Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

1001 Khasiat Pokok Bunga Raya Yang Masih Ramai Orang Tak Tahu

1001 Khasiat Pokok Bunga Raya Yang Masih Ramai Orang Tak TahuHibiscus rosa-sinensis is the national flower of Malaysia, called Bunga Raya in Malay. Ini bermakna hampir semua orang tahu yang bunga raya adalah bunga kebangsaan untuk Malaysia. 

Bunga raya turut dikenali sebagai bunga sepatu atau kembang sepatu sebab boleh digunakan untuk kilatkan kasut. Bunga raya telah dijadikan bunga kebangsaan Malaysia pada bulan Julai tahun 1960 oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sejarah pemilihan bunga kebangsaan bermula pada akhir tahun 1958 apabila Kementerian Pertanian telah mencadangkan Bunga Raya sebagai salah satu pilihan. 

Kementerian Pertanian sebenarnya mencadangkan tujuh jenis bunga iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. 



Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa-Sinesis akhirnya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu ketika merasmikan pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA) di Kelab Turf, Selangor. Taman Bunga Raya Kuala Lumpur turut dibina pada tahun 1989 sebagai pengiktirafan kepada bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Tetapi pernah tak terfikir, kenapa bunga raya yang menjadi pilihan? Apakah keistimewaannya? 

Keistimewaan Pokok Bunga Raya Yang Masih Ramai Orang Tak Tahu 

Di sini akan dikongsikan beberapa 1001 khasiat pokok bunga raya yang patut kita ketahui bersama. Semoga dengan perkongsian ini kita akan sama-sama semakin mengenali keistimewaan bunga kebangsaan ini dan mungkin juga dapat menggunakannya di kala perlu.

1. Bentuk Bunga Raya Yang Unik 
Bunga Raya menjadi identiti negara kerana rupa bentuknya yang terdiri dari lima kelopak. Spesis bunga raya yang mempunyai lima kelopak besar telah menjadi ciri utama pemilihannya. Kelopak-kelopak yang besar ini secara tidak langsung dapat dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara. 

2. Warna Rasmi Bunga Raya
Warna bunga raya yang sering kelihatan dalam colour merah 'menyala' turut menjadikan bunga ini kelihatan sangat cantik dan menarik. Warna merah pada bunga raya melambangkan keteguhan dan keberanian dalam menghadapi apa jua situasi.  




3. Kepentingan Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan 
Buat masa ini bunga raya sering dijadikan sebagai simbol untuk negara Malaysia dalam bentuk lukisan, logo, gambar dan sebagainya. Ia juga sering kelihatan di mana-mana terutama pada bulan Ogos sempena merdeka. Ohya bunga raya juga turut di tanam sebagai landskap. 

4. Keistimewaan Bunga Raya Sebagai Bunga Hiasan
Bunga raya merupakan sejenis tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun dan ia juga sejenis pokok bunga yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Pendek kata, pokok bunga raya ini mudah untuk ditanam dan senang juga untuk hidup. Disebabkan itu bunga raya sering dijadikan sebagai pokok bunga hiasan di halaman rumah.

5. Manfaat Pokok Bunga Raya Untuk Kesihatan

a) Daun Bunga Raya Penawar Panas Badan dan Demam 
Terdapat pelbagai manfaat dari pokok bunga raya yang boleh kita diperolehi. Antaranya ia boleh merawat pelbagai jenis penyakit seperti demam dan sembelit. Antara petua yang telah lama diamalkan untuk meredakan demam panas adalah dengan menggunakan daun pokok bunga raya. 

Caranya mudah saja iaitu dengan meramas daun pokok bunga raya ini di dalam air, kemudian gunakan penapis untuk mendapatkan lendir dari daun bunga raya ini. Lendir ini kemudian boleh di sapu ke seluruh tubuh bagi tujuan menurunkan semula suhu badan ke tahap normal. Daun yang telah diramas itu tadi pula bolehlah diletakkan pada bahagian dahi dan kepala. 


credits : http://lakaranhatii.blogspot.com/

b) Kuncup Bunga Raya Dikatakan Bagus Untuk Bisul
kuncup atau kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam. Kemudian bolehlah ditampal pada masalah bisul. 

c) Khasiat Air Rebusan Kuncup Bunga Raya Bagus Untuk Kesihatan
Pokok bunga raya ini telah lama menjadi popular. Pokok ini banyak tumbuh di serata dunia termasuk di Afrika dan di sana juga pokok bunga raya ini turut dijadikan sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi, hipertensi, tahap kolesterol dan lain-lain lagi. Bunga raya turut dijadikan sebagai teh untuk minuman kesihatan di sana. 

d) Khasiat Air Rebusan Daun Bunga Raya Banyak Untuk Kesihatan
Air rebusan dari daun bunga raya juga boleh diminum untuk merawat asma, batuk, selsema dan sembelit. 


Baca Juga : 
Panduan Untuk Memilih Nama Idaman Untuk Anak / Bayi
Lambat Datang Haid Lepas Bersalin, Adakah Itu Normal?
Doa Untuk Mudah Bersalin Normal Dalam Sebutan Rumi
Nifas Dan Wiladah, Mandi Wajib Lepas Bersalin



6. Manfaat Air Daun Bunga Raya Untuk Rambut

Khasiat bunga raya masih ada lagi. Dikatakan daun bunga raya juga bagus untuk kesihatan rambut. 

Cara menggunakan bunga raya untuk rambut ini mudah saja iaitu dengan meramas daun bunga raya bersama air dan sapu lendir jernih yang terhasil itu pada rambut kerana ia dikatakan dapat membantu mencegah rambut dari menjadi bercabang. 

Ia juga dikatakan dapat mengatasi masalah kelemumur. Malah turut ada produk shampoo untuk rambut yang diasaskan daripada daun pokok bunga raya di pasaran.

Antara Kandungan Yang Ada Pada Bunga Raya Dan Daunnya


  • vitamin C dan mineral
  • mengandungi sifat anti radang
  • mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak,
  • protein
  • serat
  • kalsium
  • fosforus
  • riboflavin
  • niasin dan lain-lain lagi
Antara Jenis Bunga Raya Di Malaysia 

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis spesis pokok bunga raya. Bermacam warna! Cantik-cantik belaka. Makin menarik bila bunga raya dengan warna bercampur dari jenis kacukan. Sekarang sudah ada banyak hibrid bunga raya dengan pelbagai warna bunga raya untuk dijadikan pilihan untuk tanaman di rumah dan sebagainya. Antara yang popular dan biasa dijumpai di Malaysia ini adalah :

1. Mystic Pink 
2. Timeless 
3. Brilliant 
4. King Kakalua 
5. Apricot Brandy 
6. Pepper’s Surprise 
7. Feelin Blue 
8. Pastel Pie 
9. Berganda 
10. Heart and Soul 
11. Fire 
12. Kinchen’s Yellow 

Fire

heart and soul

mystic pink 

timeless

Itulah dia serba sedikit maklumat tentang bunga kebangsaan Malaysia. Bagi pendapat sis sendiri, bunga raya memang pilihan yang terbaik. 

Ia bukan saja salah satu bunga yang amat terkenal kerana warna, saiz, dan kecantikan malah bunga raya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

5 comments for "1001 Khasiat Pokok Bunga Raya Yang Masih Ramai Orang Tak Tahu "

  1. Oh banyak lagi manfaat kegunaan dia. Ingatkan daun untuk jerlum ja 😁

    ReplyDelete
  2. Baru tahu, sis. Bunga Raya ada macam2 jenis. yang kenal hat warna merah tue je. haha. nice sharing info, sis..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete