Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TAK BERANI TANGGUNG RISIKO DENGAN - BEST PRODUCTS MALAYSIA

BEST PRODUCTS MALAYSIA - Ini adalah kali pertama aku mendengar nama itu. Itupun setelah terbaca sebuah artikel yang di paparkan di dalam lamanweb utama KarangKraf yang bertarikh 07 Jun 2017 yang lalu. 

Di dalam artikel tersebut di nyatakan bahawa seorang surirumah telah berjaya memenangi sebanyak RM150K secara tunai daripada Best Products oleh Home Direct Shopping Sdn Bhd. 


Terkesima aku apabila terbaca akan hal ini. Wah! Murahnya rezeki mereka. Namun aku yakin bukan mudah untuk memenangi $$$$ tunai dengan sebanyak itu. 

Yelah, RM150,000 okay bukannya RM150. Maka aku luaskan lagi pencarian dan kali ini aku berjaya menemui lebih banyak gambar pemenang dengan bantuan daripada Mr.Google.



Tetapi, terdapat satu perkara yang membuatkan aku sedikit musykil. Aku musykil kerana kebanyakan pemenang adalah di kalangan golongan warga emas. Dah kenapa? 

Setahu aku jika ada pertandingan begini pastinya warga muda akan berlumba-lumba ikut serta. Dek kerana persoalan yang timbul inilah maka aku mengambil keputusan untuk lebih ambil tahu tentang Best Products ini.

Langkah pertama yang aku buat adalah dengan mendaftarkan diri melalui lamanweb Best Products Malaysia. Sebelum itu aku sempat juga membaca pengenalan ringkas mengenai Beest Products ini dari lamanweb tersebut.  

HOME Direct Shopping Sdn Bhd (HDS), syarikat penyedia khidmat pesanan pos bagi produk di bawah jenama Best Products. Berikut adalah sebahagian maklumat dari Internet.


Hampir seminggu selepas itu aku telah menerima sepucuk surat berserta dengan pengenalan syarikat, produk-produk yang di jual berserta harga termasuk juga hebohan tentang peluang untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk wang tunai sebanyak RM150,000 sebagai hadiah utama daripada Best Products Malaysia.

 

Apa yang membuatkan aku sedikit tergamam adalah apabila terbaca pada satu bahagian di dalam surat ini yang mengatakan bahawa aku telah terpilih sebagai salah seorang peserta untuk berjuang demi memenangi hadiah sebanyak RM150,000 berdasarkan tarikh lahirku sendiri. 

Eh eh dah macam cabutan la pulak. Boleh tentukan senarai peserta berdasarkan tarikh lahir.

Belum apa-apa dapat tahu bakal menangi hadiah utama yang lumayan daripada Best Products, lain macam betul.  



Berdasarkan surat itu lagi, untuk melayakkan aku mengambil bahagian bersama peserta yang lain, aku perlu menghantar semula persetujuan dalam masa 10 hari.

Tapi ada syarat pula. Katanya aku tidak boleh menghantar maklumbalas tersebut begitu saja sebaliknya aku perlu membuat pesanan dan pembayaran sebagai tanda belian ke atas mana-mana barangan Best Products yang aku suka.

Harga pembelian dengan nilai RM179 dan ke atas secara keseluruhannya.

Apakah Produknya Yang Ditawarkan Oleh Best Products Ini?

Dari apa yang di hantar pada aku ini, terdapat pelbagai barangan yang boleh aku pilih untuk di beli antaranya set cadar, alas meja makan, set teko mini, jubah, set tuala, jam tangan, set periuk keluli tahan karat dan lain-lain lagi. Harga untuk setiap barangan ini bermula daripada RM59 sehingga RM299.

Terpegun juga aku ni apabila melihat harganya. Tambahan pula aku ini ibu beranak enam maka bagi aku untuk membeli sehelai jubah dengan harga RM299 memang aku tidak mampu walaupun turut di tawarkan dengan seutas gelang pandora bernilai RM89 sebagai hadiah. 

Maka, aku mengambil keputusan untuk membiarkan saja surat ini tanpa membalasnya sama sekali.



Dihubungi Lagi dan Lagi

Ya! Aku mendapat surat daripada pihak Best Products sekali lagi selepas itu. Wah! Gigih betul mereka berkerja untuk menaikkan nama syarikat ya. Maaf lah, aku memang benar-benar tidak mampu. 

Jika di rendahkan jumlah pembelian daripada RM179 kepada RM30 saja mungkin aku boleh berfikir dua kali tetapi jika sudah cecah ratus-ratus sedangkan percent untuk menang adalah amat kecil maka aku tidak berani untuk mengambil risiko.

Semakin aku takut untuk turut serta adalah apabila terbaca maklumbalas daripada ramai orang di luar sana melalui halaman facebook Best Products sendiri. Ramai juga yang meninggalkan komen mengatakan bahawa Best Products ini menipu. 

Benar atau tidak itu aku tidak pasti. Antara hadiah yang ditawarkan oleh pihak Best Products memang menarik tapi lebih banyak komen mengatakan yang best products ni sebenarnya adalah penipu dan scammer yang hanya nak ambil kesempatan. 

ANTARA KOMEN YANG DI TINGGALKAN itu adalah :







DI HUBUNGI DARI NOMBOR - 03-2716 6333




Aku juga pernah mendapat panggilan sebanyak beberapa kali daripada 03-2716 6333

Disebabkan aku ini seorang yang tak suka angkat call sembarangan maka aku check nombor tersebut melalui aplikasi 'whocallsme'. 

Rupa-rupanya nombor tersebut adalah daripada pihak Best Products.

Dan bila aku check di 'whocallsme' ternyata ada juga orang lain yang terut menerima panggilan yang sama.



Yang terbaru sekali, dah tak dapat surat melalui pos sebaliknya dapat ajakan melalui email.... malah jumlah hadiah juga telah dinaikkan ke RM300K. 

Tak hanya itu, ia turut muncul di dalam blog-blog menerusi kod syarikat pengiklanan. 

Jadi jika ternampak iklannya di mana-mana untuk ambil tahu tak salah tetapi untuk join silalah berfikir dulu dengan semasak-masaknya.





Read This : 

Kesimpulan 

Pada yang telah berjaya menjadi pemenang Best Products, tahniah daku ucapkan. Pada yang tidak berjaya untuk kempen Best Products, aku tumpang simpati. 

