Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Popia Basah Guna Kulit Popia Segera, Mudahnya!

Resepi Popia Basah Guna Kulit Popia Segera, Mudahnya! | Bila sebut je popia ataupun popiah, terus terbayang betapa rangupnya kulit popia di tambah dengan inti yang mabeles. Bila makan terus ada bunyi krup krap krup krap ketika di kunyah. Makin syiok bila dapat layan dengan sos yang pedas pedas manis. Memang terangkat habislah! Tapi selain popiah yang digoreng ada satu lagi popia iaitu popia basah.

Dah lama jugaklah teringin nak makan popia basah ni tapi disebabkan tak tahu bagaimana nak buat, jadinya hanya boleh beli kat pasar malam je la bila datang rasa teringin nak makan. Tapi, rupa-rupanya ada je resepi bagaimana nak buat popia basah ni.



Antara tips resepi popia basah yang digunakan adalah dengan menggunakan kulit popia yang siap terjual di pasaran atau dalam erti kata lain, guna kulit popia segera yang ada dijual kat pasaraya tu je. Kulit popia segera ni ada yang kukus dulu baru letak inti.

Bagi yang sedang tercari-cari resepi popia basah guna kulit popia segera ni, kat sini akan dikongsikan resepi popia basah guna kulit popia segera yang boleh kita cuba bersama-sama. Lepas ni bila terasa nak makan popia basah, haaa tak payah dah nak susah payah buat kulit popia basah cara payah! Kita buat je guna kulit popia basah macam resepi di bawah.


Resepi Dan Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah Yang Sedap


Bahan: 
Kulit Popiah segera

Bahan Inti (Basah)
1 biji Sengkuang diparut ( sederhana kecil)#

1 biji Lobak merah diparut #
7 utas kacang panjang di potong#
200gm taugeh#
100gm udang kering#
2 sudu gula pasir
Sedikit garam
Sedikit air

Cara:
Masak bahan inti basah sehingga mendidih dan ketepikan.
Bahan Inti (Kering) sebagai hiasan atas:
4 biji tauhu digoreng dan dihiris halus.
Segenggam bawang goreng
200 gm Kacang tanah goreng ditumbuk
3 biji telur digoreng hancur ( masukkan sedikit garam sewaktu dipecahkan)

Bahan Sos:
1⁄2 cawan cili kering yang dikisar
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih ditumbuk
Air asam jawa (sebesar ibu jari kaki )
1 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
1 biji kentang (di rebus)
3 sudu makan kismis

Cara:
Semua bahan sos dikisar. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar bersama secawan air dan masak hingga pekat.

Cara penyediaan popiah:
Ambil sekeping kulit popiah. Kulit popia segera ni boleh dibuat guna 2 cara. Yang pertama dengan cara kukus dan yang ke dua dengan cara mencelupnya sekejap ke dalam air suam, kemudian cepat-cepat angkat dan letakkan atas dulang/pinggan. 
Ratakan kemudian terus letak sos di atasnya diikuti dengan inti sayur.

Sapukan sos lagi sedikit di atas popiah yang telah digulung kemudian letakkan inti kering di atasnya. Dahpun siap popia basah ni untuk dihidangkan.
Dan bagi yang berminat untuk cuba-cuba buat kulit popia basah sendiri, ini adalah resepi dan caranya dari awal hingga siap.

RESEPI POPIA BASAH BUAT SENDIRI 


Bahan-Bahan Kulit Popia:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu mkn cuka
Secubit garam



Cara membuat kulit popia basah sendiri :


1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Bole guna tangan @ sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah sedikit air

2. Tutup dan perap selama 30 minit. 

3. Selepas 1/2 jam, panaskan kuali leper @ non stick ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis2. 

4. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis. Kulit popia ni boleh letak bertindan sebab ia tak melekat.

Itulah dia cara untuk buat resepi popia basah guna kulit popia segera atau guna kulit popia buat sendiri. Untuk inti tu sebenarnya boleh je kalau nak tukar dengan bahan lain. Tak kisahlah nak letak sayur apa mengikut favourite masing-masing asalkan sesuai untuk resepi popia basah ni. 



Bila lihat gambar popia basah yang siap ni, adududu telan air liur dibuatnya. Sedap kot! Yang pasti, menu popia segera dengan kombinasi bahan seperti sayur-sayuran, telur, tauhu dan ditambah dengan keenakan sos begini memang sangat best. Sebab tu tiap kali bulan puasa, menu popia basah ni antara menu yang sentiara laris dijual di bazar Ramadan walaupun perlu beratur panjang.


Selamat mencuba!


Credits : Mstar dan FB Permata Jelita 

10 comments for "Resepi Popia Basah Guna Kulit Popia Segera, Mudahnya!"

  1. Tak pernah lagi cuba buat popia basah. Nampak macam sedap.

    ReplyDelete
  2. kulit popia dah ada kat dalam peti ais ni, memang plan nak buat popia goreng, tq sharing resepi ni awa

    ReplyDelete
  3. Tak pernah buat popia, rasa susah dan renyah sangat caranya. kalau teringin nak makan, beli jer. Teringin mencuba tapi masih tak berani takut terbuang di bakul sampah kan... hahaha!

    ReplyDelete
  4. nampak menyelerakan. nak try buat. terima kasih sharing.

    ReplyDelete
  5. Yang ni farveret cikza, tapi kalau suruh buat kulit, memang tarik diri.

    ReplyDelete
  6. Pernah buat sekali masa kelas diploma dulu..haha.. memang puas hati kalau buat sendiri popiah basah ni. Selalu nak mkn yg sedap kena tunggu balik Taiping je la..haha

    ReplyDelete
  7. favorite sangat popia basah ni tambah kalau ada kuning telur dekat dalam tu. Sedapnyaaa!

    ReplyDelete