Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal, Hasil $USD20 Sehari Alhamdulillah

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal, Hasil $USD20 Sehari Alhamdulillah | Waktu sekarang ini masing-masing menghadapi saat susah. Inilah yang dikatakan ujian bersama di mana kita semua perlu lalui ujian ini bersama-sama. Daku akui, ini semua bukan mudah! 

Diri ini sendiri, dengan anak seramai 6 orang dengan suasana berkurung yang perlu kita lalui, suami sendiri boleh terasa pening kepala. Tapi mujurlah dari dulu memang sudah kerja buat duit dari rumah secara online. Selamatlah sikit masalah yang ada dalam menyediakan wang belanja untuk anak-anak yang ramai ini. 

Kerja apakah yang dimaksudkan? Tak lain dan tak bukan, sudah duit dari rumah dengan menggunakan BLOG! Blog yang sedang rakan-rakan baca saat ini merupakan cara untuk daku buat duit online dari rumah tanpa modal. Sebelum ini, alhamdulillah berjaya buat duit dengan website blog bersama hasil 10USD sehari, dan kini meningkat sehingga 20USD sehari. 

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal


Ada Bermacam Pilihan Kerja Untuk Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal 

Jika mencari info mengenai cara buat duit dari rumah tanpa modal ini, memang ada banyak contoh pilihan kerja untuk jana pendapatan secara online. 

Antaranya :
  • berniaga tanpa modal (dropship)
  • berniaga produk sendiri di Shopee
  • menjadi seorang Youtubers
  • menjadi seorang copywriter dan dapat duit guna PayPal
  • buat kelas tuisyen 
  • jadi baby sitter
  • mengajar dari rumah ke rumah
  • menjadi seorang blogger 
  • join affliate
  • tulis e-book dan banyak lagi.


Dalam banyak-banyak pilihan jenis kerja untuk jana pendapatan dari rumah itulah, aku membuat keputusan untuk menjadi seorang blogger. Aku juga ada buat duit dengan Paypal. Cara buat duit dengan Paypal dengan menjawab survey yang akan di bayar dalam USD.

Tapi nak jadi seorang blogger ini bukannya mudah! Kena ada minat menulis. Kena ada kesabaran. Kena ada ilmu yang perlu sentiasa di gali. Kena terus usaha cari info mengenai blog itu sendiri tentang bagaimana ia berfungsi untuk boleh buat duit dari rumah hingga mendapat hasil sebagaimana yang diimpikan. 

Nak tak nak, kena bersedia dari segi mental dan perlu juga korbankan banyak masa antara tanggungjawab lain di rumah dan juga untuk buat blog sebagai incom duit tepi untuk bantu suami. Jika berjaya, alhamdulillah memang boleh buat duit dalam diam sambil duduk-duduk di rumah jaga anak seperti biasa. 

"Saya buat duit dari rumah tanpa modal, hasil $USD20 sehari"

Memang betul! Total hasil pendapatan daku berkerja buat duit dari rumah dalam waktu sekarang ini, adalah dalam purata $USD400 sebulan yang bila ditukar ke ringgit Malaysia adalah dalam RM1,600 sebulan. Dan pendapatan yang berjaya daku perolehi ini sama sekali tanpa mengeluarkan apa-apa modal pada awalnya. 

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal

Alhamdulillah, buat duit dari rumah tanpa modal ini daku dah buat selama 3 tahun (bermula pada bulan Januari tahun 2017) dan hingga ke saat ini, modal memang tak ada melainkan hanya perlu bayar bil internet setiap bulan. Namapun kerja online kan, semestinya kena ada internet. 

Bukti Hasil Buat Duit Dari Rumah Tiap Hari Dengan Blog

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal
- dapat duit Adsense untuk Oktober 2020 -

Cara Buat Duit Dari Rumah Guna Blog Hampir Sama Dengan Youtube

Tak dinafikan, ramai yang lebih kerap dengar tentang buat duit dari rumah tanpa modal melalui Youtube. Tapi tahukah kalian yang blog ini serupa dengan Youtube. Apa yang membezakan hanyalah pada cara penyampaiannya saja di mana Blog menggunakan kaedah penulisan dan Youtube itu pula kaedah video tayangan. 

Dan kedua-duanya dimiliki oleh Google. Kerana itu, jika Youtube boleh beri pendapatan dari rumah tanpa modal melalui iklan, begitu juga dengan blog. Selain itu, ia juga bergantung kepada jumlah pembaca (untuk blog) atau jumlah penonton (untuk Youtube). 

Kerana itu, masa mula-mula berjinak dengan blog, memang dah target nak jadikan blog ini sebagai cara buat duit dengan handphone atau laptop, tanpa menggunakan modal. Almaklumlah, anak ramai ni bukannya senang nak keluar modal banyak-banyak untuk berniaga dan sebagainya. 

Boleh Buat Duit Tiap Hari Dengan Blog Secara Fulltime Atau Part Time

Blog ni jika nak buat buat duit secara part time pun boleh. Sebabnya blog bukan perlu dihadap 24jam. Buktinya, dikalangan rakan blogger di Malaysia yang ku kenali, ramai punya kerja tetap seperti guru, kerani, setiausaha, owner bisnes, pelajar sekolah, student IPTA dan sebagainya. Yang kerja sebagai doktor juga ada. 

