Boleh Ke Buat Buku Merah Di Klinik Swasta Untuk Check Kehamilan?
Boleh Ke Buat Buku Merah Di Klinik Swasta Untuk Check Kehamilan? | Boleh ke buat buku merah (buku pink) di klinik swasta? Jawapannya boleh. Malah check up anak di klinik swasta juga boleh.
Tak dinafikan ada yang buat buku merah untuk check up kehamilan ini di klinik swasta kerana kesibukan kerja, nak lebih selesa dan antara sebab lain kerana lambat buat buku merah, jadi takut kena bising dengan nurse kerajaan, terus pilih untuk buat buku merah di klinik swasta.
Tak kisahlah apa jua alasannya, yang penting baik bersalin di klinik swasta atau bersalin di hospital kerajaan, tanpa buku merah memang akan masalah. Malah buku merah ini turut di minta oleh pihak pendaftaran ketika proses untuk sahkan kelahiran dan buat surat beranak untuk baby nanti.
Klinik check up ibu mengandung swasta ini memang banyak sebenarnya, cuma mungkin ada yang tidak tahu kerana sudah terbiasa dengar yang urusan buku merah untuk check up mengandung ini selalunya di Klinik Ibu dan Anak yang disediakan oleh hospital kerajaan.
Mana Baik, Buat Buku Merah Pemeriksaan Ibu Mengandung Di Klinik Swasta Atau Kerajaan?
Hingga ke saat ini, masih ramai bakal ibu di luar sana masih teragak-agak antara nak buat pemeriksaan ibu hamil di klinik swasta ataupun di klinik ibu dan anak milik hospital kerajaan. Mana satu nak pilih? Masih ada yang buntu.
#1 - Untuk Sahkan Kehamilan, Boleh Terus Ke Klinik Swasta
Jika kandungan masih pada tahap yang terlalu awal, sebaiknya tunggu dulu hingga kandungan memasuki bulan bulan ke tiga, anggaran usia kandungan 12 minggu selewat-lewatnya kerana pada waktu ini, ianya satu tempoh yang sedang elok untuk mula buat buku merah.
#2 - Ambil Kira Keadaan Dan Masa Bagi Ibu Yang Berkerjaya
Adakah dia berkerja swasta ataupun kerajaan dan adakah kerjanya itu mudah untuk minta cuti ataupun tidak.
Hal ini juga boleh dipertimbangkan untuk bakal ibu yang tidak berkerja tetapi dalam masa yang sama perlu buat check up dengan bantuan pasangan untuk urusan hantar dan jemput dari klinik untuk urusan pemeriksaan ini. Almaklumlah, urusan check hamil ini akan berlanjutan hingga tempoh hampir bersalin tau.
#3 - Untuk Check Di Klinik Swasta Perlu Ada Kewangan Cukup
Buku pink ibu mengandung untuk check di klinik swasta dan kerajaan sama saja tetapi yang membezakan adalah pada harga yang perlu di bayar. Untuk klinik swasta, setiap kali buat checking di klinik swasta selalunya jumlah yang perlu di bayar adalah sekitar RM100+ untuk setiap kali pemeriksaan.
Mungkin akan ada yang cakap, tak mahal mana sebabnya pemeriksaan tersebut hanya sebulan sekali. Ya! Benar! Tapi itu hanya pada ketika usia kandungan masih di peringkat awal. Setelah kandungan semakin membesar, tempoh buat pemeriksaan adalah semakin kerap bermula dari sebulan sekali, sebulan dua kali dan akhirnya seminggu sekali, sama seperti yang dilakukan di klinik kesihataan kerajaan.
Dan... sekiranya kandungan atau tahap kesihatan ibu ada masalah lain, maka caj pemeriksaan besar kemungkinan akan menjadi lebih tinggi.
Dah Lambat Buat Buku Merah?
Berapa Kerap Perlu Buat Temu Janji Pranatal?



Apa Yang Akan Berlaku Semasa Pemeriksaan Pranatal?






