Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Safi Balqis Oxywhite - Hydration Lotion | Wajah Makin Lembab Dan Segar Hanya Dengan Satu Langkah Penggunaan

Safi Balqis Oxywhite Hydration Lotion - Wajah Makin Lembab Dan Segar Hanya Dengan Satu Langkah Penggunaan |  "Bukan lotion ni selalunya untuk badan ke?" Haa itulah soalan pertama yang muncul kat kepala sebaik saja terpandang Safi Balqis Oxywhite - Hydration Lotion. Macam tak caya pula rasanya bila ada produk lotion khas untuk kulit wajah. Terus rasa tak sabar nak cuba!

Saat mula-mula kenakan Safi Balqis Oxywhite Hydration Lotion ni ternyata ia sangat memahami keperluan kulit wajah. Apa tidaknya, Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ada 2 kali penghidratan segera. Dan ia bukan saja berfungsi sebagai pelembap malah sebagai penyegar juga. Kiranya ada fungsi 2in1 sebagai penyegar dan pelembap hanya dengan sekali pemakaian. 


Tekstur untuk Safi Balqis Oxywhite - Hydration Lotion tak ubah seperti air dengan bau yang sangat best! Ia juga muda serap dan terasa sejuk je apabila terkena pada kulit wajah. Cara nak gunakannya juga sangat mudah.

  • Tuangkan beberapa titis ke telapak tangan 
  • Sapukan ke seluruh wajah dengan jari secara lembut 
  • Dap dap kan supaya ianya lebih mudah di serap oleh kulit


Safi Balqis Oxywhite - Hydration Lotion amat elok digunakan sebanyak 2 ke 3 kali sehari terutama selepas mandi, sebelum tidur malam dan juga sebelum mengenakan makeup. Daku paling suka kenakan pada waktu pagi selepas mandi dan solat subuh, rasa sejuk dan fresh je. Waktu malam sebelum tidur juga sama. Best sangat!


Kalau nak tahu, fungsi sebenar Safi Balqis Oxywhite - Hydration Lotion ini bukanlah sekadar untuk dijadikan sebagai penyegar dan pelembap semata-mata. Sebaliknya Safi Balqis Oxywhite - Hydration Lotion ini ada sangat berkesan untuk mengelakkan kulit wajah dari menjadi kering dan kusam. Ini kerana terdapat 5 (lima) jenis Hyaluronic Asid di dalamnya. Eh nama je asid tapi ini bukannya asid yang berbahaya tu macam kita tonton dalam TV tu. 


5 jenis Hyaluronic Asid tersebut adalah :

  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio – Hyaluronate
  • Oligo – Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid 

5 kandungan utama inilah yang akan membantu menjadikan kulit wajah lebih cantik dan berseri berbanding dulu. Dengan penggunaan yang konsisten ia juga akan dapat melembutkan dan menghaluskan pori wajah supaya nampak lebih mudah berbanding usia yang sebenar. 


Kini, dengan adanya produk terbaru daripada Safi yang bernama "SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION" ni daku rasa lebih yakin dan happy. Mana tidaknya ia bukan saja mudah untuk digunakan tapi juga dapat menjadi produk asas untuk di pakai pada kulit wajah hari demi hari.

Botolnya yang praktikal juga sangat mudah untuk di bawa ke mana saja. Untuk Safi lovers macam daku ni kalian memang patut beli satu dan cuba sendiri kat rumah. Lagipun rasanya semua orang dah tahu kan yang produk Safi ni sangat mengutamakan soal suci dan selamat serta sangat sesuai dengan semua jenis kulit. 


[ Bacaan Menarik Lain ] :
Tips Buat Duit Dengan Blog Secara Percuma
5 Tips Cara Jadi Blogger Untuk Buat Duit Dengan Blog 
Pagesview Blog Berjaya Capai 6 Juta
Cara Transfer Income Adsense Terus Ke Akaun Bank
Cara Tingkatkan Income Adsense Untuk Cash Out USD Setiap Bulan
16 Cara Ikat Tali Leher Paling Senang Untuk Pakai Di Tempat Kerja Dan Sekolah

Maksud Mimpi Berkahwin Dalam Islam, Baik Atau Buruk?




Kulit ada masalah kering dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni? Jangan susah hati.... segera dapatkan Safi Balqis Oxywhite - Hydration Lotion kat pasaran! Untuk botol seberat 100ml ni hanyalah sekitar RM23 jer! 

Boleh dapatkan di seluruh negara dari mana-mana pasaraya terpilih. Alhamdulillah kini dah jumpa produk yang dapat beri kelembapan dan kesegaran hanya dengan satu langkah penggunaan. Apa tunggu lagi tu? Jom pakai sama-sama.... 


SAFI MALAYSIA

4 comments for "Safi Balqis Oxywhite - Hydration Lotion | Wajah Makin Lembab Dan Segar Hanya Dengan Satu Langkah Penggunaan"

  1. best lah bila dapat dikenakan ke kulit wajah
    it seems make us fresh if we use it :D

    ReplyDelete
  2. suke tgk tp x boleh nk try

    ReplyDelete
  3. safi ni produk ni murah & mmpu milik kan, zaman sekolah dlu mmg pakai safi je sebb senang cari..

    ReplyDelete
  4. saya daripada dulu lagi setia dengan safi.. suka sangat pakai produk ni, daripada sekolah menengah lagi

    ReplyDelete