Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Cara Pengambilan Pemakanan Menu Diet Untuk Kurus

Panduan Cara Pengambilan Pemakanan Menu Diet Yang Betul | Sejak akhir-akhir ini aku giat mencari cara menurunkan berat badan tanpa produk, hasilnya banyak info yang berjaya aku perolehi di internet. Nak tahu apakah cara makan untuk turun berat badan, boleh baca artikel ini hingga habis. 

Tahun ini aku berazam untuk turunkan lagi berat badan. Seperti biasa, sebelum memulakan misi perlulah tahu dulu cara nak turunkan berat badan ni. 

turun-berat-badan--kg-sehari
nak turun berat badan 1 kg sehari perlu disiplin yang tinggi


Cari Cara Untuk Kurus Dalam Masa Seminggu 

Tempat paling mudah untuk kumpulkan info berkaitan cara menurunkan berat badan tanpa produk ini sudah tentulah dengan bantuan internet. 

Antara carian yang aku cuba dapatkan seperti cara menurunkan berat badan 10 kg dalam seminggu, cara menurunkan berat badan 5 kg dalam 1 hari dan cara menurunkan berat badan 10kg dalam 2 minggu. 

Aku berhajat nak turunkan sebanyak 10 kg. Kalau dapat cara menurunkan berat badan 10kg dalam 2 minggu lagi baik tapi macam susah je dalam tempoh secepat tu. 

Nak dapat turun berat badan 1 kg sehari aku jadi tak yakin juga kerana aku bukan seorang yang suka bersenam. 

Contoh Amalan Makan Cara Diet Untuk Kurus Lebih Cepat Tanpa Senaman 

Antara info yang aku perolehi untuk carian diet tanpa senaman adalah :

1. Nak kurus atau sihat kena jaga pemakanan 80% dan amalkan senaman 20%. 

2. Masa bulan pertama cara diet yang betul tanpa bersenam, daripada suka minum air manis, kurangkan sedikit demi sedikit. Memakan makanan bergula dengan kerap akan menyebabkan berat badan meningkat dengan lebih cepat. 

3. Daripada suka makan kerepek, kuih, kek, biskut sekarang kena kurangkan perlahan-lahan. 

4. Kecilkan portion makanan daripada suka makan nasi 3 senduk kurangkan jadi 2 senduk dan akhirnya jadi 1 penumbuk tangan. 

5. Daripada tak suka dan tak boleh minum air kosong langsung sekarang perlu mula amalkan banyak minum air kosong. Amal minum hingga boleh teguk 2 hingga 3 liter sehari dengan senang. 

6. Setiap kali sebelum makan, minum dulu 2 gelas air dan sehari mesti minum lebih daripada 3 liter air kosong.

7. Daripada kurang makan sayur, perlu mula paksa diri untuk makan sayur dan buah. 

8. Salah satu cara paling berkesan, kira kunyahan sehingga 40 kali baru ditelan 

9. Jangan makan seperti dulu lagi. Langkah awal boleh mula ubah dari sarapan nasi lemak kepada rolled oats atau roti wholemeal

10. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar (sarapan, makan tengahari dan makan malam).

11. Setiap kali perut terasa lapar, minumlah air putih. Jika dalam jangka masa 10 minit rasa lapar itu masih ada, itu tandanya tubuh kita memang memerlukan makanan maka makanlah dalam jumlah yang sedikit. Tetapi jika rasa lapar itu sudah hilang selepas 10 minit, itu bererti kita sebenarnya hanya dahaga dan bukan lapar.

12. Lebih baik jika meletakkan sedikit perahan lemon di dalam air putih  untuk menyahtoksik badan.

13. Boleh juga campurkan sedikit hirisan halia dalam campuran air putih dan lemon tadi kerana ianya elok untuk membuang angin dalam badan.

Teknik Makan Mengikut Saiz Badan

Untuk seseorang yang punya badan 'jenis bulat', boleh mula amalkan teknik makan mengikut saiz berat badan.

Contoh panduan untuk teknik ini adalah setiap kali makan perlu pastikan ada beberapa perkara seperti di bawah ini :

  • Satu saiz tapak tangan protein (ikan, ayam, daging) 
  • Satu saiz penumbuk sayur (brokoli, bayam, kubis) 
  • Separuh genggam karbohidrat (no exercise, no carbs) 
  • Satu ibu jari lemak sihat (almond, cashew, kekacang) 
Dengan teknik ini akan jarang rasa lapar dan akan rasa lebih enjoy waktu makan. Pastikan juga untuk berhenti makan pada skala 80% sebelum kenyang. 

Teknik Hidrasi - Minum Air Kosong Boleh Membakar Kalori

Selain teknik makan mengikut saiz badan, ini pula contoh panduan cara minum yang disebut sebagai 'teknik hidrasi'. Dengan teknik ni, sepanjang hari perlu pastikan ‘cukup’ kandungan air dalam badan.

