Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan & Utara

Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan & Utara | Pertama sekali daku nak tanya, kalian tahu tak yang ikan tongkol ni ada 2 jenis sebenarnya iaitu ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih. Haa daku pun mula-mula tak tahu juga. 

Lepas ibu mertua (Kelantan) beritahu baru aku reti bab ni. Lagipun kalau di negeri asalku (Utara), resepi ikan tongkol ni bukannya menu utama sebagaimana di Pantai Timur. 

Di Kelantan (Kelate), ikan tongkol di sebut sebagai 'Ike Ayo'. Haa kalau ke Kelantan jangan terkejut pula ye. Gulai ike ayo ni paling sedap di makan dengan nasi dagang! Tapi kalau nak makan dengan nasi putih pun okay je. Ikut selera masing-masing. 

Seperti daku sendiri, kalau ikut resepi gulai ikan tongkol Kelantan akan dimasukkan dengan timun dan cili besar hijau tapi daku lebih suka letak bendi (kacang lendir) Ikut suka atas fav masing-masing la kan. 

Yang penting ikut favourite famili masing-masing. Manakala untuk gulai kuning ikan tongkol memang daku suka letak timun berbanding bendi. 

Di sini aku kongsikan resepi gulai ikan tongkol untuk Kelantan dan juga Utara. Buatlah ikut mana satu resepi yang kalian suka ye. Kalau nak cuba kedua-dua resepi gulai ikan tongkol ni pun boleh. Takde masalah!


1. Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan

Untuk resepi gulai ikan tongkol Kelantan ni credits untuk kak Azie Kitchen. Daku lihat gulai ikan tongkol Kelantan kak Azie ni terus jadi teringat pada gulai ikan tongkol Terengganu.



Bahan bahan:
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula

Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)

Cara cara:
Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Sebab ikan di rebus supaya dapat serap rasa masin masam tu dan untuk elak ikan daripada mudah hancur.


Kesemua bahan di atas di blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu. 

Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  



2. Resepi Kari Ikan Tongkol Utara

Okay ini pula resepi Kari Ikan Tongkol ala-ala gaya utara gitu. Untuk resepi ni credits untuk Amie's Little Kitchen. 



Bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol seberat 600 gram - bersihkan dan potong 5 bahagian setiap seekor 
4 sudu makan rempah kari ikan - tambah dengan sedikit air untuk dijadikan pes
1 tangkai daun kari - lurutkan
1 sudu teh halba campur
200 ml santan pekat
1 biji cili merah - belah 2
1 biji cili hijau - belah 2
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 3/4 cawan air
4 sudu makan minyak

Bahan tumbuk / kisar
7 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan halba campur serta daun kari. setelah naik bau, masukkan bahan kisar diikuti dengan pes kari. Masak dengan api sederhana panas sehingga terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan juga santan. 
3. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan dan kacau sekali sekala sehingga ikan masak dan kuah menjadi pekat.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan dan masukkan cili merah serta cili hijau.
6. Padamkan api dapur.



[ Resepi Sedap Lain ] :
Resepi Nasi Lemak Mudah & Sedap Untuk Dimasak Waktu Pagi
Resepi Puding Karamel Telur Tanpa Susu Cair Yang Senang
Resepi Kek Bati Yang Sangat Simple Tapi Sedap
13 Resepi Sardin Yang Sedap dan Mabeles
Resepi Ayam Percik Utara Macam Beli Kat Pasar Malam

Resepi Udang Goreng Butter Yang Melelehkan Air Liur


3. Resepi Gulai Ikan Tongkol Simple Paling Mudah! 

Ini versi daku sendiri. Ni cara nak masak cepat waktu pagi. Hehe... Daku memang kena masak cepat waktu pagi sebab suami akan bawa bekal ke tempat kerja. So kalau pagi-pagi masak yang complicated alamatnya tak sempatlah suami nak bawa sebagai bekal. 




Bahan bahan:
Ikan (direbus dengan garam dan asam keping)
3 tangkai cili kering (boleh tambah jika nak lebih pedas) *
4 ulas bawang merah * 
1/2 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
1 keping asam keping
sedikit serbuk kari ikan
Garam dan gula

Santan secukupnya
Bendi

Cara cara:
1. Blander atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*)

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis lagi hingga pecah minyak dengan api yang perlahan.

3. Masukkan santan cair (santan pekat tambah air). Biarkan sehingga sedikit mendidih dan kemudian masukkan ikan.

4. Setelah ikan hampir masak, masukkan bendi dan asam keping. 

5. Apabila ikan dah betul masak, masukkan santan pekat berserta dengan garam dan gula. Siap!Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  


Gulai ikan tongkol adalah sebuah resepi yang ringkas sebenarnya. Bila dimakan nasi putih bersama ikan tongkol ia dipanggil sebagai nasi berlauk. Nasi dagang ke, nasi berlauk ke, kedua-duanya memang sangat terkenal di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Ohya ikan tongkol masak sambal pun best juga! 

Ada juga sesetengah resepi kari ikan tongkol tanpa santan dan tanpa rempah. Tapi untuk daku ni, famili memang lebih suka makan gulai ikan tongkol yang ada rempah dan santan. Apapun, resepi gulai ikan tongkol simple je. Sedap makan pula! So kalau ada masa free dan tak tau nak masak apa, bolehlah cuba nanti ye.

Selamat Memasak & Selamat Menjamu Selera.... 


5 comments for "Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan & Utara "

  1. baca dulu.nanti baru masak. suka jugak yang stail kelantan tu

    ReplyDelete
  2. alamakk..kenapa nampak macam sedap gila ni huhu laparr

    ReplyDelete
  3. Dapat nasi berlauk ikan aye pagi-pagi tak toleh kiri kanan dah. Gu dengan sambal belacan pulak, fuh!

    ReplyDelete