Dan pada yang baru berfikir-fikir untuk menyertai peraduan untuk menang sampai RM300K dari syarikat Best Products ni, aku sarankan supaya meneliti dulu semua syarat-syarat yang telah ditetapkan dan sila ambil kira juga berapa % peluang untuk menang tu.

Sama ada Best Produts penipuan atau tidak, itu semua daku tidak tahu. Terus-terang, aku tidak mahu menyokong mana-mana pihak. 

Tujuan aku berkongsi perkara ini adalah untuk berkongsi pengalaman aku sendiri. 

Betul atau tipu? 

Boleh percaya atau tidak? 

Itu semua bukan hak aku untuk menentukannya. Masing-masing ada akal fikiran maka fikirkanlah sendiri.

Pada yang berani untuk mempertaruhkan nasib untuk cuba-cuba menang, silakanlah dan pada yang tidak berani seperti aku ini, sila hormati keputusan orang lain di luar sana.

Ohya, jangan lupa untuk follow blog ini [ KLIK SINI ] dan jika rasa artikel ini bermanfaat bolehlah SHARE untuk di baca oleh orang lain. Jika ada sebarang pendapat, cerita dan sebagainya sila tinggalkan pada ruangan komen di bawah.

Terima kasih



112 comments for "TAK BERANI TANGGUNG RISIKO DENGAN - BEST PRODUCTS MALAYSIA"

  1. kalau gee memang tak join dah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp knpe BP ni.. guna muka artis ya.. artisnye Dato'Jalaluddin Hassan, Ramlah Ram... Eee.. mmg xblh pecaya

      Delete
  2. Suami ada terima gak surat daripada best produk ni tapi dia abaikan

    ReplyDelete
  3. Kakcik dan suami pun banyak dapat 'surat' dari BP ni...tapi semuanya di tongsampahkan saja...

    BP ni ala2 Reader's Digest versi Melayu.

    ReplyDelete
  4. omg, ada sorang pakcik ni ada suruh sha taipkan surat nak hantar kat dorang ni sebab nak menang 150 ribu tu haish

    ReplyDelete
  5. Haish tak berani la join macam2 ni.. Scam merata2 sekarang ni. #masihtraumakenarompakharitu hahahaha

    ReplyDelete
  6. Sya dah dpt 11 surat daripada BP nie. Pemilihan ditangguhkan sbb dokumen tak lengkap and then kena order lgi brg dari diorang. My mom dah habiskan duit dkt 1000 dah. Katanya 31 Mac 2018 nie last utk kempen nie. Wallahualam betul atau tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade x surat yg die bg tu sekali dengan kad..

      Delete
    2. ada..saya pun dapat..tarikh 25 April 2018

      Delete
    3. Sama ja mcm sya. Hari nie 19 April sampai lgi 1 surat dari BP ... Dah suruh blacklist nma tp buat tak endah ... At the end setiap kali surat sampai bakar ja

      Delete
    4. Sama ja mcm sya. Hari nie 19 April sampai lgi 1 surat dari BP ... Dah suruh blacklist nma tp buat tak endah ... At the end setiap kali surat sampai bakar ja

      Delete
    5. Saya pun dapat gak.. Pelik dari mana dia dapat alamat saya... Apapun tq blog ni.. Kalo x dah caya bulat2... Astaghfirullahalazim..

      Delete
  7. Yup ada. Kad tu sya simpan tapi surat2 tu semua sya dah bakar. Geram punya pasal. Org dah tak nak beli tapi surat tetap jgk sampai. My mom dah taksub sngt dgn BP nih sampai bergaduh. At last sya bakar terus. Haha sng hati. Mmg penipu BP nih.

    ReplyDelete
  8. What d hell..knape pihak berkuasa x amik action dgn bende2 ni eh..dh la publish kt local newspaper..KPDNKK pun jd patung berhala je skang ni..

    ReplyDelete
  9. Ye ke scam. Sy ada daftar bulan lepas.dan td baru terima call Dr ni yg sama mcm kt atas tu. Dia tanya dh dpt brg ke belum. Pelik gak sy xde buat pesanan mcm mana boleh dpt brg? So dia ckp akan semak semula n akan hantar surat. Jdnya, kalau surat sampai nanti, boleh je ye abaikan? Mohon pandangan sedara sedari sekalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je abaikan.. .surat yang dihantar kepada kita bertimbun dah dibuang ke tong sampah

      Delete
    2. Kalau surat sampai sekali pun kena order barang diorang dulu. Then post. After that repeat the same thing sampai dah beribu3 duit habis at the end habuk pun tarakk. 15k tu umpan shj. So sila abaikan kalau surat2 dari BP nie sampai. 😊

      Delete
  10. yeke..saya pn ad main jgk..kira nk finaly dh,siap dpt cek contoh utk bukti bila pyampaian anugerah nnt..saya pon mcm percya jgk..xthu nk percya ke tidak..tp depa mcm bg harapan yg tinggi kt org..lpas ni xnk dh la..tkot plk tgok komen3 yg org mrah3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipuuu niiii..siap agik konon2 cheque..hahahaha sama macam readers digest...janganla sesapa percaya..tak pepasal jek nnti bazir duit beli pape

      Delete
  11. saya dan isteri juga pernah melanggan barangan best product sampai ke final.. tetapi agak terkilan juga dengan barang yang dipaparkan dalam katalog tak sama dengan kualiti barang yang di terima... kualiti barang sangat rendah dan harga pula mahal.. lebih baik beli barang yang tidak berkualiti dikedai murah je.Banyak lagi kedai lain yang menjual barang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan dan murah jika dibandingkan barangan best product...bagi yang nak mencuba tu, lebih baik jangan ye..nanti menyesal seperti saya sebab habuk pun tak dapat.. duit pula berapa ribu dah melayang asyik beli barang tetapi barang yang diterima pula sama kualiti dengan barang di kedai murah...

    ReplyDelete
  12. Baru jer dapat call dr BP.. Dah Baca comment ni baru rasa Mcm tersedar..tq semua..

    ReplyDelete
  13. Woww..sy pun dpt surat arini..teruja nya..kaya la x lama lagi..

    ReplyDelete
  14. BP tipu.. Bakar je surat 2

    ReplyDelete
  15. Dlm newspaper pun ada pasal product nie .

    ReplyDelete
  16. Dlm newspaper pun ada pasal product nie .

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah xnk terjebak la abaikn simpan duit.

