Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS

Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS Malaysia | Pernah beli tiket bas online? Jika tidak pernah, di sini aku kongsikan pengalaman dan panduan cara beli tiket bas online di Malaysia. Sekarang ni dah ada banyak cara beli tiket bas secara online. Memang mudah dan tak perlu beratur panjang! 

Aku sendiri salah seorang yang suka beli tiket bas online. Aku bukannya beli untuk kegunaan diri sendiri tapi untuk anak sulung. 

cara-beli-tiket-bas-online-redbus
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS 

Sering Tempah Dan Beli Tiket Bas Online Untuk Anak 

Sejak anak sulung diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Kuala Lumpur, aku sering menggunakan portal beli tiket bas atas talian sebagai kaedah untuk memudahkan urusan anak sulung tiap kali mahu pulang ke Pantai Timur

Bila anak beritahu nak balik ke kampung, aku yang akan uruskan tiket bas. Sama ada dari Kuala Lumpur mahu pulang ke Kelantan ni, ataupun dari Kelantan mahu pulang ke Kuala Lumpur semula, aku akan pastikan ada tiket bas yang akan digunakan oleh anak.

Bunyinya agak pelik sikit kan? Anak di KL nak pulang ke kampung tapi tiket bas untuk pulang ke kampung tu, emak di kampung yang belikan untuk si anak. Bukannya anak yang beli sendiri dari terminal bas di KL. Aku yang susun ayat ni pun rasa macam terbelit perkataan, tapi itulah hakikatnya.

Untuk lebih mudah faham, 

1. Anak nak pulang ke Kelantan dari KL - aku belikan tiket 

2. Anak nak pergi semula ke KL dari Kelantan  - aku juga yang belikan tiket


Bagaimana cara nak beli tiket bas online ini?

Berapakah harga tiket yang perlu dibayar?

Bagaimana jika tiba-tiba cancel dan tak jadi travel, adakah wang akan burn?


Kelebihan Beli Tiket Bas Online di Malaysia 

1. Tak perlu beratur panjang 

2. Ada pelbagai pilihan terbaik untuk bermacam jenis syarikat bas ekspress 

3. Bandingkan harga pelbagai jenama bas. Pelanggan boleh lihat harga tiket untuk pelbagai syarikat bas bagi mendapatkan harga tiket bas yang paling murah.

4. Boleh pilih tempat duduk bas sendiri mengikut kerusi yang masih kosong 

5. Boleh lihat review untuk tahu mutu perkhidmatan syarikat bas tersebut sebelum membuat tempahan 

6. 100% refundable booking, jika cancel boleh dapatkan semula wang harga beli tiket secara penuh 

7. Ada insurans perjalanan 

8. Tiada 'admin fee' dan tiada sebarang caj tersembunyi lain.

9. Banyak pilihan destinasi di seluruh Malaysia 


Tutorial Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Langkah Demi Langkah 

Di sini aku akan kongsikan cara untuk tempah dan beli online tiket bas di Malaysia dalam masa 5 minit saja. Tiket bas online ini boleh terus dibeli tanpa perlu nak beratur panjang-panjang kat kaunter. 

Panduan langkah demi langkah untuk menempah dan membeli tiket bas online ini turut membenarkan si penumpang untuk pilih sendiri tempat duduk mengikut tempat kosong yang masih ada.

1. Layari lamanweb RedBus.my

2. Isi terminal terdekat untuk naik bas, destinasi tempat tujuan dan tarikh. Kemudian klik pada bahagian 'Search Buses'. 

easybook-tiket-bas-online-redbus
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS 

3. Lihat nama-nama bas yang mempunyai tawaran ke destinasi pilihan mengikut masa perjalanan mereka. Pilih bas yang dikehendaki sesuai dengan masa perjalanan yang dirasakan sesuai. 

Easybook tiket bas online Redbus ini boleh digunakan juga sebagai panduan cara beli tiket bas online Mutiara, cara beli tiket bas online Perdana, cara beli tiket bas online Sani Express dan lain-lain syarikat bas yang ada. Untuk anak, aku belikan tiket dari syarikat MyXpress.

tiket-bas-online-perdana
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS 


Setelah memastikan bas mana yang dimahukan untuk perjalanan tersebut, klik pada bahagian VIEW ALL BUS DETAILS untuk mendapatkan info lengkap mengenai bas tersebut. 
easybook-tiket-bas-online
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS 

Detail yang berkaitan dengan bas tersebut akan terpapar pada skrin. Boleh lihat gambar bas, kelebihan yang ada termasuk review dari pelanggan lain yang pernah menggunakan servis bas tersebut. Waktu perjalanan dan harga tiket turut dipaparkan sekali. 