Tapi di waktu sekarang ini, semasa dalam tempoh PKP begini, majoriti daripada kita yang bekerja dari rumah kan? Jadi, dengan keadaan tempat kerja ditutup, bolehlah luang lebih masa untuk buat duit dengan blog secara fulltime berbanding part time seperti sebelum ini. 

Nak Buat Duit Dengan Blog, Kena Juga Ada Ilmu! 

Buat Duit Tanpa Modal Hanya Klik Ads? Ehh, tak semudah tu! Nak jadi seorang blogger mesti kena ada ilmu juga. Jika tak ada ilmu bagaimana blog boleh berkembang hingga mampu untuk dijadikan sebagai punca pendapatan buat duit dari rumah. 

Buat blog sesiapa saja boleh. Tapi cara untuk jana pendapatan setiap hari dengan blog itu, perlu kita usaha pelajari cara-caranya. 

Yang bestnya, ilmu mengenai blog ini luas dan semakin kita belajar, semakin banyak ilmu baru yang kita boleh dapat. Lagi-lagi jika buat secara bersama dengan rakan-rakan blogger yang lain. 

Macam daku sendiri, sekarang ini bersama dengan team #Biters dan disanalah daku belajar selok belok tentang blog hingga boleh buat duit dari rumah dengan hasil USD20  ke USD30 sehari seperti ini. 

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal


Hari Demi Hari Makin Ramai Boleh Buat Duit Dari Rumah Dengan Blog 

Tidak hanya daku seorang saja yang berjaya buat duit dari rumah tanpa modal dengan blog ini. Antara rakan blogger lain yang berjaya membina punca pendapatan dengan hasil yang lumayan dalam USD tiap hari adalah seperti blogger Wani Sukarno, blogger Sii Nurul dan ramai lagi. Kebanyakannya adalah dari kalangan rakan team #BITERS


Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal

Bagi yang sedang tercari-cari cara untuk buat duit online percuma tanpa modal, buat duit dengan handphone tanpa modal, cara nak dapat duit dalam sehari, duit percuma masuk akaun dan lain-lain yang sewaktu dengannya, apa kata kalau cuba buat blog untuk usaha buat duit dari rumah tanpa modal ini. 

Jika tak ada PC, boleh guna laptop. Jika tak ada laptop, boleh guna smartphone. Jika tak ada smartphone, boleh guna handphone biasa. Janji ada akses internet.
 
Tahun 2020 yang datang dengan ujian virus ini, apakata kita mulakan sebagai langkah pertama untuk buat duit percuma tanpa modal secara online hanya dengan menggunakan bakat dalam bidang penulisan. 

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal

Jangan Jadikan Anak Ramai Sebagai Alasan, Jangan Juga Berputus Asa! Mulakan Langkah Untuk Cuba Mendapatkan Rezeki Demi Keluarga Tercinta 

Semoga perkongsian mengenai buat duit tanpa modal melalui internet dengan menggunakan blog ini sedikit sebanyak boleh membantu rakan-rakan yang sedang mencari jalan untuk tambah pendapatan di luar sana. 
 
Jika rasa diri ada bakat menulis, jomlah buat duit dengan Adsense menggunakan blog ini. Kalau diri lebih suka buat video, boleh cuba buat channel Youtube sendiri untuk hasil yang sama. Ini semua boleh dijadikan cara buat duit dari rumah 2021 2022 dan untuk tahun-tahun seterusnya yang mendatang.

Akhir kata, jangan mengeluh dengan ujian Allah. Berat ujian kita, berat lagi ujian orang lain. Teruskan berdoa tanpa henti dan yakinlah yang rezeki Allah itu ada di mana-mana. 

Sebagai hambaNya, kita kena terus berdoa, berusaha dan cuba buat apa yang tak pernah kita buat (yang penting halal) sebagai salah satu usaha untuk buat duit demi meneruskan kehidupan.

15 comments for "Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal, Hasil $USD20 Sehari Alhamdulillah "

  1. Makin hebat..siapa kata duduk rumah x boleh buat duit kan? kipidap si hawa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah congrats. Semoga sentiasa di murahkan rezeki . Mira pon sekarang tengah cuba cari duit tepi sbg shopee online seller. Doakan moga Mira di murahkan rezeki jugak :)

    ReplyDelete
  3. Lumayan! Rezeki tak salah alamat.

    ReplyDelete
  4. Menjana pendapatan untuk diri sendiri dan sekaligus membantu sahabat blogger lain itu terbaik. Syabas SisHawa. Siapa tahu satu masa PC pun sertai komuniti bloger Biters. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang ni mcm2 boleh buat kat rumah. saya buat bisnes dari rumah. guna blog jual shaklee. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kpd awa. Abe kie pun tgh belajar ni.

    ReplyDelete
  7. Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Tahniah sehari dapat usd20. Saya pun nak juga macam tu.

    ReplyDelete
  8. Benar..buat duit dari online membantu sangat2 dalam situasi pandemik hari ini. Tahniah!

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah very good information. Good job sis! I baru start Blogging tahun lepas, dah banyak kali apply adsense baru minggu lepas di approve Alhamdulillah. Tapi tengah ada masalah nak naikkan viewing. Doakan I dpt juga $20 sehari.

    ReplyDelete
  10. Terbaik kak....boleh jadikan inspirasi ni

    ReplyDelete
  11. Semoga saya sentiasa gigih dalam membuat blog 🥰

    ReplyDelete