Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS Malaysia | Pernah beli tiket bas online? Jika tidak pernah, di sini aku kongsikan pengalaman dan panduan cara beli tiket bas online di Malaysia. Sekarang ni dah ada banyak cara beli tiket bas secara online. Memang mudah dan tak perlu beratur panjang!
Aku sendiri salah seorang yang suka beli tiket bas online. Aku bukannya beli untuk kegunaan diri sendiri tapi untuk anak sulung.
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS |
Sering Tempah Dan Beli Tiket Bas Online Untuk Anak
Sejak anak sulung diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Kuala Lumpur, aku sering menggunakan portal beli tiket bas atas talian sebagai kaedah untuk memudahkan urusan anak sulung tiap kali mahu pulang ke Pantai Timur.
Bila anak beritahu nak balik ke kampung, aku yang akan uruskan tiket bas. Sama ada dari Kuala Lumpur mahu pulang ke Kelantan ni, ataupun dari Kelantan mahu pulang ke Kuala Lumpur semula, aku akan pastikan ada tiket bas yang akan digunakan oleh anak.
Bunyinya agak pelik sikit kan? Anak di KL nak pulang ke kampung tapi tiket bas untuk pulang ke kampung tu, emak di kampung yang belikan untuk si anak. Bukannya anak yang beli sendiri dari terminal bas di KL. Aku yang susun ayat ni pun rasa macam terbelit perkataan, tapi itulah hakikatnya.
Untuk lebih mudah faham,
1. Anak nak pulang ke Kelantan dari KL - aku belikan tiket
2. Anak nak pergi semula ke KL dari Kelantan - aku juga yang belikan tiket
Bagaimana cara nak beli tiket bas online ini?
Berapakah harga tiket yang perlu dibayar?
Bagaimana jika tiba-tiba cancel dan tak jadi travel, adakah wang akan burn?
Kelebihan Beli Tiket Bas Online di Malaysia
1. Tak perlu beratur panjang
2. Ada pelbagai pilihan terbaik untuk bermacam jenis syarikat bas ekspress
3. Bandingkan harga pelbagai jenama bas. Pelanggan boleh lihat harga tiket untuk pelbagai syarikat bas bagi mendapatkan harga tiket bas yang paling murah.
4. Boleh pilih tempat duduk bas sendiri mengikut kerusi yang masih kosong
5. Boleh lihat review untuk tahu mutu perkhidmatan syarikat bas tersebut sebelum membuat tempahan
6. 100% refundable booking, jika cancel boleh dapatkan semula wang harga beli tiket secara penuh
7. Ada insurans perjalanan
8. Tiada 'admin fee' dan tiada sebarang caj tersembunyi lain.
9. Banyak pilihan destinasi di seluruh Malaysia
Tutorial Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Langkah Demi Langkah
Di sini aku akan kongsikan cara untuk tempah dan beli online tiket bas di Malaysia dalam masa 5 minit saja. Tiket bas online ini boleh terus dibeli tanpa perlu nak beratur panjang-panjang kat kaunter.
Panduan langkah demi langkah untuk menempah dan membeli tiket bas online ini turut membenarkan si penumpang untuk pilih sendiri tempat duduk mengikut tempat kosong yang masih ada.
1. Layari lamanweb RedBus.my
2. Isi terminal terdekat untuk naik bas, destinasi tempat tujuan dan tarikh. Kemudian klik pada bahagian 'Search Buses'.
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS |
3. Lihat nama-nama bas yang mempunyai tawaran ke destinasi pilihan mengikut masa perjalanan mereka. Pilih bas yang dikehendaki sesuai dengan masa perjalanan yang dirasakan sesuai.
Easybook tiket bas online Redbus ini boleh digunakan juga sebagai panduan cara beli tiket bas online Mutiara, cara beli tiket bas online Perdana, cara beli tiket bas online Sani Express dan lain-lain syarikat bas yang ada. Untuk anak, aku belikan tiket dari syarikat MyXpress.
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS |
Pengalaman & Panduan Cara Beli Tiket Bas Online Redbus TBS |
4. Login Atau Daftar ke Website RedBus
6. Beli Tiket Refundable Dengan Perlindungan Takaful
7. Pembayaran Secara Online
8. Tiket Siap Dibeli
Kesimpulan
Untuk membeli atau menempah tiket bas online adalah mudah. Booking tiket bas cara online melalui portal pembelian Red Bus dan tak perlu lagi beli tiket bas di kaunter. Beli tiket bas online di sini dapat memastikan kita untuk semak jadual bas dan pilih daripada banyak pengusaha bas yang ada.
Semoga perkongsian cara beli tiket bas online mudah dan pantas ini boleh membantu kalian di luar sana. TBS , Redbus sangat mempercepatkan urusan untuk catch the bus bagi mereka yang tidak ada masa untuk pergi beli tiket direct di kaunter juga.
Selamat melakukan perjalanan dan selamat membeli tiket bas mengikut panduan cara-cara untuk membeli tiket bas online TBS Malaysia menggunakan portal website Redbus tadi.
Betul Awa. Senang sekarang ni, semua di hujung jari je. Beli tiket bas online macam ni pun senang kerja. Tak payah nak beratur. Tambah dalam situasi kita yang masih berdepan dengan pandemik COVID ni, mmg nak elakkan berkumpul ramai-ramai..
ReplyDeletememang mudah sejak boleh beli tiket bas online ni sis... tak perlu kita susah2 nak ulang alik ke stesen bas semata2 nak beli tiket..
ReplyDeletebetul tu cikma. sis pun x yah nk pening2 kepala
DeleteNak tanya. Tiket bas tu kena print tak? Atau boleh tunjukkan tiket yg ada kat fon je?
ReplyDeletebergantung pd tempat mana kita naik. ada info pada tiket di website. buat masa ni, anak saya hanya tunjuk tiket yang dekat fon jer.
Delete