Jika rasa berpuashati dan mahu membeli tiket untuk menaiki bas tersebut, klik pada bahagian BOOK TICKETS. 

cara-beli-tiket-bas-online-tbs

4. Login Atau Daftar ke Website RedBus 

Untuk teruskan urusan pembelian, bagi pengguna pertama perlu daftarkan diri dan untuk pelanggan ulangan, boleh terus log in masuk menggunakan nombor telefon bimbit yang sudah didaftarkan.

tiket-bas-online-redbus

1. Masukkan nombot telefon bimbit 

2. Sahkan dengan memasukkan PIN yang akan dihantar secara SMS ke nombor telefon bimbit tersebut.

3. Masukkan nama dan email, klik pada bahagian Generate Profile. 

4. Pilih tempat duduk dengan melihat pada gambar kerusi bas yang masih kosong (belum di beli). Kemudian klik pada bahagian PROCEED TO BOOK. 

Sebagai contoh, aku memilih kerusi single bernombor 6A untuk anak.

tiket-bas-online-redbus


5. Masukkan Maklumat Peribadi Diri Penumpang 

Seterusnya masukkan detail / maklumat peribadi berkaitan penumpang yang akan menaiki bas tersebut. Maklumat ini sangat penting untuk rekod pihak syarikat bas bagi mengetahui siapakah penumpang yang akan melakukan perjalanan tersebut. 


cara-tiket-bas-online-redbus-mudah-dan-cepat

6. Beli Tiket Refundable Dengan Perlindungan Takaful 

Scroll mouse ke bawah dan klik pada bahagian 'Upgrade to Refundable Booking'. Ini bertujuan untuk memastikan tiket yang dibeli boleh dapatkan semula wang mengikut harga tiket seandainya perjalanan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu nanti. Pastikan pembatalan di buat sekurang-kurangnya dalam masa 24jam sebelum tempoh perjalanan. 

Klik juga pada bahagian 'Yes, secure my trip with Takaful'. Ini bertujuan untuk melindungi penumpang dengan insurans Takaful disepanjang perjalanan tersebut. Periksa harga jumlah tiket dan boleh terus lakukan pembelian untuk tiket tersebut. 

tiket-bas-online-redbus

7. Pembayaran Secara Online 

Pembayaran boleh lakukan terus secara atas talian. Boleh pilih nak bayar guna online banking yang mana satu digunakan. Jangan lupa masukkan kod tawaran diskaun untuk dapatkan pulangan balik 'cashback' yang boleh digunakan sebagai potongan harga untuk pembelian tiket berikutnya di masa akan datang. 


cara-beli-tiket-bas-online-easybook


Ini jumlah cashback yang aku dapat. Alhamdulillah RM7 yang boleh digunakan untuk pembelian tiket di masa akan datang. 


cara-beli-tiket-bas-online-mutiara

8. Tiket Siap Dibeli

Dalam masa beberapa minit saja, tiket booking yang telah siap dibeli akan tertera pada skrin. Boleh print atau download untuk ditunjukkan pada driver bas ketika hendak menaiki bas nanti. 


semak-tiket-bas-online-redbus

Pengesahan melalui email turut dihantar oleh sistem RedBus. 

semak-tiket-bas-online

Itulah dia cara-cara untuk membeli tiket bas online dari pelbagai syarikat bas dan destinasi pilihan. Tiket bas online termurah di Malaysia boleh dibeli dengan mudah mengikut cara tadi. Tiada 'admin fee' dan tidak ada juga caj tersembunyi yang lain. Harga sama seperti di kaunter malah turut ada tawaran kod diskaun lain. Tak payah nak download sebarang aplikasi ke handphone, boleh terus beli dengan cepat dan mudah. 

Kesimpulan 

Untuk membeli atau menempah tiket bas online adalah mudah. Booking tiket bas cara online melalui portal pembelian Red Bus dan tak perlu lagi beli tiket bas di kaunter. Beli tiket bas online di sini dapat memastikan kita untuk semak jadual bas dan pilih daripada banyak pengusaha bas yang ada. 

Semoga perkongsian cara beli tiket bas online mudah dan pantas ini boleh membantu kalian di luar sana. TBS , Redbus sangat mempercepatkan urusan untuk catch the bus bagi mereka yang tidak ada masa untuk pergi beli tiket direct di kaunter juga.

Selamat melakukan perjalanan dan selamat membeli tiket bas mengikut panduan cara-cara untuk membeli tiket bas online TBS Malaysia menggunakan portal website Redbus tadi. 


Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Window Shopping Malaysia 

5 comments for "Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS "

  1. Betul Awa. Senang sekarang ni, semua di hujung jari je. Beli tiket bas online macam ni pun senang kerja. Tak payah nak beratur. Tambah dalam situasi kita yang masih berdepan dengan pandemik COVID ni, mmg nak elakkan berkumpul ramai-ramai..

    ReplyDelete
  2. memang mudah sejak boleh beli tiket bas online ni sis... tak perlu kita susah2 nak ulang alik ke stesen bas semata2 nak beli tiket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikma. sis pun x yah nk pening2 kepala

      Delete
  3. Nak tanya. Tiket bas tu kena print tak? Atau boleh tunjukkan tiket yg ada kat fon je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pd tempat mana kita naik. ada info pada tiket di website. buat masa ni, anak saya hanya tunjuk tiket yang dekat fon jer.

      Delete