Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Memilih Sabun Mandi Bayi Jenama FAWNE Yang Bersifat Natural

Tips Memilih Sabun Mandi Baby Terbaik Bersama FAWNE  | Tak boleh gunakan sabun mandi dewasa untuk bayi tau! Dalam memilih sabun bayi perlu tahu apakah cara yang betul untuk memilih sabun bayi yang terbaik buat baby. 

Penggunaan sabun yang sesuai untuk bayi sangat penting supaya kulit baby yang sangat sensitif itu tidak terjejas. Salah pilih sabun atau hanya berikan anak pakai sabun biasa, tak mustahil badan anak boleh jadi merah-merah dan naik ruam. 

Kulit anak kita especially bayi memang sangat sensitif. Kita sebagai ibu bapa kena pastikan sabun yang kita pakai sesuai dengan bayi

Macam mana nak pilih sabun yang betul? Apakah antara jenama mandi baby yang ada dipasaran? Salah satunya adalah FAWNE Baby Wash.

Sedikit Pengenalan Berkenaan Fawne 

FAWNE merupakan jenama pertama di bawah Syarikat Frezzy Enterprise. Fawne memfokuskan keluaran produk bayi bagi membantu menyelesaikan masalah ibu bapa dan anak kecil mereka dengan menyediakan kepelbagaian produk bayi yang selamat digunakan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Produk Fawne diharap dapat memberikan jaminan keselesaan dan kepuasaan kepada para ibu bapa dan bayi mereka tanpa ada sebarang keraguan. 

FAWNE Baby Wash Head to Toe Membawa Konsep Natural 

Berbeza dengan sabun mandi bayi yang ada di pasaraya-pasaraya, Fawne membawakan konsep natural untuk produknya. 

Baby wash hand to toe daripada Fawne ini contohnya, menggunakan bahan-bahan semulajadi sebagai bahan utama iaitu daun semambu, buah mangga dan buah bidara.

Fawne Baby Wash Head to Toe merupakan Baby Wash pertama yang mempunyai formulasi gabungan dari ekstrak daun Bidara, ekstrak daun Semambu dan wangian buah Mangga sebegini. 


Kelebihan Utama Fawne Baby Wash Head To Toe 

1. Bebas parabeun dan sulfite

Sedang mencari sabun bayi tanpa sls dan paraben? Boleh dapatkan sabun mandi Fawne kerana baby wash head to toe ini kerana sama sekali tidak mengandungi 

2. Melembapkan kulit bayi

Walaupun struktur kulitn bayi sempurna, kulit bayi yang baru lahir masih dilindungi oleh lapisan yang dipanggil vernix caseosa. Lapisan ini berfungsi untuk melindungi kulit bayi semasa masih dalam kandungan. Kemudian semasa lahir, lapisan ini menjadikan kulit bayi baru lahir kering dan berkedut.

3. Melindungi Daripada Bakteria 

Kulit adalah organ paling besar pada tubuh badan. Ia mengawal suhu badan manusia, melindungi manusia daripada elemen persekitaran dan melawan bakteria maka menjaga kebersihan kulit merupakan salah satu perkara penting yang perlu dilakukan. 

4. Mengurangkan Rasa Kegatalan 

Dah lama mencari sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal? Apakata lepas ni cuba guna Fawne Baby Wash Head to Toe ini kerana ia diperbuatkan daripa ekstrak daun semambu yang sudah lama kita yakini, daun semambu ini dapat mengatasi masalah kegatalan pada kulit. 

5. Membersihkan Kulit Bayi

Kebersihan ada kaitan dengan kesihatan. Dengan membersihkan kulit bayi secara tidak langsung kita dapat mengurangkan masalah kesihatan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. 

6. Tidak Memedihkan Mata 

Ini paling penting. Tak memedihkan masa merupakan salah satu faktor yang sering aku ambil berat tatkala membeli produk mandian untuk anak-anak.



Tips Memilih Sabun Mandi Bayi Sebelum Beli 

Untuk ibu ayah di luar sana yang sedang mencari info bagaimanakah caranya untuk memilih sabun mandian baby yang terbaik, di sini akan dikongsikan tips memilih sabun bayi, khusus untuk bayi yang berkulit sensitif dan cenderung terhadap alergi dan ruam. 

Jom kita semak bagaimana nak memilih sabun yang tepat untuk kulit bayi. Semoga cara yang betul untuk memilih sebelum membeli ini dapat memberi panduan pada kalian semua di luar sana. 

1. Sabun yang kita pilih mestilah lembut. Jangan pilih sabun yang kasar sebab kulit baby ni sensitif. Jika kita menggunakan sabun yang keras, ia menyebabkan kulit bayi kita menjadi merah. 

