Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lambat Datang Haid Selepas Bersalin Adakah Itu Normal

Lambat Datang Haid Selepas Bersalin Adakah Itu Normal  | yang mengandung tidak akan mengalami period. Sebab itu, ada rasa berdebar bila tunggu haid pertama selepas bersalin. 

Hari ni aku nak share tentang kejadian yang pernah buat aku pelik suatu ketika dulu tetapi sangat bersyukur di masa sekarang. Kejadian yang aku maksudkan ini adalah berkaitan dengan haid. 

Ibu yang baru lepas melalui proses beranak pasti tertanya-tanya bila period selepas bersalin akan kembali kan? Di sini aku kongsikan jawapannya berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai ibu kepada enam cahayamata.


Terus-terang selepas bersalin haid akan lambat tiba semula terutama untuk ibu-ibu yang menyusu badan sepenuhnya. 

Percaya atau tidak, besar kemungkinan haid ini akan muncul kembali setelah usia anak yang dilahirkan itu telah mencecah hampir 1 tahun! 

Aku sendiri telah melahirkan 6 orang anak dan selalunya itulah yang berlaku. Haid aku akan kembali muncul semula hanyalah ketika usia anak hampir menjangkau usia setahun. Kembalinya haid selepas bersalin terjejas oleh pelbagai faktor.

Haid Selepas Bersalin Pembedahan

Aku pernah lalui bersalin pembedahan untuk anak nombor dua disebabkan oleh masalah songsang. Haid selepas bersalin pembedahan dengan bersalin normal pada pengalaman aku sendiri, ianya sama saja. 

Disebabkan aku menyusu badan sepenuhnya sehingga usia anak 2 tahun, haid kali pertama datang lepas bersalin itu juga menjangkau hampir 1 tahun. 

Menyusu Badan Itu Akan Menyebabkan Haid Datang Lewat

Apabila menyusu badan, hormon prolaktin, iaitu hormon yang diperlukan untuk menghasilkan susu badan boleh menjejaskan penghasilan hormon reproduktif. Oleh sebab itu, tubuh tidak berovulasi secara aktif seperti sebelum ini. 
Tanpa proses ovulasi yang normal, wanita tidak akan mengalami haid. Pakar-pakar juga berpendapat bahawa lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih lambat kitaran haid anda akan bermula semula.
Menurut WHO, seseorang wanita hanya akan kembali mengalami haid antara tempoh 4 hingga 10 bulan selepas bersalin, namun boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin, bahkan ada yang mencapai tempoh 24 bulan, terutamanya jika mereka menyusu badan secara ekslusif.

Jika difikir dari sudut Islam bagiku ini adalah hadiah daripada Allah SWT untuk para ibu supaya dapat dijarakkan kehamilan.
 
Inilah juga salah satu kelebihan yang tersemat di dalam usaha pemberian susu ibu sepenuhnya pada bayi tetapi dalam masa yang sama tidaklah mustahil untuk mana-mana ibu itu datang haid lebih awal meskipun sedang menyusu badan sepenuhnya kerana hormon dan tahap kesihatan tubuh badan setiap orang itu adalah tidak sama.

Ini salah satu sebab kenapa aku tak ambil apa-apa ubatan perancang dek kerana aku sendiri amalkan memberi susu badan pada baby sehingga tempoh genap 2 tahun umur anak tanpa dicampur dengan apa-apa susu formula sama sekali.

Awas! Tak Datang Haid Tetap Boleh Mengandung

Jangan ingat tanpa datangnya haid tidak boleh hamil ya sebaliknya hamil itu tetap boleh berlaku. Malah mengandung di dalam tempoh ini sering berlaku pada ramai ibu di luarsana dan kerana itu haruslah diingat yang kita perlu lebih berhati-hati tatkala bersama dengan suami.

Nasihat ikhlas dari aku yang telah menjadi ibu kepada 6 orang anak dengan jarak kehamilan 3 tahun tanpa mengamalkan sebarang kaedah perancang keluarga ini , kalian perlu bertegas supaya suami tidak melakukan pancutan air mani ke dalam faraj. 

Nak bersama adalah tidak salah kerana mana mungkin suami leh bercuti lama-lama tetapi macam nasihat yang diberikan ini, sila minta suami 'lepas luar'.

