Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung & Orang Biasa

Senarai Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung & Orang Biasa | DELIMA. Cantik namanya, seindah juga buahnya. Tak dinafikan ramai yang kenal apa itu buah delima. Tetapi apakah pula khasiat dan kelebihan buah delima ini? 

Adakah ia bagus untuk ibu mengandung dan kanak-kanak? Rasanya masih ramai yang tidak tahu apakah sebenarnya khasiat buah delima ini untuk tubuh manusia kan? 

Khasiat buah delima untuk ibu mengandung dan orang biasa memang banyak, daku sendiri pun masih dalam proses ingin tahu. 

Disebabkan itu, daku telah Google cari info tentang buah delima dan alhamdulillah dapatlah beberapa info untuk pengetahuan kita bersama. 




Buah Delima Turut Disebut Sebagai Buah Ajaib!

Buah delima buah ajaib? Hmmm pelik kan? Dah kenapa disebut sebagai buah ajaib? Alasannya tak lain dan tak bukan disebabkan kandungan khasiatnya yang sangat banyak ke atas tubuh manusia. 

Ini berdasarkan kajian penyelidikan yang telah dilakukan ke atas buah delima. 

Kajian-kajian ini bukan saja berdasarkan penyelidikan pihak tempatan malah berdasarkan kajian di negara Barat juga. 

Masing-masing sama-sama tidak menafikan akan kebaikan buah delima yang sangat terkenal ini. Berdasarkan kajian itulah dapat disenaraikan akan khasiat-khasiat buah delima ini pada manusia. 

Nama buah delima in english adalah pomegranate dan nama saintifik untuk buah delima ini pula adalah Punica Granatum. Percaya ataupun tidak, buah delima ini sebenarnya sudah lama wujud! 

Kalau nak tahu, buah delima adalah salah satu daripada enam jenis buah yang disebut di dalam Al-Quran. Ya! Buah delima ini pernah disebutkan di dalam AlQuran. Maka tidak hairanlah kenapa buah ini sangat 'istimewa' sekali. 




Al-Quran menyebutnya dibeberapa tempat seperti berikut :

:: Surah Al-An'am - ayat 99

:: Surah Al-An'am - ayat 141

:: Surah Al-Rahman - ayat 66 ~ 68  ( ertinya : " didalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan sekelian yang mana lagi yang akan dapat kalian dustakan? Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurrma dan pokok delima " ) 

Bentuk Dan Asal Usul Buah Delima

Buah delima ini merupakan sejenis tanaman dalam kategori pokok buah-buahan yang berasal dari negara Timur Tengah. 

Pokok delima inijuga telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba dulu lagi.

Pokok delima ini juga turut ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. 

Pendekata pokok buah delima ini boleh hidup di mana saja mengikut jenis tanah yang sesuai.



Pokok buah delima ini tidaklah terlalu besar dengan ketinggian sekitar 5 hingga 8 meter dan mampu hidup dengan baik pada tanah subur dari kawasan tanah rendah sehinggalah ke kawasan tanah tinggi dengan ketinggian sehingga 1,000 meter dari paras laut. 

Buah Delima atau Punica granatum ini merupakan sejenis pokok renek dengan bentuk daun yang agak kecil. 

Daunnya seakan disusun seling berhadapan dan para-hadapan (opposite or sub-opposite), daunnya yang bersinar, bersaiz oblong sempit, kecil setiap helai, sisi daun pula jenis menyeluruh, sehelai daun panjangnya 3–7 cm dan lebarnya 2 cm. Manakala bunga pokok delima biasanya berwarna merah cerah (bright red), dengan diameter 3 cm, terdapat 4 hingga 5 kelopak bunga (dikotiledon).




Bentuk buah delima ini adalah bulat dan buahnya akan berwarna hijau di ketika muda dan mula berubah ke warna kemerah-merahan setelah masak. 

Isi buah delima yang ranum juga berwarna merah, sama seperti warna kulitnya. 



Isi buah delima mempunyai rasa yang agak manis dan di dalam setiap buah delima ini ada banyak biji bersaiz kecil dengan warna merah pekat. Bahagian dalam buah delima ini sangat unik dan kelihatan begitu menarik seakan-akan butiran batu permata.




Apakah Senarai Khasiat Untuk Buah Delima Ini?

Mahu tahu khasiat buah delima? Untuk pengetahuan, khasiat atau benefit buah delima ini memang banyak. 

