Senarai Khasiat Buah Delima Untuk Tubuh Manusia | DELIMA. Cantik namanya, seindah juga buahnya. Tak dinafikan ramai yang kenal apa itu buah delima. Tetapi apakah pula khasiat buah delima ini? Rasanya masih ramai yang tidak tahu apakah sebenarnya khasiat buah delima ini untuk tubuh manusia kan? Sis sendiri pun masih dalam proses ingin tahu. Disebabkan itu, sis telah Google cari info tentang buah delima dan alhamdulillah dapatlah beberapa info untuk pengetahuan kita bersama. 




Buah Delima Turut Disebut Sebagai Buah Ajaib!

Buah delima buah ajaib? Hmmm pelik kan? Dah kenapa disebut sebagai buah ajaib? Alasannya tak lain dan tak bukan disebabkan kandungan khasiatnya yang sangat banyak ke atas tubuh manusia. Ini berdasarkan kajian penyelidakan yang telah dilakukan ke atas buah delima. 

Kajian-kajian ini bukan saja berdasarkan penyelidikan pihak tempatan malah berdasarkan kajian di negara Barat juga. Masing-masing sama-sama tidak menafikan akan kebaikan buah delima yang sangat terkenal ini. Berdasarkan kajian itulah dapat disenaraikan akan khasiat-khasiat buah delima ini pada manusia. 

Nama buah delima in english adalah pomegranate dan nama saintifik untuk buah delima ini pula adalah Punica Granatum. Percaya ataupun tidak, buah delima ini sebenarnya sudah lama wujud! Kalau nak tahu, buah delima adalah salah satu daripada enam jenis buah yang disebut di dalam Al-Quran. Ya! Buah delima ini pernah disebutkan di dalam AlQuran. Maka tidak hairanlah kenapa buah ini sangat 'istimewa' sekali. 




Al-Quran menyebutnya dibeberapa tempat seperti berikut :

:: Surah Al-An'am - ayat 99

:: Surah Al-An'am - ayat 141

:: Surah Al-Rahman - ayat 66 ~ 68  ( ertinya : " didalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan sekelian yang mana lagi yang akan dapat kalian dustakan? Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurrma dan pokok delima " ) 

Bentuk Dan Asal Usul Buah Delima

Buah delima ini merupakan sejenis tanaman dalam kategori pokok buah-buahan yang berasal dari negara Timur Tengah. Pokok delima inijuga telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba dulu lagi.

Pokok delima ini juga turut ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. Pendekata pokok buah delima ini boleh hidup di mana saja mengikut jenis tanah yang sesuai.



Pokok buah delima ini tidaklah terlalu besar dengan ketinggian sekitar 5 hingga 8 meter dan mampu hidup dengan baik pada tanah subur dari kawasan tanah rendah sehinggalah ke kawasan tanah tinggi dengan ketinggian sehingga 1,000 meter dari paras laut. 

Buah Delima atau Punica granatum ini merupakan sejenis pokok renek dengan bentuk daun yang agak kecil. Daunnya seakan disusun seling berhadapan dan para-hadapan (opposite or sub-opposite), daunnya yang bersinar, bersaiz oblong sempit, kecil setiap helai, sisi daun pula jenis menyeluruh, sehelai daun panjangnya 3–7 cm dan lebarnya 2 cm. Manakala bunga pokok delima biasanya berwarna merah cerah (bright red), dengan diameter 3 cm, terdapat 4 hingga 5 kelopak bunga (dikotiledon).




Bentuk buah delima ini adalah bulat dan buahnya akan berwarna hijau di ketika muda dan mula berubah ke warna kemerah-merahan setelah masak. Isi buah delima yang ranum juga berwarna merah, sama seperti warna kulitnya. 



Isi buah delima mempunyai rasa yang agak manis dan di dalam setiap buah delima ini ada banyak biji bersaiz kecil dengan warna merah pekat. Bahagian dalam buah delima ini sangat unik dan kelihatan begitu menarik seakan-akan butiran batu permata.




Apakah Senarai Khasiat Untuk Buah Delima Ini?

Mahu tahu khasiat buah delima? Untuk pengetahuan, khasiat atau benefit buah delima ini memang banyak. Khasiat buah delima ini dalam Islam memang sudah tidak asing lagi dan buah delima ini juga dikatakan sangat berkhasiat untuk wanita, ibu hamil, untuk bayi, untuk kulit dan lain-lain lagi. Malah buah delima ini juga dikatakan bagus untuk ikhtiar hamil bagi pasangan yang belum mempunyai zuriat. Benar ataupun tidak wallahualam. 