6 AM - bangun saja tidur terus minum 1 gelas air mineral/suam 

8 AM - 20 minit sebelum sarapan, minum 2 gelas air kosong

10 AM - minum teh hijau bersama 1 gelas air kosong

2 PM : 20 minit sebelum makan tengah hari, 2 gelas air kosong

4 PM : Minum secawan kopi bersama 1 gelas air kosong 

6 PM : 20 minit sebelum makan malam, minum 2 gelas air kosong 

8 PM : 2 jam sebelum tidur, minum 2 gelas air kosong 

10 PM : tidur yang cukup sangat penting 

Waktu untuk amalkan minum air banyak untuk badan ini boleh juga diletakkan mengikut masa yang diri sendiri tetapkan. 

cara-nak-turunkan-berat-badan-10-kg
cara nak turunkan berat badan dengan diet air kosong


Mudahnya Nak Kurus Ikut Diet Air Putih & Kena Tahu 6 Tips Ini

1. Sebaik bangun dari tidur minum 1 gelas air putih untuk bantu buang lemak dari tubuh badan.

2. Sebelum dan selepas makan minum air putih kosong 2 gelas supaya perut lebih cepat kenyang dan tak akan makan terlalu banyak.

3. Minum sebanyak 3 hingga 4 liter air sehari dapat melunturkan lemak dan membuang toksin dalam badan.

4. Minum air berperisa termasuk minum air kopi, air teh, air milo dan lain-lain tak boleh di kira sebagai minum air untuk hari tersebut. Jangan gantikan jadual minuma air kosong dengan minum minuman manis apapun. 

5. Air putih bersama hirisan lemon atau halia dapat membantu menurunkan berat badan secara alami.

6. Nak lebih cepat kurus kena lakukan senaman dan imbangkan dengan minum air kosong yang banyak. Minum air kosong banyak dan keluarkan semula dalam bentuk air kencing dan peluh dapat imbangkan badan dengan lebih baik. 

7. Walau minum banyak air, makanan juga perlu dikawal. Makan dalam skala yang kecil dan jagalah pemakanan dengan memakan menu makanan yang seimbang. 

Selain diet air putih ada juga dikalangan kita yang amalkan diet keto .

cara-turunkan-berat-badan-secara-sihat
cara turunkan berat badan secara sihat tanpa produk ubat


Cara Nak Turunkan Berat Badan Tahap 10 Kg Perlu Juga Bersenam 

Pilih gaya hidup sihat tanpa ubat perlu rajinkan juga diri untuk bersenam. Salah satu caranya dengan berbasikal (indoor) 30 minit setiap hari. 

Selain itu, 12 senaman HIIT juga bagus untuk diamalkan sebagai cara menurunkan berat badan tanpa produk ini. 

Senaman HIIT ini terdiri daripada Jumping Jack, Box Jump, High Knee, wall sit, squat, jump lunge, push up, Tricep dip, Mountain climber, Double Crunch, Plank dan Side plank. 

Setiap jenis senaman HIIT ini ada kaitan dengan keseluruhan tubuh kita. 

  1. Jumping jack (total body) 
  2. Wall sit (lower body) 
  3. Push up (upper body) 
  4. Double crunch (abs & core) 
  5. Box jump (total body) 
  6. Squat (lower body) 
  7. Tricep dip (upper body) 
  8. Plank (abs & core) 
  9. High knees (total body) 
  10. Jump lunge (lower body) 
  11. Mountain climber (upper body) 
  12. Side plank (abs & core)

30 Min Intense HIIT Workout For Fat Burn & Cardio (Full Body, No Equipment)

Kesimpulan Cara Untuk Kurus Dalam Masa Seminggu 

Untuk mengurangkan berat badan banyak kg dalam masa seminggu ke 2 minggu, disarankan untuk minum air putih. Sebelum makan juga disarankan minum sekurang-kurangnya dua gelas air kosong sebelum makan.

Jauhi minuman manis dan makanan yang kurang sihat. Mengurangkan pengambilan makanan atau minuman manis dan mengurangkan memakan makanan segera merupakan cara turunkan berat badan secara sihat yang patut diamalkan. 

Jangan lupa juga untuk bersenam setiap hari mengikut masa yang ada. Selain amalkan panduan cara pengambilan pemakanan menu diet untuk kurus tadi, salah satu petua sebagai cara turunkan berat badan yang lain adalah dengan menyalakan lilin haruman vanila. Haruman vanila boleh menenangkan otak dan mengurangkan keinginan diri untuk makan pencuci mulut. 

Semoga dengan adanya perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi info bagaimana cara menurunkan berat badan tanpa produk dan ubat. Amalkan sebagai rutin dan InshaAllah siapa tahu kita sama-sama dapat turun berat badan 1 kg sehari nanti. Tak cuba tak tahu!


Sumber rujukan :

Post a Comment for "Panduan Cara Pengambilan Pemakanan Menu Diet Untuk Kurus "