Tonton Drama Bidadari Kiriman Tuhan Full Episode 1 Hingga Akhir | Walau baru ini Mira Filzah baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan bernama Wan Emir di duni nyata, namun lakonan Mira Filzah di dalam drama berjudul Bidadari Kiriman Tuhan tetap di nanti oleh para pengemar drama di Malaysia.
Bidadari Kiriman Tuhan ini merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia untuk tahun 2020 arahan Rashid Sibir yang mengandingkan Mira Filzah bersama Zul Ariffin. Sebaik saja ditayangkan, sebagaimana yang telah diramalkan, drama bersiri dengan tajuk 'Bidadari Kiriman Tuhan' ini yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 melalui saluran Astro Ria berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi.
Drama Bidadari Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh pelakon veteran Ruminah Sidek dengan wataknya yang cukup berkesan. Bagi yang belum menonton drama Bidadari Kiriman Tuhan secara terus di kata TV bolehlah cuba menonton drama ini dari episod 1 hingga episod yang terkini secara online.
Daku sendiri tidak sempat untuk menonton DRAMA BIDADARI KIRIMAN TUHAN episod demi episod di TV, mujurlah terjumpa link-link untuk episode drama ini di atas talian. Harap-harap dapatlah tonton dari episode 1 hingga episode yang terakhir.
Info Drama Bidadari Kiriman Tuhan
JUDUL : BIDADARI KIRIMAN TUHAN
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malm
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Opera Klasik Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Zul Ariffin, Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Fauziah Nawi, Maisara Sufia, Ruzaidi Abd Rahman
Pelakon Utama dan Watak (Cast)
Mira Filzah sebagai Manis Suhaila dan Manja Suhana
Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
Zarina Zainuddin sebagai Maria
Ruminah Sidek sebagai Nenek Minah
Maisara Sufia sebagai Suria
SINOPSIS PENUH BIDADARI KIRIMAN TUHAN
Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis (lakonan Mira Filzah),seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja (lakonan Mira Filzah) yang agak lembam. Kiranya di dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan ini Mira Filzah membawa dua watak serentak sebagai sepasang kembar seiras. Dan drama ini menceritakan tentang adik beradik ini (Manis dan Manja) dalam menempuhi kisah kehidupan yang penuh suka dan duka.
Manis dan Manja hidup bersama mak (lakonan Zarina Zainuddin) dan nenek (lakonan Mak Mah) mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis. Pelbagai dugaan harus dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf (lakonan Zul Ariffin), hubungan adik beradik itu mula tergugat.
Manis dan Yusuf merancang untuk melangsungkan pernikahan. Suria yang tergilakan Yusuf menghasut Manja untuk menghalang perkahwinan mereka. Manja memaksa Manis untuk memilih antara dia atau Yusuf hingga menyebabkan Manis mula berasa serba salah dalam membuat keputusan.
Tonton online Episod Penuh Bidadari Kiriman Tuhan (Full Episode)
Bagi yang berhajat untuk tonton episode penuh drama Bidadari Kiriman Tuhan, bolehlah tonton melalui link-link di bawah ini.
Drama Bidadari Kiriman Tuhan Episode 18 - Akhir
Itulah dia antara info dan Sinopsis untuk drama Bidadari Kiriman Tuhan lakonan Mira Filzah dan Zul Ariffin untuk Slot MegaDrama Astro Ria. Bagi yang tidak sempat untuk tonton secara terus di TV bolehlah cuba tonton secara online melalui link yang telah diberikan tadi.
Telegramnye sudah tak ade la. Saye nak ep 18 sampai akhir.
ReplyDelete