Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Blogging : Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Dan Visitor Pada Blog

Panduan Blogging : Cara & Tips Untuk Naikkan Trafik Dan Visitor Pada Blog | Assalamualaikum... hi korang semua... kali ni aku nak share dalam bentuk panduan lengkap bagaimana untuk tingkatkan trafik blog dan visitor terutama untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan blog. 

Kebanyakan blogger dan pemilik website memang memiliki tujuan yang sama untuk blog dan website mereka iaitu untuk meningkatkan traffic website dan panduan ni adalah untuk mereka yang ingin menjadi seorang blogger from zero to hero. 



Tak dinafikan, semua orang ingin menjadi blogger yang terkenal. Semua orang nak tahu cara bagaimana untuk jadi blogger yang terkenal. Bukannya untuk tunjuk lagak tapi demi untuk mencapai sebuah kepuasan dan demi untuk buktikan pada suami dan famili yang blogger ini juga boleh berjaya.

Entry ini di tulis sebenarnya adalah untuk menjawab soalan daripada salah seorang pembaca blog. Beliau minta supaya aku kongsikan cara dan tips bagaimana untuk tingkatkan trafik dan visitor pada blog. Berapakah jumlah post yang perlu beliau publish dalam sehari dan apakah ada cadangan lain untuk beliau guna pakai dalam usaha untuk naikkan followers di blognya.


Maka kat sini akan dikongsikan langkah-langkah yang pernah aku buat semasa dalam usaha untuk naikkan trafik di blog Sis Hawa Dot Com yang tidak sepertinya ini. 

Aku juga akan kongsikan dalam bentuk bukti akan hasilnya selepas apa yang telah dilakukan dan semoga dengan perkongsian ini dapatlah kiranya memberi inspirasi pada blogger-blogger baru di luar sana supaya tidak mudah berputus asa.

Sebelum tu, suka untuk aku ingatkan yang aku ni bukannya seorang blogger terkenal yang hebat. Aku juga bukannya otai atau sesiapa yang pakar tahap sifu untuk blog. 

Aku hanyalah seorang blogger yang teringin untuk lihat trafik blog sendiri jadi tinggi! Nak juga visitor blog sendiri makin ramai! Nak juga kedudukan blog sendiri makin hari makin meningkat!


Cara Untuk Tingkatkan Traffic Blog Bertambah Ada Banyak 

Untuk pengetahuan blogger-blogger baru di luar sana, sebenarnya cara bagi menaikkan trafik blog ni ada banyak. Untuk dapatkan tips dan teknik dari blogger-blogger sebagai cara untuk tingkatkan trafik blog juga tidaklah susah. Ini kerana ada saja blogger yang sudi berkongsi info mengikut pengalaman masing-masing. 

Teringat masa mula-mula aku jadi blogger dulu, macam-macam entry cara untuk nak naikkan blog ini aku search kat Google. Berpeluh sehari suntuk cari info untuk nak naikkan blog. Tips-tips cara nak naikkan trafik blog aku baca satu persatu. 

Sebagai sebagai salah seorang blogger ya aku juga ada cara yang dilakukan untuk menambah traffic untuk blog dengan caraku sendiri supaya jumlah pengunjung ke website bertambah-tambah

Ini berdasarkan pengalaman selama aku berusaha untuk naikkan trafik blog ini sejak mula jadi blogger sejak tahun 2017 yang lalu. Jangan tak percaya yang banyak cara nak naikkan trafik blog telah ku cuba dan ada yang menjadi malah ada yang hanya sia-sia. 


12 Langkah Bagaimana Untuk Menjadi Blogger Dan Tingkatkan Trafik Serta Visitor 

Inilah cara yang pernah aku lakukan untuk meningkatkan traffic atau pengunjung website blog ini hingga boleh berada pada tahap ini sekarang. Malah cara untuk tingkatkan trafik blog yang aku kongsikan ini bukanlah rahsia kerana hakikatnya ramai yang telah mengalami cara yang sama untuk untuk naikkan trafik blog masing-masing. 