Pengalaman Sendiri Buka Buku Pink Setiap Kali Hamil
Untuk diriku sendiri, setiap kali merasakan diri ini hamil, perkara pertama yang daku lakukan adalah dengan buat urine test dan check bp serta scan untuk sahkan kehamilan dari doktor di klinik swasta. Ini untuk memastikan dengan betul berapakah usia kandungan.Jika kandungan belum memasuki minggu ke 12, daku akan tunggu sekejap sambil jaga makan dengan baik di rumah. Setelah usia kandungan memasuki minggu ke 12, daku akan pergi ke klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan tempat kediaman untuk urusan buka buku pink.
Untuk urusan buka buku merah di klinik kerajaan ini, nurse akan melakukan pemeriksaan sama seperti check up di klinik swasta tadi.
Setelah siap semuanya bermulalah pemeriksaan kandungan bermula dari tarikh awal buat buku merah hingga ke saat-saat hampir melahirkan.
Dokumen Yang Perlu Di Bawa Untuk Buka Buku Merah
- Salinan fotostat si bapa (suami)
- Salinan fotostat si ibu (isteri)
- Salinan fotostat surat nikah / kad kahwin (ibu tunggal tidak perlu)
- Surat nikah / kad kahwin yang asal (ibu tunggal tidak perlu)
- Buku merah check kehamilan anak terdahulu sebagai rujukan kesihatan (jika ada)
- keputusan air kencing dan scan dari klinik swasta (jika ada)
- Alamat lengkap tempat kediaman, jika kurang pasti boleh bawa bil elektrik
Negeri Johor Perkenalkan Pendaftaran Kehamilan (Buku Pink) Secara Online
1. Scan QR
2. Pilih tarikh appointment bila nak datang
3. Isi maklumat buku pink
4. Print screen temu janji
5. Datang pada tarikh tersebut
6. Buku pink dah siap!
Boleh jumpa misi atau doktor. Lepas selesai jumpa dah boleh balik. Kalaulah semua negeri buat cara begini alangkah bagusnya. Tentu bakal ibu rasa lebih selamat dan senang tanpa perlu tunggu lama.
Kelebihan Buat Buku Merah Di Klinik Kerajaan Berbanding Klinik Swasta
Manakala jika buat pemeriksaan kehamilan di klinik swasta, doktor di klinik swasta akan membuat surat untuk refer ke hospital kerajaan. Di sini, secara tak langsung sudah perlu membayar kos pemeriksaan di klinik swasta dan dalam masa yang sama perlu pula ke klinik kerajaan untuk rawatan selanjutnya.
Kerana itu, daku terus proses untuk buat check up di klinik kerajaan berbanding di klinik swasta. Dari urusan buat buku merah hinggalah kepada urusan check kehamilan dan bersalin, semuanya di hospital kerajaan saja.
Jadi, jika ditanya mana yang lebih baik? Buat buku merah di klinik swasta ataupun buat buku merah di klinik kerajaan? Jawapanku, dua-duanya baik dan dua-duanya okay. Tak kisah nak buat check up di klinik swasta ataupun kerajaan yang penting ada buat buku merah tersebut!
Jika mampu, buat saja check up di klinik swasta dalam suasana yang lebih selesa dan jika dirasakan kurang berkemampuan dan sayang nak bayar kos check up yang agak mahal untuk setiap kali pemeriksaan, boleh terus buku merah di klinik hospital kerajaan.
Buku Merah Sangat Penting! Bukalah Walau Di Klinik Swasta Atau Kerajaan
Jangan sampai tak nak buat buku merah dan hanya sekadar check up dengan alasan untuk melahirkan di hospital swasta sudahlah.
Buat Buku Merah Untuk Anak Tak Sah Taraf
Bersikap terus terang saja demi keselamatan ibu dan anak kerana kakitangan di klinik kerajaan ini dengan sendirinya akan faham keadaan situasi apa yang sedang berlaku dan akan merahsiakan segalanya berkaitan si pesakit.
Kesimpulannya, buku pink dan ibu mengandung berpisah tiada. Nak tak nak memang kena buat buku pink ini baik di klinik kesihatan kerajaan mahupun di klinik kesihatan swasta.
Semoga perkongsian mengenai buat buku merah untuk check up kehamilan di klinik swasta dan kerajaan ini dapat memberi info pada mana-mana bakal ibu yang sedang tertanya-tanya tentang buku merah ini.


Perkongsian berkenaan buku merah yang baik! Tak semua bakal ibu tahu tentang ni. Tenkiu ❄️
ReplyDeletesama2
Deleteterima kasih share.. mana tahu berguna nanti nanti :)
ReplyDeletesama2 :)
DeleteNak tanya, contoh kita buat buku pink di swasta tapi nk check up tu bsilih ganti contoh jika free buat kt KK, jika busy nk buat kt swasta. Makna nya nk pg je mana2 antara 2 tu ikut masa yg saya ada. Boleh ke mcm tu?
ReplyDeletetak pasti pula untuk ni, sebab kalau dh libatkan KK ni rasa susah sikit sbb memang dah di kasi tarikh untuk next checkup. Lagi susah kalau melibatkan temujanji dgn doktor
Delete