Memilih Sabun Mandi Bayi Jenama FAWNE Yang Bersifat Natural
Tips Memilih Sabun Mandi Baby Terbaik Bersama FAWNE | Tak boleh gunakan sabun mandi dewasa untuk bayi tau! Dalam memilih sabun bayi perlu tahu apakah cara yang betul untuk memilih sabun bayi yang terbaik buat baby.
Penggunaan sabun yang sesuai untuk bayi sangat penting supaya kulit baby yang sangat sensitif itu tidak terjejas. Salah pilih sabun atau hanya berikan anak pakai sabun biasa, tak mustahil badan anak boleh jadi merah-merah dan naik ruam.
Kulit anak kita especially bayi memang sangat sensitif. Kita sebagai ibu bapa kena pastikan sabun yang kita pakai sesuai dengan bayi.
Macam mana nak pilih sabun yang betul? Apakah antara jenama mandi baby yang ada dipasaran? Salah satunya adalah FAWNE Baby Wash.
Sedikit Pengenalan Berkenaan Fawne
FAWNE Baby Wash Head to Toe Membawa Konsep Natural
Berbeza dengan sabun mandi bayi yang ada di pasaraya-pasaraya, Fawne membawakan konsep natural untuk produknya.
Baby wash hand to toe daripada Fawne ini contohnya, menggunakan bahan-bahan semulajadi sebagai bahan utama iaitu daun semambu, buah mangga dan buah bidara.
Fawne Baby Wash Head to Toe merupakan Baby Wash pertama yang mempunyai formulasi gabungan dari ekstrak daun Bidara, ekstrak daun Semambu dan wangian buah Mangga sebegini.
Kelebihan Utama Fawne Baby Wash Head To Toe
1. Bebas parabeun dan sulfite
Sedang mencari sabun bayi tanpa sls dan paraben? Boleh dapatkan sabun mandi Fawne kerana baby wash head to toe ini kerana sama sekali tidak mengandungi
2. Melembapkan kulit bayi
Walaupun struktur kulitn bayi sempurna, kulit bayi yang baru lahir masih dilindungi oleh lapisan yang dipanggil vernix caseosa. Lapisan ini berfungsi untuk melindungi kulit bayi semasa masih dalam kandungan. Kemudian semasa lahir, lapisan ini menjadikan kulit bayi baru lahir kering dan berkedut.
3. Melindungi Daripada Bakteria
Kulit adalah organ paling besar pada tubuh badan. Ia mengawal suhu badan manusia, melindungi manusia daripada elemen persekitaran dan melawan bakteria maka menjaga kebersihan kulit merupakan salah satu perkara penting yang perlu dilakukan.
4. Mengurangkan Rasa Kegatalan
Dah lama mencari sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal? Apakata lepas ni cuba guna Fawne Baby Wash Head to Toe ini kerana ia diperbuatkan daripa ekstrak daun semambu yang sudah lama kita yakini, daun semambu ini dapat mengatasi masalah kegatalan pada kulit.
5. Membersihkan Kulit Bayi
Kebersihan ada kaitan dengan kesihatan. Dengan membersihkan kulit bayi secara tidak langsung kita dapat mengurangkan masalah kesihatan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
6. Tidak Memedihkan Mata
Ini paling penting. Tak memedihkan masa merupakan salah satu faktor yang sering aku ambil berat tatkala membeli produk mandian untuk anak-anak.
Tips Memilih Sabun Mandi Bayi Sebelum Beli
1. Sabun yang kita pilih mestilah lembut. Jangan pilih sabun yang kasar sebab kulit baby ni sensitif. Jika kita menggunakan sabun yang keras, ia menyebabkan kulit bayi kita menjadi merah.
2. Pilih sabun yang diperbuat daripada bahan natural tanpa bahan kimia. Terdapat juga produk sabun mandi yang menggunakan bahan kimia yang tinggi dalam pemasaran produk mereka maka berhati-hati.
3. Secara idealnya, kita harus memilih sabun mandi tanpa pewangi kerana produk begini selalunya boleh menyebabkan ada reaksi alergi. Tapi jika masih mahukan sabun dengan ada bau wangi, boleh pilih sabun mandi baby yang fokus menggunakan bahan semulajadi dengan bau yang mild.
4. Elak sabun mandi lavender untuk bayi dan kanak-kanak. Elakkan juga minyak pati lavender. Bahan ini telah menunjukkan sebagai penggangu endokrin yang boleh memberi impak pada hormon bayi dan tumbesarannya.