Yang penting, sebagai blogger baru perlulah sedar yang cara untuk tingkatkan traffik (traffic blog) ini sebenarnya bermula dari asas dan setelah itu bolehlah terus dikekalkan sebagai usaha untuk menaikkan traffic blog tersebut secara berperingkat. 



1. Cari Kelebihan Diri Sendiri Untuk Diketengahkan 

Tanya pada diri sendiri. Kenapa nak tulis blog? Apa yang ada pada diri sendiri yang tidak ada pada orang lain. Tanya soalan demi soalan hingga dapat jawapan yang diinginkan.


2. Tentukan Kategori Utama Blog Mengikut Kepakaran Yang Ada

Setelah tahu kelebihan diri sendiri cari pula apakah topik utama yang ingin diketengahkan. Apa yang patut untuk dikongsikan dengan orang lain? Sebagai contoh jika berkerja sebagai seorang guru maka boleh ketengahkan topik pendidikan dan jika hanya seorang surirumah saja maka boleh ketengahkan topik keibubapaan. Jika hobi suka bersukan boleh tulis topik yang berkaitan dengan stamina.


3. Tetapkan Topik Utama Blog Supaya Tidak Tersasar Jalan

Setiap kali menulis hindari dari ingin share terlalu banyak topik terutama dari kategori yang kita sendiri tak pandai. Tak perlu nak letak semua jenis topik dalam blog dengan alasan untuk orang lain nampak blog kita ada macam-macam story, itu semua hanya akan membuatkan diri sendiri rasa tak happy dan hilang fokus untuk menulis. 


4. Pecahkan Topik Utama Menjadi Beberapa Kategori Untuk Mudahkan Pembaca

Apabila dah tahu ingin tulis blog mengenai tajuk apa, maka pecahkannya menjadi beberapa kategori kecil supaya lebih mudah untuk dilabelkan. Cara ini juga akan lebih senang untuk pembaca blog nanti. 


5. Tambahkan Menu Sampingan Untuk Mempelbagaikan Lagi Bahan Bacaan

Setelah berjaya tetapkan topik utama dengan memecahkannya kepada beberapa kategori, bolehlah ditambahkan beberapa kategori tambahan yang disukai dan sering dilakukan. Sebagai contoh jika suka tengok wayang maka boleh tambahkan kategori review filem dan jika sukakan kereta boleh tambahkan topik tentang penjagaan kereta, enjin dan sebagainya.


6. Tulis Entry Dengan 'ISI' Yang Sepatutnya

Setiap artikel yang ditulis perlulah mempunyai isi yang sepatutnya. Jangan sesekali tulis entry yang gah hanya pada tajuk tapi isi di dalam tiada apa pun yang menarik untuk di baca. Kalau ini yang berlaku jangan terkejut kalau pembaca dah jadi malas untuk datang lagi lain kali. 


7. Tulis Entry Dengan Menggunakan Teknik SEO 

Artikel yang di tulis dengan menggunakan skill SEO boleh bantu untuk muncul di 1st pages Google Search. Suka untuk diingatkan yang ilmu SEO ini luas dan perlukan kerajinan. Aku sendiri belajar hanya dengan bantuan Google cuma perlukan banyak masa untuk terus belajar dan belajar.


8. Letak Internal Link Untuk Tingkatkan Lagi Blog Trafik

Apa itu internal link? Apa yang dimaksudkan dengan no 8 ni adalah dengan meletakkan link entry lama yang berkaitan dengan topik yang sedang di tulis pada masa itu. 

Tak dinafikan memang ada rasa malas juga nak cari semula entry lama-lama yang berkaitan tapi dengan cara beginilah kita dapat menggalakkan pembaca untuk duduk dan membaca dengan lebih lama di blog kita.

Dalam entry yang sedang di baca ini juga aku ada letakkan interlink kerana ia memang adalah salah satu cara terbak untuk tingkatkan trafik blog.