2. Pilih sabun yang diperbuat daripada bahan natural tanpa bahan kimia. Terdapat juga produk sabun mandi yang menggunakan bahan kimia yang tinggi dalam pemasaran produk mereka maka berhati-hati.

3. Secara idealnya, kita harus memilih sabun mandi tanpa pewangi kerana produk begini selalunya boleh menyebabkan ada reaksi alergi. Tapi jika masih mahukan sabun dengan ada bau wangi, boleh pilih sabun mandi baby yang fokus menggunakan bahan semulajadi dengan bau yang mild. 

4. Elak sabun mandi lavender untuk bayi dan kanak-kanak. Elakkan juga minyak pati lavender. Bahan ini telah menunjukkan sebagai penggangu endokrin yang boleh memberi impak pada hormon bayi dan tumbesarannya. 

5. Wajib baca label produk sebelum beli. Baca label produk ini boleh elakkan kita dari tersalah beli. 

 Kebaikan sabun bayi Fawne Baby Wash Head to Toe

Cara Penggunaan Fawne Baby Wash Head to Toe

  • Basahkan rambut bayi dan kulit bayi dengan air yang suam. Pastikan suhu bersesuaian.
  • Pamkan sabun Fawne secukupnya ke tapak tangan.
  • Urut kepala dan kulit bayi dengan lembut bersama sabun Fawne dan bilas hingga bersih.

Pengendalian & Penyimpanan Fawne Baby Wash Head to Toe

  • Hanya untuk kegunaan luaran sahaja.
  • Pastikan digunakan di bawah pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.
  • Simpan di tempat sejuk yang kering dan elakkan dari menyimpan di tempat yang boleh terkena cahaya matahari secara langsung.

Set Gift Box Sebagai Hadiah Untuk Anak Tersayang

Sebagai seorang ibu, aku sangat jatuh hati dengan produk sebegini. Berdasarkan info-info yang telah diberikan tadi, Fawne Baby Wash Head to Toe boleh dicuba sebagai sabun baby untuk kulit kering, sabun bayi untuk kulit ruam dan untuk kulit sensatif serta gatal. 

Disebabkan itu aku memberikan Fawne Baby Wash Head to Toe ini sebagai hadiah kejutan untuk Kasih Sufi. 

Makin best, cara pembungkusannya sangat cantik dan kemas. Memang sangat-sangat sesuai dibeli untuk dijadikan sebagai hadiah kepada anak-anak. Beli sebagai hadiah untuk sahabat atau saudara yang baru menimang cahayamata juga sesuai. 

Walaubagaimanapun, untuk pembelian dalam bentuk kotak hadiah (gift box) begini, terhad selagi stok masih ada ya. 


Reaksi Kasih Sufi Terima Hadiah Fawne Baby Wash Head to Toe

Saat menerima kotak berikat riben cantik dari jenama Fawne ini, Kasih Sufi dah mula tersipu malu. Malu-malu tapi mahu. Hehe.

Almaklumlah, tak pernah lagi menerima hadiah dalam kotak yang berikat riben cantik begini. Selalunya asyik terima hadiah yang dibungkus saja. 

Saat ini risau juga dalam hati kalau-kalau Kasih tak suka sebabnya, kalau nak tahu anak aku yang bongsu ini agak cerewet. 

Sebagai contoh, untuk pakaian dia sendiri akan tentukan mahu pakai apa walaupun usianya baru genap 4 tahun. 



Sebaik saja melihat isi kandungannya, syukur alhamdulillah Kasih mula tunjuk reaksi happy dan seronok dengan hadiah yang diterimanya. 


Macam manalah tak suka, kalau isi kandungan kotak barangan Fawne ini merangkumi beberapa item yang best! 

Di dalamnya ada 1 botol Fawne Baby Wash Head to Toe, 1 botol kecil sanitizer dan beruang teddy comel yang sangat cute! 

Pengalaman Menggunakan Fawne Baby Wash Head to Toe 

Kasih dah tak boleh sabar jadi aku izinkan Kasih guna sendiri Fawne Baby Wash Head to Toe ni. Secara tak langsung boleh dilihat reaksi sebenar Kasih Sufi sebagai pengguna untuk Fawne Baby Wash Head to Toe ini. 

Dari apa yang perhatikan semasa Kasih sedang menggunakan Fawne Baby Wash Head to Toe ini, ada beberapa perkara yang membuatkan aku rasa berpuashati. 

1. Bentuk botol mudah untuk dipegang. Pam pemicit mudah untuk ditekan dan tidak mengeluarkan terlalu banyak sabun untuk setiap kali pam. Ini bermakna sebotol Fawne Baby Wash Head to Toe ini boleh tahan lama penggunaanya. 

2. Bau aroma mangga sangat jelas. Tidak terlalu kuat. Bau ini aku bayangkan seperti 'sejenis bau yang sweet dan manis' yang lembut. Tak ubah seperti lembutnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. 

