Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Sanah Helwah, Syafakallah Dan Kegunaannya

Maksud Sanah Helwah, Syafakallah Dan Kegunaannya | Perkataan Sanah Helwah sudah sering digunakan oleh ramai orang termasuk daku sendiri. Dan kebetulan baru ni ada yang bertanya, "maksud Sanah Helwah dan Syafakallah ni apa sebenarnya?"  

Bagi menjawab soalan apakah sebenarnya maksud sanah helwah dan bila patut digunakan perkataan ini, maka di sini aku terangkan secara ringkas akan maksud dan kegunaannya Sanah Helwah dan Syafakallah ni. Harap-harap dapatlah faham ya.



Apa Arti Maksud Sanah Helwah Ini?

Ini rupa tulisan Sanah Helwah jawi  - سنة حلوة - 

Secara bahasa, kalimat ini merupakan kosakata bahasa Arab yang terdiri atas 2 kata, iaitu sanah dan helwah.

Maksud sanah helwah ini sebenarnya simple saja. Sanah ini maksudnya tahun dan Hulwah / Helwa / Helwah itu pula maksudnya manis. Kenapa di sebut sebagai tahun yang manis?

Okay untuk persoalannya ni, secara mudahnya boleh difahamkan dengan cara begini. 

Kelahiran kita ke dunia ini merupakan keceriaan bagi ibu bapa / keluarga / orang yang menyayangi kita. Kita lahir dengan rasa penuh gembira jadi disebutlah sebagai tahun yang manis. Sanah Helwah itulah gambarannya.

Ucapan sanah helwah ni boleh digunakan pada siapa saja. Antaranya kita boleh beri ucapan sanah helwah untuk ayah, ibu, ayah, kakak, abang, adik. 

Ucapan sanah helwah sahabat, suami, isteri, kekasih dan sebagainyalah. 

Cara nak guna ucapan Sanah Helwah ni pun tak adalah sesusah mana. Untuk ucapan dalam bentuk tulisan, perkataan sanah helwah ni boleh saja ditulis samada dalam bentuk arabic (jawi) mahupun rumi.

Sanah Helwah atau Sannah Helwah, Mana Yang Betul?

Sanah Helwah atau Sannah Helwah, sama saja.

Dalam tulisan latin pula ada ditulis bermacam-macam sebutan seperti Sana Helwa, Sanah Helwah, Sena Helwa, Sena Helwah dan sebagainya.


Sanah Helwah Ucapan Hari Lahir Islamik Dalam Tulisan Rumi 

Sekarang dah tahu yang maksud Sanah Helwah adalah “Selamat Hari Lahir”

Sannah helwah meaning in english? Happy Birthday!

Sebab tu ramai ucap selamat hari lahir untuk bapa dengan sebut begini, Sanah helwah ya abi (abi pangilan untuk ayah, bapa dalam bahasa Arab).

Contoh Sebutan Penggunaan Sanah Helwah dan Maksud

Berikut di bawah contoh perkataan yang menggunakan Sanah Helwah. 

Helwah in arabic text apabila ditukar ke malay atau dalam tulisan rumi adalah seperti di bawah ini : 

Sanah Helwah ya ummi / sanah helwah mak = maksudnya Selamat Hari Lahir Ibu

Sanah Helwah ya ummi mahbubah
= maksudnya Selamat Hari Lahir Ibu Yang Disayangi 

Sanah Helwah ya abbi / sanah helwah abah = maksudnya Selamat Hari Lahir Ayah

Sanah Helwah ya akhi = maksudnya Selamat Hari Lahir Abangku /Adikku ( akhi panggilan untuk saudara lelaki)

Sanah Helwah ya ukhti / sanah helwah kakakku = maksudnya Selamat Hari Lahir Kakak (ukhti panggilan untuk saudara perempuan)

Sanah Helwah ya habibi = maksudnya Selamat Hari Lahir Suamiku  (ucapan sayang untuk suami)

Sanah Helwah ya habibati = maksudnya Selamat Hari Lahir Isteriku  (ucapan sayang untuk isteri)

Sanah Helwah ya gameel = happy birthday to you 


Jika kurang pasti panggilan yang sesuai dalam arab, gunakan saja perkataan sanah helwah dengan panggilan secara terus untuk seseorang tersebut dalam rumi. 

Contoh Sanah Helwah Aiman. Sanah Helwah Awadah. Sanah Helwah Kak Maya. 

Direct tulis gitu pun tak apa. 