    ReplyDelete
  18. BP nie mmg kasi harapan tinggi. Mostly kpd org2 yg dah berumur. Sbb mudah nak trick org2 tua. Pemenang2 tu semua tak pasti lah betul ka tak. Wallahualam. Siap masuk dlm newspaper bagai. Sampai skrg surat2 tu asyik sampai ja. Anyone mcm mana nak stop benda nie???? Bodoh betul BP nie.

    ReplyDelete
  19. Samala saya pon dapat. Tarikh dateline kempen yg lompat2. Mcm tipu je. Da 2k abis.. lastly malas nak hantar. Musykil la guna nama artis2. Buat org teruja je.

    ReplyDelete
  20. Thanks kpd sis sbb share hal ni.. sy bru jer terima surat dri syarikat tu.. woww 150k... gile x nk.. mula2 rasa mcm nk hntr n pilih mne satu produk yg boleh beli.. tpi produk yg di jual mcm x masuk akal mahalnya dri tempat lain.. bila dpt surat ke dua.. aiii knp kod x sama dgn surat pertama kod sah utk menang 150k dari situ laa sy try google ke sahihan syarikat ni.. terbaca blog sis tentang info2 syarikat ni..mesti ramai dh tertipu kan... hati2 sblm buat keputusan selidik dulu..

    ReplyDelete
  21. Sy kebetulan tgh baca paper kosmo..terus google best product terjumpa blog ni..terima kasih kerana memberi info awal..melalui komen yg dbaca xde cara ke nak stopkan scam ni? Duit orng je dia pusing balik utk tawar hadiah tu..

    ReplyDelete
  22. Baru ja dapat surat best products. .... huhuhu mujur lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dh berbulan jadi mangsa lg banyak yg saya rugi dan diganggu emosi ganguan halus saya sangat menyesal dan sangat kecewa tiap hari tiap masa diganggu keresahan hidup dihina dicaci ermm

      Delete
  23. Saya pun terima dua kali sampil ni betul ke ni mcm tak percaya je, dia ckp saya pemegang kod acsess untk berpeluang menang 150,000. Jika saya hantar balik dlm masa 10 hari beserta pesanan tapi tadi pegi terus utk siasat di tempat alamatnya hairan sekali alamat tidak betul dan tak dpt jumpa ofisnya.

    ReplyDelete
  24. Saya pun ada terima surat daripada BP. Produk yg mrk jual harga sgt mahal. Sblumni sy pernah beli kapsul baraka kt stokis di Kg Baru. RM10je sekotak. Tp BP jual RM89. Byknya BP kaut untung. Jd , berhati-hati sblum membeli. Jgn terpedaya dgn taktik dan helah mrk.

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah...pun sama dapat tadi, dah nak beli dah...Mujur ambe cerdik sikit, google dulu🤗

    ReplyDelete
  26. betul ke scam tuan puan semua? saya dgn ayah saya dah nak dekat 4k perhabiskan untuk best produk ni. and saya dah baca komen semua tp saya heran dari 2016 sampai skg ni still ada lg best produk? kalau betul scam, 3 tahun pihak berkuasa tiada tindakan? pada siapa saya nak pertanggungjawabkan?

    ReplyDelete
  27. Sy br je terima surat dr BP td..terexcited la plk..nasib baik goggle dulu..alahai..so simpan buat kngn jela surat ni..tp pelik..dr mane diorg dpt maklumat diri kite ye?

    ReplyDelete
  28. Ye kita² ni dh kena tipu non BP

    ReplyDelete
  29. baru dpt surat hri ni,so excited..150k kot,sape x nk..

    ReplyDelete
  30. Memang menipu sangad², allahu keluarga saya dari tahun lepas lagi hantar surat ni. dah beribu duit habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi just nak tanya, so macam mana ya ? Duit dapat balik ke tak ?

      Delete
  31. Terima kasih atas pendedahan ini. Sy juga terima surat. Asalnya sy join kuiz dlm FB atas nama Aura white. Sekali bila bg details..keluar pasal BP. Mmg rasa tertipu la. Drpd katalong kita boleh nilaikn..sejadah harga x masuk akal. Mmg gelak2 sorang2..adoi, tipah jgn tertipu!

    ReplyDelete
  32. Saya dah beribu beli barang best produk. Kebanyakan barang yang dibeli bukan yang bekualiti. janji macam macm.dan sekarang ni barang saya yang pesan berharga RM300.00 masih belum diterima dah sebulan barang saya tak diterima. Surat sampai dengan berbagai janji....sebab saya orang susah, nak duit 150k untuk bayar rumah...now saya kena tanggung rugi sebab best produk janji nak call saya tapi tak call

    ReplyDelete
  33. Saya pun baru dapat...surf bet jumpe blig nie..tq for d info

    ReplyDelete
  34. Saya pun baru dapat surat, dengan segala hormatnya dipersilakan ke "Tong Sampah".

    ReplyDelete
  35. Terbaca semua komen diatas.mak mertua saya dari tahun 2015 dah join peraduan nie.sebelum saya kahwin lagi.sedih sbb mak mertua saya masih lagi degil dan percaya.semalam saya pulak bank-in kan untuk dia sebab dia berharap sgt menang.tak tahu nak nasihatkan macam mana lagi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula ayah saya pun sama mcm mana nak hentikan benda nie yea..

      Delete
  36. I received this mail from BP but don't know whether how it can know my email address. I don;t know whether this is true so easy can just win RM150K. Anyone have any idea whether this is legitimate.

    Please clarify. Thank you.

    ReplyDelete
  37. I also have just received an address from BP. I don't know how they can get my email address. Anyone knows is this legitimate? I don't think it is so easy just by one click people can win RM150K.
    Anyone can clarify? Thank you.

    ReplyDelete
  38. Asslm ayh sy baru dpt jgk..syukur x submit ap2 lg..nasib sy search dlu tntang BP ni..

    ReplyDelete
  39. Saya pun dpt surat dr bp ni,siap contoh cek 500k.bbrp hr lps dpt surat dia call plak tp sy tk layan.hari ni dpt msj plak.yg peliknya dr mana dia dpt alamat dn no tpon sy tu??

    ReplyDelete
  40. Byk terima kasih bagi info BP, pg ni dpt 2 misscall pkl 9.10 & 11.10 dari 0376278499...
    Bila I cuba call balik, dgr rakaman "Terima kasih memanggil BP..."
    I pun trus henti call, sbb I fikir knp BP byk kali col., sbb tu I Google BP dan dpt baca blog sis.

    Harap ramai blh dpt baca blog sis ni dan buat keputusan yg bijak masing2.

