adalah penyebab kepada kemunculan insan-insan yang di anggap sebagai tokoh di media ini. 



Influencer marketing pula merupakan cara promosi yang efektif dilakukan oleh golongan influencer dan ini sangat sesuai dengan para pengguna media social sekarang yang sudah kurang suka meononton iklan. Kalau boleh iklan kat handphone tu pun langsung tak nak ada kan? 


Maka disebabkan itulah pada brans mula menggunakan golongan influencer untuk melakukan task bagi tujuan Influencer Marketing ini. Influencer maketing ini boleh dilakukan di mana saja seperti istagram, facebook, twitter mahupun blog




Antara Ciri Seorang Influencer Yang Popular 

Rasanya sekarang dah boleh tahukan apa itu influencer. Bagaimana nak jadi seorang influencer terkenal? 

> Mempunyai paras rupa yang cantik dan menarik
> Memiliki lifestyle story yang hebat
> Selalu travel ke tempat menarik sana sini
> Pandai mengambil gambar
> Bijak bina caption yang sesuai dengan gambar untuk status terkini
> Berjaya memiliki jumlah followers (pengikut) dengan jumlah yang sangat besar 


Untuk diri sendiri, hmmm bukan di tahap hebat itu lagi. Di masa ini masih banyak lagi yang perlu ku perbaiki. Tak mengapalah, step by step secara perlahan-lahan sambil kumpul ilmu dan pengalaman. 

Ingin Jadi Infuencer? Ikuti 10 Langkah Ini Untuk Jadi Infleuncer Sejati

Sekarang kita lupakan sekejap tentang angka followers. Apakah sebenarnya ciri-ciri yang perlu ada untuk membolehkan seseorang itu digelar sebagai seorang influencer sejati.  Dan berdasarkan pendapatku sendiri, inilah 10 ciri seorang influencer sejati yang ada di hatiku. 

1. Wujudkan pelbagai akaun media social sendiri (FB, IG, Twitter, Blog)

2. Fokuskan pada satu akaun dulu untuk diketengahkan. Sebagai contoh aku pilih blog sebagai medan media social utama

3. Bina identiti sendiri mengikut personaliti tanpa perlu terikut dengan orang lain

4. Beranikan diri untuk berinteraksi dengan orang lain secara online

5. Usaha ambil gambar dengan lebih baik dengan mementingkan soal tutup aurat

6. Rajinkan diri untuk kongsikan kisah kehidupan harian di akaun media social yang ada

7. Tambah rakan baru dari hari ke hari mengikut limit yang ditetapkan untuk memperbanyakkan followers

7. Bina status di akaun media sosial secara berhemah tanpa ada isu umpat keji pada orang lain

8. Selalu tinggalkan komen yang baik di status rakan lain sebagai tanda support

9. Yakin pada diri sendiri dan jangan sesekali mengalah walau terasa penat

10. Jangan Sombong! Terus berpegang pada fokus utama yakni untuk kongsi info yang berguna sambil jana income secara online, bukannya kerana ingin jadi popular




Kelebihan Menggunakan Kaedah Influencer Marketing Untuk Bisnes 

Jika sudah ramai pengikut sudah semestinya ramai juga yang akan terbaca setiap post yang diterbitkan oleh si influencer tersebut. Kuasa membeli itu di tangan pengguna dan tiada siapa pun yang boleh memaksa. Namun secara tidak langsung kewujudan influencer ini dapat membantu kongsikan info bahawa pada saat itu telah muncul satu produk baru yang sangat baguus.

Untuk diriku sendiri, selaku seorang blogger aku lebih suka untuk cuba sendiri sesuatu produk itu sebelum dikongsikan infonya dengan pembaca. Jika okay aku akan beritahu okay dan jika tidak okay aku akan sebut kurang okay. Namun tiap citarasa orang tak sama. Mungkin bagi aku tak okay tapi bagi orang lain everything is perfect! Begitulah sebaliknya.

Apabila telah dikongsikan pengalaman dan info produk, si influencer harus juga membalas pertanyaan bakal pembeli sekiranya ada yang datang mesej bertanyakan info lanjut. Sebagai contoh untuk Minyak Mummy's Rescue Kit Roll On Audelia Naturals ini.