Lain-Lain Ayat Sanah Helwah Sebagai Ucapan

Ada juga yang guna maksud sanah helwah ni dengan ucapan begini di bawah.

1.  "Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah."

Maksud : Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan.


2. " Sanah Helwah. Uhibbuki Fillah. "

Maksud : Selamat Hari Lahir. Sayang awak kerana Allah




Maksud Syafakallah Dan Kegunaan Barakallah Fik

Seperkara lagi, Sanah Helwah ni selalunya akan digunakan bersama dengan perkataan Syafakallah ataupun Barakallah Fik

Ucapan 'Barakallah Fii Umrik' adalah 'Doa Ulang Tahun' ringkas yang kebiasaannya dilafazkan bersama dengan ucapan Sanah Helwah.

Kiranya Sanah Helwah adalah ucapan awal dan Syafakallah serta Barakallah Fik ini pula adalah ucapan mendoakan bagi orang yang ducapkan dengan perkataan sanah helwah tadi.

Contoh Penggunaan Sanah Helwah, Syafakallah dan Barakallah Fik

1. Sanah helwah ayah. Syafakillah

Maksud : Sanah Helwah (selamat hari lahir) ayah. Syafakillah (Semoga Allah menyembuhkan).


2. Sanah helwah sayang. Barakallah Fik.

Maksud : Sanah helwah (selamat hari lahir) sayang. Barakallah Fik ( Semoga Allah memberkahimu )


3. Sanah helwah. Barakallah Fi Umrik. 

Maksud : Sanah helwah (Selamat hari lahir)  Barakallah Fi Umrik. Semoga mendapat berkah dari Allah dalam usiamu).

Arti ucapan Barakallah fii umrik tak hanya sekedar ucapan, tetapi mengandungi sebuah erti dan doa di dalamnya.

Sebahagian Ucapan In Arabic Dan Rumi Untuk Digunakan 

Sanah helwah wishes in arabic and malay (jawi dan rumi).

  • Sanah Helwah ( سنة حلوة ) = Selamat hari lahir / selamat hari jadi 
  • Barakallahu Fiq ( بارك الله فيك )  = Semoga Allah merahmati kamu/memberkati kamu

  • Syafakallah ( شفاكَ الله= moga Allah menyembuhkan awak (L)
  • Syafakillah ( شفاكِ الله ) = moga Allah menyembuhkan awak (P) 

  • Jazakallahu khairan khatsiira ( جزاكَ الله خيراً كثيراً= Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan (L) 
  •  Jazakillahu khairan khatsiira  ( جزاكِ الله خيراً كثيراً= Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan (P)

  • uhibbuki ( أحبكِ ) = saya sayang awak (perempuan)
  •  uhibbuka ( أحبكَ = saya sayang awak (lelaki)

  • laila sa'edah ( ليلة سعيدة ) = maksud Selamat malam 
  • sobahul khair ( صباح الخير ) = maksud selamat pagi 
  • sobahannur ( صباح النور ) = maksud ucapan balas untuk sobahul khair 

  • bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح ) = maksud semoga berjaya 
  •  salam ukhuwah ( سلام اخوة= maksud salam perkenalan

  • jazakallah hukhairan ( جزاك الله خيرا = maksud semoga Allah membalas jasamu 
  • azhoma allahu ajrak ( عظّم الله أجرك = maksud semoga Allah memuliakan amalan kamu

Ucapan Selamat dan Beri Hadiah Ada Sebut Dalam Hadis

Selain ucapan selamat ulang tahun, pemberian hadiah juga merupakan satu amalan yang baik. 
Sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis : 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa menerima hadiah dan biasa pula membalasnya. (HR. Bukhari, no. 2585)
Dengan hadis ini, dapat kita fahami mengucapkan selamat ulang tahun dan memberikan hadiah merupakan sesuatu yang baik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. 

Read This :

Kesimpulan

Sanah Helwah adalah ucapan hari lahir Islamik. Walau Sanah Helwah ini adalah sebutan dalam bahasa Arab tapi siapa saja boleh menggunakannya.
Boleh guna sebagai ucapan sanah helwah sahabat, sanah helwah untuk yang tersayang dan sebagainya. Arti sanah helwah lebih bagus jika diletakkan bersama ucapan Syafakallah dan Barakallah Fii Umrik, artinya akan bertambah baik.

7 comments for "Maksud Sanah Helwah, Syafakallah Dan Kegunaannya "