9. Banyakkan Blogwalking Sebagai Tanda Perkenalan Dengan Blogger Yang Lain

Setelah berpuashati dengan blog sendiri dengan pelbagai artikel yang dirasakan menarik maka lancarkan misi blogwalking dari masa ke semasa. Nak orang kenal diri sendiri dulu perlu muncul untuk hulur salam perkenalan dengan orang lain. 


10. Join Pages Berkaitan Blogger Di Facebook 

Di Facebook ada banyak pages yang berkaitan dengan blogger. Boleh join untuk berkenalan dengan lebih ramai blogger di sana. Ini juga dapat memudahkan proses blogwalking. 

Ohya bila blogwalking tu sila pastikan FOLLOW blog tersebut dan setelah itu komen di artikel terbaru dengan beritahu telah follow blog sebagai tanda perkenalan. Barulah si empunya blog tersebut tahu siapakah gerangan yang telah sudi singgah di blog mereka.


11. Add Blogger Sebagai Kenalan Di Facebook Dan IG

Blogger boleh juga di add kat fecebook sebagai friendlist dan sila follow di IG juga. Bila dah follow rajin-rajinkanlah diri untuk like dan komen status terbaru mereka, barulah mereka semakin terbuka hati dengan kehadiran kalian di dalam komuniti mereka. Sebagai jiran baru kenalah lebih ramah.


12. Share Link Entry Terbaru Di FB, Instagram, Twitter Dan Lain-Lain 

Akhir sekali bolehlah rajinkan diri untuk share link artikel terbaru blog di FB, IG, twitter dan sebagainya untuk tarik lebih ramai pembaca ke blog.


     Baca Juga : Apa Itu Influencer? (Inilah Ciri Seorang Influencer Dan Kepentingannya)


Konsisten Menulis Dengan Topik Yang Diri Sendiri Tahu Adalah Kunci Utama Untuk Berjaya 

Ramai yang anggap menulis blog ini mudah. Apa ada hal copy paste saja semuanya dan kemudian boleh jana income dengan wang hasil iklan di blog. Tapi sebenarnya cara tu sama sekali silap. Susah juga sebenarnya nak naikkan traffik tambah dengan nak konsisten tuh. Sebagai contoh Innity dan Adsense yang sama sekali tidak akan melayan mana-mana blog dengan hasil entry copy paste.

Kerana itu jika benar-benar nak jana income dengan platform blog tolonglah belajar untuk menjadi seorang blogger yang boleh menulis artikel sendiri. Jangan lagi hanya sekadar copy paste 100% hanya dek kerana nak naikkan trafik blog dengan cepat. Dari guna cara itu baik usaha Google tips untuk nak naikkan trafik blog ni.





Untuk Naikkan Visitor Tidak Bermakna Perlu Post Entry Baru Setiap Hari 

YA! Blog memang perlu selalu di update tapi tak bermakna mesti tulis dan publish entry baru setiap hari. Tak bermakna juga perlu tulis beberapa artikel sehari. Ooooo penat tu!! Seeloknya lebih pentingkan kualiti berbanding kuantiti. 

Ini bermakna biar publish beberapa hari satu artikel asalkan artikel tersebut di tulis dengan isi yang bagus supaya dapat beri info yang sepatutnya pada si pembaca.

Tugas utama blogger ini adalah memberi jawapan kepada soalan yang ada di fikiran si pembaca bukannya sekadar membuang masa mereka dengan artikel yang sekadar di copy paste semata-mata. 

Take your time untuk menulis kerana itu adalah jauh lebih baik dari berikan bahan bacaan yang kurang berkualiti sehingga boleh membuatkan si pembaca rasa malas untuk datang lagi ke blog kita di depan hari.


      Baca Juga : BLOG - PLATFORM MEDIA YANG BERKUASA HEBAT!