Blogger Punya Kelebihan Tambahan Dengan Skill Penguasaan SEO 

Berbeza dari Facebook, Instagram dan juga Twitter, para blogger mempunyai satu kelebihan tambahan kerana para blogger ini boleh menggunakan keistimewaan Mesin Pencari (Search Engine) sebagai batu loncatan untuk blog lebih dikenali. Ini kerana si penulis blog seperti aku ini boleh menggunakan skill masing-masing dalam penguasaan SEO (Optimasi Search Engine).

Sebagai contoh untuk blog aku ini alhamdulillah telah ada sebanyak 5,829 keywords yang telah berjaya menembusi 1st pages Google Search.



 > Apa itu Organic Keywords

Organic Kewords dikenali juga sebagai Trafik Organik di dalam bahasa. Organic Keywords ini adalah 'kata kunci carian' yang telah digunakan oleh pengguna Internet secara langsung dari Mesin Pencari ( Search Engin).

Search Engine yang aku maksudkan di sini adalah Google, Yahoo, dan Bing. Ayat yang di taip di mesin carian itulah yang dimaksudkan sebagai keywords. Dan dek kerana keywords inilah yang telah mempertemukan pengguna Google Search contohnya dengan sesebuah info dalam mana-mana blog selepas di syorkan oleh si Google Search tersebut. 

Di sini aku berikan sebuah Contoh : 

Katakan kalian mahu cari resepi untuk buat tauhu sumbat. Maka kalian akan search di handphone dengan ayat carian 'resepi tauhu sumbat.' Setelah itu kalian pun tunggulah si Google Search ni keluarkan beberapa info dari mana-mana blog yang dicadangkannya. Situasi inilah yang dimaksudkan dan jika si blogger boleh menguasai ilmu SEO maka tidak mustahil blognya boleh muncul di mana saja dengan bantuan Google Search. 




> Apa itu Organic Monthly Trafic 

Organic Monthly Trafic adalah jumlah pembaca yang telah datang ke sesebuah blog hasil daripada penggunaan Organic Keywords itu tadi.

> Apa itu Domain Score

Domain Score dikenali juga sebagai Domain Authority dan ia adalah garis panduan untuk seorang blogger mengetahui sama ada blognya sedang dilakukan dengan cara yang betul berkenaan dengan SEO ataupun tidak. Semakin tinggi score bermakna semakin bagus potensi blog tersebut di kaca mata mesin pencari (Google, Yahoo, dan Bing). Pendekata, semakin tinggi nilainya maka kemungkinan untuk dapat muncul di search engine juga amatlah tinggi. 


Pembaca Mula Datang Dari Blog Hingga Ke Facebook 

Selalunya yang sering berlaku, pembaca blog tidak hanya akan membaca semata-mata sebaliknya mereka juga akan ikut follow sehingga ke Facebook Pages. FB Pages akan mula di like oleh pembaca dan ada juga yang akan bertanyakan soalan mengenai perkara yang berkaitan dengan bahan bacaan mereka di blog.

Sebagai contoh ada seorang gadis bertanyakan tentang 'pecah dara' selepas membacanya di blog ini. 




Itulah serba sikit info mengenai apa itu influencer. Jika ada di antara kalian adalah salah seorang seller online, ada baiknya mula fikirkan untuk gunakan influencer marketing. 

Pilih saja mana-mana infleuncer yang disukai dan bolehlah mula bincangkan soal harga atas persetujuan ke dua belah pihak. Of courselah kena keluarkan belanja sikit kan, nama pun nak buat marketing.

Yang pasti, aku sendiri belum mampu bergelar seorang influencer yang hebat kerana masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. 

Pada semua rakan influencer di luar sana semoga rezeki kalian murah selalu dan untuk para pembaca blog SIS HAWA DOT COM ini, terima kasih sangat di atas kesetiaan kalian semua dalam menyokong blok 'Sis Hawa' kalian yang selalu kuat membebel ini. 


4 comments for "Apa Itu Influencer? (Inilah Ciri Seorang Influencer Dan Kepentingannya)"

  1. kalau cantik memang senang sangat jadi influencer. Jauh lagi nak menapak sampai ke tahap influencer ni hihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah,,, kita x cantik mana.. jd blogger je la.. kiki

      Delete
  2. Hanya mampu jadi blogger. Velum sampau tahap jadi influencer lagi

    ReplyDelete