Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Maksud Mimpi Untuk Gigi Tanggal, Patah Dan Tercabut

5 Maksud Mimpi Untuk Gigi Tanggal, Patah Dan Tercabut Apabila bermimpi gigi tercabut terutama geraham, mulalah rasa cuak. Jujur cakap, mimpi patah gigi inilah mimpi yg amat daku takut sekali. Lagi-lagi jika gigi yang patah itu adalah gigi geraham. 

Mau taknya, mimpi gigi patah ni selalu sangat dikaitkan dengan kematian. Aduh.. risau tau.. ramai berkata mimpi patah gigi ni katanya beri alamat tidak baik. 

Sebagai contoh, kata orang tua-tua, jikalau mimpi gigi tercabut sebelah atas maknanya akan terjadi kematian di kalangan anggota keluarga sebelah atas seperti ayah, ibu, datuk atau nenek. 

Jika mimpi gigi patah atau tercabut sebelah bawah alamatnya kematian di kalangan anggota sebelah bawah seperti anak, isteri, cucu atau saudara kandung yang lebih muda usianya.

Pasti ada yang tertanya apakah maksud mimpi gigi depan patah, gigi geraham tercabut atau gigi bawah tanggal semua. Bila sering bermimpi pasti kita ingin cuba tahu maksudnya sekadar untuk berhati-hati.



Namun itu semua hanyalah sekadar pendapat saja mengenai mimpi gigi patah ni. Sedangkan jika di tanya pada orang yang lebih bijak pandai tentang tafsir mimpi, dikatakan yang Mimpi gigi patah begini ada dua takwilnya. 

Mimpi gigi patah begini tidak bermaksud berita buruk melibatkan kematian sahaja sebaliknya mimpi gigi yang dalam keadaan sihat dan kuat patah boleh melambangkan samada harta, pekerjaan atau anak-anak yang akan membawa kebaikan. 

Selain dari itu, ada pula versi lain yang membuat tafsiran bahawa mimpi gigi patah dan jatuh ke tangan ertinya akan beroleh harta secara tiba-tiba tanpa di sangka-sangka. 

Manakala untuk yang dapat mimpi gigi yang sakit atau gigi tercabut, maka ilmuwan berpesan supaya segera bermohon kepada Tuhan untuk cepat-cepat memohon keampunan dan kesejahteraan dari Allah SWT. 

5 Maksud Mimpi Gigi / Geraham Tercabut Menurut Islam

1. Arti Mimpi Gigi Bawah Patah 

Mimpi gigi bawah patah dikatakan bahawa satu peringatan supaya berhati-hati kerana akan ada perkara buruk bakal berlaku. Mimpi gigi sakit atau tertanggal itu katanya peringatan atau petanda suatu perkara buruk akan menimpa. 

Mintalah petunjuk sama Allah melalui doa. Allah berjanji melalui Surah Al Baqarah Ayat 186 bahwa Allah pasti akan mengabulkan semua doa hambaNya yang berdoa tulus hanya kepadaNya.


2. Arti Mimpi Gigi Atas Patah 

Mimpi gigi atas patah turut membawa maksud akan ada perkara sedih bakal berlaku. Salah satunya mungkin akan berduka cita dengan kehilangan orang rapat tersayang yang akan meninggal dunia.

3. Arti Mimpi Gigi Patah Setengah 

Apabila Anda mimpi gigi patah setengah, ramai berpendapat bahawa itu petanda yang diri akan bakal melihat kematian anggota keluarga yang sedang sakit.


4. Arti Mimpi Gigi Palsu Patah 

Jika hanya pakai gigi palsu, ia boleh turut membawa maksud yang sama. untuk gigi palsu ini mungkin akan bermimpi akan keadaan gigi palsu patah atau terjatuh. Maka segeralah berdoa dan buat keputusan dengan baik tanpa melibatkan sesuatu perbuatan yang zalim.

Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai perbuatan zalim sebagaimana yang diterangkan dalam QS. Ali Imran Ayat 57 dan QS. Asy-Syura Ayat 40.


5. Arti Mimpi Gigi Depan Patah 

Untuk mimpi gigi depan patah ini dikatakan bahawa itu merupakan sebuah tanda bahawa akan ada kesusahan dan kegagalan yang bakal terjadi. 

Tidak kisahlah sama ada mimpi gigi patah ini di pagi hari ataupun bukan, yang penting jangan terlalu memikirkannya sehingga terlupa pada Sang Pencipta. Walau apa jua mimpi yang datang, tidak perlu terlalu bersusah hati kerana segalanya adalah ketentuan daripada Allah SWT.

Dan belum tentu juga mimpi tersebut benar datangnya dari Allah SWT. Mimpi buruk begini selalunya sering datang dari Syaitan untuk membawa kita ke arah kesesatan dengan semakin melupakan pada kuasa besar Allah SWT.




Kalaupun ternyata benar, maka jalan terbaiknya menurut ajaran Islam adalah menyerahkan diri kepada Allah. Percayalah bahawa bertawakal menyerahkan diri kepada Allah terutama apabila datang musibah kepada adalah cara yang paling baik sekali.

