Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jenis Kayap Cara Rawatan Dan Pantang Larang

Punca Jenis-Jenis Kayap, Cara Rawatan Dan Pantang Larang Makan | Pernah dengar tentang penyakit kayap? Untuk pengetahuan, penyakit kayap merupakan suatu jangkitan virus pada badan. Kayap in english means shingles dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan. 

Apa itu kayap? Kayap tidak sama dengan kurap dan kudis buta. Kayap ini merupakan penyakit yang berpunca daripada virus varicella zoster yang turut mengakibatkan masalah cacar air (chickenpox). 

Penyakit kayap ini selalunya timbul sebagai ruam pada bahagian kiri atau kanan tubuh. Kayap bahagian dada disebut sebagai thoracic dan kayap pada muka dikenali sebagai trigeminal

Jika ruam kayap ini timbul pada muka, ia mungkin akan melibatkan mata, saraf muka, atau telinga. Bahaya kayap yang paling ditakuti adalah mata kerana penyakit kayap ini boleh mengakibatkan kerosakan mata yang berkekalan pada penghidapnya.

penyakit-kayap-dalam-islam
apa itu kayap


Apakah punca penyakit kayap ini?

Apakah jenis-jenis kayap yang ada?

Penyakit kayap boleh berjangkit atau tidak?

Punca Kayap Menurut Ilmu Perubatan (Medical Term)

Kayap in medical term dikenali sebagai herpes zoster (atau sekadar zoster). Shingles, also known as zoster or herpes zoster, is a viral disease characterized by a painful skin rash with blisters in a localized area. 

Kayap merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Penyakit kayap ini diakibatkan oleh pengaktifan semula virus ‘varicella zoster’ yang juga merupakan punca penyakit cacar air. 

Sesiapa yang pernah menghidap penyakit cacar mempunyai dua kemungkinan. 

Pertama mungkin boleh mendapat kayap pada masa hadapan kerana virus ‘varicella zoster’ ini akan kekal dalam sistem saraf. Virus ini akan menjadi aktif semula dan merebak mengikut saluran saraf pada kulit hingga muncul ruam kayap pada badan. 

Kemungkinan kedua, bukan semua orang yang mendapat penyakit cacar itu akan dijangkiti kayap. Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Simptom Jangkitan Tanda Kayap Mula Berlaku

Menurut portal kesihatan MyHealth, antara simptom awal (tanda permulaan) penyakit kayap ini ialah :

  • badan akan berasa nak demam
  • uekak rasa loya dan mual
  • pening berpanjangan dan sakit kepala
  • badan dijangkiti ruam
  • badan rasa sengal dan sakit
  • hilang selera makan
  • pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
  • kulit juga akan rasa gatal-gatal 
  • kulit merasa panas seperti terbakar

Bintik merah kemudian timbul dan mula berubah menjadi gelembung kecil berisi cecair di atas permukaan kulit yang kemerahan. Gelembung-gelembung itu akan menjadi kering beberapa hari kemudian dan ditutupi dengan selaput kering berwarna hitam.

Tanda-tanda ini biasa berlaku antara 3 hingga 5 hari sebelum tompok-tompok pada kulit timbul.
Komplikasi penyakit saraf boleh berlaku, jika kayap melibatkan bahagian muka, ia boleh menyebabkan komplikasi pada mata termasuk menjadi buta dan komplikasi kepada saraf muka yang boleh menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy).
Selain itu kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak, jantung, paru-paru, usus, buah pinggang, hati dan sebagainya.
Komplikasi lain penyakit kayap adalah jangkitan kuman dan bakteria serta pendarahan pada gelombang air di kulit. Kadang-kadang gelombang merebak ke kawasan lain. Keadaan ini biasa berlaku kapada pesakit yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Risiko-risiko utama penyakit ini adalah : 

1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan 

2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid). 


Jenis Jenis Penyakit Kayap 

Apabila virus ini berada dalam badan. mangsa akan berasa demam ,tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan sengal dan hilang selera makan. Bagi pesakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.

Penyakit kayap terbahagi kepada beberapa jenis. Jenis penyakit kayap ada banyak. Ada jenis2 kayap yang sakit dan ada jenis-jenis kayap yang tidak rasa sakit.

1. Kayap Setompok

2. Kayap Ular

3. Kayap Air

4. Kayap di Muka

5. Kayap Tapak Anjing

6. Kayap Bunga 

7. Kayap Sihir 

8. Kayap Kucing

9. Kayap Pada Kanak-Kanak


Dalam banyak-banyak jenis kayap, kayap jenis setompok, kayap ular dan kayap air yang sering berlaku pada kebanyakan orang (pesakit). 

