Menu Diet 10 Resepi Ikan Singgang Mudah Dan Sedap
Menu Diet : 10 Resepi Ikan Singgang Mudah Dan Sedap | Menu resepi singgang ikan cukup terkenal di Kelantan dan Terengganu. Ada beberapa versi resepi singgang ikan ini seperti ikan masak singgang putih, ikan masak singgang kuning dan ikan masak singgang pedas.
Singgang ikan bukan saja sedap dimakan sebagai menu harian malah sesuai dijadikan sebagai menu diet dan berpantang. Aku salah seorang yang suka makan lauk ikan singgang.
Makin power bila dapat makan hidangan singgang ikan ini bersama ulam petai atau terung bakar, ikan selayang goreng dan cicah budu.
Apa Itu Ikan Singgang
Apakah ikan singgang ini seperti menu asam pedas?
Apa beza masak singgang ikan Kelantan dan Terengganu?
Apakah jenis-jenis ikan yang sesuai untuk masak singgang ikan ini?
Menu Diet : 10 Resepi Ikan Singgang Mudah Dan Sedap |
Walaupun bahan-bahan untuk menu hidangan ikan masak singgang dan asam pedas ini hampir sama tetapi rasanya agak berbeza. Menu ikan singgang ini cukup sinonim dengan dua buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.
Beza masakan singgang ikan Kelantan dan Terengganu tidak terlalu ketara. Kedua-duanya hampir sama saja. Yang membezakan mungkin pada warna kuah sup lauk singgang ini sendiri.
Ikan singgang Kelantan dan Terengganu boleh berwarna putih (tanpa kunyit hidup) dan boleh juga berwarna kuning kemerahan kerana menggunakan kunyit hidup dan cili.
Selalunya resepi singgang ikan dimasak menggunakan ikan tongkol, ikan tenggiri, ikan kerisi, ikan kembung dan ikan selar. Paling kerap guna ikan tongkol. Ikan tongkol turut dikenali sebagai ikan aya atau ikan kayu.
Jika ikan itu besar, ada yang masak hanya guna bahagian kepala saja. Jika tak suka singgang ikan, masak singgang guna ayam dan daging juga boleh.
Aneka Resepi Ikan Singgang Untuk Diet Dan Berpantang
Ikan singgang sesuai sebagai menu untuk orang berdiet dan sebagai makanan berpantang kerana ia tak menggunakan minyak.
Menu ikan singgang ini juga sesuai sebagai menu untuk mereka yang kurang sihat dengan pantang larang makan kerana ia hanya menggunakan bahan asas masakan kampung dengan kaedah masak cara merebus.
Paling penting, untuk menu berpantang dan makanan orang kurang sihat yang perlu pantang makan, pastikan hanya guna ikan yang boleh di makan dalam pantang.
Di sini aku kongsikan lima resepi singgang ikan untuk panduan kita bersama.
1. Resepi Singgang Ikan Tenggiri Kelantan Kuah Putih
Ini resepi singgang ikan tenggiri versi Kelantan yang memang sangat lazat. Singgang Ikan Tenggiri Kelantan memang sangat sedap. Terbaik jika menggunakan ikan tenggiri yang segar. Versi Kelantan memang tiada kunyit dengan kuah berwarna putih.
Ikan masak singgang Kelantan ini juga memang tiada kunyit dan menggunakan banyak lengkuas. Masakan ini sangat sihat kerana tiada minyak dan sesuai untuk orang yang berdiet kerana sangat rendah kalori.
Resepi Singgang Ikan Tenggiri Kelantan Kuah Putih |
Masa Penyediaan : 15 minit
Masa Memasak : 10 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang
Bahan-Bahan :
- 3 potong ikan tenggiri
- 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
- 3 biji bawang merah, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1-2 keping asam gelugor
- 5-6 biji cili padi
- 4 batang sayur bendi
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk perasa (jika suka)
Cara-cara :
Bersihkan ikan dan toskan.
Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali.
Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.