Aku tak lakukan sebarang cara untuk datang haid selepas bersalin, melainkan menjaga kesihatan dan lebih prihatin pada perubahan diri, takut-takut kalau termengandung pada waktu itu. Sedangkan badan masih belum sihat sepenuhnya lagi. 


Kerap Datang Haid Selepas Bersalin 

Ada juga kalangan ibu-ibu yang kerap datang haid lepas bersalin. Hmmm.. bagi aku ia mungkin boleh berlaku pada wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur. 

Apapun, pastikan tidak tersalah antara darah nifas yang keluar selepas bersalin dengan darah haid. Darah nifas dan darah haid lebih kurang sama je teksturnya (kedua-duanya darah kotor).

Warna haid selepas bersalin sama saja dengan warna haid yang keluar pada setiap bulan tu. 

Lakukan Pap Smear

Jika masih juga risau, boleh ke klinik kesihatan terdekat untuk lakukan pap smear kerana dengan cara ini akan lebih tahu dengan tepat tahap kesihatan rahim masing-masing. 

Pastikan juga segera memaklumkan pada doktor seandainya haid kalian masih juga belum muncul selepas setahun melahirkan. 

Yang pasti, haid pertama yang akan muncul setelah bersalin adalah berbeza dengan haid yang sering dialami pada bulan-bulan biasa kerana haid pertama lepas bersalin akan turut diiringi oleh darah beku dan tempoh kehadirannya juga agak tidak menentu. 

Jangan risau kerana segalanya akan kembali okay selepas mendapat tempoh haid yang teratur dan normal nanti.

Nasihat terakhir jangan cepat resah seandainya ada rakan-rakan yang memberitahu telah mula datang haid seawal 3 bulan selepas melahirkan kerana tidak semua ibu yang menyusu akan datang haid secepat itu. 

Bila masanya akan datang haid semula selepas bersalin bergantung kepada badan kita sendiri dan turut bergantung bagaimana kita menyusukan bayi. 

Tak datang haid lama ketika menyusu, ia adalah normal dan bukan salah satu tanda bahaya namun seperti yang dikatakan tadi jika masih ragu-ragu boleh dapatkan nasihat daripada mana-mana doktor atau nurse yang boleh dipercayai kerana aku berkongsi hanyalah berdasarkan sebuah pengalaman. 


Kesimpulan

Haid selepas bersalin Selepas itu satu ujian bagi badan wanita, kerana kelahiran bayi, mengambil tempoh masa yang tertentu untuk kembali ke fungsi normal. Biasanya seorang wanita akan didatangi haid antara 6 bulan hingga setahun selepas bersalin jika menyusukan anak dengan susu badan. 

Haid selepas sebulan bersalin masih boleh berlaku. Ada juga yang datang haid selepas 2 bulan bersalin terutama pada ibu yang beri anak dengan susu formula. Haid boleh datang selepas 6 hingga 8 minggu selepas bersalin jika tidak menyusukan anak dengan susu badan.

Jika disimpulkan, proses memberikan susu badan ini pada penjagaan anak memainkan peranan terhadap proses haid juga. Susu yang dihasilkan dengan anak yang sentiasa menyusu dari perut ibu turut dapat membantu menyembuhkan rahim ibu dengan lebih cepat dan baik. 

Menyusu badan sepenuhnya? Alhamdulillah, ia bukan hanya dapat memberi khasiat dan mengenyangkan bayi tersayang namun ia juga dapat menjaga kantung rahim si ibu. 


Penutup 

Terima kasih sudah meluangkan waktu untuk membaca artikel ini, sampai jumpa lagi di artikel yang lain. 

Boleh SHARE sebagai bahan bacaan manfaat untuk orang lain sambil gandakan pahala diri sendiri. 


Rujukan : 

1. BHarian 


Jemput join telegram kami : 






2 comments for "Lambat Datang Haid Selepas Bersalin Adakah Itu Normal "

  1. masa bersalinkan Qaseh Liez datang period selepas setahun 16 bulan,dan masa Niyaz 14 bulan. memang seriau bila period tak datang tapi bila baca info-info rupanya normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama... mula-mula anak 1st dulu takut! Napa haid tak datang ni? Napa lambat sangat sedangkan anak dah setahun... bila tanya kat orang lain... ooo normal rupanya tambah kalau susu badan.. lega!

      Delete