Kayap tidak berjangkit dan tidak boleh disebarkan dari orang ke orang. Walaubagaimanapun, virus varicella zoster yang menyebabkan kayap ini ada kaitan dengan cacar air (chicken pox), jadi individu yang belum pernah dijangkiti cacar air perlu lebih berhati-hati. 


Bagaimana rupa kayap setompok, kayap ular dan kayap air?

Benarkah kayap ular membawa maut?

Betulkah bawang putih ubat kayap?

Ada penyakit kayap boleh makan durian atau tak?

Bolehkah minum air kelapa untuk kayap cepat sembuh?


Contoh Gambar Rupa Kayap 

Melihat pada gambar pesakit kayap setompok. seakan digigit oleh sekumpulan semut atau serangga yang banyak. 

1. Gambar Kayap Setompok

kayap-setompok

2. Gambar Kayap Jagung

punca-penyakit-kayap

2. Gambar Kayap Ular

ubat-kayap-cara-kampung


Masyarakat Melayu Gerun Kayap Boleh Bawa Maut

Suatu ketika dulu, penyakit kayap sangat digeruni masyarakat Melayu kerana wujud kepercayaan kononnya kayap ular boleh menyebabkan maut. 

Ciri ruam kayap ular meliliti sekeliling tubuh atau bertemu pada bahagian tengah badan, jadi kepercayaan orang melayu dulu, penyakit kayap ular kalau bersambung keliling badan boleh mati.  

Tapi sekarang kepercayaan itu sudah tidak boleh diguna pakai kerana ada banyak kaedah rawatan moden untuk membantu. Jika tidak mahu gunakan rawatan moden, boleh cuba gunakan rawatan cara kampung (cara tradisional).

Senarai Pantang Larang Kayap

Pantang larang bila terkena penyakit kayap ada banyak. Senarai pantang larang kayap ini berdasarkan dari perkongsian orang-orang tua dan pesakit kayap lain.

1.  Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit. 

2. Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas. Contoh seluar lepas jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok.

3. Jangan pakai seluar serta baju yang basah 

4. Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal-gatal, boleh pergi jumpa doktor untuk beli ubat buat kurangkan rasa gatal. 

5. Bila mandi, biasakan mengosok perlahan-lahan pada bahagian kayap itu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian yang dihinggapi kayap tersebut.  

6. Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni, elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan-rakan kerana dikhuatiri akan dijangkiti pula. 

7. Elak makan makanan yang ikhuatiri rasa bisa dan gatal-gatal. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin.

8. Makanan gatal-gatal dan goreng-goreng cuba elakkan. Hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak. 

9. Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/ berjalur. Contohnya tembikai, timun, labu, petola dan banyak lagi.

10. Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun. 

11. Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2 kering ia akan terluka dan kembali merebak.


Rawatan Kayap Cara Kampung (Petua Tradisional) 

Senarai ubat kayap cara kampung. 

Petua Kayap 1 : Pokok Kerayong

Asah kulit pokok kerayong dan disapukan di tempat yang dijangkiti . Kayap tersebut akan kering dan boleh dikoyakkan . 

Petua Kayap 2 : Batang Keladi

Potong batang keladi candik dan ambil airnya lalu disapukan ke tempat sakit. Besoknya kayap boleh dikoyakkan dan pulih. 

Petua Kayap 3 : Duri Pokok Kekabu

Ambilkan 10 duri pokok kekabu dan asahkan duri itu sehingga keluar cecair yang agak pekat. Tadahkan dalam satu bekas, kemudian sapukan cecair duri kekabu ini dan sapukan pada bahagian anggota badan anda yang ada kayap itu. 

Amalkan petua ini berulangkali sehingga kayap anda kering dan sembuh. 

Petua Kayap 4 : Daun Cili dan Kapur Makan

Daun cili boleh mengubati penyakit kayap . Ambil beberapa daun cili dan kapur makan dan kemudian tumbuk dan ramaskan daun cili serta campurkan dengan sedikit kapur makan. 

Sapukan di bahagian yang terkena kayap . Lakukan sehari 2 kali. Kayap akan pudar dan makin baik dalam masa beberapa hari mengikut keadaan seseorang. InshaAllah. 

Petua Kayap 5 : Kelapa Parut

Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka ke bahagian kulit terkena kayap tu.

Petua Kayap 6 : Pokok Duit Duit

Gunakan daun pokok duit-duit. Ditumbuk hancur , ambil daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman. 

