Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Curi-Curi Cinta Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 28 (Akhir)

Drama Curi-Curi Cinta Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 28 (Akhir) Curi-Curi Cinta adalah sebuah drama yang ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria mulai April 2019. Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya penulis novel terkenal, Siti Rosmizah. 

Drama 'Curi-Curi Cinta ini semasa ditayangkan dulu telah pecah rekod dengan 7.5 juta tontonan dan hingga ke hari ini, drama Curi Curi Cinta ini masih lagi ramai yang mengingatinya disebabkan jalan cerita dan impak dari para pelakon yang terlibat.

Drama Curi Curi Cinta yang pernah ditayangkan menerusi MegaDrama Astro ini dulu mampu menarik minat ramai peminat drama melayu kerana jalan cerita itu sendiri. Drama yang bersifat kekeluargaan ini turut menyelitkan elemen pengajaran dan penuh dengan adegan suka duka tahap berendam airmata. 


Read This :

Drama Curi-Curi Cinta


Almaklumlah, novel tulisan Siti Rosmizah itu sendiri sememangnya ada pelbagai elemen yang mampu menarik ramai pembaca. Namapun penulis novel terkenal kan dan untuk pengetahuan drama 7 Hari Mencintaiku juga diadaptasi dari novel karya Siti Rosmizah juga. 


Pelakon Drama Curi-Curi Cinta 

Drama Curi-Curi Cinta diterajui oleh ramai pelakon yang hebat dan boleh dikatakan setiap pelakon ini memang sesuai dengan watak-watak yang dibawa. Kiranya bila tonton rasalah feel tu sampai. Antara pelakon yang menjayakan drama Curi Curi Cinta ini adalah : 

Aiman Hakim sebagai Daniel Hakim
Zahirah Macwilson sebagai Intan Raihana
Fauziah Nawi sebagai Puan Asmah
Talha Harith sebagai Iskandar
Uyaina Arshad sebagai Fariza
Adam Lee sebagai Badrul
Melanie Tan sebagai Peggy
Izzue Islam sebagai Suratman Suparjo
Haneesya sebagai Tina
Azri Sabri sebagai Ramli
Farisha Irwayu sebagai Pn Sri Haida
Ku Fridah sebagai Mak Long Sapiah
Pablo Amirul sebagai Adli

Sinopsis Curi-Curi Cinta, Drama Melayu Dengan 28 Episode 

Drama bersiri melayu dengan tajuk Curi Curi Cinta ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Intan Raihana. Intan merupakan seorang gadis kampung dan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak susah. Intan yang malu dengan hidupnya yang tidak berada dan kaya itu, telah sanggup untuk menipu orang sekelilingnya. 
Intan benar-benar malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia dan dia juga amat membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.
Intan bertemu secara tidak sengaja dengan seorang pemuda bernama Daniel Hakim. Penampilan dan kehidupan Daniel yang kaya raya membuatkan Intan segera terpaut. Kekayaan Daniel benar-benar membuatkan Intan rasa terpanggil untuk mendampinginya. 

Intan mula merancang strategi untuk memikat Daniel, apatah lagi apabila dia mengetahui yang Daniel ini merupakan kekasih kepada sepupunya sendiri yang bernama Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza.

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. 

Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

Menerusi sinopsis drama Curi-Curi Cinta ini sendiri, para penonton sudah dapat membayangkan akan jalan cerita ini yang ada pengajaran tentang sikap seorang anak yang derhaka pada ibu. 

Ia juga mengetengahkan sikap sesetengah orang yang suka mengambil kesempatan terhadap kesenangan orang lain.Walaubagaimanapun, kuasa cinta tetap ada dan kadangkala cinta ini memang tidak kenal sesiapa. 



Drama Curi-Curi Cinta


Menerusi semua episode penuh untuk drama Curi Curi Cinta bermula dari episode 1 hingga episode 28 (Akhir) ini, para penonton pastinya akan dapat merasakan sendiri betapa geramnya rasa hati ketika melihat Intan bersikap derhaka dengan ibunya sendiri.

Dalam masa yang sama semakin rasa geram dengan sikap Intan yang bersifat penting diri. Namun, tatkala ada kejadian berlaku hati mula ada rasa simpati dan secara tidak sedar mula mendoakan Intan. Inilah perasaan bercampur baur yang penonton rasakan menerusi drama Curi Curi Cinta ini.

Jika ditanya pelakon mana paling best? Sudah tentulah jawapannya adalah pelakon veteren Fauziah Nawi. 