    ReplyDelete
  41. Sy pon saja2 nk try...mmg btul barang kualiti sngat teruk. Barang pasar mlm lg elok.. Pastu satu barang sy oder pasu vintage Yg dpt food container yg murah.. Apa daa... Nk kata nyesal tak juga sbb sy sj nk test apa yg orang kata best produk menipu. Ternyata menipu. Kot ye pon hrga bnda yg dijual asal rm50 jd rm99 bleh diterima la. Ni hrga betul rm10 jd rm99. Jauh sngat

    ReplyDelete
  42. Thanks for the info...sy pun baru dpt surat dr bp.. Yg mghairankan sy mcm mn ada artis yg terlibat. .Cuba tgok video2. Kt ytube...byk dh rupenye kempen dorg nih.. Mcm mn boleh ada pemenang.. Musykil2🤔😇🙆

    ReplyDelete
  43. Jgn bazirkn wang anda dgn scammer ni.. sy dh kena dpt brg pesanan yg xde kualiti..skrg pun masih dpt borang tp sy bakar je

    ReplyDelete
  44. Thank you for sharing.. sya pun dpt surat TAHNIAAH !!! tp sya abaikan. Dia htr SMS plak.. Hariakhir utk pengesahan.. sya terus Google and jupe info sis.. Good info... Terima kasih yea....

    ReplyDelete
  45. kalau terima surat BP tu kat rumah ,nak buat apa ye dgn surat tu? saya beli barang on9 dan dekat parcel saya tu ade sticker mengenai peraduan ni, saya terus call dan ade orang yg angkat call saye tu, mmg ternyata tu drpd syarikat , dia bersambung terus dgn staff dia, dan lepas saya call saya mcm tak sedap hati ,kemudian saya terus search google dan terjumpa blog ni , meremang bulu roma saya sis. masa saya call tu dia ade mintak alamat rumah dan nama berserta tarikh lahir, bahaya tak? dan surat yg akan sampai kat rumah tu nak buang terus ke mcm mane, ?

    ReplyDelete
  46. Ada seorg dlm ahli keluarga sy. suka sgt beli best product. First day masa terima surat ni. Dah tahu surat tu menipu. Fikir logik la. Kalau benar best product ni mmg bg peluang utk menang.dah lama ada dlm tv, newspaper. Benda2 yg public boleh tahu. Oh, ada cabutan bertuah. Ahhh. Sangat tertekan. Kalau dibakar surat tu, si dia marah. Dr tahun 2015 sampai skrg dia beli. Rsanya harga jumlah dia melabur. Melebih hrga cabutan tu.

    ReplyDelete
  47. Isteri saya dapat surat BP. Dia xder kat rumah so saya bukak lah. Waah marketing campaign dia nampak hebat ! Cabutan RM150K ? Saya amati kandungan pamphlet BP secara detail. Sah penipu ! Ada ke electrical repair kit RM59. Benda yg sama boleh beli kat kedai RM2. Barang2 lain smua dilambungnya harga. Bloated !
    Kpd semua yg terima surat BP tok sah percaya. Agenda dia nak menipu. Badan penguasa dah terima aduan kenapa tak bertindak ? Goyang telor yer ?

    ReplyDelete
  48. Fuhhh....aku baru terpikir nak main benda ni...dlm ati, alaaa saje join, mane tau rezeki kan...last year ade dpt surat2 BP, tapi mmg abaikan, cume lately ni terasa nak main....nasib tergerak nk google...harga mmg x masuk akal...bila pk-pk balik dr situ la dia dpt untung...pandai kan dorg bisnes....harga brg kat luar baru rm10 tapi BP jual rm99...byk woo untung dorg....

    Aku bace komen atas2 td, kenapa xde ambik tindakan...maybe cara dorg bisnes tu betul, jual brg kite pun dpt brg...so dorg x salah...yg cabutan rm150k rm300k tu strategik pemasaran sorg jerk....cuma kite ni pengguna ni ke pandai menilai...jgn cpt goyang 😁...

    Apepun tq pd blogger ni, klo x gitu sy pun akan terjebak 🥴

    ReplyDelete
  49. Saya dah Mula terjebak dah 2 tahun smpai lah Hari ini terima sampul besar BP pemberitahuan terakhir pembayaran hadiah utama..profile pencalonan pemenang..setiap Kali kempen brakhir calon gagal dokumen x lengkap atau x terima pada hal semua dah hantar siap on time lg Hari Ni terima terus hantar tapi alasan Sama dokumen x lengkap x Tau apa yg x lengkap dah beribu habis setiap Surat yg dtg lebih memberi harapan tapi palsu Dan sehingga kini barang yg di pesan pd bln januari 2019 masih belum diterima asyik suruh hantar aduan tapi satu tindakan pun x jalan.

    ReplyDelete
  50. Hmm sapa lg yg dpat untuk bulan ni??? Nk tngok klau ramai dpt maknanya scam la tu

    ReplyDelete
  51. aku bru dpt surat dlm sebulan ni..wife dah beli brg..hangus rm268..brg yg sampai dua jenis..mangkuk krom pjg sejengkal kedalaman 4 inci..kualiti mcm kat kedai biasa2 ja.lagi satu kain cadar..ingat lau bli kat luar dua brg ni x smpi rm50..ni spi surat lagi..semua nak pancing ja..

    ReplyDelete
  52. Saya pun dah berkali kali dpt surat

    ReplyDelete
  53. Minta nasihatkan nie. Saya ditawarkan sebagai pemenang dan hadiah akan dihantar dlm masa 24 jam. Boleh percaya ker nie.

    ReplyDelete
  54. Assalammualaikum
    Sy di tawarkan harga rm300.000.00 ribu..dngn blanja sebnyak rm179.00 sahaja..anda akn trpilih menjadi calon pemenang..tu bru calon..ps tu sy ragister dkt wibsite dia..sy beli cermin mata..klau dkt lazada bru rm8.00..dkt best produst rm38.00 skali penghataran rm48.00..pas tu sy sah kan pembelian tampa tamba ape² diposit..lepas sand dia kate tahniah ada telah berjaya membuat pesanan..barang dan sijil pemenang akan smpai secepat munkin di halaman rumah..pembayaran di pos penghantaran..skrang tngh tggu brang smpai..dah 2 hari..tpi stay blom smpai..klau betoi la..boleh gila klau dpt..😵 mau buntang bijik mata kira duit..hahaha..now tngh tggu jawapan..nnti ape² sy update..sblom tu sy nk tnye..ade spe² yg betol² penah menang dlm best produt nie..n siapa boleh dpt kan nom artis dalam web bestproduts nie...klau dpt nom artis nie boleh cll tnye dpt kan kepastian..