Petua Kayap 7 : Daun Delima Dan Bedak Sejuk 

Petua ini banyak digunakan sebagai cara kampung untuk ubati kayap setompok. Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan tempekkan pada tempat kayap itu.

Petua Kayap 8 : Daun Bunga Melur

Gunakan daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun mambu. Semua daun di atas ditumbuk atau di blender. Campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. 

Kemudian sapu, tampal atau tempekkan pada tempat yang telah dijangkiti kayap tu. 

Petua Kayap 9 : Minuman Penyejuk Badan

Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk. 

Petua Kayap 10 : Air Penawar

Sambil-sambil berubat guna petua-petua tadi tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar perubatan tradisional. Biasanya air penawar ini disediakan berpandukan kepada ayat-ayat suci Al-Quran. Semasa sedang berubat, selalulah berdoa kepada Allah SWT agar sembuh cepat.


Tips Pemakanan Pesakit Kayap


Apakah makanan boleh dimakan ketika kayap?

Apakah pula makanan yang tidak boleh dimakan ketika kayap? 

Ramai yang nak tahu apa makanan yang perlu di pantang oleh pesakit kayap. 

Berdasarkan pengalaman salah seorang pesakit kayap, di sini disenaraikan info-info berkaitan dalam menjaga pemakanan ketika diserang penyakit kayap, apa usaha dan penawar yang beliau ambil untuk segera sembuh dari kayap dan jenis makanan yang di ambil dan dijauhinya.

Tips-Pemakanan-Pesakit-Kayap

1. Pantang makan sama macam pantang makan ketika bersalin.

2. Elak makan makanan yang berminyak dan bergoreng seperti ayam goreng, ikan goreng, daging goreng dan lain-lain. 

3. Elak makan makanan yang sejuk.

4. Elak makan sayur yang menjalar seperti bayam. kangkung, petola, timun dan lain-lain.

5. Elak makanan yang boleh beri rasa faktor alergik seperti makanan laut dan telur. 

Bagaimana menjaga makan ketika berpantang lepas bersalin, begitu jugalah pantang yang beliau amalkan ketika terkena penyakit kayap. 

Rawatan Kayap Cara Moden

Hasil kajian perubatan moden mendapati penyakit kayap boleh sembuh sepenuhnya dan proses penyembuhan akan menjadi lebih cepat jika mendapat rawatan awal yang betul. 

Antara rawatan yang biasa digunakan adalah menggunakan ubat tahan sakit seperti krim sapu dan ubat antivirus. Antara jenis ubatan moden untuk rawatan kayap ini seperti :
  • acyclovir
  • valacyclovir
  • famciclovir
  • ubat antibiotik 

Ubat antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan bakteria yang terkena di sekitar kawasan luka kayap. Ada juga pesakit yang amal makan Vitamin C dan guna Allano Lotion dari Amway. 

Losyen Tangan & Badan ALLANO

Losyen-Tangan-Badan-ALLANO
Losyen Tangan & Badan ALLANO


Losyen Tangan & Badan Allano ialah losyen badan berasaskan buih yang menampilkan formula yang melembap secara mendalam yang menyamankan, melicinkan dan menyegarkan kulit. 

ALLANO Hand & Body Lotion ialah losen berbuih pekat yang menyamankan dan melembapkan kulit yang pecah-pecah lagi kasar. Ia juga mencipta perisai yang melindungi daripada kotoran dan kehilangan lembapan untuk menjadikan kulit rasa lembut.

Ia mudah disapu, tiada tumpahan atau kebocoran dan cepat diserap. ALLANO Hand & Body Lotion membentuk perintang lembapan untuk menangkis air dan mengekalkan keberkesanan bahan-bahan lain serta membolehkan kulit bernafas.

Lotion Allano Bantu Atasi Pelbagai Masalah Kulit

ALLANO Hand & Body Lotion membantu melegakan dan melicinkan kulit yang pecah-pecah dan kasar serta mengekalkan keseimbangan lembapan semula jadi kulit. 

Antara masalah berkaitan kulit yang boleh dibantu oleh ALLANO Hand & Body Lotion dengan izin Allah SWT ini seperti masalah panau, sunblock, bekas rekahan lepas bersalin,kurap, kulit kering, melecur, ekzema dan jerawat. 

