Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Biodata Siti Rosmizah Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku, Rupanya Seorang Peguam

Biodata Siti Rosmizah Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku, Rupanya Seorang Peguam | Drama 7 Hari Mencintaiku sudah pernah menjadi sebutan ramai hingga tahap trending (viral) selepas ditayangkan di kaca TV beberapa tahun yang lalu. Dan kini sekali lagi 7 Hari Mencintaiku menjadi trending setelah berjaya muncul untuk siri yang ke 2. 

Dengan jalan cerita yang penuh suka duka di dalam rumahtangga Mia dan Khuzairi dikatakan sangat hampir dengan kisah nyata yang berlaku di dalam masyarakat. Campur tangan ibu mertua, sikap ayah yang rasional di tambah dengan cubaan meruntuhkan rumahtangga dari insan lain membuatkan drama ini boleh mengundang suka dan duka dalam satu masa.

Penampilan pelakon sampingan yang berjaya menjadi gandingan hebat bersama watak masing-masing telah membuatkan drama ini semakin digemari. Sebagai contoh watak Helmi yang dulunya 'kurang baik' telah menjadi insaf hingga boleh menjadi seorang lelaki bertanggungjawab telah memberi kesan pada ramai orang. 

Lagi-lagi apabila Helmi dan isterinya (Sofi) tidak dikurniakan anak dalam jangka masa yang lama tetapi Helmi tetap kasihkan isterinya dan tidak sekali-kali mahu kahwin lain walau ada campur tangan keluarga. 

biodata siti rosmizah penulis novel


Kisah-kisah yang banyak digarapkan dalam sebuah novel yang kini telah menjelma dalam bentuk sebuah drama, benar-benar telah berjaya mencuri ramai hati penonton drama melayu tidak hanya dari Malaysia tetapi dari negara Asia yang lain juga. 

Sudah ramai yang tahu bahawa drama 7 Hari Mencintaiku 1 dan 7 Hari Mencintaiku 2 ini adalah adaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama ditulis oleh seorang wanita bernama Siti Rosmizah. Tetapi tahukah kalian yang Siti Rosmizah ini sebenarnya adalah seorang peguam (lawyer). 

Biodata Siti Rosmizah Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku 1 & 2

Nama : Siti Rosmizah Semail 

Kerjaya : Peguam dan penulis novel 

Lain-lain : Penerbit SR Publication 

Tempat lahir : Kuala Lumpur 

Status : Berkahwin

Facebook : Siti Rosmizah Novelis SR Publication 

Company : Siti Rosmizah & Co. 

Antara Koleksi Novel Karya Siti Rosmizah 

penulis novel 7 hari mencintaiku



Read This :


Sinopsis Novel Siti Rosmizah Dia Imamku 

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

“Lily sakit ma...Lily perlukan restu mama. Tolong Lily, ma. Lily tak nak mati jadi anak derhaka. Lily nak jumpa mama buat terakhir kali.”

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai! Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri. Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

“Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!” Ya Allah! Remuk hati Amiruddin.

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.

“Maira mintak ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang.”

“Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta.”

Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?

Sinopsis Novel Siti Rosmizah Cinta Kau Dan Aku

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. 

Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Temumarah Bersama Siti Rosmizah Sebagai Novelis  

Siti Rosmizah Selaku Peguam Di Siaran Syariah Meja Bulat


Kesimpulan

Penulis novel dengan nama Siti Rosmizah ini sememangnya seorang yang amat berbakat. 
Novelnya boleh membawa kita seperti masuk ke dalam cerita disebabkan oleh susunan ayat yang mudah difahami dan dijiwai.
Pada anda yang kurang gemar membaca novel, tak mengapa kerana anda masih boleh tahu tahap hasil karya Siti Rosmizah ini melalui drama-drama adaptasi novel yang ada di Malaysia.

2 comments for "Biodata Siti Rosmizah Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku, Rupanya Seorang Peguam"

  1. Saya ada buku yang Siti Rosmizah yang dilistkan seperti gambar kat atas tu cuma yang takde 7 hari mencintaiku 1 &2, Andai itu takdirnya 2. Hahaha sebab dah berhenti baca novel lps masuk uni. Tak sempat.

    ReplyDelete