Bila melihat tontonan beliau terus rasa sedih kerana terbayangkan emak dikampung yang amat dirindui. Part sedih menangis lagilah terasa! Sudahlah dalam drama ni bawa watak ibu yang buta pula, aduhai... 

Drama Curi-Curi Cinta

Curi Curi Cinta Lakonan Pasangan Aiman & Zahirah Dalam Keadaan Bertunang 

Saat melakonkan drama Curi Curi Cinta ini, pasangan Aiman dan Zahirah dalam keadaan bertunang. Kiranya, drama ini benar-benar memberi hasil yang baik kerana keserasian antara Aiman dan Zahirah yang sememangnya merupakan pasangan kekasih sebenar betul-betul terserlah. 

Saat itu, Aiman dan Zahirah sedang menunggu masa untuk melangsungkan perkahwinan mereka. 

Maka tak mustahil lah kenapa drama Curi Curi Cinta ini boleh bikin meletup hinggakan masih lagi kembali ditonton semula sehingga kini. 

Bagi yang belum pernah tonton drama Curi Curi Cinta, bolehlah mula menonton episode-episode untuk
drama ini dari episode 1 hingga akhir menerusi link yang telah dikongsikan tadi. 

Ohya, jika mahu download drama Curi Curi Cinta full episode, ada juga link yang telah dikongsikan dan dengan mudah boleh dicari menerusi enjin carian Google. 



Drama Curi-Curi Cinta

Drama Curi-Curi Cinta Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 28 (Akhir) 












- Maaf link episode 10 hingga 28 terpaksa dikeluarkan atas faktor copyright -

Drama Curi Curi Cinta Episode 10
Drama Curi Curi Cinta Episode 11
Drama Curi Curi Cinta Episode 12
Drama Curi Curi Cinta Episode 13
Drama Curi Curi Cinta Episode 14
Drama Curi Curi Cinta Episode 15
Drama Curi Curi Cinta Episode 16
Drama Curi Curi Cinta Episode 17
Drama Curi Curi Cinta Episode 18
Drama Curi Curi Cinta Episode 19
Drama Curi Curi Cinta Episode 20
Drama Curi Curi Cinta Episode 21
Drama Curi Curi Cinta Episode 22
Drama Curi Curi Cinta Episode 23
Drama Curi Curi Cinta Episode 24
Drama Curi Curi Cinta Episode 25
Drama Curi Curi Cinta Episode 26
Drama Curi Curi Cinta Episode 27
Drama Curi Curi Cinta Episode 28 (Akhir) 


BERMINAT UNTUK TAMBAH PENDAPATAN?

"Umur itu bukan penghalang" - Aunty Zainab 

Dalam banyak-banyak kisah inspirasi di Amway, kejayaan Aunty Zainab menjadi satu sumber inprirasi pada ramai anak muda dan surirumah-surirumah. Bagi Aunty Zainab kejayaan beliau adalah kejayaan bersama dan beliau suka berada di Amway kerana tidak bersifat 'menyusahkan dan mengkayakan orang lain'.

Aunty Zainab sendiri seringkali menasihati rakan-rakan lain di Amway supaya lakukan yang terbaik. Beliau tidak pandai IT dan tidak pandai berniaga online, tetapi beliau yakin rezki Allah SWT. Disebabkan itu, Aunty Zainab selalu beri semangat pada yang lain supaya buat yang lebih baik lagi daripada apa yang dia mampu buat. 

cara-daftar-amway-online


Daftar Keahlian Untuk Jimat Beli Barang Amway, Akhirnya Dapat Cash Bonus Berkali Ganda

Berkat dari itu, ramai ikut serta dalam team Amway dengan menjadikan Aunty Zainab sebagai 'seorang ibu' yang harus didengar nasihat-nasihatnya. 

Berkat dari itu seorang demi seorang mampu meraih pendapatan sampingan melalui Amway , berkat didikan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan seperjuangan yang lain. 

cara-daftar-amway-online-malaysia

cara-nak-daftar-ahli-amway-online

Bagaimana cara nak jadi ahli Amway?

Berapakah harga ahli Amway untuk tahun 2022?

Ada tak cara nak daftar Amway online untuk Malaysia?


Mahu daftar team Amway sepasukan bersama Aunty Zainab hanya dengan harga RM60? 

Whatsapp terus ke talian https://wa.link/9snwwd



Jemput join :

Channel Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Channel Resipi Masak 👉https://t.me/gilamasakchannel

Kisah Cinta & Rumahtangga 👉 https://t.me/cintarumahtangga

Iklan Shopping Malaysia 👉 https://t.me/windowshoppingmalaysia


Post a Comment for " Drama Curi-Curi Cinta Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 28 (Akhir) "