Khasiat buah delima ini dalam Islam memang sudah tidak asing lagi dan buah delima ini juga dikatakan sangat berkhasiat untuk wanita, ibu hamil, untuk bayi, untuk kulit dan lain-lain lagi. 

Malah buah delima ini juga dikatakan bagus untuk ikhtiar hamil bagi pasangan yang belum mempunyai zuriat. Benar ataupun tidak wallahualam.  

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :

Khasiat Buah Delima Untuk Tubuh Manusia

1 - Kurangkan Paras Kolestrol

Delima dapat bantu hilangkan obesiti dan kurangkan asid lemak dalam darah dan mengikutkan sebahagian daripada kajian yang dijalankan, jus delima dikatakan mengandungi antioksida sebanyak dua hingga tiga kali ganda berbanding teh hijau. 

Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut.

2 - Kurangkan Obesiti

Delima dikatakan dapat membantu untuk menghilangkan obesiti lemak dan juga dapat membantu mengurangkan asid lemak dalam darah. Kajian juga turut menunjukkan yang kandungan antioksidan dalam buah delima ini adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah

3 - Rawat Kanser Prostat

Ujian terhadap 50 lelaki minum 205 gram jus delima setiap hari berjaya mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon.
4 - Kurangkan Tekanan Darah
Saintis mendapati, kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
5 - Mencegah dan Melambatkan Penyakit Alzheimer
Dalam sebuah kajian, tikus dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.
6 - Sumber Nutrisi
Saintis mendapati, sebiji buah delima memiliki sekitar 40 peratus Vitamin C harian untuk orang dewasa dan mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin termasuk Vitamin A dan E.
7 - Khasiat Buah Delima Untuk Kulit 
Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit. 
8 - Khasiat Buah Delima Untuk Bayi
Sepanjang tempoh kehamilan para ibu digalakkan untuk mengambil buah delima dalam rutin diet harian kerana khasiat buah delima yang memang tidak dapat disangkal. Buah delima bagus untuk ibu yang sedang hamil. Apakah khasiat buat delima untuk ibu mengandung itu? Jawapannya adalah : 
- ia dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. 
- Jusnya dapat melahirkan anak sihat dan cerdas.
- mengelakkan kekejangan dan lenguh badan
- Kandungan asid dalam buah ini folik mampu mengurangkan risiko perkembangan bayi secara tidak normal
- kandungan gula semulajadi yang lebih sihat bagi ibu mengandung.
- Kandungan vitamin C yang tinggi amat ideal bagi pengambilan ibu mengandung.

Video 10 Khasiat Buah Delima 


Ohya, dalam banyak-banyak jenis buah delima, delima merah dipercayai memiliki kandungan yang lebih kaya dengan antioksidan dan zat besi yang lebih sesuai dengan tubuh ibu hamil dan janin untuk melengkapi di saat kehamilan.

Cara Makan Buah Delima Mengikut Sunnah (Bagus Untuk Ibu Mengandung)


Buah delima merupakan salah satu buah yang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita. Banyak khasiat buah delima dan terdapat juga cara untuk memakannya mengikut sunnah. 

Sabda Nabi Muhammad SAW : “Barangsiapa memakan buah delima keseluruhannya sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari”
Saidina Ali berkata : “Makanlah bahagian buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut.”
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah SAW bersabda, “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Cara Buat Jus Delima Untuk Ibu Hamil 


Kandungan buah delima. Dalam setengah cangkir buah delima mengandung berbagai nutrisi penting untuk ibu hamil. Dan ini adalah cara bagaimana untuk membuat jus delima secara homemade di rumah.



Bahan – bahan membuat jus 

1 Biji buah delima 
200 ml air masak/mineral
1 sudu madu asli / gula

Cara Membuat Jus Delima 

Mula-mula, buah delima dicuci hingga menjadi bersih.

Belah buah delima kepada  dua bahagian dan rendam dalam mangkuk besar berisi air.

Masukkan delima ke dalam mangkuk tersebut dan buanglah bijinya. Bijinya akan terbenam ke bagian bawah mangkuk, sedangkan selaputnya yang berwarna kuning atau putih akan mengapung.

Siapkan  blender, lalu  masukkan isi buah delima ke dalam blender dan kisar beberapa kali hingga bijina hancur.

Tapis dan boleh tambahkan madu / gula serta air.

Masukkan semuanya ke dalam cawan. Siap untuk dinikmati.

Selain Buah Delima Merah Ada Juga Buah Delima Batu 


Selain daripada buah delima merah, ada satu lagi jenis buah yang turut disebut dengan nama buah delima. 

