Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kerabu Maggi Thai Simple Sedap Tahap Viral

Resepi Kerabu Maggi Thai Simple Sedap Tahap Viral | Pernah tak makan kerabu maggi Thai? Kerabu maggi pernah viral suatu masa dan selalu ada di pasar malam dan pesta makanan Thai. Memang sedap untuk mereka yang suka rasa masam manis pedas. 

Di Kelantan, menu kerabu maggi dengan mudah boleh dapat di kedai-kedai makan. Harga kerabu maggi Kelantan dalam anggaran RM4 ke RM6 sebungkus. Yang lebih mahal pun ada, selalunya di restoran konsep boat noodle. 

Jika nak makan dengan lebih puashati, tentulah kena cari resipi kerabu maggi dan cuba buat sendiri. Resipi maggi kerabu Seafood simple cukup mudah nak buat. Cara buat kerabu maggi Thai akan dikongsikan dalam artikel ni.

Buat sendiri memang lagi best sebab boleh letak makanan laut (seafood) banyak-banyak. Nak letak sotong, ketam dan udang galah saiz besar lengan macam selalu guna untuk tom yam tu pun boleh. 

Kalau buat menu ni untuk keluarga, mesti pakat berebut. Apapun jangan makan banyak sangat, jaga kalori. 

Gambar Resepi Simple Kerabu Maggi Yang Special 

resepi-kerabu-maggi

Tengok gambar dah rasa terliur. Inilah untungnya kalau buat sendiri, boleh letak seafood sampai melimpah ruah! Resepi cara buat kerabu maggi thai ni ada banyak versi. Ada yang agak rumit dan ada yang sangat simple mudah dan cepat

Untuk mereka yang suka makan kerabu maggi ini, di sini akan dikongsikan cara buat kerabu maggi Thai paling mudah tapi sedap untuk hasil seperti dalam gambar di bawah ini. 

resepi-kerabu-maggi

Resepi Kerabu Maggi Siam Simple Yang Sedap

Resepi kerabu maggi thai cara paling simple mudah senang tapi tetap sedap

Bahan yang diperlukan :

  • Maggi thai serda 3 peket
  • Air Limau nipis/kasturi 3 sudu
  • Sos thai 3 sudu
  • Cili padi tumbuk 6 biji
  • Bawang putih tumbuk 5 biji
  • Hiris bawang holland
  • Hiris lobak
  • Hiris daun ketumbar
  • Tomato
  • Seafood (udang, sotong, ketam, fishcake)

Cara membuat kerabu maggi simple tapi sedap

Cara-cara buat kerabu maggi thai ni mudah saja. Pertama kena celur semua bahan-bahan yang ada.

Seeloknya celur secara berasingan kerana tempoh masa semua bahan tu tak sama. Cara paling baik, panaskan air dalam periuk dan celur seafood dulu. 

Selesai celur semua seafood, celur pula mee dalam air rebusan tersebut. Setelah siap celur seafood dan mee, gaul semua bahan bersama-sama hingga sebati dan siap untuk di makan.

Memang kena guna mee segera thai saja ke? 

Tak boleh ke buat resepi kerabu maggi tanpa maggi siam?

Jawapannya nak buat kerabu maggi tanpa maggi siam pun tak apa. Ada je resepi kerabu maggi guna maggi biasa. Boleh buat guna maggi Malaysia perisa tomyam tu, tapi rasanya memang agak lain.

Tekstur mee itu sendiri berbeza kerana mee segera thai tidak kembang seperti mee segera di Malaysia, sebab tu lebih best! Nak beli mee segera Thai ni tak susah, di Shopee pun ada. 

Harga maggi serda special untuk buat kerabu maggi siam ni tak mahal, sekotak ada 30 bungkus hanya berharga RM22.40. 

Kerabu mesti ada rasa masam manis, masin dan pedas. Perencah maggi agak pedas memadai menggunakan 1 paket perencah saja. Kerabu Maggi Thai ni lebih sedap masak bersama makanan laut. 

resepi-kerabu-maggi-thai
- Klik pada gambar untuk beli -

Kesimpulan 

Kerabu mi segera atau kerabu maggi ini mempunyai rasa yang masam-masam pedas yang boleh membangkitkan selera sesiap sahaja. 

Selain resepi kerabu maggi yang simple tadi, ada juga beberapa resepi kerabu maggi yang hangat di mesin pencari seperti resepi kerabu maggi thai azie kitchen, resepi kerabu maggi che nom, resepi kerabu maggi khairul aming dan resepi kerabu maggi siam. 

Resepi kerabu maggi berkuah, resepi kerabu maggi viral, resepi kerabu maggi sheila rusly dan resepi kerabu maggi kaki ayam turut menjadi carian ramai peminat resepi kerabu maggi ini. 

Itulah dia perkongsian cara buat kerabu maggi Thai yang sedap dalam cara paling mudah! Simple saja kan? Lepas ni bolehlah cuba-cuba buat sendiri resepi kerabu maggi ikut cara yang telah diberikan tadi. 

Selamat mencuba masak resipi kerabu maggi yang sedap dan selamat menjamu selera. 
Kredit :


Jemput join telegram kami : 

Semoga bermanfaat. 
Terima kasih kepada yang membaca Resepi Kerabu Maggi Thai Simple Sedap Tahap Viral.



1 comment for "Resepi Kerabu Maggi Thai Simple Sedap Tahap Viral"