Jenis Kayap Cara Rawatan Dan Pantang Larang
Punca Jenis-Jenis Kayap, Cara Rawatan Dan Pantang Larang Makan | Pernah dengar tentang penyakit kayap? Untuk pengetahuan, penyakit kayap merupakan suatu jangkitan virus pada badan. Kayap in english means shingles dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.
Apa itu kayap? Kayap tidak sama dengan kurap dan kudis buta. Kayap ini merupakan penyakit yang berpunca daripada virus varicella zoster yang turut mengakibatkan masalah cacar air (chickenpox).
Penyakit kayap ini selalunya timbul sebagai ruam pada bahagian kiri atau kanan tubuh. Kayap bahagian dada disebut sebagai thoracic dan kayap pada muka dikenali sebagai trigeminal.
Jika ruam kayap ini timbul pada muka, ia mungkin akan melibatkan mata, saraf muka, atau telinga. Bahaya kayap yang paling ditakuti adalah mata kerana penyakit kayap ini boleh mengakibatkan kerosakan mata yang berkekalan pada penghidapnya.
apa itu kayap |
Apakah punca penyakit kayap ini?
Apakah jenis-jenis kayap yang ada?
Penyakit kayap boleh berjangkit atau tidak?
Punca Kayap Menurut Ilmu Perubatan (Medical Term)
Kayap in medical term dikenali sebagai herpes zoster (atau sekadar zoster). Shingles, also known as zoster or herpes zoster, is a viral disease characterized by a painful skin rash with blisters in a localized area.
Kayap merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Penyakit kayap ini diakibatkan oleh pengaktifan semula virus ‘varicella zoster’ yang juga merupakan punca penyakit cacar air.
Sesiapa yang pernah menghidap penyakit cacar mempunyai dua kemungkinan.
Pertama mungkin boleh mendapat kayap pada masa hadapan kerana virus ‘varicella zoster’ ini akan kekal dalam sistem saraf. Virus ini akan menjadi aktif semula dan merebak mengikut saluran saraf pada kulit hingga muncul ruam kayap pada badan.
Kemungkinan kedua, bukan semua orang yang mendapat penyakit cacar itu akan dijangkiti kayap. Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Simptom Jangkitan Tanda Kayap Mula Berlaku
Menurut portal kesihatan MyHealth, antara simptom awal (tanda permulaan) penyakit kayap ini ialah :
- badan akan berasa nak demam
- uekak rasa loya dan mual
- pening berpanjangan dan sakit kepala
- badan dijangkiti ruam
- badan rasa sengal dan sakit
- hilang selera makan
- pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal-gatal
- kulit merasa panas seperti terbakar
Bintik merah kemudian timbul dan mula berubah menjadi gelembung kecil berisi cecair di atas permukaan kulit yang kemerahan. Gelembung-gelembung itu akan menjadi kering beberapa hari kemudian dan ditutupi dengan selaput kering berwarna hitam.
Risiko-risiko utama penyakit ini adalah :
1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Jenis Jenis Penyakit Kayap
Apabila virus ini berada dalam badan. mangsa akan berasa demam ,tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan sengal dan hilang selera makan. Bagi pesakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.
Penyakit kayap terbahagi kepada beberapa jenis. Jenis penyakit kayap ada banyak. Ada jenis2 kayap yang sakit dan ada jenis-jenis kayap yang tidak rasa sakit.
1. Kayap Setompok
2. Kayap Ular
3. Kayap Air
4. Kayap di Muka
5. Kayap Tapak Anjing
6. Kayap Bunga
7. Kayap Sihir
8. Kayap Kucing
9. Kayap Pada Kanak-Kanak
Dalam banyak-banyak jenis kayap, kayap jenis setompok, kayap ular dan kayap air yang sering berlaku pada kebanyakan orang (pesakit).
Kayap tidak berjangkit dan tidak boleh disebarkan dari orang ke orang. Walaubagaimanapun, virus varicella zoster yang menyebabkan kayap ini ada kaitan dengan cacar air (chicken pox), jadi individu yang belum pernah dijangkiti cacar air perlu lebih berhati-hati.
Bagaimana rupa kayap setompok, kayap ular dan kayap air?
Benarkah kayap ular membawa maut?
Betulkah bawang putih ubat kayap?
Ada penyakit kayap boleh makan durian atau tak?