Kredit : Che Nom
2. Resepi Ikan Kerisi Masak Singgang Pedas Versi Terengganu
Resepi Ikan Kerisi Masak Singgang Pedas Versi Terengganu |
Singgang Pedas Ikan (versi Terengganu) lebih kurang sama dengan resepi singgang pedas Kelantan cuma untuk resepi ini ada sedikit tambahan bahan lain di dalamnya.
Bahan-bahan :
- 4 ekor ikan kerisi
- 5 biji cili api
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 1/2 inci kunyit
- 3 cawan air
- 5 keping asam gelugor
- Garam secukup rasa
- 2 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
- 8 tangkai daun kesum
Cara Membuatnya :
1. Ikan kerisi dibuangkan sisik dan dibersihkan. Kelarkan.
2. Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Masukkan bahan kisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
5. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit. Hidangkan.
Kredit : Hanieliza Kamarudin
3. Resepi Ikan Kerisi Masak Singgang Pedas Cara Terengganu
Resepi Ikan Kerisi Masak Singgang Pedas Cara Terengganu |
Bahan-bahan :
- 4 ekor ikan kerisi
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 1/2 inci kunyit
- 7 biji cili api merah
- 3-5 keping asam gelugor
- 1 ikat daun kesum
- 3 cawan air 1 biji tomato
- 7 biji bendi
- Garam secukup rasa
Cara membuatnya :
Ikan kerisi dibersihkan dan dibuang sisik.
Kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili api & kunyit dengan 1 cawan air.
Masukkan bahan kisar, asam gelugor, garam dan 2 cawan air ke dalam periuk.
Air tu kalau suka cair boleh tambah. Masak ni ikut pada selera. Nak pedas lagi tambah cili api.
Masaklah hingga mendidih kemudian masukkan ikan, bendi dan daun kesum ke dalam periuk.
Bila ikan sudah hampir masak boleh masukkan tomato. Kalau tidak mahu letakkan tomato pun tidak mengapa.
Biarkan seketika. Siaplah singgang pedas ikan kerisi yang super yummy!
Kredit : Khadijah Jaafar Rasa Share Resepi
4. Resepi Masak Singgang Ikan Selar
Resepi Masak Singgang Ikan Selar |
Bahan-bahan :
- 3 ekor ikan selar
- 4 keping lengkuas
- 2 keping halia
- 8-19 ulas bawang putih diketuk
- 2 batang serai diketuk
- 2 biji tomato besar
- 3 keping asam gelugor
- 2 batang lada hijau
- 4 batang cili padi merah
- 1 camca besar rata garam halus
Cara memasak :
Cuci bersih ikan selar, toskan airnya.
Masukkan air ke dalam periuk.
Masukkan serai, asam gelugor, lengkuas, halia, daun pandan dan bawang putih.
Masukkan 1 biji tomato yang dibelah 4.
Masak hingga menggelegak dan air sedikit surut.
Rasa kuahnya, bila kuah sudah terasa masam, masukkan garam halus, gula merah dan ikan.
Masak hingga menggelegak sekali lagi.
Masukkan lada hijau, cili padi dan sebiji lagi tomato yang dibelah 4, seimbangkan rasanya biar cukup masam, manis dan masinnya.
Sebelum dihidangkan, patah-patahkan cili padi yang ada di dalam kuahnya.
Sedap dimakan panas bersama nasi putih. Kebiasaannya dihidangkan bersama ulam-ulaman dan budu sebagai pencicah.
5. Resepi Masak Singgang Ikan Merah
Resepi Masak Singgang Ikan Merah |
Bahan-bahan :
- 1 ekor ikan merah saiz sedang
- 2 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 2-3 keping asam keping
- 1 tangkai akar ketumbar (jika ada)
- Garam secukup rasa
Cara memasak :
Bawang merah dipotong 6. Serai dan bawang putih dititik. Lengkuas dihiris nipis.
Halia dan kunyit di racik. Ikan dibasuh dan digaul dengan garam.
Masukkan semua bahan termasuk air dalam periuk.
Sukatan air hanya separuh daripada paras bahan sebab nanti air ikan akan keluar juga.
Angkat periuk ke atas dapur, hidupkan api dan tutup periuk.
Biarkan dalam 7-10 minit, ikan akan masak dan kuah akan menggelegak.
