Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Himpunan 15 Resepi Puding Yang Sedap Untuk Sejukkan Tekak

Himpunan 15 Resepi Puding Yang Sedap Untuk Sejukkan Tekak | Makan puding time panas-panas memang layan kan? Lagi-lagi dalam cuaca yang panas. Puding juga sedap untuk dinikmati saat berbuka puasa. Dengan rasanya yang sedikit manis dalam keadaan yang sejuk, memang best sangat-sangat!

Daku sendiri seorang yang sangat sukakan puding. Mungkin kerana cara penyediaannya juga sangat mudah maka menjadikan puding ni makin seronok untuk di buat. Bermacam jenis dengan warna yang pelbagai akan turut menarik perhatian anak-anak untuk menikmatinya.

Kat sini telah disenaraikan sebanyak 15 resepi yang best dan sedap untuk kita cuba. Antara resepi tersebut adalah resepi puding pelangi, resepi puding kastard, resepi puding jagung, resepi puding coklat, resepi puding roti, resepi puding oreo, resepi puding sumi, resepi puding kastard mudah dan lain-lain lagi.

#1 - Resepi Puding Susu Pandan 




600 ml air( saya tambah 100ml air)
120 gram gula pasir
8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
3 helai daun pandan
300 ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara membuat Puding Susu Pandan:

Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar-agar sebati.

Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.

Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.

Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.

Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .

Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2.


#2 - Resepi Puding Karamel



8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara cara:

Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.

Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati.

Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya



#3 - Resepi Puding Kacang Hijau


Bahan-bahan :
5 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula kasar
50 sen kacang hijau direndam dan direbus sehingga kembang
1 tin susu cair
½ tin santan pekat (ikut tin susu cair)
1 tin air
secubit garam untuk melemakkannya
1 sudu teh pewarna hijau(warna ikut suka, sekiranya suka warna lebih terang lebihkan sedikit pewarnanya)

Cara:

1. Panaskan susu cair,santan pekat dan air tadi sambil dikacau diatas api.

2. Tepung kastard dan gula dicampur, gaul sebati kemudian tuangkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi kedalam tepung, kacau sehingga semua tepung itu sebati dalam bahan cair itu bersama pewarna hijau.

3. Apabila sudah sebati masukkan kacang hijau yang dimasak terlebih awal tadi kemudian masukkan dalam periuk dan dikacau diatas api yang sederhana sehingga bahan-bahan tadi kelihatan pekat.

4. Kemudian masukkan kedalam acuan kesukaan anda, biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais


#4 - Resepi Puding Marble Pelangi Puan Liza 



Bahan :

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys - Liza xletak. Liza guna 4 jenis pewarna

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.


2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.


3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.


4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).- bhg pada 4 dan warnakan.


5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. - ambil adunan warna pertama dan tuang ke dlm loyang, diikuti dgn kaler kedua,ketiga dan keempat...


6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.


7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat



#5 - Resepi Puding Jagung Kastard


Bahan-bahan:

1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
1 tin susu sejat
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 tin air - guna tin susu sejat tadi
pewarna kuning - opsyenal

Cara-cara:
1. masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.


2. Masukkan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.

3. Hidupkan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.

4. bila bonda ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tak ada pun tak pe.

5. kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.

6. biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk.

Kredit: Resepi Viral Terbaik


#6 - Resepi puding tembikai



Masak semua bahan di bawah ini sampai agar-agar dan gula sebati

20 gm agar-agar tali
1 sudu kecil agar-agar serbuk
7 cawan air
1 cawan gula

Blender semua bahan di bawah hingga sebati
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
4 keping roti di buang tepi dia
Sedikit esen vanilla
2 sudu butter

Campurkan adunan yang telah diblander ke dalam dalam periuk yang berisi agar-agar, kacau sebati kemudian tapiskan supaya tak ada ketulan yang tertinggal 

Ambil sedikit agar-agar sebagai lapis pertama dan warnakan hijau. Tunggu keras sikit boleh masukan layer putih selapis. 