    ReplyDelete
  55. Assalammualaikum..sy nk tnye ade kewr spe² yg betol² pernh dpt duit yg di tawar kan oleh bestprodust nie...

    ReplyDelete
  56. Ade sape² yg pernah menang yg baca website nie..tolong updatre..ok

    ReplyDelete
  57. Pg ni trima sampul besar dari J/Kuasa Pemilihan BP, bukak ada kad kredit tp kad kertas, pastu bukak surat ber seal ada kod peribadi, pd surat profil pencalonan pemenang hadiah utama RM300,000 ada stiker, aku suluh ngan torchlight no pin tu sama ngan kod peribadi, wah aku dh menang hadiah utama, tp ngape ada borang beli brg siap ada 2 stiker dh print teko RM99 dn sejadah RM 89, ni mesti ada sesuatu muslihat, 2 brg ni je total RM188 + pos RM20 dh jd RM208. Aku google dpt blog pn, aku ikut takut tk brani mcm pn juga, komen2 blogger sungguh byk bg info, lps ni aku bakar je surat BP lahanat ni. Tq semua. Lebih baik beli kt Shopee & Lazada, leh banding rega kos, shipping pun free

    ReplyDelete
  58. Saya setiap tahun akan terima email daripada pihak Best Produk tentang peluang untuk menerima hadiah lumayan.Baru-baru ini jumlah hadiah yang ditawarkan berjumlah RM300,000.00..Wah!memang tersangat mengujakan.Namun,syarat yang dikenakan,kita perlu melanggan produk-produk yang mereka senaraikan untuk kita beli. Walau bagaimanapun, setakat ini, saya belum pernah lagi membalas email tersebut.Saya pun tidak yakin untuk dapat hadiah tersebut

    ReplyDelete
  59. Aku sampai nak gaduh ngan nenek aku pasal benda ni. dia dh beratus dh habis duit kt best ptoduct hanat ni, ke dah beribu tah, aku bagitau ni semua membongak bukan dia nak caye. malas nak layan.. barang2 dia pon murahan je, tak setanding ngan harga. tlg aku cemana cara nak explain kt nenek aku pasal benda ni?? aku dah tunjuk dia dah blog ni. dia tetap nak teruskan. sedih!

    ReplyDelete
  60. Bisnes mudah dan ada unsur2 manipulation...
    Kenapa syarikat ni kekal tanpa diambil tindakan? Dan kenapa mereka lebih menumpu kpd warga emas?
    Utk kekal dan nampak telus pemenang sperti yg dijanjikan akan ada pd setiap bln drpd kalangan pserta, bayaran hadiah utk pemenang tak merugikan syarikat malah menguntung syarikat, contoh mudah setiap hari secara purata yg akn tetarik dn sterusnya tertipu dgn mereka diseluruh negara katakn lah 200 org, dan setiap seorg menyumbang 100ingit shaja(mngkin lebih) dah dah jd 20,000 sehari x 26 =520,000
    Hadiah kpd pemenang2 atau pay out dibyar dgn nilai 250,000..masih lg berbaki 270,000 tolak gaji pkerja tolak sewa opis dan lain2 kos 100,000...penganjur dpt untung bersih 170,000 sbln...wowwww good bisness..cara sepet nak kena org coklat sgt mudah...renung2 kan

    ReplyDelete
  61. Memang scam ni.
    Dengan 1 pesanan sahaja, anda dikatakan boleh memenangi Hadiah Perdana RM300 ribu di mana pembayaran adalah dalam tempoh 24 jam.
    Apabila 1 pesanan tersebut melebihi RM179, anda akan mendapat Hadiah Bonus juga iaitu kereta Perodua Myvi + RM50 ribu.
    Jangan percaya dengan tipu ini.
    Barang2nya juga adalah lebih mahal daripada harga biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru juga dapat surat ni siap ada sorang prempuan datang ke rumah dan tunjukkan kad gores dan menang 300k

      Delete
    2. Saya baru juga dapat surat ni siap ada sorang prempuan datang ke rumah dan tunjukkan kad gores dan menang 300k

      Delete




  62. Kepala otak kau BestProducts..tempoh hari aku order lain kau bagi lain, kau hantarkan aku gelas (mug) xkanlah gelas (mug) bodoh macam tu harga sampai Rm70@80, aku XVIRALKAN pun dah kira nasib baik, kau jangan lagi nak tipu dan bodohkan oranglah BestProducts woiii, puihhh!!

    ReplyDelete
  63. Hari ini ada surat dari syrkt Ini ku terima!!!!

    ReplyDelete
  64. terima kasih blogger... sib baik terbaca blog ni. Sape tak nak klu nak menang ratus ribu. Rupenya nak cari untung dgn menipu orang. Terang2 menipu. Saya baru cuba2 nak tahu apa produk yg ditawarkan dan macam mana nak menang. Alhamdulillah...dpt jumpa maklumat dan komen dari yg dah berpengalaman. Terima kasih kpd semua yg memberi pandangan.

    ReplyDelete
  65. tak berani lah nk join rancangan gini kak, beli barangan dia pun tak berani, tak pernah dengar pun produknya

    ReplyDelete
  66. Kalau sy mmg x berani.. Ingt senang nak cari duit.. Senang2 je dpt 😅😅paling kena korban byk tu.

    ReplyDelete
  67. Memang fishy2 la .. cara nk menang tu pun dah boleh rasa dorg ni scammer ... Barang pun Mahal sangat, hurm ...

    ReplyDelete
  68. Salam Sejahtera Saudari Siti Awadah,

    Saya, Pengurus Komuniti Best Products terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih di atas artikel yang ditulis oleh saudari mengenai syarikat kami di blog saudari - https://www.sishawa.com/2018/02/tak-berani-tanggung-risiko-dengan-best.html. Kami amat menghargai dan mengambil berat berkenaan segala maklum balas daripada para pelanggan kami kerana para pelanggan kami adalah keutamaan kami, dan juga sebarang komen atau pernyataan mengenai syarikat kami.

    Kami ingin mengambil peluang ini untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi kepada saudara mengenai latar belakang syarikat kami. Best Products adalah sebuah jenama Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (“HDS”) (No. Syarikat: 1110325-V), iaitu sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung melalui pesanan pos. HDS mempunyai lesen jualan langsung yang sah (No. Lesen: AJL 932090) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (“KPDNHEP”).

