Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Untuk Buat Duit Dengan Blog Secara Percuma

5 Tips Untuk Buat Duit Dengan Blog Secara Percuma | Tulis blog dapat duit ke? Ini soalan yang pernah muncul di fikiran dulu. Masa tu sama sekali tak tahu apa itu Innity dan Adsense. Yang tahu ramai orang cakap boleh jana duit melalui blog secara percuma. Kiranya nak bina blog, daftar dengan Google Adsense dan Innity sama sekali tak perlu keluar modal. Zero!

Terdetik juga kat fikiran masa tu, eh macamana boleh dikatakan yang boleh buat duit dengan blog secara percuma ni? 

Tak kan tak perlu keluar modal langsung macam start bisnes online tu? Nak dropship pun kena ada bagi modal kan? 

Kiranya memang banyak jugalah soalan yang timbul sampaikan buat keputusan untuk terus mencari info bagi menjawab segala soalan yang bersarang kat kepala.




Bermula dari situ, satu demi satu info berjaya diperolehi. Inilah yang dikatakan segala ilmu ada di hujung jari. Nak cari dengan tak nak je. Dan bila mencari info dengan Google Search tu secara tak sengaja dapat faham, "Oh ini rupanya blog. Blog ni pemberi maklumat kat handphone! Blog ni macam majalah cuma tak perlu susah payah beli." 

Kat situ terus jatuh cinta dengan dunia penulis blog. Nak lah jadi penulis blog juga sebabnya sis memang sangat suka menulis pun.

Tanpa tunggu lama terus daftar sebuah blog melalui blogspot. Masa tu hanya bina blog biasa yang asas saja. 

Panduan tutorial bagaimana nak buat duit dengan turut terus di cari dari hari ke hari. Terknik termudah buat duit dengan blog secara percuma juga turut di baca satu demi satu melalui pelbagai jenis blog yang dijumpai melalui Google Search.

Terus terang agak susah juga pada mulanya sebab sama sekali takde siapa-siapa untuk bantu beri guideline. 

Macamana nak buat duit dengan blog yang difahami adalah dengan memperbanyakkan konten blog, menulis dengan tajuk-tajuk yang dapat memberi ilmu / info, menulis dengan cara yang mudah di fahami dan cuba tarik lebih ramai pembaca dari hari ke hari ke blog sendiri. 

Dengan cara itulah pendapatan dalam bentuk wang dari Innity dan Google Adsense dapat diperolehi. Sekadar hanya buat blog dan apply Adsense melalui akaun blogspot kemudian hanya biarkan saja tanpa usaha, besar kemungkinan impian yang sebenar masih sukar untuk di capai. 

Berapa Banyak Cara Untuk Buat Duit Dengan Blog?

Jawapannya banyak. Antara cara paling mudah bagaimana untuk buat duit dengan blog ini adalah dengan mendaftarkan blog sendiri bersama Innity, Google Adsense dan juga menerima tawaran review berbayar dari mana-mana pihak yang berminat dengan hasil gaya penulisan di blog masing-masing. 

Terus terang memang boleh buat duit dengan blog bersama syarikat iklan seperti Inntiy dan Google Adsense ini cuma perlu usaha sikitlah untuk naikkan kedudukan blog. Walaubagaimanapun, memang ada ramai blogger di Malaysia yang dah berjaya buat duit USD dengan Google Adsense dan itu juga yang menjadi pembakar semangat untuk ikut mencuba dan berusaha. 

Belum Ada Blog? Berminat Nak Buat Duit Dengan Blog Secara Percuma? Ikut Tips Ini 

#1 - Buat satu blog sendiri melalui blogspot

#2 - Cantikkan blog dengan design yang mudah di akses dan di baca oleh semua orang

#3 - Tulis pelbagai perkongsian yang bagus di blog 

#4 - Berusaha curi perhatian ramai pembaca untuk datang ke blog

#5 - Pasang domain dot com 

#6 - Daftar keahlian bersama syarikat Innity dan Google Adsense

#7 - Teruskan berkongsi info dan biarkan income berjalan dengan sendiri 

Blog Boleh Bantu Beri Pendapatan Sampingan Tanpa Modal

Tak perlu buat banyak-banyak blog, yang penting buat satu blog saja dulu kemudian fokus untuk naikkan trafik. Dengan cara ini akan dapat buat duit yang diimpikan. Jika rasa trafik blog yang pertama sudah sangat selesa dengan jumlah pendapatan yang agak bagus maka terpulanglah jika mahu buat blog yang lebih banyak. 

Alhamdulillah, untuk blog ini sekarang sudah hampir 5 bulan bersama Google Adsense dan jumlah tertinggi pendapatan sehari Google Adsense buat masa ini bolehlah mencapai antara USD5 hingga USD10 sehari. Yang pasti, buat duit dengan blog bersama Google Adsense ni kena banyak sabar. 




Pendapatan Akan Terus Masuk Ke Akaun Bank Dalam Ringgit Malaysia

Walaupun pendapatan Google Adsense ini hasilnya dalam nilai USD namun untuk urusan pengeluaran sangatlah mudah. Hanya perlu setkan cara pembayaran dalam bentuk wire transfer dan pihak Google Adsense akan terus uruskan. 

Hanya dalam masa 2 ke 3 hari selepas pengeluaran, wang akan terus diproses dan tiba ke dalam akaun dalam nilai MYR. Manakala untuk Innity pula semuanya memang sudah dalam nilai MYR sepenuhnya. 


contoh pembayaran dari Innity dan Google Adsense 

Untuk Dapat Pendapatan Google Adsense - Sis Pernah Kecewa 


Untuk jana pendapatan lumayan dengan Iklan Google Adsense ni sis pernah kecewa tau. Dulu permohonan sis untuk blog ini pernah di tolak dan sis juga pernah hampir putus asa sekali lagi apabila PIN nombor untuk mudahkan pengeluaran tidak diterima. Tetapi dah namanya rezeki, saat sis hampir putus asa sis kembali semula bersemangat semula untuk mencuba lagi. 

Akhirnya, selepas penat bersusah payah cuba itu dan cuba ini.... kini saatnya sudah tiba. Jadi untuk sesiapa saja di luar sana yang masih berfikir-fikir bagaimana nak jana pendapatan sampingan secara percuma tanpa perlu keluarkan apa-apa modal, mungkin boleh bina kerjaya melalui penulisan blog ini. 



7 comments for "Tips Untuk Buat Duit Dengan Blog Secara Percuma "

  1. Kena banyak sabar. Naim guna platform Nuffnang. dah lama tak earning haha

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak Hawa.. Sy lepas tukar domain ada masalah pula nak review.. Semoga d'murahkan rezeki selalu..

    ReplyDelete
  3. Bila kita rajin mencari, membaca & apply tips blogging ni pasti ada hasilnya. Nak tak nak je :)

    ReplyDelete
  4. good tips awa.. tq for sharing

    ReplyDelete
  5. Pernah sekali je dapat cash out adsense. pas tu duit bergerak tu slow sangat. mcm 1 sen sehari je dapat.

    ReplyDelete
  6. byknya earning dkt adsense sis..sha nduu berapa sen ja haha

    ReplyDelete
  7. kita tak boleh daftar google adsense, tahniah yer

    ReplyDelete