Tulis Dengan Mengambil Kira Dari Sudut Si Pembaca

Menulis blog ini juga bukannya boleh di tulis secara menonong saja dengan alasan ini blog aku jadi ikut suka hati aku. Menulis blog memang boleh berkongsi cerita peribadi, pengalaman, kenangan, rasa sedih, kecewa, gembira dan sebagainya tapi janganlah pula satu blog hanya nak cerita kisah hidup semata-mata.

Melainkan jika memang niat menulis blog hanya untuk suka-suka. Jika niat nak lebih dari itu maka perlu menguruskan blog dengan cara yang lebih profesional. Jika satu blog semuanya nak kongsi cerita sedih kena tinggal kekasih je siapa yang nak terus baca? Boring kot! Nak tulis topik cinta tak salah tapi pelbagaikanlah topik. 

Mungkin hari ini cerita tentang putus cinta dan dalam masa yang sama selitkan juga tips bagaimana untuk pujuk hati sendiri yang sedang sakit. Barulah ada sedikit sebanyak 'ilmu' dan 'info' kepada si pembaca.



Tetapkan Niat Berblog Untuk Jana Income Bukan Untuk Suka-Suka

Suatu ketika dulu blog ini sering digunakan untuk menjadi tempat perkongsian cerita peribadi. Tapi! Sekarang ini dunia penulisan blog sudah berubah. Ini kerana blog adalah salah satu pemberi maklumat untuk sesiapa saja yang mencari info menggunakan Google Search.

Maka, dek kerana itulah blog ini sekarang tidak ubah seperti kamus bergerak yang akan memberi pelbagai info berkaitan apa saja yang ingin diketahui. Kerana itu jugalah, pihak-pihak pengiklan semakin hari semakin gemar menggunakan blog sebagai salah satu medan pengiklanan yang terbaik.


      Baca Juga : CARA SURIRUMAH JANA INCOME MELALUI BLOG



Akhir Sekali Jangan Lupa Untuk Periksa Analisis Data Blog Sendiri

Bila dah bina blog jangan lupa pula untuk pasang Google Analytics pada blog masing-masing. Ini untuk diperiksa analisis data untuk blog sendiri sama ada semakin meningkat atau sebaliknya. Blog ini sendiri pada 6 bulan pertama hanya mampu mencatat 1000 pelawat saja sehari. Itupun daku dah bersyukur sangat-sangat.

Alhamdulillah kini selepas 2 tahun 7 bulan berlalu, semakin hari semakin ramai pelawat singgah membaca blog saban hari. Syukur sangat-sangat rasanya bila berjaya juga capai jumlah pageviews sebanyak ratus ribu sebulan.

INFO TRAFIK DARI BLOGSPOT (300,000 PV SEBULAN)


INFO TRAFIK DARI GOOGLE ANALYTICS (106,000 PV SEBULAN)


TERKINI : TRAFFIK CECAH 1 JUTA SEBULAN





Aku juga suka check kedudukan blog sendiri di website ALEXA. Walau ada dari rakan-rakan blogger berkata yang website Alexa ni dah lama namun aku tetap juga singgah ke sana. Bukannya apa, at least bila check begini diri sendiri boleh tahu sama ada blog semakin naik atau sebagainya. 

Jika naik kita akan semakin bersemangat dan jika menurun at least kita akan rasa down sekejap saja then akan kembali semangat semula. 



Sedihnya Masih Ramai Yang Tidak Tahu Apa Itu Blogger Sedangkan Hari-Hari Asyik Guna Google Search 

Terus terang hingga kini aku masih tetap berasa sedih kerana hingga ke hari ini tidak semua orang sedar akan kelebihan platform blog ini. Dalam masa yang sama masih ramai juga yang tidak kenal dengan dunia blog walaupun hakikatnya hari-hari asyik menggunakan Google Search bagi mendapatkan pelbagai maklumat.

Oh awak..... sedarlah awak yang Google Search itu adalah untuk menyampaikan segala macam hasil tulisan para blogger yang sentiasa berusaha membaca, mencari info dan menulis demi untuk menyampaikan sebarang jenis maklumat kepada si pencari maklumat seperti kalian semua di luar sana. 

