HIGHLIGHT

14 Feb 2018

TAK BERANI TANGGUNG RISIKO DENGAN - BEST PRODUCTS MALAYSIA

BEST PRODUCTS MALAYSIA - Ini adalah kali pertama aku mendengar nama itu. Itupun setelah terbaca sebuah artikel yang di paparkan di dalam lamanweb utama KarangKraf yang bertarikh 07 Jun 2017 yang lalu. Di dalam artikel tersebut di nyatakan bahawa seorang surirumah telah berjaya memenangi sebanyak RM150K secara tunai daripada Best Products oleh Home Direct Shopping Sdn Bhd. 

Terkesima aku apabila terbaca akan hal ini. Wah! Murahnya rezeki mereka. Namun aku yakin bukan mudah untuk memenangi $$$$ tunai dengan sebanyak itu. Yelah, RM150,000 okay bukannya RM1.50. Maka aku luaskan lagi pencarian dan kali ini aku berjaya menemui lebih banyak gambar pemenang dengan bantuan daripada Mr.Google.


Tetapi, terdapat satu perkara yang membuatkan aku sedikit musykil. Aku musykil kerana kebanyakan pemenang adalah di kalangan golongan warga emas. Eh eh dah kenapa? Setahu aku jika ada pertandingan begini pastinya warga muda akan berlumba-lumba ikut serta. Dek kerana persoalan yang timbul inilah maka aku mengambil keputusan untuk lebih ambil tahu tentang Best Products ini.

Langkah pertama yang aku buat adalah dengan mendaftarkan diri melalui lamanweb Best Products Malaysia DI SINI. Sebelum itu aku sempat juga membaca pengenalan ringkas mengenai Beest Products ini dari lamanweb tersebut.

Hampir seminggu selepas itu aku telah menerima sepucuk surat berserta dengan pengenalan syarikat, produk-produk yang di jual berserta harga termasuk juga hebohan tentang peluang untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk wang tunai sebanyak RM150,000.
 

Apa yang membuatkan aku sedikit tergamam adalah apabila terbaca pada satu bahagian di dalam surat ini yang mengatakan bahawa aku telah terpilih sebagai salah seorang peserta untuk berjuang demi memenangi hadiah sebanyak RM150,000 berdasarkan tarikh lahirku sendiri. Eh eh dah macam cabutan la pulak. Boleh tentukan senarai peserta berdasarkan tarikh lahir.


Berdasarkan surat itu lagi, untuk melayakkan aku mengambil bahagian bersama peserta yang lain, aku perlu menghantar semula persetujuan dalam masa 10 hari.... TAPI !! aku tidak boleh menghantar maklumbalas tersebut begitu saja sebaliknya aku perlu membuat pesanan dan pembayaran sebagai tanda belian ke atas mana-mana barangan Best Products yang aku suka dengan nilai RM179 dan ke atas secara keseluruhannya.

APAKAH PRODUKNYA?
Dari apa yang di hantar pada aku ini, terdapat pelbagai barangan yang boleh aku pilih untuk di beli antaranya set cadar, alas meja makan, set teko mini, jubah, set tuala, jam tangan, set periuk keluli tahan karat dan lain-lain lagi. Harga untuk setiap barangan ini bermula daripada RM59 sehingga RM299.

Terpegun juga aku ni apabila melihat harganya. Tambahan pula aku ini ibu beranak enam maka bagi aku untuk membeli sehelai jubah dengan harga RM299 memang aku tidak mampu walaupun turut di tawarkan dengan seutas gelang pandora bernilai RM89 sebagai hadiah. Maka, aku mengambil keputusan untuk membiarkan saja surat ini tanpa membalasnya sama sekali.



DI HUBUNGI LAGI
Ya! Aku mendapat surat daripada pihak Best Products sekali lagi selepas itu. Wah! Gigih betul mereka berkerja untuk menaikkan nama syarikat ya. Maaf lah, aku memang benar-benar tidak mampu. Jika di rendahkan jumlah pembelian daripada RM179 kepada RM30 saja mungkin aku boleh berfikir dua kali tetapi jika sudah cecah ratus-ratus sedangkan percent untuk menang adalah amat kecil maka aku tidak berani untuk mengambil risiko.

Semakin aku takut untuk turut serta adalah apabila terbaca maklumbalas daripada ramai orang di luar sana melalui halaman facebook Best Products sendiri. Ramai juga yang meninggalkan komen mengatakan bahawa Best Products ini menipu. Benar atau tidak itu aku tidak pasti.