    Selain menjual produk melalui pos, Best Products juga menganjurkan kempen-kempen promosi sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan setia kami dengan menganugerahkan hadiah-hadiah menarik sama ada dalam bentuk wang tunai mahupun hadiah berbentuk lain yang setara dengan nilai yang diberikan.

    Selaras dengan terma dan syarat kempen, para pelanggan berkesempatan untuk merebut peluang memenangi hadiah-hadiah yang tersedia dalam tempoh setiap 6 bulan secara berterusan, atau mengikut tempoh-tempoh bagi setiap kempen promosi yang dijalankan oleh syarikat kami. Para pemenang bagi setiap kempen akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik oleh HDS berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan selari dengan terma dan syarat kempen kami. Kami adalah sebuah syarikat yang mempunyai lesen jualan langsung dari KPDNHEP, oleh itu, kami perlu mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan dan juga semua kelulusan yang diberi oleh pihak KPDNHEP.

    Seperti yang saudara sedia maklum, terma dan syarat kempen promosi kami telah disertakan di dalam setiap surat yang dihantar kepada para pelanggan dan juga diboleh dirujuk melalui laman web kami di www.bestproductsmy.com. Setiap terma dan syarat kempen promosi dan produk-produk yang dijual telahpun diluluskan oleh pihak KPDNHEP.

    Kami di Best Products sangat menghargai para pelanggan kami dan mereka mempunyai peluang yang sama untuk merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan, tanpa sebarang paksaan.

    Oleh itu, jika masih timbul sebarang kekeliruan dan kesulitan, kami amat mengalu-alukan para pelanggan untuk menghubungi pihak kami di talian Perkhidmatan Pelanggan mahupun melalui akaun media sosial Best Products. Kami di Best Products sentiasa bersedia untuk dihubungi dan berbesar hati untuk melayani para pelanggan.

    Akhir sekali, berdasarkan penjelasan kami di atas, kami percaya bahawa saudara lebih mengetahui mengenai syarikat kami sekarang ini. Sekian, Terima kasih.

    ReplyDelete
  69. Huh lega dapat baca artikel ni. rasa selamat la sikit daripada tertipu dgn pihak BP ni. By the way mcm mana nak tarik semula data peribadi yang saya telah beri tu eh? Rasa takut ya amat sgt ni. Dahla menipu org ja tau. Tak patut betul.

    ReplyDelete
  70. pekata kita lak scam dia..moh ramai2 register, pastu dia hantar surat kita pakat2 buat bodo jer.. biar dia rugi duit stem hehe..

    ReplyDelete
  71. Tq utk posting ni... Setelahbkkta semua baca dan tahu scam ni.. Semua kita tertanya2 macamana personal data kita terlepas pada beat product ni.... Saya dah tgk setiap helaian kertas yg dornag hantar dan ada satu part mengenai data peribadi tertulissegala permintaan, pertanyaan, asuan dna permohonan boleh dihantar antaranya melalui email kpd pegawai perlindungan data peribadi mereka. Mari kita beramai2 email untuk withdraw consent on our personal data to the company atau mana2 syarikat berkaitan dan minta mereka tidak menghantar sebarang kempen atau promosi kepada kita. Email tertera ialah customerservice@bestproductsmy.com. No tel 0327166363. Jawatan: Pegawai Perlindungan Data Peribadi Home Direct Sdn Bhd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Nk tnye lps sis email uh dorg ad reply apa2 ke?

      Delete
  72. Ah dui thanks for the sharing. Memang baru-baru ni dapat banyak sms dari pihak BestProducts, cakapnya saya dah dipilih untuk peluang memenangi RM300K. haha ^^ Hairan jugalah, at first bila baca sms tu, memang amount besar macam ni tempting, dengan wang sebanyak ni saya boleh beli banyak benda untuk ma & pa & so on... Tapi luckily my rational sense masih ada, tried google every sharing that's related to this matter...and look what happened! Mereka ni tak faham the word "hope" for some other people, and they simply used it against those innocent people for their own benefit! This is so cruel and sad! So Guys please stay alert and share this out, cuz it's still happening in 2020! Dahlah environment and hidup susah, BestProduct please start to think and act like a human being! The society will be much more healthier without "hope crusher" like you all.

    ReplyDelete
  73. Saya pun sdh bnyk dot surat n stiap surat sampai beli barang dh dekat rm1000 duit habis.kita ne org susah jdi dpt harapn mcm tu yakin lh yg kita ne menang.saya tetima surat hari tu lps vish hri jdi sya 15.3 tu surt smpi 17.3 mla dh bli barang.sya no abai kn tpi suami yg yakin bp ne.2,3 hri lgi barang akn smpi lgi.tpi sya akn fkir dlu nk trus kn atu trus stop.sbb tnya pda duta2 pn tk reply sms kita.

    ReplyDelete
  74. Alahai, surat pertama sampai pun sudah diabaikan, dia hntr pula surat kedua, dia siap tanya tak truja ke dgn hdiah diberi, siap ckp tye lagi tu tak tahan, oiii teruk product, manusia mane taknak duet, ko bagi duet kt org gile pun die nakk laah, dia siap tanya lagi ya atau tak, hahahaha pastu lebih hrga 50ribu siap suruh tnggal pelekat tak tahan, siap ade 1 2 3 bintang klu dpt, 3 dpt tv 65inc, 2bntg pngisar, 1bntg dpt gerudi, pstu llu ksong xde ape2, hahahahah ingat orang bodoh kerrr, mase nk tnggalkn pelekat tu dh agk msti 3bintang, sebab diorang tahu sape taknak tv oiii, dia ongt bodoh, ingt kbulur keee dah dpt 300ribu tamak btul nak bagiii, SETAN BETULLL BOODOOHH BEST PRODUCT OTAKKK KAUU LAHH SCAMMMERRRR!!!! PUNDEKKKK

    ReplyDelete
  75. Terima kasih blogger, tanpa anda mungkin juga sy terjebak dalam skim yg merugikan masa & wang rakyat ni...