Bolehkah minum air kelapa untuk kayap cepat sembuh?
Contoh Gambar Rupa Kayap
Melihat pada gambar pesakit kayap setompok. seakan digigit oleh sekumpulan semut atau serangga yang banyak.
1. Gambar Kayap Setompok
2. Gambar Kayap Jagung
2. Gambar Kayap Ular
Masyarakat Melayu Gerun Kayap Boleh Bawa Maut
Suatu ketika dulu, penyakit kayap sangat digeruni masyarakat Melayu kerana wujud kepercayaan kononnya kayap ular boleh menyebabkan maut.
Ciri ruam kayap ular meliliti sekeliling tubuh atau bertemu pada bahagian tengah badan, jadi kepercayaan orang melayu dulu, penyakit kayap ular kalau bersambung keliling badan boleh mati.
Tapi sekarang kepercayaan itu sudah tidak boleh diguna pakai kerana ada banyak kaedah rawatan moden untuk membantu. Jika tidak mahu gunakan rawatan moden, boleh cuba gunakan rawatan cara kampung (cara tradisional).
Senarai Pantang Larang Kayap
Pantang larang bila terkena penyakit kayap ada banyak. Senarai pantang larang kayap ini berdasarkan dari perkongsian orang-orang tua dan pesakit kayap lain.
1. Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.
2. Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas. Contoh seluar lepas jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok.
3. Jangan pakai seluar serta baju yang basah
4. Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal-gatal, boleh pergi jumpa doktor untuk beli ubat buat kurangkan rasa gatal.
5. Bila mandi, biasakan mengosok perlahan-lahan pada bahagian kayap itu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian yang dihinggapi kayap tersebut.
6. Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni, elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan-rakan kerana dikhuatiri akan dijangkiti pula.
7. Elak makan makanan yang ikhuatiri rasa bisa dan gatal-gatal. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin.
8. Makanan gatal-gatal dan goreng-goreng cuba elakkan. Hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9. Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/ berjalur. Contohnya tembikai, timun, labu, petola dan banyak lagi.
10. Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
11. Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2 kering ia akan terluka dan kembali merebak.
Rawatan Kayap Cara Kampung (Petua Tradisional)
Senarai ubat kayap cara kampung.
Petua Kayap 1 : Pokok Kerayong
Asah kulit pokok kerayong dan disapukan di tempat yang dijangkiti . Kayap tersebut akan kering dan boleh dikoyakkan .
Petua Kayap 2 : Batang Keladi
Potong batang keladi candik dan ambil airnya lalu disapukan ke tempat sakit. Besoknya kayap boleh dikoyakkan dan pulih.
Petua Kayap 3 : Duri Pokok Kekabu
Ambilkan 10 duri pokok kekabu dan asahkan duri itu sehingga keluar cecair yang agak pekat. Tadahkan dalam satu bekas, kemudian sapukan cecair duri kekabu ini dan sapukan pada bahagian anggota badan anda yang ada kayap itu.
Amalkan petua ini berulangkali sehingga kayap anda kering dan sembuh.
Petua Kayap 4 : Daun Cili dan Kapur Makan
Daun cili boleh mengubati penyakit kayap . Ambil beberapa daun cili dan kapur makan dan kemudian tumbuk dan ramaskan daun cili serta campurkan dengan sedikit kapur makan.
Sapukan di bahagian yang terkena kayap . Lakukan sehari 2 kali. Kayap akan pudar dan makin baik dalam masa beberapa hari mengikut keadaan seseorang. InshaAllah.
Petua Kayap 5 : Kelapa Parut
Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka ke bahagian kulit terkena kayap tu.
Petua Kayap 6 : Pokok Duit Duit
Gunakan daun pokok duit-duit. Ditumbuk hancur , ambil daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
Petua Kayap 7 : Daun Delima Dan Bedak Sejuk
Petua ini banyak digunakan sebagai cara kampung untuk ubati kayap setompok. Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan tempekkan pada tempat kayap itu.
Petua Kayap 8 : Daun Bunga Melur
Gunakan daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun mambu. Semua daun di atas ditumbuk atau di blender. Campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat.
Kemudian sapu, tampal atau tempekkan pada tempat yang telah dijangkiti kayap tu.
Petua Kayap 9 : Minuman Penyejuk Badan
Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk.