ANTARA KOMEN YANG DI TINGGALKAN...............





DI HUBUNGI DARIPADA - 03-2716 6333
Aku juga pernah mendapat panggilan sebanyak beberapa kali dairpada 03-2716 6333. Di sebabkan aku ini seorang yang tak suka angkat call sembarangan maka aku check nombor tersebut melalui aplikasi 'whocallsme'. Rupa-rupanya nombor tersebut adalah daripada pihak Best Products.

Dan bila aku check di 'whocallsme' ternyata ada juga orang lain yang terut menerima panggilan yang sama.

Boleh baca lebih banyak komen DI SINI

KESIMPULAN
Pada yang telah berjaya menjadi pemenang, tahniah aku ucapkan. Pada yang tidak berjaya, aku tumpang simpati dan pada yang baru berfikir-fikir untuk menyertai aku sarankan supaya meneliti dulu semua syarat-syarat yang telah di tetapkan.

Terus-terang, aku tidak mahu menyokong mana-mana pihak. Tujuan aku berkongsi perkara ini adalah untuk berkongsi pengalaman aku sendiri. Betul atau tipu? Boleh percaya atau tidak? Itu semua bukan hak aku untuk menentukannya. Masing-masing ada akal fikiran maka fikirkanlah sendiri.

Pada yang berani untuk mempertaruhkan nasib untuk cuba-cuba menang, silakanlah DAN pada yang tidak berani seperti aku sila hormati keputusan orang lain di luar sana.

Apa pendapat ualls?? 


15 comments:

  1. kalau gee memang tak join dah..huhu

    ReplyDelete
  2. Suami ada terima gak surat daripada best produk ni tapi dia abaikan

    ReplyDelete
  3. Kakcik dan suami pun banyak dapat 'surat' dari BP ni...tapi semuanya di tongsampahkan saja...

    BP ni ala2 Reader's Digest versi Melayu.

    ReplyDelete
  4. omg, ada sorang pakcik ni ada suruh sha taipkan surat nak hantar kat dorang ni sebab nak menang 150 ribu tu haish

    ReplyDelete
  5. Haish tak berani la join macam2 ni.. Scam merata2 sekarang ni. #masihtraumakenarompakharitu hahahaha

    ReplyDelete
  6. Sya dah dpt 11 surat daripada BP nie. Pemilihan ditangguhkan sbb dokumen tak lengkap and then kena order lgi brg dari diorang. My mom dah habiskan duit dkt 1000 dah. Katanya 31 Mac 2018 nie last utk kempen nie. Wallahualam betul atau tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade x surat yg die bg tu sekali dengan kad..

      Delete
    2. ada..saya pun dapat..tarikh 25 April 2018

      Delete
    3. Sama ja mcm sya. Hari nie 19 April sampai lgi 1 surat dari BP ... Dah suruh blacklist nma tp buat tak endah ... At the end setiap kali surat sampai bakar ja

      Delete
    4. Sama ja mcm sya. Hari nie 19 April sampai lgi 1 surat dari BP ... Dah suruh blacklist nma tp buat tak endah ... At the end setiap kali surat sampai bakar ja

      Delete
  7. Yup ada. Kad tu sya simpan tapi surat2 tu semua sya dah bakar. Geram punya pasal. Org dah tak nak beli tapi surat tetap jgk sampai. My mom dah taksub sngt dgn BP nih sampai bergaduh. At last sya bakar terus. Haha sng hati. Mmg penipu BP nih.

    ReplyDelete
  8. What d hell..knape pihak berkuasa x amik action dgn bende2 ni eh..dh la publish kt local newspaper..KPDNKK pun jd patung berhala je skang ni..

    ReplyDelete
  9. Ye ke scam. Sy ada daftar bulan lepas.dan td baru terima call Dr ni yg sama mcm kt atas tu. Dia tanya dh dpt brg ke belum. Pelik gak sy xde buat pesanan mcm mana boleh dpt brg? So dia ckp akan semak semula n akan hantar surat. Jdnya, kalau surat sampai nanti, boleh je ye abaikan? Mohon pandangan sedara sedari sekalian.

    ReplyDelete
  10. yeke..saya pn ad main jgk..kira nk finaly dh,siap dpt cek contoh utk bukti bila pyampaian anugerah nnt..saya pon mcm percya jgk..xthu nk percya ke tidak..tp depa mcm bg harapan yg tinggi kt org..lpas ni xnk dh la..tkot plk tgok komen3 yg org mrah3..

    ReplyDelete