    ReplyDelete
  76. saya customer Best Produck sejak 2015 lagi selalu order brg kadang2 brg order lain tak ada sampai brg lain yg sama harga dan ada jgk sampai sampul saja brg tak ada ty pos laju dia orang tak tahu je hilang rm300. Order jam dan bangles. Lepas tu order lagi baru sampai elok. Ttg contest tu sy tak harap sgt cuma sy minat produk dlm katalog. Kalau tak betul terpulanglah. Nawaitu bisnes ni biarlah jujur baru berkat. Kalau ada rezeki tak kemana

    ReplyDelete
  77. Ini semua sama macam TOTO tolong orang tipu orang,borang ada kat tangan saya sekali dengan pemetik api

    ReplyDelete
  78. I ada jugak komen kat ig bestproduct siap mention duta2 tnya diorg betul ka para pemenang ni or para pemenang ni just menyamar ja tapi takda satu pon duta yg berani reply my komen hmm..i just wonder why para pemenang mostly yg sudah berumur..my mom dah join this bullshit almost 1 year n nothing happen..duit dah habis almost rm7000 for this bullshit..i dah suruh my mom stop it but she really 100% believe it n still play on smtime boleh jadi gaduh dgn my mom pasal benda ni jaa my mom terlalu berharap dgn hadiah utama rm300 000 tu sbb yelaa kitorg bukan nya org senang and ofkos org akan berharap dgn kemenangan ni..so to bestproduct please please please stop giving hope for those yg sangat2 memerlukan wang tambah2 musim covid ni..duit dah habis beribu dah woii utk ur bullshit company!!!! DUIT TU AKAN JADI HARAM KALAU KAU MENIPU SELURUH PELANGGAN KAU!!!

    ReplyDelete
  79. Nasib saya tk pernah beli lagi..����baru hari ni surat ke dua dtg, katanya jemputan rasmi ke acara pganugerahan hadiah wang tunai bla bla bla..pdahal belum prnah buat pmbelian pun..����..dah lah blum dpt kerja skg ni..bulan puasa pula tu..����

    ReplyDelete
  80. Saya dapat surat dr bp 2 minggu lepas tp sebelum dapat surat tu ada yg call dulu confirm alamat no tel dan no ic tp saya bg ic salah main hentam ja no ic tu...lps dpt surat saya x layan tp ada yg call minta saya pilih brg x perlu susah2 isi borg pesanan dah boleh order terus dgn dua tp peraduan tu tetap saya boleh join..bila kata saya x tengok lg katalog dia suruh ambik katalog saya bg alasan tengah ada meeting online.lepas tu dia cakap ptg dia akan call lagi.ya mmg dia call lg tp saya x jawab sbb dok terfikir juga awat yg kalut sgt lg satu yg call tu dua2 cara cakap mcm india.llg satu brg yg dlm katalog tu semua saya x suka.hari ni saya dpt lg surat siap surat jemputan peribadi jd saya google cari selidik pasal hal ni.Alhamdulillah jumpa blog ni dan betul sangkaan saya..T.kasih semua sekadar perkongsian dr saya.Nak duit banyak kena usaha sebab semua tu tak akan datang bergolek.

    ReplyDelete
  81. Fuhh!!! Sangat bahaya best product cuma bagi harapan dgn umpan yg hampir sempurna. Tali pancingnya cukup halus utk dilihat. Sbgai pesanan kpd ikan yg kelaparan tu tlg selidik dgn detail dlu. Search betul² alamatnya betul² wujud atau tidak. Saya masih belum terkena dgn BP ni. Kalau fikir dgn akal yg sihat siapa nak bagi dgn mudah duit sebyk tu. Tgk la katalog yg dihantar, katalog maidin lg byak pilihan dan murah. Ehh tak terfikir ke kat mana ya toko, hipermarket, supermarket, pasaraya @ gudang BESTPRODUCT ni terletak? Fikir-fikirkanlah. Kita sudah diakhir zaman. Kesimpulan bagi saya ini semua mengarut.

    ReplyDelete
  82. Tq sis share story nie... Mula2 masa dpt call dorg uh pon dh pelik r.. tnye dh dpt ke sampul surat putih,sy jwblah xd.pelik jgk cmne dorg blh tau nme n almt umh,siap reconfirm balik plk btl ke x almt uh.Tp xigt plk ada sebut IC ke x mse dy call uh.Then bila sampai sampul uh tgk hrge brgnya MAHAL GILE so sy xd r kisah sgt.lps dpt sampul ke2 dorg ada call lgi tnye dh dpt ke smpul uh,dh buat mklumbls pe'beliankn ke.sy jwb r x..dh ckp jgk xnk cbb bknnya ada duit,lps uh siap pujuk2 lgi soh beli 1brg pon xpe utk peryertaan contests uh.lps uh dy ckp brg smpai bru byr so Sy nie pon t'pkselah beli jgk 1shawl uh.then bbrpe hari uh smpai lah jgk brgnya then byr by cash jelah mcm biase.Bile bkk shawl ny sama je mcm beli shawl biase je dkt luar uh yg rm10/15sehelai uh tp dkt dy je dh rm79,igtkn material nya b'kualiti lah jgk rupenya BIASA Je!Sgt m'nyesal beli,t'tipu btl.Lps uh tros menerus dorg anta sampul nie lgi smpai lah hari ini Tp xd r beli lgi,ckuplah aritu je skli beli xd r nk beli lgi.
    Cari2 jgk psl BP nie cmne nk hntikn sampul2 nie dari sampai umh cbb tension plk tgk semak je bln nie je dh 6sampul r smpai.ada jgk baca klau nk hntikn kne email n b'tulis then ad jgk t'baca dkt polisi uh kte kne byr fi."FI"APAKAH NYA? Mohon pencerahan dari kalian sume..Risau jgk bace yg data kte blh dipkai ke luar ngre plk.. mcmne nk buat nie??Risau dibuatnya

    ReplyDelete
  83. Tq sis share story nie... Mula2 masa dpt call dorg uh pon dh pelik r.. tnye dh dpt ke sampul surat putih,sy jwblah xd.pelik jgk cmne dorg blh tau nme n almt umh,siap reconfirm balik plk btl ke x almt uh.Tp xigt plk ada sebut IC ke x mse dy call uh.Then bila sampai sampul uh tgk hrge brgnya MAHAL GILE so sy xd r kisah sgt.lps dpt sampul ke2 dorg ada call lgi tnye dh dpt ke smpul uh,dh buat mklumbls pe'beliankn ke.sy jwb r x..dh ckp jgk xnk cbb bknnya ada duit,lps uh siap pujuk2 lgi soh beli 1brg pon xpe utk peryertaan contests uh.lps uh dy ckp brg smpai bru byr so Sy nie pon t'pkselah beli jgk 1shawl uh.then bbrpe hari uh smpai lah jgk brgnya then byr by cash jelah mcm biase.Bile bkk shawl ny sama je mcm beli shawl biase je dkt luar uh yg rm10/15sehelai uh tp dkt dy je dh rm79,igtkn material nya b'kualiti lah jgk rupenya BIASA Je!Sgt m'nyesal beli,t'tipu btl.Lps uh tros menerus dorg anta sampul nie lgi smpai lah hari ini Tp xd r beli lgi,ckuplah aritu je skli beli xd r nk beli lgi.
    Cari2 jgk psl BP nie cmne nk hntikn sampul2 nie dari sampai umh cbb tension plk tgk semak je bln nie je dh 6sampul r smpai.ada jgk baca klau nk hntikn kne email n b'tulis then ad jgk t'baca dkt polisi uh kte kne byr fi."FI"APAKAH NYA? Mohon pencerahan dari kalian sume..Risau jgk bace yg data kte blh dipkai ke luar ngre plk.. mcmne nk buat nie??Risau dibuatnya.