Akhir sekali letakkan warna merah dan taburkan bijan hitam untuk biji tembikai

# sila kekalkan adunan agar-agar di atas dapur dengan api yang paling kecil semasa proses melapis

Sumber puspa hanim via mahn

#7 - AGAR AGAR PERMATA by Hazila


Bahan bahan
10 gm serbuk agar agar - Saya gunakan 1 sudu besar
1 cawan susu cair - saya gantikan dengan susu segar
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir - saya gantikan dengan organic cane sugar
1/2 cawan susu pekat
1 sudu teh vanilla extract
Pewarna yang disukai

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan semua bahan sebati. 

2. Perlahan api, ambil 3 senduk dan masukkan dalam bekas yang lain. Campurkan dengan pewarna. Saya gunakan 3 pewarna. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga beku. Setelah beku, keluarkan dan potong dadu. 

3. Panaskan semula bahagian yang tinggal di dalam periuk, tuang ke dalam mangkuk lain. 

4. Tuangkan agar agar bewarna yang telah dipotong dadu ke dalam adunan asal tadi. Gaul menggunakan sudu supaya agar agar bewarna berselerak. Sejukkan. 

5. Potong menggunakan pisau bergerigi dan hidangkan.


#8 - RESEPI PUDING SAGU PELANGI


Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu putih
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
3 jenis pewarna kegemaran

Cara Membuatnya:

Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.

Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.

Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.

Masukkan susu cair.Kemudian tutup api

Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.

Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.

Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais




#9 - Resepi Puding Marble



Untuk membuat puding ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah

1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
sedikit esen vanila
2 biji telur ayam
sedikit garam

Cara membuatnya
Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. 

Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut. di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard dan masukkan garam. 

Kacau sehingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang dimasak di atas api tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga likat. 

Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu plantan dan esen vanila. 

Kemudian bahgai adunan kepada dua bahagian, satu adukan diletakkan chocolate emulco dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli (kuning). 

Akhir sekali, lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.


Aneka Resepi Lain Yang Best :

+ 30 Resepi Kuih 'Orang Lama' Yang Popular Di Bulan Puasa 
+ 15 Resepi Sup Yang Sedap Untuk Buka Puasa 
+ 20 Resepi Lauk Masak Lemak Selera Orang Kampung 
+ 11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Mabeles 
+ 10 Resepi Kek Mudah Guna Blender 
+ 10 Jenis Resepi Roti Homemade Buat Sendiri 
+ 13 Resepi Air Sedap Untuk Buka Puasa 


#10 - Resepi Puding Roti Sos Kastard


Bahan-Bahan:

Puding Roti –
4 keping roti – dikoyak kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Sos Kastard –
400ml susu segar (low fat)
2 sudu besar kastad
1 1/2 sudu besar gula perang lembut
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat:

Puding Roti –
1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan pukul hingga sekata. Tambahkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.

2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.

3. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan dengan sos kastard.

Sos Kastard –
1. Campurkan semua bahan, susu, kastad, gula perang, esen vanilla.

2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.

3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.

4. Tuangkan sos kastard ke atas puding roti yang telah disejukkan tadi. Hidangkan



#11 - Resepi Puding Coklat


Bahan-bahan :
.
20gm agar-agar tali
5 cawan air
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan koko - bancuh dengan sedikit air panas
.
Cara:
.
1. Rendam agar-agar 1 jam atau lebih.
2. Cuci bersih agar-agar dan toskan.
3. Masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
4. Masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau hingga larut. Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
5. Tambahkan larutan koko. Kacau sebati.
6. Masak hingga mendidih dan tuang ke dalam acuan yang digemari.
7. Sejuk beku sebelum dihidangkan.