Harap perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu kalian di luar sana bagi meningkatkan prestasi blog masing-masing untuk menjana pendapatan.

Ingat!! DONT GIVE UP!! Teruskan lagi usaha dan ada masa datanglah sini selalu lawat 'kakak' korang ni ye.


Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

56 comments for "Panduan Blogging : Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Dan Visitor Pada Blog"

  1. InsyaAllah lepas ni Rabia usaha lebih lagi untuk naikkan trafik blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. chaiyoo rabia... usaha tau.... nnti diri sndiri juga yg makin happy

      Delete
  2. Terima kasih berkongsi, Sis Hawa. Saya masih dalam usaha untuk tingkatkan dan stabilkan trafik blog. Bukan senang nak dapatkan trafik blog yang stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih jannah... betul sis dulu pun rasa susah sgt2 nk buat... tp bila fikir nak juga... so itu yg usaha lagi dan lagi.... jannah pun boleh buat.... kipidap!!

      Delete
  3. Waa .. Panjang dan sgat b'manfaat.. Isi pun padat. Terima kasih kak hawa kerana sudi berkongsi ttg tips ini. Betul tu apa yg kak hawa kongsikan d'sini sangat membantu naikkan traffik blog. Semoga sentiasa d'murahkan rezeki, d'berikan idea menulis utk b'kongsi kpd pembaca, dan d'berikan kesihatan yg d'berkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doa tu awak... tq sangat!! moga kita dua akan terus istiqamah dlm dunia blog ni ye.. ameeen

      Delete
  4. Sangat berguna info yang dikongsi. tq sis Hawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 atul.. terima kasih tau sudi datang sini

      Delete
  5. Terbaik..walaupun baru cipta blog ini..ini pencapaian terbaik...kita pun xcapai lg..huhu..tahniah..dan tq kongsi tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... terima kasih cik ma.. ala blog cik ma pun hebat apa... sambil2 keja tu boleh lagi menulis blog! dasyat..

      Delete
  6. Liez adore cara Awa update blog, fb, ig.. memang kita perlu marketkan blog/socmed kita lebih utk org kenal.. tidak riak dan just low profil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awa pun adore juga cara liez.. ye la kita kan sama2 jaga anak smbil menulis blog... just be urself.. happy2.. then lebih fokus utk blog, fb n ig sndiri utk niat jana income... inshaAllah liez pun hebat tau

      Delete
  7. Wow semua tips ni bagus sangat... Yg Google analytics tu sy pernah jugak check. Tapinya tak paham ape, susah huuu..

    Terima kasih sudi buat entry utk jawab soalan sy, terharu sgt 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... xpe at least boleh share dgn yg lain juga... kipidap ye..

      Delete
  8. Tq sharing.. Byk input berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... alhamdulillah kalau boleh beri info pd yg lain =D

      Delete
  9. Tahniah gd sharing awa... terbaik la...

    ReplyDelete
  10. wahh bestnya 100k PV sebulan. bila la dapat macam ni. sekarang pun tengah belajar pasal seo.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih.

    sisadiq.wordpress.com

    ReplyDelete
  12. Tq Kak Hawa share tips ni. Boleh follow. Baru 2 bulan kembali berblogging balik. Semoga Ruby istiqomah.

    Banyak tu PV sebulan. Fuhh. Ruby nak jugak macam tu 😋

    ReplyDelete
  13. Thanks kak Hawa sudi share pasal ni, menarik sangat

    ReplyDelete
  14. tq for sharing ni sis, best baca sampai habis. Sekarang tengah nak up kan semula blog inshaAllah :) #756

    ReplyDelete
  15. Aku kalau masuk blog sishawa, aku melekat lama gila, balik2 aku scroll up and down mau hadam penulisan dia since si hawa share banyak info dan ilmu.

    Tenkiu Hawa share tipa berguna ni, lepas ni mau try kasi improve entry di blog mrs pip pula.