Khasiat Buah Delima Untuk Tubuh Manusia

1 - Kurangkan Paras Kolestrol

Delima dapat bantu hilangkan obesiti dan kurangkan asid lemak dalam darah dan mengikutkan sebahagian daripada kajian yang dijalankan, jus delima dikatakan mengandungi antioksida sebanyak dua hingga tiga kali ganda berbanding teh hijau. 

Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut.

2 - Kurangkan Obesiti

Delima dikatakan dapat membantu untuk menghilangkan obesiti lemak dan juga dapat membantu mengurangkan asid lemak dalam darah. Kajian juga turut menunjukkan yang kandungan antioksidan dalam buah delima ini adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah

3 - Rawat Kanser Prostat

Ujian terhadap 50 lelaki minum 205 gram jus delima setiap hari berjaya mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon.
4 - Kurangkan Tekanan Darah
Saintis mendapati, kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
5 - Mencegah dan Melambatkan Penyakit Alzheimer
Dalam sebuah kajian, tikus dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.
6 - Sumber Nutrisi
Saintis mendapati, sebiji buah delima memiliki sekitar 40 peratus Vitamin C harian untuk orang dewasa dan mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin termasuk Vitamin A dan E.
7 - Khasiat Buah Delima Untuk Kulit 
Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit. 

Cara Makan Buah Delima Mengikut Sunnah



Sabda Nabi Muhammad SAW : “Barangsiapa memakan buah delima keseluruhannya sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari”
Saidina Ali berkata : “Makanlah bahagian buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut.”
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah SAW bersabda, “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Cara Buat Jus Delima




Bahan – bahan membuat jus 

1 Biji buah delima 
200 ml air masak/mineral
1 sudu madu asli / gula

Cara Membuat Jus Delima 

Mula-mula, buah delima dicuci hingga menjadi bersih.

Belah buah delima kepada  dua bahagian dan rendam dalam mangkuk besar berisi air.

Masukkan delima ke dalam mangkuk tersebut dan buanglah bijinya. Bijinya akan terbenam ke bagian bawah mangkuk, sedangkan selaputnya yang berwarna kuning atau putih akan mengapung.

Siapkan  blender, lalu  masukkan isi buah delima ke dalam blender dan kisar beberapa kali hingga bijina hancur.

Tapis dan boleh tambahkan madu / gula serta air.

Masukkan semuanya ke dalam cawan. Siap untuk dinikmati.

Selain Buah Delima Merah Ada Juga Buah Delima Batu 

Selain daripada buah delima merah, ada satu lagi jenis buah yang turut disebut dengan nama buah delima. Buah yang dimaksudkan ini adalah buah delima batu. Buah delima batu ini ada banyak nama panggilannya yang lain seperti buah labu kayu, bael, buah Maja @ Applewood. Dikatakan juga yang buah delima batu ini turut mempunyai khasiat yang sangat banyak sama seperti buah delima merah itu sendiri. 

Nama saintifik untuk delima batu ini adalah Aegle marmelos dan pohon delima batu ini mempunyai duri. Mengikut pembacaan dari daun, kulit pokok, akar, buah dan biji buah delima batu ini telah sering digunakan sebagai ubat kampung secara tradisional. Adakah pokok buah delima batu ini sama dengan kategori buah delima merah atau kebetulan hanya serupa pada nama, itu tak pula sis tahu.



Inilah rupa buah delima batu atau buah labu kayu tersebut. Ia sememangnya sejenis buah yang agak unik dan agak berbeza dengan bentuk buah delima merah. Buah delima batu ini dikatakan mempunyai rasa manis dan sedikit pahit. Berat buah ini juga agak berat berbanding buah delima biasa dan dikatakan khasiat untuk buah delima batu ini dapat membantu mengubati penyakit kanser, fibroid, darah tinggi, cyst dan sebagainya. Ia juga boleh mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi. 

Pokok delima batu digolongkan sebagai salah satu pokok herba yg berduri dan cara makan buah delima batu ini adalah dengan diambil buahnya dan dibuat jus minuman kesihatan atau teh. Buah delima batu ini juga dikatakan agak sukar untuk diperolehi berbanding dengan buah delima merah biasa yang sering kita jumpa di pasaran. 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.