Lotion-Allano-Atasi-Masalah-Kulit
Bantu Atasi Pelbagai Masalah Kulit

Kelebihan Lotion Allano 

Terdapat banyak kelebihan jika menggunakan ALLANO Hand & Body Lotion dari jenama Amway ini. Antaranya : 
  1. Allano boleh dijadiakan first aid dirumah.
  2. sangat sesuai utk semua generasi umur
  3. tahan lama
  4. cara guna hanya sapu dibahagian yang terlibat
  5. mudah di bawa
  6. boleh sapu satu badan 
  7. terasa nyaman dan sejuk saat digunakan 

Sebahagian Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion


Testimoni-Pengguna-ALLANO-Lotion-amway
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion

Testimoni-Pengguna-ALLANO-Lotion-amway
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion

Testimoni-Pengguna-ALLANO-Lotion-amway
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion

Pesakit Kayap Makin Pulih Lepas Guna ALLANO Hand & Body Lotion

cara-rawatan-kayap
lotion ALLANO rawat kayap 

Harga RM45.00 sebotol 

Whatsapp untuk beli di link ini - https://wa.link/r2ll26

Penyakit Kayap Dalam Islam

Selain menggunakan produk-produk kesihatan tadi, kita juga boleh amalkan cara mengubati penyakit kayap menurut cara Islam. Sesungguhnya pulih dari penyakit ini atas izin Allah SWT juga. 

1. Doa Antibiotik Ustaz Sharhan

Jangan ingat antiobiotik hanya untuk perubatan moden. Antibiotik dalam kaeadah perubatan Islam juga ada. Bagaimana cara untuk masukkan antiobiotik ke dalam badan mengikut kaedah Islam? Lihat video di bawah ini dan amalkan. 


2. Doa Merawat Kayap

Untuk rawatan kayap secara islamik, kalian boleh guna kombinasi doa ini :
  1. Surah al-Fatihah
  2. Bismillah Lima
  3. Surah al-Hasyr ayat 21-24
  4. Selawat Syifa
  5. Doa Barah ( surah al-Qalam 1~2)

3. Ruqyah Untuk Merawat Kayap 


Kesimpulan

Secara umumnya tiada ubat atau cara rawatan khas untuk penyakit kayap ini. Ada pendapat mengatakan perlu segera jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan. 

Ada juga mengatakan cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana terbaik mengikut kondisi diri masing-masing. Yang pasti, penyakit kayap boleh merebak dengan pantas jika tidak dirawat dari awal. 

Selain cara merawat perlu beri perhatian pada pantang larangnya juga. Kayap boleh dianggap sebagai lanjutan penyakit chicken pox jadi jagalah pemakanan dengan baik mungkin. 


Rujukan :

1. MyHealth

2. Media Maklumat



Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

12 comments for "Jenis Kayap Cara Rawatan Dan Pantang Larang"

  1. Adik saya pernah kena kayap. Nenek yg ubatkan adik saya tu guna kacang hijau dibuat berak dan disapu disekeliling kayap dan beserta bacaan doa. Doa tu saya x tahu dia baca apa, time tu saya still sekolah rendah. Tapi saya ingatlah dia guna kacang hijau ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tahu yang kacang hijau pun boleh ubati kayap sebagai cara ubat kampung. orang dulu2 memang pandai bab petua-petua ni sebagai cara ubat tradisional

      Delete
  2. Replies
    1. memang takut, minta dijauhkan kita dari kena penyakit kayap. sis pun baru tahu part penyakit kayap ular orang tua kata boleh bawa maut tu

      Delete
  3. Uiksss scary nya tgk gambar2 kayap tu hahaha..

    ReplyDelete
  4. Allahu kalau boleh elak tak mahu kena, suami kena seksa dia lain macam... boleh try tips yang dikongsikan nnt

    ReplyDelete
  5. Seram tengok kayap. Selalu dengar kayap ular dan kayap air je. Rupanya banyak lagi jenis kayap ye..

    ReplyDelete
  6. kalau kena kayap memang susah hati sangat rasa

    ReplyDelete
  7. hisbnd baru2 ni kena kat kaki
    taktau pun kayap, tp doktor yg bgtau kayap
    Alhamdulillah baik lepas mkn dan spu ubat
    sambil2 tu bzrubat jga cara tradisional yg yg diperxayai

    ReplyDelete
  8. baru tuari wak ada terbaca ada org nk cari Janda kawen bujang sbb leh ubatkan penyakit kayap nih.. wallahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wak. Saya pernah kena kayap ular. Makcik saya janda kawin dgn bujang. Dia kunyah sirih lepas tu sapu kat tempat kayap. Sekali dua buat terus kering. Masa sapu tu doa mintak kesembuhan. Alhamdulillah berhasil.

      Delete
    2. oh ya ka. baru tahu juga hal ni

      Delete