Jangan masak lama sangat, nanti ikan hancur.
Taburkan daun ketumbar sedikit ketika menghidang dan siap!
6. Resepi Singgang Asam Pedas Ikan Kunyit
Resepi Singgang Asam Pedas Ikan Kunyit |
Bahan-bahan:
- 17 ekor ikan kunyit disiang
- 2 sudu besar bawang besar – dikisar
- 3 keping asam kepung
- Segenggam daun kesum
- 1 jag air
- 2 sudu teh garam
- 1 biji tomato dibelah 4
- 1 1/2 sudu besar cili boh
Cara memasak :
Siang ikan kunyit dan bersihkan.
Masukkan air ke dalam periuk. Tambahkan bawang yang dikisar, cili boh dan asam keping.
Masukkan ikan dan daun kesum. Apabila hampir masak, masukkan tomato.
Apabila kuah dah menggelegak, tutupkan api dan sedia untuk dihidang. Siap.
Resepi 4, 5, 6 Kredit : Daily Makan
7. Resepi Singgang Tenggiri Menu Orang Bujang
Resepi Singgang Tenggiri Menu Orang Bujang |
Resepi ni untuk masak sikit buat makan seorang atau berdua. Orang bujang molek sangat la tu. Makan pula bersama sambal belacan, memang padu!
Bahan-bahan:
- Air
- Ikan tenggiri 1 potong
- Bawang besar 1 biji saiz sederhana
- Bawang putih 2 ulas
- Asam keping 2 keping (boleh tambah kalau suka lagi masam)
- Lengkuas 2, 3 hiris
- Garam
- Bendi *optional
- Kunyit hidup/serbuk *optional
- Ajinomoto/gula *optional
Masuk semua bahan kecuali bendi ke dalam periuk.
Air jangan banyak sangat, sekadar tenggelamkan ikan.
Masak guna air kecil dan bila dah menggelegak, masukkan bendi.
Setelah bendi layu, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Kredit : YatiMiza
8. Resepi Singgang Ikan Aya Paling Simple Guna 3 Bahan Asas
Resepi Singgang Ikan Aya Paling Simple |
Selain ikan, hanya 3 bahan asas saja yang digunakan iaitu lengkuas, asam keping dan bawang putih. Ini tak termasuk air, gula dan garam sebagai perasa. Bahan lain? Semuanya tambahan saja.
Ada orang letak serai, ada orang letak kunyit, ada orang letak cili, macam-macam. Tak salah pun. Untuk resepi ini hanya letak bawang merah, cili, dan bendi. Ringkas sangat. Bahan tambahan (bawang merahm cili dan bendi), jika tak nak letak pun tak apa.
Ikan pula biasanya guna ikan aya (ikan tongkol). Nak guna ikan kembung, ikan selar atau ikan kerisi pun boleh. Pernah buat singgang ikan siakap guna resepi begini, alhamdulillah sedap juga rasanya. Yang penting, ikan perlu fresh segar untuk dapatkan rasa singgang ikan yang terbaik.
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan juga air. Hidupkan api dan tunggu mendidih.
2. Apabila mendidih, masukkan garam, gula dan bendi. Biarkan mendidih sekali lagi (hingga bendi lembut).9. Resepi Ikan Singgang Simple Tapi Power - Hidangan Restoran Cafe Carca Marba
Resepi Ikan Singgang Simple Tapi Power - hidangan restoran |
Bahan-bahan :
- 1 ekor ikan tongkol size sederhana (ikan lain pun boleh, ikut selera)
- 3 - 4 keping asam gelugur atau asam keping (lagi masam lagi terangkat)
- Bawang putih 8 ulas (letak banyak lagi sedap) *
- Bawang merah kecil 2 ulas jer *
- Kunyit 1 inci (untuk bagi tambah cantik warna dan rasa yang lagi ummphh) *
- Lengkuas 2 inci *
- 1 biji cili besar
- 5 - 6 biji cili padi
- Garam
- Ajinomoto (jika tak suka tak perlu letak)
10. Video Resipi Panduan Cara Masak Singgang Ikan Kembung
Tips Masak Singgang Ikan Buat Pertama Kali
1. Guna ikan kembung jika baru nak cuba masak
2. Masak singgang mesti guna ikan yang masih segar
3. Mesti ada lengkuas dan asam keping
4. Kesedapan lauk ikan masak singgang terletak pada kuah 'sup' nya
5. Boleh tambah bendi seperti masak gulai
6. Sukatan air jangan terlalu banyak
Singgang yang sedap kena masak guna api kecil. Air jangan banyak sangat, elok-elok agak tenggelam ikan. Barulah kuah tu manis hingga tahap boleh hirup kuah singgang tu macam makan sup.