3. Buih halus dan lembut terhadap tangan anak. Aku sendiri dah sentuh buih-buih sabun mandian Fawne Baby Wash Head to Toe ini di tangan Kasih. Betul-betul lembut dengan bau yang menyegarkan. 

4. Pengalaman yang sangat menyeronokkan semasa mandi. Haaa.. kalau punya anak yang amat susah nak suruh mandi, eloklah belikan Fawne Baby Wash Head to Toe ni. 

Kasih sendiri kadang-kadang tu buat perangai juga bila di suruh mandi. Tapi sejak menggunakan Fawne Baby Wash Head to Toe, tak sempat nak suruh Kasih dulu tanggalkan baju nak pergi mandi. Alhamdulillah. 


5. Sabun mandian Fawne Baby Wash Head to Toe boleh digunakan ke seluruh tubuh, dari hujung kaki ke hujung rambut. Tak perlu lagi beli shampoo. Alhamdulillah jimat belanja. 

Pilih sabun yang diperbuat daripada ramuan semula jadi begini secara tidak langsung mengurangkan rasa risau jika tersalah beli sabun mandian yang kurang sesuai untuk anak. 

Almaklumlah, kadang-kadang tu dah baca label tapi tidak faham apakah kandungan untuk produk tersebut. Dengan adanya sabun mandian bayi Fawne Baby Wash Head to Toe ni, dapatlah pilih produk sabun bayi tanpa sls dan paraben. 


Sebahagian Daripada Testimoni Pengguna Lain

Selain review pengalaman dari Kasih tadi, di sini aku kongsikan sekali sebahagian daripada testimoni pengguna-pengguna lain yang telah mencuba sabun mandian bayi Fawne Baby Wash Head to Toe ini. 

 







Sabun Mandi Fawne Baby Wash Head to Toe Bantu Turunkan Suhu Anak Demam

Testimoni ini agak mengejutkan. Tak sangka kan hanya dengan sabun mandian tapi dapat bantu turunkan suhu badan yang agak panas. Ini sudah tentu disebabkan oleh bahan-bahan yang digunakan sebagai isi kandungan. 

testimoni-sabun-mandi-fawne

Sebagai seorang ibu, aku akui mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Biarlah tak dapat beli barang yang aku suka asalkan anak-anak dapat yang terbaik setakat yang aku dan suami mampu sediakan. Bukan kerana aku ini cerewet tetapi aku sedar yang menjaga itu adalah jauh lebih baik daripada merawat. 

Makin risau saat anak masih baby. Ketika pertama kali bergelar ibu pada tahun 2003 yang lalu, aku akui sangat-sangat cetek tentang ilmu penjagaan bayi. Waktu itu mana ada Google di internet ni semua. Terpaksalah mencari info dengan cara membaca dan bertanya pada orang lain. 

Sedikit demi sedikit ilmu penjagaan bayi dapat dikumpul dan tahulah aku yang baru lahir memiliki kulit yang sangat sensitif. 

Peluang Menjadi Stokis Telah Dibuka 

Terbaru, pihak Fawne telah membuka peluang kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjadi stokis. 

jadi-stokis-sabun-mandi-bayi-fawne

jadi-stokis-sabun-mandi-bayi-fawne

Sedang Mencari Sabun Mandi Bayi Untuk Kulit Sensitif dan Gatal? Boleh Dapatkan Fawne Baby Wash Head to Toe 

Terdapat banyak jenis sabun mandian bayi di pasaran. Ada sabun mandi untuk bayi eczema, sabun mandi bayi untuk ruam, sabun mandi untuk nemborn, sabun mandi bayi untuk kulit kering dan lain-lain. 

Apa jua jenama yang dipilih pastikan sabun baby terbaik pilihan itu merupakan sabun bayi tanpa sls dan paraben seperti Fawne Baby Wash Head to Toe ini. Jangan juga pilih sabun yang kasar kerana kulit bayi ni lembut.



Kesimpulannya, alhamdulillah aku berpuashati melihat Kasih gembira dan dapat membersihkan dirinya dengan sabun mandian Fawne Baby Wash Head to Toe ini. Dalam banyak-banyak sabun bayi terbaik di pasaran, pada pendapat aku jenama Fawne ini salah satu yang terbaik. 

Untuk urusan pembelian dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi wakil pihak Fawne secara terus melalui detail di bawah ini. 


FAWNE - Baby Wash Head to Toe




Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Window Shopping Malaysia 


2 comments for "Memilih Sabun Mandi Bayi Jenama FAWNE Yang Bersifat Natural "

  1. Menarik betul kandungan sabun mandi ni. Berdaftar dengan KKM jadi takdelah rasa ragu kan

    ReplyDelete