5. Wajib baca label produk sebelum beli. Baca label produk ini boleh elakkan kita dari tersalah beli.
Kebaikan sabun bayi Fawne Baby Wash Head to Toe |
Cara Penggunaan Fawne Baby Wash Head to Toe
- Basahkan rambut bayi dan kulit bayi dengan air yang suam. Pastikan suhu bersesuaian.
- Pamkan sabun Fawne secukupnya ke tapak tangan.
- Urut kepala dan kulit bayi dengan lembut bersama sabun Fawne dan bilas hingga bersih.
- Basahkan rambut bayi dan kulit bayi dengan air yang suam. Pastikan suhu bersesuaian.
- Pamkan sabun Fawne secukupnya ke tapak tangan.
- Urut kepala dan kulit bayi dengan lembut bersama sabun Fawne dan bilas hingga bersih.
Pengendalian & Penyimpanan Fawne Baby Wash Head to Toe
- Hanya untuk kegunaan luaran sahaja.
- Pastikan digunakan di bawah pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.
- Simpan di tempat sejuk yang kering dan elakkan dari menyimpan di tempat yang boleh terkena cahaya matahari secara langsung.
- Hanya untuk kegunaan luaran sahaja.
- Pastikan digunakan di bawah pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.
- Simpan di tempat sejuk yang kering dan elakkan dari menyimpan di tempat yang boleh terkena cahaya matahari secara langsung.
Set Gift Box Sebagai Hadiah Untuk Anak Tersayang
Sebagai seorang ibu, aku sangat jatuh hati dengan produk sebegini. Berdasarkan info-info yang telah diberikan tadi, Fawne Baby Wash Head to Toe boleh dicuba sebagai sabun baby untuk kulit kering, sabun bayi untuk kulit ruam dan untuk kulit sensatif serta gatal.
Disebabkan itu aku memberikan Fawne Baby Wash Head to Toe ini sebagai hadiah kejutan untuk Kasih Sufi.
Makin best, cara pembungkusannya sangat cantik dan kemas. Memang sangat-sangat sesuai dibeli untuk dijadikan sebagai hadiah kepada anak-anak. Beli sebagai hadiah untuk sahabat atau saudara yang baru menimang cahayamata juga sesuai.
Walaubagaimanapun, untuk pembelian dalam bentuk kotak hadiah (gift box) begini, terhad selagi stok masih ada ya.
Reaksi Kasih Sufi Terima Hadiah Fawne Baby Wash Head to Toe
Pengalaman Menggunakan Fawne Baby Wash Head to Toe
2. Bau aroma mangga sangat jelas. Tidak terlalu kuat. Bau ini aku bayangkan seperti 'sejenis bau yang sweet dan manis' yang lembut. Tak ubah seperti lembutnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
3. Buih halus dan lembut terhadap tangan anak. Aku sendiri dah sentuh buih-buih sabun mandian Fawne Baby Wash Head to Toe ini di tangan Kasih. Betul-betul lembut dengan bau yang menyegarkan.
4. Pengalaman yang sangat menyeronokkan semasa mandi. Haaa.. kalau punya anak yang amat susah nak suruh mandi, eloklah belikan Fawne Baby Wash Head to Toe ni.
Kasih sendiri kadang-kadang tu buat perangai juga bila di suruh mandi. Tapi sejak menggunakan Fawne Baby Wash Head to Toe, tak sempat nak suruh Kasih dulu tanggalkan baju nak pergi mandi. Alhamdulillah.
Sebahagian Daripada Testimoni Pengguna Lain
Sabun Mandi Fawne Baby Wash Head to Toe Bantu Turunkan Suhu Anak Demam
Sebagai seorang ibu, aku akui mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Biarlah tak dapat beli barang yang aku suka asalkan anak-anak dapat yang terbaik setakat yang aku dan suami mampu sediakan. Bukan kerana aku ini cerewet tetapi aku sedar yang menjaga itu adalah jauh lebih baik daripada merawat.
Makin risau saat anak masih baby. Ketika pertama kali bergelar ibu pada tahun 2003 yang lalu, aku akui sangat-sangat cetek tentang ilmu penjagaan bayi. Waktu itu mana ada Google di internet ni semua. Terpaksalah mencari info dengan cara membaca dan bertanya pada orang lain.
Sedikit demi sedikit ilmu penjagaan bayi dapat dikumpul dan tahulah aku yang baru lahir memiliki kulit yang sangat sensitif.
tq sharing sis
ReplyDeleteMenarik betul kandungan sabun mandi ni. Berdaftar dengan KKM jadi takdelah rasa ragu kan
ReplyDelete