    ReplyDelete
  84. Harga dlm catalogue BP tu dh mcm harga yahudi mabok.. 4x mahal dari normal price.. Strategy marketing dia yg absolute utk menjerat org yg nm kaya cepat.. Yg peliknya knp pihak berwajib boleh biarkn

    ReplyDelete
  85. Hari ini aku pun dapat surat ni. Aduh kejap ckp dpt 50k hadiah perdana, kertas lg satu ckp rm300k. Mula2 dpt mcm excited. Baca pamplet semua mcm merepek merapu meroyan jer. Sapa sufian idris ni??? Last last google nm dia terus kuar blog ni. Huu selamat tgk blog ni. Tq yer owner blogger.

    ReplyDelete
  86. Terima kasih atas perkongsian info. Saya baru dot call dr BP skjp td...
    Sgt mngelitukan kerana katanya, dlt no contact sy dr pnyertaan peraduan online sdgkn sy xde pun sertai mana² peraduan. Sy decide abaikan dan terus search mklumat mngenai BP ni. Alhamdulillah... Sib baik x terjebak td

    ReplyDelete
  87. Best Products ni memang sungguh Best Scammer. Mereka guna cara halus perdaya mangsa. Ultimate goal mereka hanya nak jual produk mereka je sebenarnya. Bayangkan jika ada 10% drp sejuta yang mendaftar/membeli produk mereka, mereka dah pasti untung ratusan ribu ringgit. Jika 10 juta peserta lagi besar la untung mereka. Mungkin mereka mampu beri hadiah RM300k tu..no problem..tapi chances nak menang amat tipis sekali la...apapun terpulang la pada diri masing2. Cuma saya nak tahu...betul ka mereka yang bergambar tu benar2 dah menang hadiah 300k tu? Atau hanya gambar hiasan..fake?

    ReplyDelete
  88. Jangan lah percaya best Product ni...penipu....harap KPDNKK.ambil tindakan sekali dgn duta2 produk,Jalaluddin Hassan, Ramlah ram, Norman hakim dan seorang artis, Linda Raffar, sebelum banyak duit org2 melayu yg tertipu....saya dah kena....kain pelekat harga Rm129.00 sehelai produk lain barangan Cina ya harga lingkungan rm20.00 atau rm30.00 dijual dgn harga tm259.00 tapi nak hadiah rm300,000 punya pasal...beli jugak....dan ada sampai skrng tak dpt barang lagi...jgn percaya....pleasesurat akan sampai bertalu talu, beritahu kita akan jadi pemenang ptuiiii...

    ReplyDelete
  89. Best products ni menipu sebenarnye...modal kene banyak bab kene beli barang dia yg tak ape2 tu..... Barang semua yg dijual tu semua tak ape2 jenama... Pastu jual mahal2... Mcm semua barang yg dia jual kite boleh dapat kat kedai luar... Lagi murah yg berganda2.... Best product jual rm200... Tapi sebenarnye harga tak sampaipun mcm tu kat luar... Rm 20 je...lagipun barang yg dijual oleh best product tu mcm tiada kualiti....yg bekaratlah... Lagi baik kualitinye kat kedai RM2... Lepastu kalau barang yg kite nak beli tu tiada stock.... Sedap2 mereka je tukar barang lain yg takde kualiti dan tak setimpal dengan harga barang yg kite nak beli tu... Mcm ni saya beli handphone rm500, tapi di tukar kepada powerbank yg tah ape2 jenama yg kite boleh dapat kat luar rm60.... Ha mcm tu penipuan mereka.. Kat situ kite dah tau mcm mane dia menipu..kalau ramai yg beli... Dah berapa keuntungan best product dapat... Kat situ dia dah boleh bayar pemenang yg dijanjikan tu....cuba anda fikir betul.... Liciknye mereka menipu.....tu yg Kene ikut je arahan mereka dlm surat2 bodoh yg mereka bagitu.....tapi bagi mereka yg tak tau nak gunakan duit bak kate org dah banyak duit sangat bolehlah terus ikut pembohongan mereka....pada saya lebih baik anda bersedekah kepada yg memerlukan banyak ganjaran di akhirat nanti. Bagi mereka yg menipu ni hanya bahagia di dunia saja. Jadi saya taknak org lain tertipu dgn best product ni.....fikir2kanlah.....moga Allah swt melindungi kite semua dan mempermudahkan urusan kite semua. Aamiin 🤲.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.... Betul... Saya Dan suami pun dh terjerumus.... Duit habis mmbeli dah...dh dkt rm3k... Bukan ada duit sangat, Tapi nak usaha dpt... Snggup be kerja lebih... Tiap2 minggu mmbeli... Dgn harga rm230 ke atas... Minta dgn Allah bg petunjuk... Akhrnya jmp bloger ni.... Syukur

      Delete
  90. Aku pun dah banyak terima surat.katanya nama anda dicalonkan untuk hadiah rm300..dah sah penipu..guna nama besar artis2 terkenal dgn muka tersegih2 sokong penipu..

    ReplyDelete
  91. org best product ni x henti2 call aku dgn mcm2 no. kalo bukan scammer pun skrg ni dia dah jd spammer. buang ms aku btl best product ni. dgn iklan sms dia lg.

    ReplyDelete
  92. Bagus artikel ni. Tahniah penulis. Saya baru dapat surat dari BP. Mmg nak cari info berkenaan BP ni. So saya decide x follow la contest ni.. bunyik ayat mcm kalau kita beli n bayar barang dlm katalog mmg confirm dah kita dpt rm300k tu.. rupanya promo utk beli barang dia je.

    ReplyDelete