Petua Kayap 10 : Air Penawar
Sambil-sambil berubat guna petua-petua tadi tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar perubatan tradisional. Biasanya air penawar ini disediakan berpandukan kepada ayat-ayat suci Al-Quran. Semasa sedang berubat, selalulah berdoa kepada Allah SWT agar sembuh cepat.
Tips Pemakanan Pesakit Kayap
Rawatan Kayap Cara Moden
- acyclovir
- valacyclovir
- famciclovir
- ubat antibiotik
Losyen Tangan & Badan ALLANO
Losyen Tangan & Badan ALLANO |
Lotion Allano Bantu Atasi Pelbagai Masalah Kulit
Bantu Atasi Pelbagai Masalah Kulit |
Kelebihan Lotion Allano
- Allano boleh dijadiakan first aid dirumah.
- sangat sesuai utk semua generasi umur
- tahan lama
- cara guna hanya sapu dibahagian yang terlibat
- mudah di bawa
- boleh sapu satu badan
- terasa nyaman dan sejuk saat digunakan
Sebahagian Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion |
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion |
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion |
Pesakit Kayap Makin Pulih Lepas Guna ALLANO Hand & Body Lotion
lotion ALLANO rawat kayap |
Harga RM45.00 sebotol
Penyakit Kayap Dalam Islam
1. Doa Antibiotik Ustaz Sharhan
Jangan ingat antiobiotik hanya untuk perubatan moden. Antibiotik dalam kaeadah perubatan Islam juga ada. Bagaimana cara untuk masukkan antiobiotik ke dalam badan mengikut kaedah Islam? Lihat video di bawah ini dan amalkan.
2. Doa Merawat Kayap
- Surah al-Fatihah
- Bismillah Lima
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa
- Doa Barah ( surah al-Qalam 1~2)
3. Ruqyah Untuk Merawat Kayap
Kesimpulan
Secara umumnya tiada ubat atau cara rawatan khas untuk penyakit kayap ini. Ada pendapat mengatakan perlu segera jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan.
Ada juga mengatakan cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana terbaik mengikut kondisi diri masing-masing. Yang pasti, penyakit kayap boleh merebak dengan pantas jika tidak dirawat dari awal.
Selain cara merawat perlu beri perhatian pada pantang larangnya juga. Kayap boleh dianggap sebagai lanjutan penyakit chicken pox jadi jagalah pemakanan dengan baik mungkin.
Rujukan :
1. MyHealth
Adik saya pernah kena kayap. Nenek yg ubatkan adik saya tu guna kacang hijau dibuat berak dan disapu disekeliling kayap dan beserta bacaan doa. Doa tu saya x tahu dia baca apa, time tu saya still sekolah rendah. Tapi saya ingatlah dia guna kacang hijau ..
ReplyDeletebaru tahu yang kacang hijau pun boleh ubati kayap sebagai cara ubat kampung. orang dulu2 memang pandai bab petua-petua ni sebagai cara ubat tradisional
DeleteNgeri juga kalau kne kayap
ReplyDeletememang takut, minta dijauhkan kita dari kena penyakit kayap. sis pun baru tahu part penyakit kayap ular orang tua kata boleh bawa maut tu
DeleteUiksss scary nya tgk gambar2 kayap tu hahaha..
ReplyDeleteAllahu kalau boleh elak tak mahu kena, suami kena seksa dia lain macam... boleh try tips yang dikongsikan nnt
ReplyDeleteSeram tengok kayap. Selalu dengar kayap ular dan kayap air je. Rupanya banyak lagi jenis kayap ye..
ReplyDeletekalau kena kayap memang susah hati sangat rasa
ReplyDeletehisbnd baru2 ni kena kat kaki
ReplyDeletetaktau pun kayap, tp doktor yg bgtau kayap
Alhamdulillah baik lepas mkn dan spu ubat
sambil2 tu bzrubat jga cara tradisional yg yg diperxayai
baru tuari wak ada terbaca ada org nk cari Janda kawen bujang sbb leh ubatkan penyakit kayap nih.. wallahu
ReplyDeleteBetul wak. Saya pernah kena kayap ular. Makcik saya janda kawin dgn bujang. Dia kunyah sirih lepas tu sapu kat tempat kayap. Sekali dua buat terus kering. Masa sapu tu doa mintak kesembuhan. Alhamdulillah berhasil.
Deleteoh ya ka. baru tahu juga hal ni
Delete