"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang mendukacitakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya." Riwayat al-Bukhari dari Abi Sa’id

Kesimpulan


Sebarang tafsir untuk mimpi gigi patah semua atas, mimpi patah gigi bawah atau mimpi gigi atas tercabut menurut Islam jangan terlalu difikir hingga timbul rasa stress. 

Mimpi gigi patah Islam memang benar ada yang pernah mendapat perkhabaran tidak baik tapi sebagai manusia, soal kematian yang sering dikaitkan dengan mimpi gigi patah ini susah untuk kita jangkakan.

Sebaiknya, apa saja mimpi gigi patah yang dialami, tidak kira mimpi gigi patah di pagi hari atau sebagainya, jika rasa tak sedap hati elok ambil wudhu , solat dan berdoa semoga Allah SWT jauhkan kita dari bahaya dan berita kesedihan.

Aamiin. 


Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:






13 comments for "5 Maksud Mimpi Untuk Gigi Tanggal, Patah Dan Tercabut "

  1. terima kasih kerana berkongsi... nice sharing

    ReplyDelete
  2. Bila mimpi gigi patah, selalunya orang2 tua dulu2 akan cakap x lama ag mesti ada sedara dekat meninggal

    ReplyDelete
  3. Salam...nak tanya apakah pendapat saudara/saudari bahawa gigi yg mmg tgh sakit sbb berlubang lpstu mimpi patah kononnya lega sbb sakit gigi berlubang tu dah hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la mcm tu... sbb gigi yang mmg tengah sakit dah patah... dah rasa lega... :D mcm benda bagus je sbb kita tak sakit lagi..

      Delete
  4. Salam saudari...klu kita dh mmg sakit gigi sbb berlubang dan mimpi gigi tu trcabut kononnya lega sbb sakit tu dh hilang mcm mana?....and xjatuh syirik ke percaya kepada mimpi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimpi sama sekali kita tak boleh percaya! JANGAN! Jika sekadar nak baca untuk suka-suka macam ni tak apa.. sbbnya bila kita bermimpi kadang tu kita berfikir dan tak senang duduk... jadi kita pun cari bahan bacaan begini TAPI bukan untuk dipercayai... ianya hanyalah sekadar sebuah bahan bacaan semata2.. jika kebetulan bacaan utk mimpi tu yg baik alhamdulillah dan jika tak baik tak perlulah nak bersedih kerana segalanya hanya Allah SWT saja yang tahu.. bukannya mimpi atau ramalan.

      Delete
  5. Mimpi tengah cium isteri pastu gigi patah..3-4 gigi patah.. cakap kat isteri pasni gi klinik gigi nak sambung balik gigi tu.. tp tengok muke bukan isteri tapi orang lain.. macam kawan lame kat sekolah dulu.. tapi macam isteri pon ade.. pastu mak kawan lame tanye.. isteri awak orang kelantan ke.. sy jawab orang perlis.. sebenarnye die orang perak.. smue berlaku kat Kampung,bile bangun tido Masih kat subbang,cek gigi smue masih ok..tengok isteri ade kat sebelah sambung balik tido mimpi makan nasi arab pulak..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... saya mimpi 4 btg gigi 2 kapak dan sebelahnye baris depan atas tercabut /luruh sendiri atas tapak tangan tanpa sakit..... saya rasa malu sebab mcam mana nak g opis dan bercAkap ..saya cari benda nak tampalkan blik tp gagal..... dan terus terjaga dr tidur tersebut pada pukul.4.30 pg dan ggle maksud dan saya berdoa kepada allah berilah kesihatan yg baik kpd kedua org tua sebab belom dapat berbakti dan membalas budi kepada mereka dan kepada anak2 semoga sentiasa di lindungi allah. saya berharap ini hanyalah mimpi mainan tidur....

    ReplyDelete
  7. Kenape x dimaksudkan saye yg meninggal.. Knape org lain.... :(

    ReplyDelete
  8. saya pernah bermimpi dua kali atau lebih gigi tercabut bukan patah, dan kedua mak saudara saya meningal alamat dari mimpi tersebut, ada juga alamat yang di berikan oleh Allah salah sorang dari keluarga yang dapat alamat tersebut. mati itu pasti semoga kita semua dapat syafaat Nabi Muhammad amin ya rabal alamin

    ReplyDelete
  9. Ya Allah abah saya baru sahaja mimpi patah gigi tadi , ya Allah kau panjangkanlah umur ahli keluargaku , abah , mak adik adik ku ya Allah . sesungguhnya aku nak membalas jasa mereka dahulu ya Allah , kau panjangkanlah umur mereka ya Allah serta panjangkanlah umur ku ya Allah . sesungguhnya kau maha mendengar , maha mengasihani , maha besar . Aamiin

    ReplyDelete
  10. Saya sendiri pernah mimpi gigi dpn saya ptah bru2 ni.. Hrap2 x dak ap yg berlaku n semua baik2 shja..
    😢

    ReplyDelete
  11. Banyak kali mimpi gigi atas patah masa mengunyah makanan, rasa ngilu bila teringat mimpi tu, kadang2 time kerja teringat ngilunya mimpi tu tapi takde terfikir nak cari maksud mimpi time tu,rupanya ayah sakit kemudian meninggal. Moga di hapuskan segala dosa2 kita semua yang hidup dan yang telah pergi. Aamiin

    ReplyDelete