Maksud Sanah Helwah, Syafakallah Dan Kegunaannya | Perkataan Sanah Helwah sudah sering digunakan oleh ramai orang termasuk daku sendiri. Dan kebetulan baru ni ada yang bertanya, "maksud Sanah Helwah dan Syafakallah ni apa sebenarnya?"  Okay, bagi menjawab soalan apakah sebenarnya maksud sanah helwah dan bila patut digunakan perkataan ini, maka di sini daku akan terangkan secara ringkas akan maksud dan kegunaannya. Harap-harap dapatlah faham ya.



Maksud Sanah Helwah 

Maksud sanah helwah ini sebenarnya simple saja. Sanah ini maksudnya tahun dan Hulwah / Helwa / Helwah itu pula maksudnya manis. Kenapa di sebut sebagai tahun yang manis?

Okay untuk persoalannya ni, secara mudahnya boleh difahamkan dengan cara begini, kelahiran kita ke dunia ini merupakan keceriaan bagi ibu bapa / keluarga / orang yang menyayangi kita. Kita lahir dengan rasa penuh gembira jadi disebutlah sebagai tahun yang manis. Sanah Helwah itulah gambarannya.

Ucapan sanah helwah ni boleh digunakan pada siapa saja. Antaranya kita boleh beri ucapan sanah helwah untuk ibu, ayah, kakak, abang, adik, sahabat, suami, isteri, kekasih dan sebagainyalah. Cara nak guna ucapaan Sanah Helwah ni pun tak adalah sesusah mana. Untuk ucapan dalam bentuk tulisan, perkataan sanah helwah ni boleh saja ditulis samada dalam bentuk arabic (jawi) mahupun rumi.

Contoh Ucapan Sanah Helwah Dalam Tulisan Rumi 

Helwah in arabic text apabila ditukar ke malay atau dalam tulisan rumi adalah seperti di bawah ini : 

+ Sanah Helwah ya ummi / sanah helwah mak = maksudnya Selamat Hari Lahir Ibu

+ Sanah Helwah ya ummi mahbubah = maksudnya Selamat Hari Lahir Ibu Yang Disayangi 

Sanah Helwah ya abbi / sanah helwah abah = maksudnya Selamat Hari Lahir Ayah

+ Sanah Helwah ya akhi = maksudnya Selamat Hari Lahir Abang/Adik ( akhi panggilan untuk saudara lelaki)

Sanah Helwah ya ukhti / sanah helwah kakakku = maksudnya Selamat Hari Lahir Kakak (ukhti panggilan untuk saudara perempuan)

Sanah Helwah ya habibi = maksudnya Selamat Hari Lahir Suamiku  (ucapan sayang untuk suami)

Sanah Helwah ya habibati = maksudnya Selamat Hari Lahir Isteriku  (ucapan sayang untuk isteri)

+ Sanah Helwah ya gameel = happy birthday to you 

Jika kurang pasti panggilan yang sesuai dalam arab, gunakan saja perkataan sanah helwah dengan panggilan secara terus untuk seseorang tersebut dalam rumi. Contoh Sanah Helwah Aiman. Sanah Helwah Awadah. Sanah Helwah Kak Maya. Direct tulis gitu pun tak apa. 




Maksud Syafakallah Dan Kegunaannya 

Seperkara lagi, Sanah Helwah ni selalunya akan digunakan bersama dengan perkataan Syafakallah ataupun Barakallah Fik. Kiranya Sanah Helwah adalah ucapan awal dan Syafakallah serta Barakallah Fik ini pula adalah ucapan mendoakan bagi orang yang ducapkan dengan perkataan sanah helwah tadi.

Sebagai contoh :

+ Sanah Helwah (selamat hari lahir) ayah. Syafakillah (Semoga Allah menyembuhkan).

+ Sanah helwah (selamat hari lahir) sayang. Barakallah Fik ( Semoga Allah memberkahimu )

Sebahagian Ucapan In Arabic Dan Rumi Untuk Digunakan 

+ Sanah Helwah ( سنة حلوة = Selamat hari lahir / selamat hari jadi 
+ Barakallahu Fiq ( بارك الله فيك  = Semoga Allah merahmati kamu/memberkati kamu

+ Syafakallah ( شفاكَ الله= moga Allah menyembuhkan awak (L)
Syafakillah ( شفاكِ الله ) = moga Allah menyembuhkan awak (P) 

+ Jazakallahu khairan khatsiira ( جزاكَ الله خيراً كثيراً= Semoga Allah mblasmu dengan kabaikan (L) 
Jazakillahu khairan khatsiira  ( جزاكِ الله خيراً كثيراً= Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan (P)

+ uhibbuki ( أحبكِ ) = saya sayang awak (perempuan)
uhibbuka ( أحبكَ = saya sayang awak (lelaki)

+ laila sa'edah ( ليلة سعيدة ) Selamat malam 
sobahul khair ( صباح الخير ) = selamat pagi 
sobahannur ( صباح النور ) ucapan balas untuk sobahul khair 
bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح ) semoga berjaya 
salam ukhuwah ( سلام اخوة= salam perkenalan
jazakallah hukhairan ( جزاك الله خيرا = semoga Allah membalas jasamu 
azhoma allahu ajrak ( عظّم الله أجرك = semoga Allah memuliakan amalan kamu


Selain ucapan selamat ulang tahun, pemberian hadiah juga merupakan satu amalan yang baik. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis : 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa menerima hadiah dan biasa pula membalasnya. (HR. Bukhari, no. 2585)
Dengan hadis ini, dapat kita fahami mengucapkan selamat ulang tahun dan memberikan hadiah merupakan sesuatu yang baik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Aamiin. 






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.