Kesimpulan
Ikan singgang in english disebut sebagai sardines jer. Bila lihat anak-anak melayu yang tinggal di luar negara masak ikan singgang di Youtube, ternyata bukan mudah nak kikis selera kampung yang dah sebati dengan diri.
Ikan singgang sesuai untuk mereka yang berdiet, menu orang berpantang dan untuk mereka yang sakit (pantang makan).
Semoga perkongsian resepi sedap dan mudah untuk ikan masak singgang ini dapat membantu kalian yang suka makan hidangan lauk ikan singgang. Ada masa boleh mencubanya untuk dinikmati bersama insan yang tersayang.
Masakan singgang memang sedap, sihat dan berkhasiat.
ReplyDeletebetul tu kak. takde minyak minyak ikan singgang ni. nk makan x risau
Deletesinggang makan nasi dengan budu dan ulam, sedap nya uiiii
ReplyDeleteitulah. ikan singgang ngan sambal belacan pun jadi. memang sedap!! makan bertambah2
Deletesedap..ikan singgang ni..makanan sihat..thanks sharing
ReplyDeletesama2. boleh la masak lepas ni, antar kat sis sekali hehe
DeleteSedapnyaa singgang.. sy orang Johor selalu makan yang betul betul kuning kalernya . mcm org Ganu masak tu..
ReplyDeleteoo johor punya singgang ikut ganu ye. sis baru tahu. singgang ni sedap, walaupun simple tapi terangkat betoi
Deletewah ...antara menu yang sangat menyelerakan.
ReplyDeletetanpa minyak itu memang antara yang tersedap dan sihat
Sedap, berkhasiat dan menjadi kegemaran PC sebenarnya. Sebab PC suka hirup kuah ikan singgang ni.
ReplyDeleteMenu ni memang baik untuk diet....
ReplyDeleteMasak singgang memang sedap
ReplyDeletemasak singgang memang pilihan no 1 he he
ReplyDeletelaaa.. ada macam-macam rupanya resepi ikan singgang nih
ReplyDeleteAdududu.. sedap betul la.. memang suka singgang ni .. ayam pun akk masak singgang
ReplyDeleteSinggang kelantan. Cikza paling suka buat. Suami sampai hiruppppp
ReplyDeleteSedap ni makan panas panas
ReplyDeleteSedap ja semua resipi ikan singgang. Kalau saya guna halia n serai pun dah ok. Tapi tengok ikan la juga kan. Kalau tenggiri n ikan putih, sedap sesedapnya. Tapi harga mahal berbanding ikan biasa la pulak ...
ReplyDeleteMudah masakannya, sedap dan hidangan sihat. Terima kasih share resepi.
ReplyDeleteWah resipi singgang ni semua menarik. Mulut pahit elok sangat makan singgang ni. masam² singgah tu boleh buka selera sebenarnya
ReplyDeleteFevret sangat masak camni.. Menu nak kurus.. Hihi
ReplyDeletegeram aih tgok gmbr2..terliur..mcm nk masak skg juga.
ReplyDeleteMasak singgang menu diet , suka sangat dengan singgang
ReplyDeleteSemua menu diet nampak menarik. Tak pasti pernah atau tak makan ikan singgang ni. Sebab jarang dekat rumah ada ikan. Masak dengan ikan lain pun boleh kan hehe
ReplyDeleteoh kena letak lengkuas eh.. kedah pun ada juga masak lebih kurang gini ..asam rebus pun orang panggil
ReplyDeletewow sedap2 resepi singgang. hirup kuah lepas nasi habis mmg sedap awa
ReplyDelete