Buah yang dimaksudkan ini adalah buah delima batu. Buah delima batu ini ada banyak nama panggilannya yang lain seperti buah labu kayu, bael, buah Maja @ Applewood. 

Dikatakan juga yang buah delima batu ini turut mempunyai khasiat yang sangat banyak sama seperti buah delima merah itu sendiri. 

Nama saintifik untuk delima batu ini adalah Aegle marmelos dan pohon delima batu ini mempunyai duri. Mengikut pembacaan dari daun, kulit pokok, akar, buah dan biji buah delima batu ini telah sering digunakan sebagai ubat kampung secara tradisional. 

Adakah pokok buah delima batu ini sama dengan kategori buah delima merah atau kebetulan hanya serupa pada nama, itu tak pula sis tahu.



Inilah rupa buah delima batu atau buah labu kayu tersebut. Ia sememangnya sejenis buah yang agak unik dan agak berbeza dengan bentuk buah delima merah. Buah delima batu ini dikatakan mempunyai rasa manis dan sedikit pahit. 

Berat buah ini juga agak berat berbanding buah delima biasa dan dikatakan khasiat untuk buah delima batu ini dapat membantu mengubati penyakit kanser, fibroid, darah tinggi, cyst dan sebagainya. Ia juga boleh mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi. 

Pokok delima batu digolongkan sebagai salah satu pokok herba yg berduri dan cara makan buah delima batu ini adalah dengan diambil buahnya dan dibuat jus minuman kesihatan atau teh. 

Buah delima batu ini juga dikatakan agak sukar untuk diperolehi berbanding dengan buah delima merah biasa yang sering kita jumpa di pasaran. 

Banyak khasiat buah delima dan hari ini kita dapat ketahui sedikit sebanyak mengenainya. Alhamdulillah. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

14 comments for "Senarai Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung & Orang Biasa "

  1. geram nengok buah delima yang merah menyala tu, baru tahu pasal buah delima batu... mula-mula ingat buah limau tadi yang warna hijau tuh

    ReplyDelete
  2. Udah jarang liat buah delima sekarang. Waktu kecil d halaman rumah nenek ada sebatang pohon delima dan kami suka memetiknya

    ReplyDelete
  3. Orang tua-tua cakap kalau makan buah delima makan sebiji terus (takyah kongsi) sebab kita tak tahu di butir-butir tu mana satu yang mujarabnya hehehe... Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Cakap buah delima ni memang banyak khasiatnya...tapi paling tak boleh lupa, Sis tau Sis hamil, bila mimpi makan buah delima then dapat anak perempuan, kedua-dua anak mimpi yang sama, kalau anak lelaki je Sis mimpi mancing dapat ikan heheheh...

    Tapi memang bagus makan delima ni, Sis pun pantang nampak, lagi kalau yang beso..

    ReplyDelete
  5. Saya memang penggemar buah delima. No wonderlah buah delima ni agak mahal sikit. tapi berbaloi lah dengan kelebihan yang kita boleh dapat dari khasiat dia kan.

    ReplyDelete
  6. Allahu..lama dah tak pekena buah delima. Tengok gambar ni teringin pulak. Dulu kecik2 selalu makan sb ada sebatang ayah tanam depan rumah

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan buah delima. Dulu masa di kampung memang tanam pokok delima. Sekarang beli jus dalam botol punyalah mahal. Nak amalkan lah. Buah yang disarankan ni mesti banyk manfaatnya.

    ReplyDelete
  8. buah delima ni mmg banyak khasiatnya...dan mmg ada dalam quran kan..menyebut tentang kebaikan buah ni

    ReplyDelete
  9. Delima ni memang salh satu makanan sunah dan sangat banyk khasiat. Kte memang suka sgt makn delima ni

    ReplyDelete
  10. Buah delima nie mmg banyak.khasiatnya...k mid klu jumpa mmg beli terus..kalau tak dapat buah dapat jus pun cukup..tq sharing

    ReplyDelete
  11. Kena kerap la beli delima ni bila dah tau banyak khasiatnya buah sunnah ni.. Selama ni beli bila teringin je.. Hehehee.. Tq kongsi ya..

    ReplyDelete
  12. haa memang bagus. selain buah sunnah, banyak khasiatnya rupanya. saya ingat time pregnant saya mesti ambik at least 1 biji. petua mak

    ReplyDelete
  13. Memang patut jadi amalan buah delima ni. Dulu masa pregnant rajin makn

    ReplyDelete