#12 PUDING BUAH-BUAHAN


Resepi Oleh : Juns11
Rjukkan : My Resepi

1 paket agar-agar serbuk (11gm)
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut


Pukul telur dan campurkan tepung kastard dan kacau hingga rata. Ketepikan


Bila agar-agar dah larut, masukkan susu cair , biar ia mendidih sebentar


Ambil sedikit agar-agar dan masukkan dalam telur, kacau rata


Kemudian tuang semula dalam adunan agar-agar


Masukkan secubit garam dan esen vanilla


Kemudian masukkan fruit cocktail dan kacau rata


Sediakan loyang yang telah di bilas dengan air


Tuangkan aduan agar-agar buah-buahan tadi dalam loyang. Sejukkan


#13 - Resepi Puding Oreo





Bahan-bahan :
- Loyang Saiz 8" persegi
- 1 bungkus agar-agar serbuk 10 gram
- 750ml air
- 150 gram gula
- 1 tin susu cair 400g
- 3/4 cawan serbuk milo
- 1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)
- 2 sudu tepung kastad dibancuh dengan air

Cara caranya :
1) Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut. Masukkan susu cair + tepung kastad yang dibancuh dengan air tadi hingga mendidih. (guna api kecil dan sentiasa kacau supaya tak beku)


2) Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.
3) Tuangkan campuran milo ke dalam loyang/acuan.


4) Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo.


5) Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais


#14 - Resipi Puding Sumi Sedap


Bahan – bahan :
1 Paket Agar2 Tali 37.5g
8 Cawan air
1 1/4 Cawan gula pasir
1 Tin Susu Cair
2 Paket Sumi

Cara Penyediaan :
1- Masakkan agar2 tali hingga betul2 hancur,
2 – Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur,
3 – Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar2 cepat berair,
4 – Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati
5 – Perlahankan api…
6 – Sebelum tu susun sumi di dasar acuan,
7 – Masukkan agar2 sedikit demi sedikit agar sumi stabil dan melekat
8 – Boleh curahkan agar2 bila sumi dah melekat
9 – Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya..Sejukkan dalam peti ais.

Sumber : Resipi puding

#15 - Puding Jagung Kacang Hijau 



Resepi :-
1 tin susu pekat perasa jagung Saji
1 liter air
4 Tsp agar - agar powder
1 pkt ( 300 gm Cendol) - toskan airnya

Cara - caranya :-
Masak semua bahan kecuali cendol hingga mendidih
Campurkan cendol..buh dlm acuan @ loyang..sejukkan
Dah sejuk..dah cun cun keras elok..potong & boleh ngap sebgai pencuci mulut..sedap
credits : Chef Asma


Semoga dengan adanya 15 perkongsian resepi puding ini, kalian akan dapat menghasilkan puding sendiri. Nak jadikan idea untuk olah resepi puding yang baru juga boleh.  Selamat mencuba. 


p/s: Jemput join group FB Suka Resepi Mudah untuk follow lebih banyak resepi viral dan mudah yang best-best!! 

12 comments for "Himpunan 15 Resepi Puding Yang Sedap Untuk Sejukkan Tekak"

  1. uuish sedap2 ni semua.. kena rajin sket nak buat yang colourful tu semua hehe.. kalo malas buat yang merah je =P

    ReplyDelete
  2. sedapnya..tq sharing. baru buat puding marble semalam

    ReplyDelete
  3. sedapnya semua. bersinar2 mata tgk

    ReplyDelete
  4. Setakat puasa seminggu ni dah 3 x syu buat puding karamel. Syu guna kuning telur je. Memang sedap!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya resipi. blh cuba nnti. Aril ade post baru. Jom singgah

    ReplyDelete
  6. Wah memang nampak sejukkan tekak ni awa...bleh cuba nt

    ReplyDelete



  7. Sedapnyaa sis. terliur haa





    ReplyDelete
  8. tergoda tengok, bila baca resepi and cara2 buat, x la susah mana, cuma tinggal rajin je..hihi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. SS suka tengok seni finishing sesuatu puding tu. nampak cantik membangkit selera. ada sesetengah puding mcm sayang nak makan sbb cantik sgt. tapi SS tak makan puding. tekak tak boleh terima benda yang lembik2 dan jeli2 mcm ni. jadi tak pandai nak telan n terlekat kt tekak. dah banyak kali try da. heheh. kecik sgt kot tekak.

    ReplyDelete
  10. Cantik2 kejadian. Puding sagu pelangi tu. Pastel je warna *.*

    ReplyDelete