    ReplyDelete
  16. Terbaik kak awa.. Tenkiu sudi kongsi tips..

    ReplyDelete
  17. Thank you awa sharing. Benda ni semua kena rajin. Xleh harapkan magic trus naik. Ehehheheh usaha lebih insyaAllah menjadi. Thank you. Even dah lama berblogging tapi rasa masih belum cukup ilmu di dada. Heehheh tq lagi sekali.

    ReplyDelete
  18. ya allah seronoknya. Nak juga mcm ni.. eheh. Terima kasih share tips ni

    ReplyDelete
  19. Nice sharing.. banyak point2 yg penting dalam ni.. thank you..kite cedok ilmu kt sini ya . ;)

    ReplyDelete
  20. Terima Khasih Sebab Share Ilmu yg sangat2 berguna untuk blogger yang baru nak belajar ni...
    Blog Saya https://idaman-info.blogspot.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih baru dalam dunia blog.. ini blog sy.. https://www.awekbawang.com/

      Delete
  21. Thanks for the sharing, please do visit my blog, www.seewriteandpost.com

    ReplyDelete
  22. Kalau spam traffic pulak macamana sis hawa?

    ReplyDelete
  23. Tq sudi kongsi ilmu ya sis Hawa... memang sedang belajar untuk naikkan trafik blog.. semoga blog akk terus berjaya dan meningkat PV dari masa ke masa. 😊
    ~banyak sangat ilmu yang saya dapat dari entry akk ni.. 😘 thanks

    ReplyDelete
  24. Tq for info...sdg mencari info ini...sng2 dtg lawat blog cikguzim

    ReplyDelete
  25. Terima kasih ats ilmu yang bermanfaat...sye juga baru terlibat dlm dunia blogger nii....start join akhir thn lepas...klau akak free sudi2 lahh singgah dan follow blog saya https://mirah1308.blogspot.com/ dan maaf ats banyak kekurangan dlm blog tuu maklumlah newbie hahahahhahaha...

    ReplyDelete
  26. Betul puan. Kualiti sentiasa menang berbanding kuantiti. Baik ada satu post yang category high quality content dari ada banyak konten bercerita benda tak berfaedah.

    Bonus pula kalau high quality content tu evergreen.

    ReplyDelete
  27. Wow panjang giler!

    Apapon best, sangat bermanfaat blog sis Hawa ni.

    Saye selalu datang sini .. selalu usha pasal blogging and adsense sebab biler give up rasa down je mesti blog sis hawa ni antara blog yang dekat Malaysia ni saye singgah ..

    Apapon sis, terus memandaikan bangsa kita dengan info berguna seperti ini lagi ..

    ReplyDelete
  28. Terima kasih kak . Ini sangat membantu saya yang baru membuat blog :D

    ReplyDelete
  29. Penulisan dengan isi adalah cara paling baik. Dapat beri manfaat dan pada masa sama dapat jadi sumber rujukan kepada pembaca.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih...blh slow ikut step untuk naikkan traffik..memang sakit otak tapi kena yakin..

    ReplyDelete
  31. terima kasih atas ilmu yang bermanfaat. saya baru menceburi dunia blogger.. kalau ada masa lapang sudi2 la jemput ke blog saya dan follow blog sy...https://www.awekbawang.com/

    ReplyDelete
  32. terbaik sis banyak ilmu dpt dr content ni... alhamdulilah

    ReplyDelete
  33. Thank sangat bermakna dan senang dilakukan☺️

    ReplyDelete
  34. tq akak share tips. kena praktikkan lah lepas ni

    ReplyDelete
  35. Kita datang sini nak belajar tingkat kan trafik. Terima kasih sis.

    ReplyDelete
  36. Thank you share tips. Done follow, harap dapat singgah blog saya juga 😀

    ReplyDelete
  37. Bersyukurnya jumpa entri sis awa ni. Banyak info bermanfaat. Sekarang pun memang struggle jugalah nak naikkan trafik blog ni..

    ReplyDelete